“3–9 Ogos. Alma 43–52: ‘Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“3–9 Ogos. Alma 43–52,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
3–9 Ogos
Alma 43–52
“Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus”
Semasa anda merancang aktiviti, anda boleh mencari idea-idea di sini dalam cadangan untuk mengajar kedua-dua kanak-kanak yang lebih kecil dan kanak-kanak yang lebih besar.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat mengenai sesetengah orang dan cerita dalam Alma 43–52, seperti Panglima Moroni atau panji kemerdekaan. Untuk membantu mereka ingat, tunjukkan gambar dari Cerita-cerita Kitab Mormon, Buku Seni Injil, atau Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Alma 43:17–21; 48:7–8; 49:1–5; 50:1–6
Saya dapat mencari perlindungan rohani dalam injil.
Untuk mempertahankan bangsa Nefi dari bangsa Laman, Moroni mempersiapkan orang-orangnya dengan perisai dan kubu. Usahanya mengajar kita bagaimana kita dapat mencari keselamatan rohani.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu sedikit tentang peperangan antara bangsa Nefi dan bangsa Laman (lihat Alma 43), menekankan bahawa bangsa Nefi memakai perisai untuk melindungi diri mereka sendiri. Anda boleh menggunakan “Bab 31: Panglima Moroni Melawan Zerahemna” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 85–88, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Baca Alma 43:19, dan jemput kanak-kanak untuk menunjukkan kepada bahagian badan mereka ketika mereka mendengarnya dalam tulisan suci.
-
Jelaskan bahawa sama seperti bangsa Nefi berada dalam peperangan fizikal, kita berada dalam peperangan rohani terhadap Setan, yang tidak mahu kita mematuhi perintah Tuhan. Lukis seorang kanak-kanak pada papan tulis, dan bantu kanak-kanak memikirkan perkara-perkara yang melindungi kita secara rohani seperti perisai melindungi badan kita (contohnya doa, membaca tulisan suci, atau mematuhi perintah). Setiap kali sesuatu disebutkan, lukiskan sebuah perisai pada kanak-kanak pada papan tulis.
Alma 46:11–16; 48:11–13, 16–17
Saya boleh menjadi beriman seperti Panglima Moroni.
Moroni adalah contoh iman, keberanian, dan pelayanan yang hebat. Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk mengikuti teladannya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar Moroni dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Beritahu kanak-kanak tentang panji kemerdekaan dan apa yang ditulis di dalamnya, menggunakan frasa dari Alma 46:11–16. Anda boleh merukuk kepada “Bab 32: Panglima Moroni dan Panji Kemerdekaan” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 89–90, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Biarkan kanak-kanak membantu menceritakan cerita itu sebanyak mungkin. Tunjukkan bahawa Moroni menggunakan panji kemerdekaan untuk membantu bangsa Nefi mengingati apa yang penting bagi mereka.
-
Bantu kanak-kanak membuat panji kemerdekaan untuk diri mereka sendiri atau untuk kelas anda. Mulakan dengan membantu mereka memikirkan perkara-perkara yang mereka percaya atau perkara yang Bapa Syurgawi ingin mereka untuk ingati. Biarkan mereka melukis gambar perkara-perkara ini pada sekeping kertas yang besar, atau anda boleh membawa gambar untuk mereka lampirkan ke kertas.
-
Minta kanak-kanak memberitahu anda mengenai beberapa orang yang mereka mahu jadi dan mengapa mereka mahu menjadi seperti orang itu. Kemudian berkongsi dengan mereka beberapa perkataan dari Alma 48:11–13 yang menggambarkan Moroni, dan jemput mereka untuk meneka siapakah yang digambarkan oleh perkataan-perkataan ini. Tunjukkan gambar Moroni, dan bercakap tentang cara kita boleh menjadi seperti dia.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Alma 43:17–21; 48:7–8; 49:1–5; 50:1–6
Saya dapat mencari perlindungan rohani dalam injil.
Dunia mempunyai banyak bahaya rohani, tetapi terdapat banyak yang kanak-kanak dapat pelajari dari bangsa Nefi tentang cara melindungi diri mereka sendiri.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput setiap kanak-kanak membaca secara senyap salah satu dari ayat berikut yang menggambarkan bagaimana bangsa Nefi bersedia untuk berperang melawan bangsa Laman: Alma 43:19; 48:8; 49:1–5; dan 50:2–4. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari (menawarkan bantuan jika diperlukan). Jelaskan bahawa kita berada dalam peperangan rohani terhadap Setan, dan kita mesti melindungi diri kita secara rohani, sama seperti bangsa Nefi melindungi diri mereka secara fizikal dari bangsa Laman. Apakah jenis perisai atau kubu rohani yang boleh kita boleh bina untuk melindungi diri kita dalam pertempuran rohani kita?
-
Bantu kanak-kanak membuat perisai dari sekeping kertas atau kotak yang besar, dan minta mereka menuliskan hal-hal yang melindungi kita secara rohani pada perisai itu. Beri setiap kanak-kanak sekeping kertas, dan jemput kanak-kanak menulis sesuatu yang buruk yang Setan goda kita untuk lakukan (seperti berbohong, mencuri, atau tidak baik hati). Minta mereka untuk meremukkan kertas mereka menjadi bola dan melemparkannya ke perisai untuk menggambarkan bagaimana injil dapat melindungi kita daripada Setan (lihat juga Efesus 6:16).
Alma 46:11–16; 48:11–13, 16–17
Saya boleh menjadi beriman seperti Panglima Moroni.
Moroni adalah seorang pengikut Yesus Kristus yang setia dan kuat, yang mengilhami bangsa Nefi untuk menjalani injil (lihat Alma 48:17). Apakah yang kanak-kanak di kelas anda dapat pelajari daripada contohnya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Alma 46:11–16. Apakah yang Moroni mahu bangsa Nefi untuk ingat? (lihat ayat 12). Bagaimanakah dia membantu mereka mengingati perkara ini? Minta kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa perkara yang Bapa Syurgawi mahu kita ingat. Biarkan kanak-kanak mereka membuat “panji kemerdekaan” mereka sendiri dengan frasa atau gambar yang akan membantu mereka mengingati perkara-perkara ini.
-
Minta seorang kanak-kanak membaca Alma 48:17. Untuk membantu kanak-kanak memahami mengapa kita dijemput untuk menjadi seperti Moroni, jemput mereka untuk mengkaji Alma 48:11–13, 16. Minta mereka untuk mencari perkataan dan frasa yang membantu kita memahami mengapa Moroni adalah seorang pengikut hebat Yesus Kristus. Apabila mereka berkongsi apa yang mereka jumpa, galakkan mereka untuk memikirkan perkara-perkara tertentu yang mereka boleh lakukan untuk menjadi lebih seperti Moroni.
Setan menggoda dan menipu kita sedikit demi sedikit.
Kanak-kanak perlu tahu bahawa Setan akan cuba menggoda kita untuk melakukan dosa-dosa kecil sehingga dia dapat membawa kita kepada dosa yang lebih besar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama ayat-ayat terpilih dari Alma 47:4–19, dan jelaskan kepada kanak-kanak bagaimana Amalikia menguasai tentera Lehonti, walaupun ahli-ahli tentera telah “bersitegang dalam fikiran mereka” bahawa mereka tidak akan dipaksa untuk melawan bangsa Nefi. Apakah yang akan terjadi jika Amalikia telah memberitahu Lehonti apa yang telah dirancangnya dari awal? Apakah yang diajar oleh ayat-ayat ini kepada kita tentang bagaimana Setan cuba menipu kita?
-
Tunjukkan gambar rumah yang dipelihara dengan baik dan rumah yang telah diabaikan, atau tunjukkan gambar taman yang cantik dan taman yang penuh dengan rumput. Biarkan kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka lihat dalam gambar dan bagaimana perubahan ini mungkin berlaku dari masa ke masa. Apakah yang boleh dilakukan oleh pemilik rumah atau taman untuk menghalang ini dari berlaku? Jelaskan bahawa orang secara beransur-ansur membuat dosa jika mereka tidak menolak godaan Setan untuk melakukan dosa-dosa kecil (seperti tidak jujur atau melihat pornografi) dan kemudian melakukan dosa yang lebih besar. Apakah beberapa perkara buruk yang kita perlu menentang untuk lakukan dalam kehidupan kita?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Minta setiap kanak-kanak menamakan satu perkara yang dia dengar atau rasakan hari ini dan ingin berkongsi dengan ahli keluarga. Galakkan mereka untuk mengikuti rancangan mereka.