“10–16 Ogos. Alma 53–63: ‘Dipelihara Melalui Kuasa-Nya yang Menakjubkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“10–16 Ogos. Alma 53–63,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
10–16 Ogos
Alma 53–63
“Dipelihara Melalui Kuasa-Nya yang Menakjubkan”
Apabila anda membaca Alma 53–63, fikirkan bagaimana anda boleh menghidupkan cerita dalam bab ini untuk kanak-kanak dan membantu mereka mempelajari asas-asas injil yang yang diajar oleh setiap cerita.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk mempersiapkan kanak-kanak untuk belajar dari Alma 53–63, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka ingat mengenai orang Anti-Nefi-Lehi (lihat Alma 23–24). Untuk membantu, tunjukkan gambar yang anda gunakan untuk mengajar cerita, atau ingatkan mereka tentang aktiviti yang mereka lakukan di kelas.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menjadi setia kepada Tuhan seperti pahlawan teruna.
Pahlawan teruna (bermaksud “muda”) Helaman boleh menjadi contoh yang baik untuk kanak-kanak di kelas anda. Galakkan kanak-kanak untuk cuba menjadi seperti mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang kanak-kanak untuk memegang gambar dalam garis panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga semasa anda meringkaskan cerita para pahlawan teruna Helaman. Anda juga boleh menggunakan “Bab 34: Helaman dan 2,000 Pahlawan Muda” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 93–94, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Biarkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu dan suka mengenai kisah 2,000 pahlawan teruna.
-
Jemput seorang perempuan dan seorang lelaki untuk mewakili ibu dan bapa kepada pahlawan teruna. Apabila anda membaca Alma 56:27 dan 47–48, berikan barang-barang kepada kanak-kanak ini yang mewakili bagaimana ibu dan bapa membantu para pahlawan, seperti karung makanan untuk mewakili “bekalan” yang dikirim oleh bapa dan tulisan suci untuk mewakili ajaran para ibu. Minta kanak-kanak berkongsi perkara yang disediakan atau diajar oleh ibu bapa mereka.
-
Baca Alma 53:20–21, dan bantu kanak-kanak memahami maksud perkataan seperti gagah, keberanian, kekuatan, dan jujur . Gambarkan bagaimana para pahlawan teruna menunjukkan sifat-sifat ini. Buat tag nama yang mudah untuk kanak-kanak dengan ayat seperti, “Apabila saya , Saya seperti pahlawan teruna!” Bantu kanak-kanak mengisi tempat kosong dengan sifat yang mereka pilih dari Alma 53:20–21.
-
Jemput kanak-kanak untuk melengkapkan halaman aktiviti minggu ini. Bantu mereka memikirkan cara mereka dapat menjadi seperti askar Helaman. Nyanyi bersama “Membawa Injil Ke Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 92–93).
Apabila saya sedang risau, saya boleh mempercayai Tuhan.
Ketika dia dan askarnya menghadapi masa-masa susah, Helaman percaya kepada Tuhan. Apakah yang kanak-kanak yang anda ajar boleh pelajari dari contohnya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan wajah yang berkerut dahi di papan tulis, dan cerita tentang bagaimana Helaman risau kerana askarnya tidak mempunyai makanan atau orang yang cukup untuk terus berjuang (lihat Alma 58:32–41). Minta kanak-kanak berkongsi masa ketika mereka risau. Baca Alma 58:37 (atau membantu seorang kanak-kanak membacanya), dan membantu kanak-kanak mengubah wajah di papan tulis ke wajah yang senyum untuk menunjukkan perasaan Helaman kerana dia percaya kepada Tuhan. Apakah yang kita boleh lakukan apabila kita berasa risau? Nyanyi bersama “Senyum” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 128).
-
Tulis pada beberapa keping kertas beberapa perkara yang mungkin dirisaukan oleh kanak-kanak. Biarkan kanak-kanak bergilir-gilir memilih kertas untuk dibaca, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana Tuhan dapat membantu mereka dengan setiap kerisauan ini. Berkongsi satu pengalaman di mana Tuhan membantu anda ketika anda risau.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Alma 56:45–48; 57:21, 25–27; 58:39–40
Saya boleh menjadi setia kepada Tuhan seperti pahlawan teruna.
Apakah kebenaran dari cerita pahlawan teruna (bermaksud “muda”) Helaman yang boleh membantu kanak-kanak menghadapi cabaran yang mereka hadapi?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ketahui tentang pahlawan teruna. Anda juga boleh menggunakan “Bab 34: Helaman dan 2,000 Pahlawan Muda” (Cerita-cerita Kitab Mormons, 93–94, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Biarkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka kagumi tentang pahlawan-pahlawan ini.
-
Baca bersama Alma 56:45–48; 57:21, 25–27; dan 58:39–40. Jemput kanak-kanak untuk mencari perkataan dan frasa dari ayat-ayat ini yang menggambarkan pahlawan teruna. Apakah maksud perkataan dan frasa ini? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti pahlawan teruna?
-
Baca Alma 56:46–48 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk mendengar apa yang ibu-ibu pahlawan teruna ajarkan kepada anak-anak mereka tentang iman. Bagaimanakah ibu bapa hari ini membantu anak-anak mereka untuk mempunyai iman? Mengapakah ia penting untuk kanak-kanak untuk mengikuti ajaran soleh ibu bapa dan pemimpin Gereja dengan “ketepatan”? (Alma 57:21).
Saya boleh mematuhi perjanjian saya.
Para askar teruna dan ibu bapa mereka membuat perjanjian yang mereka penuhi dengan setia. Anda boleh menggunakan laporan ini untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan perjanjian.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bahagikan kanak-kanak ke dalam tiga kumpulan: satu untuk mewakili Helaman, satu lagi mewakili orang Amon, dan yang ketiga mewakili anak-anak lelaki orang Amon. Baca Alma 53:10–17 bersama-sama, dan biarkan kumpulan berkongsi bagaimana orang yang mereka wakili membuat dan mematuhi perjanjian. Kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi memberkati kita apabila kita mematuhi perjanjian kita.
-
Tulis frasa pada papan tulis dari Mosia 18:8–10 atau Ajaran dan Perjanjian 20:37 yang menggambarkan perkara-perkara yang kita berjanji untuk lakukan ketika kita dibaptiskan. Tuliskan juga beberapa frasa lain yang tidak berkaitan dengan perjanjian. Minta kanak-kanak membulatkan perkara yang kita berjanji untuk lakukan (biarkan mereka menggunakan tulisan suci jika diperlukan). Bagaimanakah kita diberkati apabila kita mematuhi perjanjian kita? Galakkan kanak-kanak untuk menulis apa yang mereka berjanji dengan Tuhan untuk lakukan dan paparkan senarai mereka di mana mereka sering dapat melihatnya.
-
Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Alma 56:27. Bagaimanakah bapa membantu anak-anak mereka tanpa melanggar perjanjian mereka untuk tidak bertarung? Siapakah yang menyokong kita dalam mematuhi perjanjian kita?
Saya boleh memilih untuk menjadi tidak marah.
Moroni menuduh Pahoran dengan salah, tetapi dia tidak marah, sebaliknya Pahoran berkata, “Aku … bersukacita dalam kebesaran hatimu” (Alma 61:9).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang masa ketika mereka dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya. Beritahu mereka tentang bagaimana ini berlaku kepada Pahoran (lihat Alma 60–61). Anda boleh menggunakan “Bab 35: Panglima Moroni dan Pahoran” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 95–97, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Untuk mengetahui bagaimana Pahoran bertindak balas, bergilir-gilir baca ayat-ayat dari Alma 61:3–14. Apakah yang dilakukan Pahoran apabila Moroni menuduh dia? Apakah yang kita pelajari tentang keampunan daripada contoh Pahoran? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti dia?
-
Tulis pada papan tulis Apakah yang saya perlu lakukan apabila seseorang marah dengan saya? Jemput kanak-kanak untuk bergilir menulis beberapa jawapan di papan tulis. Bagaimanakah kemungkinan Pahoran menjawab soalan ini? Minta kanak-kanak menulis jawapan ini dalam surat kepada mereka sendiri supaya mereka boleh membaca apabila seseorang marah kepada mereka.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarganya tentang cara mereka mahu menjadi seperti pahlawan teruna. Mereka juga boleh mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa mereka kerana mengajar mereka seperti ibu-ibu pahlawan teruna.