Ikutlah Aku
24–30 Ogos. Helaman 7–12: “Mengingati Tuhan Raja”


“24–30 Ogos. Helaman 7–12: ‘Mengingati Tuhan Raja,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“24–30 Ogos. Helaman 7–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Nefi berdoa di menara

Ilustrasi Nefi di menara oleh Jerry Thompson

24–30 Ogos

Helaman 7–12

“Mengingati Tuhan Raja”

Apabila anda membaca Helaman 7–12, renungkan bagaimana cerita dan asas dalam bab ini dapat memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Idea dalam garis panduan ini dapat menambah ilham yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tanya kepada kanak-kanak apa yang mereka tahu tentang nabi Nefi, anak lelaki Helaman (lihat Helaman 7–12). Jika perlu, terangkan perbezaan antara nabi ini yang bernama Nefi dan nabi yang bernama Nefi di permulaan Kitab Mormon.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Helaman 7:20

Tuhan mahu saya mengingat-Nya.

Nefi tertanya-tanya bagaimana bangsanya telah berpaling jauh daripada Tuhan dan melupakan Dia. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar cara mereka dapat mengingati Bapa Syurgawi dan Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi dengan kanak-kanak pengalaman apabila anda terlupa sesuatu yang penting. Tanya kepada mereka jika mereka pernah terlupa sesuatu. Baca kepada mereka Helaman 7:20, dan jelaskan bahawa bangsa Nefi memilih untuk melupakan Tuhan. Nabi Nefi mahu mereka mengingat Tuhan. Bawa gambar dalam beg yang mewakili cara kanak-kanak dapat mengingati Bapa Syurgawi dan Yesus. Biarkan kanak-kanak bergilir memilih gambar dan berkongsi bagaimana kita dapat mengingati Tuhan setiap hari.

  • Bantulah kanak-kanak untuk menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini.

Helaman 8:13–23

Para nabi bersaksi tentang Yesus Kristus.

Nefi bersaksi bahawa Yesus Kristus akan datang, dan dia menjemput bangsanya untuk bertaubat dan mengikuti Dia. Gunakan bab ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa para nabi bersaksi tentang Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan beritahu kanak-kanak bahawa nabi-nabi seperti Nefi menjemput kita untuk mengikuti Yesus. Bacalah kata-kata berikut tentang nabi dari Helaman 8:22: “Mereka telah bersaksi tentang kedatangan Kristus, dan telah menanti-nantikan, dan telah bergembira di dalam masa-Nya yang akan datang.” Kongsi dengan kanak-kanak sesuatu yang dikatakan oleh nabi kita yang hidup tentang Juruselamat.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai nabi, seperti “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58). Pilih frasa utama dari lagu, dan tulis satu perkataan dari frasa itu pada setiap helai tapak kaki kertas. Letakkan tapak kaki di atas lantai menuju ke gambar Juruselamat. Jemput kanak-kanak untuk mengikuti jejak tapak kaki, dan membantu mereka membaca perkataan tersebut.

Helaman 10:11–12

Saya akan mematuhi Bapa Syurgawi.

Contoh kepatuhan Nefi dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk mematuhi Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Helaman 10:2, 11–12, dan bantu kanak-kanak untuk memahami bahawa Nefi mematuhi Tuhan. Jemput kanak-kanak untuk berlakon apa yang dilakukan Nefi. Contohnya, minta mereka berjalan ke arah satu sisi bilik (seolah-olahnya mereka pulang ke rumah), berhenti, berpusing, dan berjalan ke arah yang lain dari bilik (seolah-olahnya mereka kembali untuk mengajar orang). Bantu mereka melihat bahawa Nefi mahu mematuhi Tuhan walaupun dia harus melakukan sesuatu yang sukar.

  • Bantu kanak-kanak memahami bahawa kadangkala Bapa Syurgawi mahu kita melakukan sesuatu yang berbeza dari apa yang kita mahu lakukan, tetapi kita boleh patuh kepada-Nya seperti Nefi. Kongsi pernyataan seperti “Kadangkala saya ingin marah, tetapi Bapa Syurgawi mahu saya menjadi … ,” dan biarkan kanak-kanak melengkapkan pernyataan itu. Galakkan kanak-kanak untuk ingat untuk berhenti dan berfikir tentang apa yang Bapa Syurgawi mahu mereka lakukan dan kemudian melakukannya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Helaman 7–11

Saya akan selamat secara rohani apabila saya mengikuti nabi.

Presiden James E. Faust mengajarkan: “Keselamatan kita terletak pada memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan [Presiden Gereja] dan mengikuti nasihatnya” (“Continuous Revelation,” Ensign, Nov. 1989, 10).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai di papan tulis perkara yang dilakukan oleh seorang nabi (lihat “Nabi,” Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bantu mereka mencari Helaman 7:1–2, 27–29; 8:22–23; dan 10:3–4, 6–7 untuk melihat bagaimana Nefi melakukan beberapa perkara dalam senarai mereka. Bilakah kita telah melihat nabi kita hari ini melakukan perkara-perkara ini? Berikan kesaksian anda tentang nabi yang hidup.

  • Baca bersama Helaman 11:3–7 (atau kaji semula “Bab 39: Nefi Menerima Kuasa Hebat,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 108–10, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Minta kanak-kanak untuk mendengar apa yang berlaku kepada orang-orang yang tidak mendengar nabi. Apakah yang boleh berlaku apabila kita tidak mendengar nabi? Bagaimana kita diberkati apabila kita mengikuti Dia? Kongsi sesuatu yang diajar oleh nabi kita, dan jemput kanak-kanak untuk mengikuti ajarannya.

Helaman 7:20–21

Tuhan mahu saya mengingat-Nya.

Kanak-kanak yang anda ajar akan menghadapi gangguan yang boleh menyebabkan mereka melupakan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk menumpukan masa kepada perkara rohani?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Helaman 7:20–21, dan tanya kepada kanak-kanak pendapat mereka apakah maksudnya untuk melupakan Tuhan. Jelaskan bahawa perkataan melupakan juga boleh bermaksud “mengabaikan” atau “tidak mempedulikan.” Paparkan gambar Juruselamat, dan jemput kanak-kanak untuk melukis perkara-perkara yang mereka menghabiskan terlalu banyak masa untuk lakukan yang boleh menyebabkan mereka melupakan Tuhan. Letakkan lukisan mereka di hadapan gambar Yesus. Minta kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh lakukan setiap hari untuk mengingati Bapa Syurgawi dan Yesus. Apabila mereka berkongsi pemikiran mereka, ambil lukisan itu satu demi satu sehingga gambar Juruselamat kelihatan.

  • Jemput kanak-kanak untuk melengkapkan halaman aktiviti minggu ini.

Helaman 10

Apabila saya merenungkan firman Tuhan, saya dapat menerima wahyu.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu apa yang dimaksudkan untuk merenungkan? Bantu mereka memahami bahawa Nefi diberkati dengan wahyu ketika dia merenungkan hal-hal yang telah ditunjukkan Tuhan kepadanya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk memahami apa yang dimaksudkan untuk merenungkan (lihat “Merenungkan,” Panduan Tulisan Suci, scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Jemput mereka untuk memikirkan kata-kata lain yang menggambarkan maksud merenungkan . Kemudian minta mereka membaca Helaman 10:1–3 dan menggantikan perkataan merenungkan dengan perkataan yang mereka fikirkan. Apakah yang berlaku ketika Nefi merenungkan tulisan suci itu? (lihat Helaman 10:3–7). Kongsi waktu ketika anda menerima wahyu setelah merenungkan tulisan suci atau wahyu moden atau satu pengalaman rohani.

  • Berikan kanak-kanak masa untuk membaca Helaman 10, atau membacanya bersama-sama, dan menggalakkan mereka untuk mencari ayat yang mereka mahu renungkan pada minggu yang akan datang. Jemput mereka untuk menulis ayat yang mereka pilih pada kertas atau kad dan letakkan di suatu tempat untuk mengingatkan mereka untuk merenungkan ayat tersebut pada minggu yang akan datang. Dalam kelas masa depan, berikan mereka masa untuk berkongsi apa yang mereka pelajari ketika mereka merenungkan ayat tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka rancang untuk lakukan untuk mengingati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus setiap hari. Mereka juga boleh menjemput keluarga mereka untuk menyertai mereka dalam matlamat mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memberi jemputan yang menghormati hak pilihan. Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk bertindak berdasarkan apa yang anda telah ajarkan kepada mereka, fikirkan cara untuk menghormati hak pilihan mereka ketika mereka menggunakan apa yang mereka pelajari. Sebagai contoh, selepas pelajaran mengenai Juruselamat, anda boleh bertanya, “Apakah yang anda akan lakukan untuk mengingati Juruselamat minggu ini?”

Cetak