Ikutlah Aku
31 Ogos–1September. Helaman 13–16: “Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar”


“31 Ogos–1September. Helaman 13–16: ‘Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“31 Ogos–6 September,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Samuel si bangsa Laman mengajar di atas tembok

Samuel the Lamanite on the Wall, oleh Arnold Friberg

31 Ogos–6 September

Helaman 13–16

“Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar”

Bersedia untuk mengajar dengan membaca Helaman 13–16 dan renungkan aktiviti mana yang terbaik akan membantu kanak-kanak mempelajari kebenaran dalam bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Samuel si bangsa Laman, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu mengenai dia. Contohnya, bolehkah mereka bercakap tentang cerita Samuel sedang mengajar di atas tembok atau tanda-tanda yang dia kata akan muncul ketika Yesus dilahirkan?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Helaman 13:2–5

Roh boleh bercakap dengan hati kita.

Ketika Samuel si bangsa Laman itu diperintahkan untuk mengkhutbahkan kepada bangsa Nefi, Bapa Syurgawi membantunya mengetahui dalam hatinya apa yang harus dikatakannya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ajarkan kanak-kanak bahawa semasa kita bercakap dengan satu sama lain menggunakan kata-kata, Roh Kudus dapat berkomunikasi melalui perasaan di dalam hati kita. Jemput mereka untuk meletakkan tangan mereka pada hati mereka setiap kali anda membaca perkataan “hati” dalam Helaman 13:2–5. Bantu mereka menghiasi kepingan kertas berbentuk hati yang mengatakan, “Roh bercakap kepada saya di dalam hati saya.”

  • Beritahu kanak-kanak bahawa apabila mereka dibaptiskan dan ditetapkan, mereka akan mendapat kurnia Roh Kudus untuk membantu mereka mengetahui apa yang Bapa Syurgawi ingin mereka lakukan dan katakan. Bantu mereka memikirkan perkara-perkara yang dapat dikatakan oleh Roh Kudus, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka dapat lakukan untuk mengikuti dorongan-Nya.

Helaman 14:2–7, 20–25

Para nabi mengajar tentang Yesus Kristus.

Laporan mengenai Samuel si bangsa Laman adalah kesempatan yang bagus untuk mengajar kanak-kanak bahawa semua nabi mengajar tentang Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Samuel si bangsa Laman dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan beritahu kanak-kanak, dengan kata-kata ringkas, mengenai pengalamannya dalam Helaman 13–16. Anda juga boleh menggunakan “Bab 40: Samuel si bangsa Laman berbicara tentang Yesus Kristus” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 111–13, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Biarkan kanak-kanak berkongsi perkara yang mereka tahu mengenari Samuel Si Bangsa Laman.

  • Nyanyi rangkap ketujuh dalam “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 62–63). Kongsi sesuatu yang anda kagumi tentang Samuel, dan biarkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka suka tentang ceritanya.

  • Sembunyi gambar di sekeliling bilik yang mewakili tanda-tanda yang dinubuat oleh Samuel dalam Helaman 14:2–7 dan 20–25. Baca frasa yang menggambarkan salah satu tanda, dan minta kanak-kanak untuk mencari gambar tanda itu. Jelaskan bahawa tanda-tanda ini membantu bangsa Nefi mengetahui tentang Yesus Kristus. Bersaksi bahawa, seperti Samuel, semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus.

Presiden Russell M. Nelson

Nabi menunjuk kita kepada Yesus Kristus.

Helaman 16:1–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Bapa Syurgawi telah memberi kita seorang nabi untuk membantu kita mengetahui kehendak-Nya dan mengikuti rancangan-Nya. Kita diberkati apabila kita mendengar firman nabi dan mematuhinya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membina tembok kecil dengan blok atau buku. Menggunakan satu mainan kecil atau anak patung untuk mewakili Samuel, biarkan kanak-kanak bergilir membantu “Samuel” mendaki tembok untuk mengajar orang tentang Yesus Kristus. (Lihat juga halaman aktiviti minggu ini.) Kongsi frasa dari Helaman 16:1 dan 5 untuk menjelaskan bahawa terdapat beberapa orang yang percaya Samuel dan telah dibaptiskan. Gunakan frasa dari Helaman 16:2 dan 6 untuk menunjukkan tentang orang lain yang tidak percaya dan marah kepada Samuel. Bersaksi bahawa orang yang mengikuti nabi diberkati.

  • Paparkan gambar Juruselamat, dan minta seorang kanak-kanak mewakili nabi dan memimpin kanak-kanak lain di sekeliling bilik sambil menyanyikan beberapa rangkap “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58) atau lagu lain mengenai nabi. Kemudian minta kanak-kanak yang mewakili nabi untuk memimpin kanak-kanak itu ke gambar Juruselamat. Bersaksi bahawa jika kita mengikut nabi, dia akan membawa kita kepada Yesus Kristus. Kongsi beberapa perkara yang telah diajar oleh nabi kita tentang Yesus baru-baru ini. Bagaimanakah kita boleh mengikut nasihatnya?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Helaman 13:2–4

Roh boleh bercakap dengan hati kita.

Suatu hari nanti, kanak-kanak yang anda ajar perlu tahu bagaimana untuk melakukan apa yang Samuel lakukan: berkongsi pesanan yang Tuhan letakkan dalam hati mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Samuel Si Bangsa Laman (seperti yang di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan tanyakan kepada kanak-kanak bagaimana Samuel tahu apa yang hendak dikatakan ketika dia berkhutbah dari tembok kota. Jemput mereka untuk mencari Helaman 13:2–4 untuk jawapan. Cerita tentang masa ketika Roh Kudus membantu anda tahu di dalam hati anda apa yang Tuhan mahu anda lakukan atau katakan. Minta kanak-kanak berkongsi pengalaman yang mereka ada yang serupa.

  • Tunjukkan gambar nabi yang hidup bercakap dalam persidangan umum. Beritahu kepada kanak-kanak bahawa Tuhan memberitahu nabi apa yang harus dikatakan kepada kita, sama seperti Dia memberitahu Samuel apa yang harus dikatakan kepada bangsa Nefi. Bercakap bersama tentang perkara yang dikatakan oleh nabi yang telah mengilhami anda atau kanak-kanak.

Helaman 14:2–28

Para nabi mengajar tentang Yesus Kristus.

Tujuan pesanan Samuel adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus dan menjemput orang untuk bertaubat dan datang kepada-Nya. Para nabi kita hari ini mempunyai peranan yang sama.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput separuh daripada kanak-kanak untuk membaca Helaman 14:2–6 dan lukis gambar tanda-tanda kelahiran Yesus. Jemput separuh kelas yang lain untuk membaca Helaman 14:20–28 dan lukis gambar tanda-tanda kematian Yesus. Kemudian tanyakan kepada setiap kumpulan untuk berkongsi apa yang mereka lukis. Baca bersama Helaman 14:11–12,dan minta kanak-kanak mendengar mengapa Samuel menubuatkan tanda-tanda ini. Bagaimanakah kita belajar tentang Yesus Kristus hari ini?

  • Jelaskan bahawa sama seperti Samuel si bangsa Laman mengajar tentang Yesus Kristus, para nabi yang hidup melakukan perkara yang sama pada hari ini. Kongsi kenyataan dari pesanan persidangan umum baru-baru ini di mana nabi yang hidup bersaksi tentang Kristus. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang telah diajar oleh nabi kepada mereka tentang Yesus Kristus.

Helaman 16:1–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Bapa Syurgawi telah memberi kita seorang nabi untuk membantu kita mengetahui kehendak-Nya dan mengikuti rancangan-Nya. Kita diberkati apabila kita mendengar dan mematuhi firman nabi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan lantang Helaman 16:1 dan 5, dan minta kanak-kanak untuk berdiri apabila mendengar sesuatu yang dilakukan oleh orang ketika mereka percaya kata-kata Samuel. Kemudian baca ayat 2 dan 6, dan minta kanak-kanak untuk duduk apabila mendengar sesuatu yang dilakukan oleh orang ketika mereka tidak percaya. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita percaya kata-kata nabi yang hidup?

  • Tunjukkan gambar nabi yang hidup, dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu mengenai dia. Kongsi bagaimana anda cuba mengikuti ajarannya dan dengan melakukan itu telah memberkati anda.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang dikatakan oleh nabi dan kongsi dengan kelas minggu depan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan kanak-kanak menanya soalan. “Cuba pandangkan soalan-soalan [kanak-kanak] sebagai peluang, bukan kekacauan atau penghalang kepada pelajaran anda. … Soalan-soalan itu memberikan anda pandangan yang mendalam tentang apa yang kanak-kanak fikirkan, apa yang mereka bimbangkan, dan bagaimana mereka bertindak balasa terhadap perkara yang mereka belajar.” (lihat juga Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25–26).