Ikutlah Aku
14–20 September. 3 Nefi 8–11: “Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku”


“14–20 September. 3 Nefi 8–11: ‘Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“14–20 September. 3 Nefi 8–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

I Am the Light of the World, oleh James Fullmer

14–20 September

3 Nefi 8–11

“Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku”

Baca 3 Nefi 8–11 dengan memikirkan kanak-kanak yang anda ajar. Idea dalam garis panduan ini dapat membantu membimbing persiapan anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Yesus Kristus muncul di Benua Amerika, seperti yang di dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk menunjukkan butir-butir dalam gambar dan berkongsi sesuatu yang mereka tahu tentang cerita yang digambarkan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

3 Nefi 8–11

Yesus Kristus menjemput saya untuk datang kepada-Nya.

Anda mungkin tidak dapat berkongsi dengan kanak-kanak semua butiran tentang Juruselamat menampakkan diri kepada bangsa Nefi, tetapi anda boleh membantu mereka merasakan kasih yang Dia tunjukkan kepada orang ramai dalam 3 Nefi 8–11.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak mengenai ribut dan kegelapan yang digambarkan dalam 3 Nefi 8, dengan berhati-hati supaya tidak menakutkan atau menyedihkan mereka. Anda boleh menggunakan “Bab 42: Tanda-tanda Penyaliban Kristus” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 117–19, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana perasaan mereka jika mereka berada dalam ribut dan kegelapan itu. Jelaskan bahawa ribut dan kegelapan adalah tanda-tanda bahawa Yesus telah mati, dan tunjukkan gambar Penyaliban (lihat Buku Seni Injil, no. 57). Kemudian baca 3 Nefi 9:13. Apakah yang Yesus katakan Dia akan lakukan untuk mereka yang bertaubat? Bantu kanak-kanak memahami bahawa perkataan “menyembuhkan” dalam ayat ini bermaksud bahawa Yesus akan mengampunkan mereka.

  • Paparkan gambar dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga sementara anda menceritakan dengan kata-kata anda sendiri Juruselamat yang dibangkitkan menampakkan diri-Nya kepada bangsa Nefi dan bangsa Laman. Baca petikan pendek dari 3 Nefi 11 yang akan membantu mereka merasakan kekudusan peristiwa ini. Jemput mereka untuk menutup mata dan membayangkan bagaimana perasaan mereka jika mereka dapat melihat Yesus. Beritahu kanak-kanak tentang perasaan anda apabila anda membaca dan memikirkan peristiwa ini. Bersaksi bahawa Yesus mahu kita semua datang kepada-Nya dan merasakan kasih-Nya. Lengkapkan halaman aktiviti dengan kanak-kanak.

3 Nefi 10:4–6

Yesus melindungi umat-Nya sebagai seekor ayam betina melindungi anak-anaknya.

Gambar seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya boleh mengajar kanak-kanak mengenai keselesaan dan perlindungan yang diberikan oleh Juruselamat jika kita akan datang kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar seekor ayam betina sedang menjaga anak-anaknya. Baca 3 Nefi 10:6, dan beritahu kanak-kanak mengenai bagaimana seekor ayam betina memanggil anak-anaknya dan melindungi mereka di bawah sayapnya apabila terdapat bahaya. Bincangkan bagaimana Yesus adalah seperti ayam betina dan kita seperti anak-anak ayam. Bagaimanakah kita boleh datang kepada-Nya untuk mencari keselamatan?

  • Letakkan gambar Yesus pada dinding. Jemput kanak-kanak berjalan di sekeliling bilik kelas semasa anda membaca 3 Nefi 10:4 dengan lantang. Beritahu mereka untuk bergerak ke arah gambar Yesus apabila mereka mendengar perkataan “mengumpulkan.” Ulangi aktiviti ini apabila anda membaca ayat 5 dan 6. Kongsi dengan kanak-kanak bagaimana anda telah datang kepada Juruselamat untuk keselamatan, dan bersaksi bahawa Dia akan melindungi kita dari bahaya rohani ketika kita mematuhi perintah-perintah-Nya.

3 Nefi 11:21–26

Yesus Kristus mahu saya dibaptiskan.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersiap untuk dibaptiskan. Ajaran Kristus dalam ayat-ayat ini dapat membantu mereka mengetahui mengapakah pembaptisan adalah penting.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 3 Nefi 11:21–26, dan jemput kanak-kanak untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan “membaptis.” Jelaskan bahawa Yesus mengajar kita cara yang betul untuk dibaptiskan. Tunjuk gambar seorang kanak-kanak dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 104). Jika kanak-kanak pernah melihat pembaptisan sebelum ini, jemput mereka untuk menggambarkan apa yang mereka telah lihat. Siapakah yang melakukan pembaptisan, dan bagaimana dia melakukannya?

  • Jemput seorang bapa kepada salah seorang kanak-kanak untuk menghadiri kelas anda dan berkongsi dengan kanak-kanak mengapa ia penting bahawa kita dibaptiskan oleh pencelupan oleh seseorang yang memegang imamat. Dia juga boleh menjelaskan kepada kanak-kanak apa yang akan terjadi apabila mereka dibaptiskan dan berkat yang mereka akan terima. Galakkan dia untuk menggunakan 3 Nefi 11:23–26 dalam penjelasannya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

3 Nefi 8–11

Apabila saya berada dalam kegelapan, Yesus Kristus menjadi cahaya saya.

Satu pesanan berkuasa dalam bab-bab ini adalah bahawa Yesus Kristus ialah cahaya dunia, dan Dia boleh menjadi cahaya kehidupan kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama 3 Nefi 8:5–7, 11–23, dan 10:9–13 (jika boleh, gelapkan bilik ketika anda membaca). Berhenti membaca sekali-sekala dan tanyakan kepada kanak-kanak bagaimanakah perasaannya untuk mengalami peristiwa ini. Baca dengan kanak-kanak beberapa perkataan Yesus Kristus katakan kepada orang ramai semasa mereka berada dalam kegelapan (lihat 3 Nefi 9:13–14, 18). Mengapakah Yesus Kristus memanggil diri-Nya Cahaya Dunia? Apakah yang dijemput oleh Yesus kepada orang rakyat, dan kita, untuk lakukan supaya Dia boleh jadi cahaya kita? (lihat 3 Nefi 9:20–22).

  • Tunjukkan kanak-kanak peta dunia, dan bantu mereka mencari Yerusalem dan Benua Amerika. Terangkan bahawa kemusnahan yang digambarkan dalam 3 Nefi 8 adalah tanda kepada orang-orang di Benua Amerika bahawa Yesus Kristus telah disalibkan di Yerusalem. Baca bersama 3 Nefi 11:1–15, dan minta kanak-kanak memberitahu anda apabila mereka menjumpai sesuatu dalam ayat-ayat ini yang membantu mereka merasakan kasih Tuhan. Kongsi ayat 37, dan bersaksi bahawa Juruselamat mengasihi semua kanak-kanak. Berikan kesaksian anda tentang kebenaran yang anda baca.

Yesus menunjukkan parut di tangan-Nya kepada bangsa Nefi

One by One, oleh Walter Rane

3 Nefi 11:1–8

Saya dapat belajar mengenali suara Tuhan dalam hidup saya.

Pada mulanya orang ramai tidak memahami suara yang mereka dengar dari syurga. Apakah yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak dari laporan ini tentang menerima wahyu?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 3 Nefi 11:1–4 dengan kanak-kanak, berhenti untuk tanya soalan seperti “Mengapakah orang ramai tidak dapat memahami suara itu?” Kemudian minta mereka membaca ayat 5–7 untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh orang ramai itu yang membantu mereka memahami suara di dalam hati mereka. Bagaimanakah kita boleh mencuba mendengarkan Tuhan ketika Dia bercakap kepada hati kita melalui Roh Kudus?

  • Mainkan rakaman nyanyian lagu rohani atau lagu kanak-kanak dengan lembut supaya sukar didengar. Tanya kepada kanak-kanak jika mereka dapat memahami kata-kata lagu tersebut. Kemudian membantu kanak-kanak mencari 3 Nefi 11:3 untuk gambaran suara dari syurga. Mengapakah Tuhan tidak bercakap dengan kita dengan suara “kuat” atau “kasar”? Apakah yang kita boleh lakukan untuk mendengar Dia dengan lebih baik?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memberitahu seseorang tentang kunjungan Yesus ke Benua Amerika—jika boleh, kepada seseorang yang tidak tahu mengenainya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tujukan gangguan dengan kasih. “Kadangkala kanak-kanak bertindak dalam cara yang mengganggu pembelajaran orang lain dalam kelas. Apabila ini berlaku, bersabarlah, dengan kasih sayang, dan cuba memahami cabaran kanak-kanak ini sedang alami. … Jika kanak-kanak yang menyebabkan gangguan mempunyai keperluan khas, cakap dengan pakar ketidakupayaan bahagian atau pancang atau melayari disabilities.ChurchofJesusChrist.org untuk mengetahui bagaimana anda dapat membantu dengan lebih baik” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 26).