Ikutlah Aku
27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42: “Rancangan Kebahagiaan yang Besar”


“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42: ‘Rancangan Kebahagiaan yang Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Yesus dan Maria

Woman, Why Weepest Thou? oleh Mark R. Pugh

27 Julai–2 Ogos

Alma 39–42

“Rancangan Kebahagiaan yang Besar”

Selepas mengkaji Alma 39–42 dengan berdoa, rancang aktiviti untuk membantu kanak-kanak belajar. Anda boleh mencari idea-idea di antara aktiviti-aktiviti berikut yang boleh disesuaikan dengan mana-mana umur kumpulan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput setiap kanak-kanak untuk berdiri dan berkongsi sesuatu tentang injil yang dia pelajari baru-baru ini di rumah atau di gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 39:1, 10–11

Saya boleh menjadi contoh yang baik.

Alma menggalakkan Korianton untuk belajar dari contoh baik adik beradiknya dan memberi amaran kepada Korianton supaya tidak menjadi contoh negatif bagi orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Siblon dan Korianton adalah adik beradik dan Siblon adalah contoh yang baik untuk Korianton. Jemput kanak-kanak untuk mengulangi soalan ini dengan anda: “Tidakkah dia menunjukkan teladan yang baik bagimu?” (Alma 39:1). Minta kanak-kanak bercakap tentang seseorang yang merupakan contoh yang baik untuk mereka.

  • Mainkan satu permainan atau nyanyikan lagu di mana kanak-kanak mengikuti atau meniru anda. Biarkan setiap kanak-kanak mempunyai giliran menjadi ketua atau contoh. Tanya kanak-kanak bagaimana mereka boleh menjadi contoh yang baik kepada seseorang.

  • Tunjukkan gambar Yesus melakukan perkara yang baik, dan jelaskan bahawa Dia adalah contoh sempurna kita. Jelaskan bahawa kita boleh menjadi contoh yang baik, seperti Yesus. Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka sebagai contoh yang baik.

Alma 39:9, 13

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh membantu saya membetulkan kesilapan saya.

Walaupun kanak-kanak kecil tidak perlu bertaubat, dengan memberitahu mereka tentang Korianton dapat membantu mereka untuk mula memahami apakah maksud pertaubatan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanpa memberitahu secara lanjut mengenai sifat dosa-dosanya, jelaskan bahawa Korianton membuat pilihan yang salah. Apakah yang kita boleh katakan untuk membantunya? Baca kepada kanak-kanak apa yang dikatakan oleh Alma, bapa Korianton, kepadanya: “Kamu hendaknya bertaubat dan meninggalkan dosa-dosamu” (Alma 39:9). Beritahu mereka bahawa “bertaubat” bermakna kita meminta Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk mengampuni kita dan membantu kita membetulkan kesilapan kita dan kemudian kita cuba menjadi lebih seperti Mereka.

  • Berikan seorang kanak-kanak sesuatu yang berat untuk dipegang semasa anda menceritakan kisah tentang seseorang yang melakukan sesuatu yang salah dan rasa bersalah. Beritahu kanak-kanak bahawa objek itu adalah seperti perasaan bersalah yang mungkin kita miliki apabila kita membuat kesilapan. Ambil objek berat itu daripada kanak-kanak itu apabila anda memberi kesaksian bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dapat menghapus perasaan berat dan bersalah serta membantu kita membetulkan kesilapan kita ketika kita bertaubat. Nyanyi bersama lagu tentang pertaubatan, seperti “Bapa Kumohon PertolonganMu (Pertobatan)”(Buku Nyanyian Anak-Anak, 52).

Alma 40:23

Saya akan dibangkitkan.

Bantu kanak-kanak menanti hari ketika mereka dan orang yang mereka kasihi akan dibangkitkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca Alma 40:23 dengan lantang, minta kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu mereka membayangkan apa yang diajar oleh ayat ini. Jemput setiap kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti untuk mengajar anak-kanak lain apakah itu kebangkitan.

  • Tunjukkan gambar Juruselamat yang dibangkitkan, dan ajar kanak-kanak lagu tentang Kebangkitan, seperti “Benarkah Tuhan T’ah Bangkit?” atau “Dia Bangkit” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45; Nyanyian Rohani, no. 85). Berhenti secara berkala untuk menjelaskan makna dan kepentingan perkataan dan frasa.

  • Tanya kepada kanak-kanak jika mereka mengenali seseorang yang telah meninggal dunia. Berikan kesaksian anda bahawa suatu hari nanti orang itu dan semua orang akan dibangkitkan kerana Yesus Kristus. Jika diperlukan, gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menjelaskan maksud kebangkitan.

    Imej
    Maria dan Yesus

    Mary and the Resurrected Lord, oleh Harry Anderson

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 39:1, 10–11

Saya boleh menjadi contoh yang baik.

Nasihat Alma kepada Korianton dapat membantu kanak-kanak memahami kepentingan mengikuti dan menjadi contoh yang baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa anak Alma, Korianton, telah melakukan dosa yang serius ketika dia seharusnya telah mengkhutbahkan injil. Baca separuh akhir Alma 39:11 dengan kanak-kanak, dan minta mereka mendengar bagaimana dosa Korianton menjejaskan bangsa Zoram. Bantu kanak-kanak memikirkan orang yang mungkin dipengaruhi oleh tindakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh menjadi contoh yang baik untuk orang-orang ini?

  • Baca bersama Alma 39:1. Bagaimanakah saudara lelaki Korianton, Shiblon menjadi contoh yang baik? Minta kanak-kanak untuk mencari jawapan tambahan untuk soalan ini dalam Alma 38:2–4. Ceritakan beberapa contoh yang baik dalam hidup anda, dan jemput kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama.

  • Bawa lampu suluh atau gambar matahari, dan bandingkan cahaya dengan kuasa suatu contoh yang soleh. Sama seperti cahaya dari lampu suluh atau matahari dapat membantu kita melihat jalan yang kita perlu ikuti, contoh yang soleh juga menunjukkan apa yang harus dilakukan untuk mengikut Bapa Syurgawi. Kongsi pengalaman ketika contoh baik seseorang telah membantu anda. Apakah yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak untuk menjadi contoh yang baik kepada orang lain? Bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah contoh sempurna kita.

Alma 39:9–13

Saya boleh bertaubat apabila saya melakukan kesilapan.

Sama seperti kita semua, kanak-kanak yang anda ajar akan melalukan dosa dan kesilapan. Bagaimana anda boleh mengilhami mereka untuk “meninggalkan dosa-dosa [mereka]” dan bertaubat? (Alma 39:9).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika mereka tercedera. Apakah yang mereka lakukan untuk membantu menyembuhkan kecederaan mereka? Jelaskan bahawa dosa mencederakan roh kita, tetapi Juruselamat dapat menyembuhkan kita apabila kita bertaubat.

  • Minta kanak-kanak mencari frasa “bertaubat dan meninggalkan dosa-dosamu” dalam Alma 39:9, dan bantu mereka memahami apakah maksud “bertaubat” dan “meninggalkan.” Bersaksi bahawa pertaubatan boleh dilakukan melalui Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya. Baca bersama Alma 39:10–14 untuk mencari perkara lain yang kita boleh lakukan yang akan membantu kita bertaubat dan mengelak dosa.

Alma 40:6–7, 11–14, 21–23

Selepas kematian, roh kita pergi ke dunia roh hingga Kebangkitan dan Penghakiman berlaku.

Ia perkara biasa untuk tertanya-tanya apa yang berlaku kepada kita selepas kita mati. Perkataan-perkataan Alma dapat membantu kanak-kanak mencari jawapan yang diilhami.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis kematian, dunia roh, kebangkitan, dan penghakiman pada kepingan kertas yang berasingan, dan letakkannya di papan tulis dalam susunan rawak. Bantu kanak-kanak memahami maksud istilah-istilah ini. Baca Alma 40:6–7, 11–14, dan 21–23 dengan kanak-kanak, dan minta mereka untuk meletakkan perkataan-perkataan di papan tulis dalam susunan di mana ia berlaku.

  • Tuliskan pada papan tulis senarai soalan yang boleh dijawab oleh Alma 40:6–7, 11–14, dan 21–23, dan jemput kanak-kanak untuk menyesuaikan setiap soalan dengan ayat-ayat yang menjawabnya. Contohnya, “Apakah keadaan tubuh saya apabila saya dibangkitkan?” boleh dijawab oleh Alma 40:23. Sekiranya perlu, jelaskan perkataan-perkataan yang sukar kepada kanak-kanak semasa mereka membaca. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi kenapa mereka bersyukur untuk rancangan Bapa Syurgawi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah menjadi contoh yang baik kepada mereka dan memikirkan satu cara mereka dapat menjadi contoh yang baik minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan deria. “Kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Cari cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan ketika mereka belajar” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25).

Cetak