Ikutlah Aku
10–16 Ogos. Alma 53–63: “Dipelihara Melalui Kuasa-Nya yang Menakjubkan”


“10–16 Ogos. Alma 53–63: ‘Dipelihara Melalui Kuasa-Nya yang Menakjubkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“10–16 Ogos. Alma 53–63,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

dua ribu pahlawan teruna

Two Thousand Young Warriors, oleh Arnold Friberg

10–16 Ogos

Alma 53–63

“Dipelihara Melalui Kuasa-Nya yang Menakjubkan”

Laporan dalam Alma 53–63 boleh membantu anda melihat akibat menjalani kebenaran injil atau menolaknya. Apabila anda membaca Alma 53–63, catatkan dorongan dan renungkan cara untuk menggunakan kebenaran yang anda pelajari.

Mencatat Tanggapan Anda

Apabila dibandingkan dengan tentera bangsa Laman, “tentera muda” Helaman (Alma 56:33) 2,000 bangsa Nefi yang muda seharusnya tidak mempunyai peluang. Selain dari sedikit dalam jumlah mereka, askar-askar Helaman “semuanya … sangat muda,” dan “mereka belum pernah berperang” (Alma 56:46–47). Dalam beberapa cara, keadaan mereka mungkin kelihatan biasa kepada kita yang kadang-kadang merasa kecil dalam jumlah dan kalah dalam pertempuran zaman akhir kita terhadap Setan dan kuasa jahat di dunia.

Tetapi tentera Helaman mempunyai beberapa kelebihan terhadap bangsa Laman yang tidak ada kaitan dengan bilangan atau kemahiran ketenteraan. Mereka memilih Helaman, seorang nabi, untuk memimpin mereka (Alma 53:19); “mereka telah diajar oleh ibu-ibu mereka, bahawa jika mereka tidak ragu, Tuhan akan membebaskan mereka” (Alma 56:47); dan mereka mempunyai “iman yang besar pada apa yang telah diajarkan.” Hasilnya, mereka dilindungi oleh “kuasa-Nya yang menakjubkan” (Alma 57:26). Walaupun mereka semua cedera dalam peperangan, “tidak ada satu jiwa pun di antara mereka yang binasa” (Alma 57:25). Oleh itu, apabila kehidupan menyebabkan luka rohani pada setiap kita, kita boleh menjadi berani—pesanan tentera Helaman adalah bahawa “ada seorang Tuhan yang adil, dan barang siapa tidak ragu, mereka akan dipelihara melalui kuasa-Nya yang menakjubkan” (Alma 57:26).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 53:10–22; 56:43–48, 55–56; 57:20–27; 58:39–40

Semasa saya beriman kepada Tuhan, Dia akan memberkati saya dengan kuasa-Nya yang menakjubkan.

Cerita-cerita ajaib seperti kemenangan pahlawan muda Helaman mungkin sukar dikaitkan kerana mereka kelihatan tidak masuk akal. Tetapi satu sebab cerita seperti itu dalam tulisan suci adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa apabila kita mempunyai iman, Tuhan dapat melakukan mukjizat dalam hidup kita. Ketika anda membaca tentang pahlawan-pahlawan muda dalam ayat-ayat berikut, cari petunjuk tentang bagaimana mereka menjalankan iman mereka kepada Tuhan, apakah yang membuat iman mereka begitu kuat, dan apakah yang membuat mukjizat berlaku: Alma 53:10–22; 56:43–48, 55–56; 57:20–27; dan 58:39–40. Jadual berikut mencadangkan satu cara anda boleh mencatatkan apa yang anda dapati.

Ciri-ciri pahlawan Helaman:

Apakah yang mereka diajar:

Apakah yang mereka lakukan:

Berkat-berkat yang mereka terima:

Selepas mengkaji ayat-ayat ini, apakah yang anda rasa diilhami untuk menjalankan iman anda?

Helaman menyebut peranan ibu dalam memperkuatkan iman para pahlawan teruna (lihat Alma 56:47–48; 57:20–27). Apakah peranan yang dimainkan oleh ahli keluarga dan orang lain dalam membina iman anda? Apakah yang anda boleh lakukan untuk menguatkan iman keluarga dan kawan anda?

pahlawan teruna dengan ibu mereka

They Did Not Doubt, oleh Joseph Brickey

Alma 58:1–12, 31–3761

Saya boleh memilih untuk berfikir yang terbaik tentang orang lain dan tidak tersinggung.

Kedua-dua Helaman dan Pahoran mempunyai alasan yang baik untuk tersinggung. Helaman tidak menerima sokongan yang cukup untuk tenteranya, dan Pahoran telah dituduh dengan salah oleh Moroni untuk menahan sokongan itu (lihat Alma 58:4–9, 31–3260). Apakah yang mengagumkan anda tentang reaksi mereka dalam Alma 58:1–12, 31–37 dan Alma 61? Bagaimanakah anda boleh mengikuti contoh mereka dalam situasi yang sama?

Elder David A. Bednar mengajar: “Dalam beberapa cara dan pada suatu masa, seseorang di Gereja ini akan melakukan atau mengatakan sesuatu yang dapat dianggap sebagai menyinggung perasaan. Kejadian begitu itu pasti akan berlaku kepada setiap kita—dan ia pasti akan berlaku lebih dari sekali. … Anda dan saya tidak dapat mengawal niat atau tingkah laku orang lain. Walau bagaimanapun, kita yang menentukan bagaimana kita akan bertindak. Sila ingat bahawa anda dan saya adalah wakil yang dianugerahi dengan hak pilihan moral, dan kita boleh memilih untuk tidak tersinggung” (“And Nothing Shall Offend Them,” Ensign atau Liahona, Nov. 2006, 91).

Lihat juga Amsal 16:32; Moroni 7:45; David A. Bednar, “Lembut Hati dan Rendah Hati,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 30–33.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 53:10–17

Orang Anti-Nefi-Lehi berjanji untuk tidak menumpahkan darah. Apakah perjanjian yang kita buat dengan Tuhan? Apakah yang kita baca dalam Alma 53:10–17 yang mengilhami kita untuk menjadi lebih setia kepada perjanjian kita?

Alma 53:20–21

Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti remaja putera Helaman? Ia mungkin membantu untuk membincangkan beberapa frasa dalam ayat-ayat ini; contohnya, apakah maksudnya untuk menjadi “gagah … dengan kekuatan dan kegiatan”? Apakah yang dimaksudkan dengan “berjalan dengan tegak di hadapan [Tuhan]”?

Alma 58:9–11, 33, 37

Pada masa keperluan yang sangat besar, adakah kita berpaling kepada Bapa Syurgawi, seperti tentera bangsa Nefi? Bagaimanakah Dia menjawab doa mereka? Bagaimanakah Dia menjawab doa kita?

Alma 61:2, 9, 19

Apakah yang kita pelajari daripada Pahoran mengenai bagaimana untuk bertindak apabila kita dituduh dengan salah?

Alma 62:39–41

Berikut adalah pengajaran berobjek yang dapat membantu keluarga anda memahami bahawa kita boleh memilih sama ada “menjadi keras” atau “menjadi lembut” disebabkan percubaan kita: Letakkan kentang mentah dan telur mentah dalam periuk air mendidih. Kentang dan telur mewakili kita, dan air mewakili percubaan yang kita hadapi. Apabila kentang dan telur direbus, anda boleh bercakap mengenai beberapa ujian yang dihadapi oleh keluarga anda. Apakah beberapa cara yang berbeza untuk bertindak balas terhadap percubaan seperti ini? Berdasarkan kepada Alma 62:41, bagaimana tindak balas kita terhadap percubaan mempengaruhi kita? Selepas kentang dan telur dimasak sepenuhnya, potong kentang dan pecahkan telur untuk menunjukkan bahawa “percubaan” yang sama melembutkan kentang dan mengeras telur. Apakah yang boleh dilakukan oleh keluarga kita untuk memastikan bahawa percubaan kita merendahkan hati kita dan membawa kita lebih dekat kepada Tuhan?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Biarkan kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka. “Apabila anda mengajak kanak-kanak anda untuk mencipta sesuatu yang berkaitan dengan asas injil, anda membantu mereka lebih memahami asas itu, dan anda memberi mereka peringatan yang nyata tentang apa yang mereka telah pelajari. … Benarkan mereka membina, melukis, mewarna, menulis, dan mencipta” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 25).

dua ribu pahlawan teruna

It’s True, Sir, All Present and Accounted For, oleh Clark Kelley Price