“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42: ‘Rancangan Kebahagiaan yang Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
27 Julai–2 Ogos
Alma 39–42
“Rancangan Kebahagiaan”
Semasa anda mengkaji Alma 39–42, Roh Kudus boleh memberi anda pandangan mengenai perkara-perkara yang sedang berlaku dalam hidup anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Apabila seseorang yang kita kasihi telah membuat kesilapan yang serius, ia boleh menjadi sukar untuk mengetahui cara bertindak balas. Bahagian yang membuat Alma 39–42 sangat berharga adalah bahawa ia mendedahkan bagaimana Alma—pencipta Kristus yang pernah mempunyai dosa-dosa yang amat berat untuk ditanggung sendiri untuk bertaubat—mengatasi situasi seperti itu. Anak lelaki Alma, Korianton telah melakukan dosa seksual, dan Alma, seperti yang sering dilakukannya, mempercayai kuasa ajaran yang benar untuk menggalakkan pertaubatan (lihat Alma 4:19; 31:5). Dalam bab ini, kita melihat keberanian Alma dalam mengutuk dosa dan kelembutannya dan kasih kepada Korianton. Dan pada akhirnya, kita merasakan keyakinan Alma bahawa Juruselamat “akan datang untuk mengambil [dosa dan] memaklumkan khabar gembira tentang penyelamatan” kepada sesiapa yang bertaubat (Alma 39:15). Hakikat bahawa Korianton akhirnya kembali ke kerja pelayanan (lihat Alma 49:30) memberi kita harapan untuk keampunan dan penebusan ketika kita merasa “kesusahan” (Alma 42:29) mengenai dosa kita sendiri atau dosa seseorang yang kita kasihi.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Dosa seksual adalah kekejian di pandangan Tuhan.
Untuk memberi penekanan kepada anaknya tentang bertapa seriusnya dosa seksual, Alma mengajar “bahawa hal-hal ini kekejian dalam pandangan Tuhan” (Alma 39:5). Mengapakah kemurnian akhlak penting kepada anda? Mengapakah ia penting kepada Tuhan? Penjelasan berikut daripada Elder Jeffrey R. Holland mungkin membantu:
“Jelas sekali di antara kebimbangan-Nya yang paling besar mengenai kefanaan adalah bagaimana seseorang datang ke dunia ini dan bagaimana seseorang meninggalkannya. Dia telah menetapkan had ketat dalam hal ini.
“… Keintiman manusia dikhaskan untuk pasangan suami isteri kerana ia adalah simbol mutlak kesatuan, kesatuan yang ditahbiskan dan ditakrifkan oleh Tuhan. … Perkahwinan bertujuan untuk penyatuan lengkap seorang lelaki dan seorang wanita. … Ini adalah kesatuan lengkap sehingga kita menggunakan perkataan meterai untuk menyampaikan janji abadinya” (“Personal Purity,” Ensign, Nov. 1998, 76).
Pertimbangkan yang nasihat Alma berikan Korianton dalam Alma 39:8–15. Bagaimanakah ia membantu anda memahami kepentingan hukum kemurnian ahklak dan bagaimana untuk mengatasi godaan? Ajaran-ajaran Alma juga menunjukkan hasrat Tuhan untuk mengampuni kita ketika kita bertaubat dan terdapat harapan untuk kita semua. Apabila anda membaca Alma 39–42 minggu ini, cari bukti belas kasihan Tuhan. Bagaimanakah belas kasihan Tuhan telah memberkati anda?
Lihat juga “Kesucian Seksual,” Untuk Kekuatan Remaja, 35–37.
Saya akan dibangkitkan dan berdiri di hadapan Tuhan untuk dihakimi.
Apabila Alma menyedari bahawa Korianton mempunyai soalan tentang Kebangkitan, dia mengajarnya tentang apa yang akan terjadi selepas kita mati. Apakah kebenaran yang diajar Alma dalam bab 40–41 yang akan membantu Korianton—dan sesiapa yang berdosa—untuk faham? Anda boleh mengatur apa yang anda pelajari dengan mengenal pasti tajuk diberi oleh Alma (seperti dunia roh, kebangkitan, dan pemulihan) dan kemudian menulis apa yang Alma ajar tentang setiap itu. Bagaimanakah mengingat kebenaran ini dapat membantu anda apabila anda merasa tergoda atau mencari keampunan?
Saya boleh mencari jawapan kepada soalan saya dengan iman.
Kadang-kadang kita mungkin berfikir bahawa para nabi tahu jawapan kepada setiap soalan injil. Tetapi perhatikan bahawa sepanjang bab 40, Alma mempunyai beberapa soalan yang tidak terjawab mengenai kehidupan selepas kematian. Apakah yang dia lakukan untuk mencari jawapan? Apakah yang dia lakukan apabila dia tidak mempunyai jawapan? Pertimbangkan bagaimana contoh Alma dapat membantu anda dengan soalan injil yang anda miliki.
Korban tebusan Yesus Kristus membolehkan rancangan penebusan.
Korianton percaya bahawa hukuman untuk dosa adalah tidak adil (lihat Alma 42:1). Tetapi Alma mengajar bahawa ada cara untuk melepaskan diri dari “keadaan kegetiran” yang dosa meletakkan kita dalam: pertaubatan dan iman dalam Korban tebusan Yesus Kristus, yang berbelas kasihan dan adil (lihat Alma 42:15). Apabila anda membaca Alma 42, cari bagaimana Korban tebusan Juruselamat membolehkan anda menerima belas kasihan tanpa “merampas keadilan” (ayat 25). Apakah kebenaran yang anda dapati dalam bab ini yang membantu anda merasakan belas kasihan-Nya?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Alma 39:1–9
Adakah keluarga anda mendapat manfaat dari perbincangan tentang hukum kemurnian ahklak? Jika ya, pertimbangkan untuk menggunakan sumber-sumber berikut mengikut keperluan keluarga anda: Alma 39:1–9; “Kesucian Seksual,” Untuk Kekuatan Remaja, 35–37; overcomingpornography.org. Perhatikan bagaimana anda boleh membantu keluarga anda memahami berkat-berkat kemurnian akhlak dan keintiman dalam perkahwinan.
Alma 39:9–15
Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana untuk mengelakkan dosa?
Alma 42:4
Anda boleh memainkan permainan di mana kepingan kertas dengan sifat-sifat seperti Kristus atau asas-asas injil ditulis padanya diselerakkan di sekeliling bilik. Anda boleh melihat berapa banyak kertas ahli keluarga dapat kumpulkan dalam masa tertentu, kemudian bincangkan bagaimana perkara-perkara yang ditulis di dalam kertas dapat membantu kita menjadi lebih seperti Tuhan. Bagaimanakah “masa yang diberikan” kepada kita di bumi seperti masa yang diperuntukkan dalam permainan ini? Bagaimanakah kita boleh menggunakan “masa percubaan” kita di bumi untuk menjadi lebih seperti Juruselamat?
Alma 42:12–15, 22–24
Mungkin anda boleh menggambarkan hubungan antara keadilan dan belas kasihan dengan menggunakan lukisan skala yang biasa untuk membincangkan soalan-soalan seperti ini: Apakah yang berlaku pada skala ketika kita berdosa? Apakah yang diperlukan oleh keadilan untuk skala menjadi seimbang? Bagaimanakah Juruselamat memenuhi tuntutan keadilan dan membolehkan belas kasihan?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.