“17–23 Ogos. Helaman 1–6: ‘Batu Penebus Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“17–23 Ogos. Helaman 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
17–23 Ogos
Helaman 1–6
“Batu Penebus Kita”
Aktiviti dalam garis panduan ini bertujuan untuk mencetuskan idea dan ilham di dalam hati dan minda anda. Idea terbaik biasanya datang ketika anda dengan penuh keyakinan merenungkan tulisan suci dan keperluan kanak-kanak yang anda ajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk menyokong kanak-kanak dalam pembelajaran injil mereka di rumah, jemput sebahagian daripada mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari minggu ini. Gambarkan bagaimana anda mempelajari injil di rumah, dan bercerita tentang cara kanak-kanak dapat membantu keluarga mereka belajar dari Kitab Mormon.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh membina landasan saya pada Yesus Kristus.
Helaman mengajar anak-anak lelakinya Nefi dan Lehi untuk membina hidup mereka di atas batu Penebus kita. Renungkan bagaimana anda akan melakukan perkara yang sama untuk kanak-kanak yang anda ajar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar bait suci atau bangunan lain, dan jelaskan bahawa bangunan memerlukan landasan yang kukuh supaya mereka tidak akan jatuh jika terdapat angin dan ribut. Untuk menggambarkan ini, jemput kanak-kanak untuk mencuba menggerakkan batu dengan meniupnya. Baca beberapa baris pertama Helaman 5:12, dan minta kanak-kanak mengangkat tangan apabila mereka mendengar siapa “batu” itu yang seharusnya menjadi landasan kita.
-
Jemput kanak-kanak untuk melakukan tindakan apabila anda membaca Helaman 5:12. Contohnya, mereka dapat melambai tangan apabila anda membaca tentang “badai yang kuat” dari iblis dan berdiri di satu tempat apabila anda membaca tentang “batu Penebus kita.”
-
Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membina struktur menggunakan blok atau bahan lain. Mulakan dengan membentuk “landasan yang kukuh”, dan ceritakan kepada mereka tentang bagaimana Yesus Kristus menjadi landasan hidup kita. Minta kanak-kanak untuk berkongsi perkara yang mereka boleh lakukan untuk mengikuti Yesus Kristus, dan biarkan mereka menambah satu blok kepada landasan struktur untuk setiap benda yang mereka kongsi.
-
Jemput kanak-kanak mewarna halaman aktiviti, dan bantu mereka memotongnya. Apakah yang kita boleh lakukan untuk membina kehidupan kita di atas landasan Yesus Kristus? Kongsi beberapa cara anda telah membina hidup anda pada Juruselamat dan bagaimana dengan melakukannya telah memberkati hidup anda.
Roh Kudus berbisik dengan suara yang tenang, lembut.
Gambaran dalam Helaman 5:29–30, 45–47 tentang suara yang didengar oleh bangsa Laman sama dengan cara kita sering menggambarkan bagaimana Roh Kudus bercakap. Anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu kanak-kanak mengenali suara Roh.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kongsi laporan Nefi dan Lehi di dalam penjara. Anda boleh menggunakan “Bab 37: Nefi dan Lehi dalam Penjara” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 99–102, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Apabila anda bercakap mengenai suara yang didengar oleh bangsa Laman, bercakap dengan suara lembut. Ulangi cerita beberapa kali, dan jemput kanak-kanak untuk berbisik dengan anda. Beritahu kanak-kanak tentang masa ketika Roh Kudus telah berbisik kepada anda dan memperkuatkan kesaksian anda.
-
Baca Helaman 5:30, dan nyanyi dengan kanak-kanak lagu mengenai Roh Kudus, seperti “Suara Yang Lembut” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 142–143). Tunjukkan perkataan dalam tulisan suci dan lagu yang menggambarkan bagaimana Roh Kudus bercakap kepada kita (lihat juga Helaman 5:45–47). Guna Helaman 5:29 dan pengalaman anda sendiri untuk berkongsi dengan kanak-kanak beberapa contoh perkara yang baik Roh Kudus boleh mengilhami kita untuk lakukan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Apabila saya merendahkan hati, Bapa Syurgawi akan memberkati saya.
Kitab Mormon mengandungi banyak contoh bahaya keangkuhan dan berkat kerendahan hati, dan beberapa contoh ini muncul dalam Helaman 1–6. Semasa anda mengkaji bab ini, pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan contoh-contoh ini untuk mengajar kanak-kanak di kelas anda.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Biarkan kanak-kanak membantu anda membuat gambarajah gambarajah berikut “kitaran keangkuhan.” Baca bersama Helaman 3:24, 33–34 dan 4:11–15, dan jemput kanak-kanak untuk menunjukkan bahagian kitaran yang digambarkan oleh ayat-ayat ini.
-
Tulis perkataan Rendah hati dan Angkuh pada papan tulis. Tulis beberapa contoh tindakan yang rendah hati atau angkuh pada slip kertas, dan jemput kanak-kanak untuk bergilir-gilir memilih kertas dan meletakkannya di sebelah perkataan di papan tulis yang menggambarkan tindakan itu. Apakah beberapa cara yang kita boleh pilih untuk menjadi rendah hati?
Saya akan membina landasan saya pada Yesus Kristus.
Helaman 5:12 mengandungi gambaran yang kuat untuk membina landasan kita pada Yesus Kristus. Bagaimana anda boleh menggunakan gambaran ini untuk menggambarkan asas ini kepada kanak-kanak? Melakukannya akan membantu mempersiapkan kanak-kanak untuk godaan dan percubaan yang mereka akan hadapi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bawa ke kelas beberapa jenis bahan yang boleh mewakili landasan yang lemah atau kuat (seperti bola kapas atau batu yang rata atau jubin). Jemput kanak-kanak untuk membina sebuah menara menggunakan blok atau bahan lain pada pelbagai jenis landasan. Apakah yang membuat beberapa landasan lebih kuat dari yang lain? Baca bersama Helaman 5:12, dan tanya kanak-kanak mengapa mereka befikir bahawa Yesus Kristus adalah “landasan yang kukuh” untuk kehidupan kita. Bagaimanakah kita boleh membina kehidupan kita pada-Nya? Jemput mereka untuk mencari Helaman 3:27–29, 35 dan Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4 untuk mencari idea.
-
Jemput kanak-kanak untuk mengimbas Helaman 5:5–14 dan mengira berapa kali perkataan “mengingati” disebutkan. Apakah yang dilakukan oleh Helaman kepada anak-anak lelakinya agar mereka ingat? Bagaimanakah mengingati perkara-perkara ini membantu kita menjadikan Yesus Kristus sebagai landasan kehidupan kita?
Pertaubatan menggantikan kegelapan rohani dengan cahaya.
Bangsa Laman yang pergi ke penjara untuk membunuh Nefi dan Lehi dikelilingi kegelapan betul-betul. Apabila kita berdosa, kita berada dalam kegelapan rohani.. Helaman 5:20–52 mengajar kita bagaimana rohani “awan kegelapan” dapat dialihkan (ayat 41).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jadikan bilik kelas gelap; kemudian baca atau ringkaskan laporan dalam Helaman 5:20–40 menggunakan lampu suluh kecil. Bagaimanakah kemungkinan perasaan bangsa Laman ketika berada dalam kegelapan? Jemput kanak-kanak untuk mendengar apa yang Aminadab ajarkan kepada orang ramai untuk lakukan supaya kegelapan akan diangkat, dan kemudian baca ayat 41. Kemudian pasangkan lampu, dan baca ayat 42–48 bersama. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kepada kita tentang berkat-berkat pertaubatan dalam hidup kita?
-
Jemput kanak-kanak membayangkan bahawa mereka mengajar kanak-kanak yang lebih muda tentang Roh Kudus. Bagaimanakah mereka boleh menggunakan Helaman 5:29–33, 44–47 untuk mengajar apakah perasaannya untuk merasa suara Roh dan beberapa perkara yang dikatakan oleh Roh kepada kita? Bagaimanakah Roh Kudus mengilhami anda untuk bertaubat? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman ketika mereka merasakan kedamaian dan keselesaan Roh Kudus.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak bertanya kepada ahli keluarga tentang bagaimana mereka telah membina kehidupan mereka pada Yesus Kristus. Atau mereka boleh berkongsi dengan keluarga mereka bagaimana mereka merancang untuk membina hidup mereka sendiri kepada-Nya.