“20–26 Julai. Alma 36–38: ‘Memandang kepada Tuhan dan Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“20–26 Julai. Alma 36–38,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
20–26 Julai
Alma 36–38
“Memandang kepada Tuhan dan Hidup”
“Apabila anda merasakan kegembiraan yang datang dari memahami injil, anda akan mahu menggunakan apa yang anda telah pelajari” (Mengkhotbahkan Injil-Ku [2004], 19). Catatkan fikiran dan tanggapan anda mengenai cara untuk menggunakan kebenaran yang anda sedang pelajari.
Mencatat Tanggapan Anda
Ketika Alma melihat kejahatan di sekelilingnya, dia merasa “dukacita,” “kesukaran,” dan “kepedihan jiwa” yang mendalam (Alma 8:14). “Kejahatan seperti itu di kalangan umat ini,” dia berkata tentang bangsa Zoram, “menyakitkan jiwaku” (Alma 31:30). Dia merasakan sesuatu yang serupa selepas kembali dari misinya kepada bangsa Zoram—dia memerhatikannya “hati orang mula menjadi keras, dan bahawa mereka mula tersinggung kerana ketatnya firman,” dan ini membuat hatinya “penuh dukacita” (Alma 35:15). Apakah yang dilakukan Alma mengenai apa yang dia lihat dan rasa? Dia tidak hanya menjadi kecewa atau sinis tentang keadaan dunia. Sebaliknya, “dia menyuruh agar para puteranya hendaknya berkumpul bersama” dan mengajar mereka “ apa yang berkaitan dengan kebenaran” (Alma 35:16). Dia mengajarkan mereka bahawa “tidak ada jalan atau cara lain yang melaluinya manusia dapat diselamatkan, kecuali di dalam dan melalui Kristus. … Lihatlah, Dia ialah firman kebenaran dan kesolehan” (Alma 38:9).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya boleh dilahirkan dari Tuhan apabila saya merendahkan hati dan bertaubat.
Hanya sedikit orang akan mengalami pengalaman yang dramatik seperti penukaran hati Alma. Tetapi terdapat asas dalam pengalamannya yang kita semua boleh belajar dan gunakan, kerana semua orang mesti “dilahirkan dari Tuhan” (Alma 36:23). Apabila anda membaca Alma 36, carikan asas-asas yang anda boleh gunakan. Contohnya, bagaimana seseorang yang dilahirkan dari Tuhan rasa tentang dosa? Tentang Yesus Kristus? Anda juga boleh mencari perubahan yang mungkin anda harapkan untuk melihat kepercayaan dan tindakan seseorang yang dilahirkan daripada Tuhan.
Lihat juga Mosia 5:7; 27:25–26; Alma 5:14; 22:15; Helaman 3:35.
Yesus Kristus menebus untuk dosa-dosa dunia.
Anda mungkin dapat melihat beberapa pengulangan dalam laporan Alma tentang penukaran hatinya dalam bab ini. Ini kerana Alma 36 adalah contoh yang hebat dalam bentuk puisi Ibrani yang disebut chiasmus, di mana kata-kata atau idea dibentangkan dalam suatu urutan tertentu, yang membawa kepada idea pusat, dan kemudian diulang dalam urutan terbalik. Dalam Alma 36, idea dalam ayat 3 diulangi dalam ayat 27, idea dalam ayat 5 diulangi dalam ayat 26, dan sebagainya. Idea utama adalah pesanan terpenting dari chiasmus. Lihat jika anda boleh mencari idea utama dalam ayat 17–18. Perhatikan bagaimana “menangkap fikiran ini” mempengaruhi Alma dan mengubah hidupnya. Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi anda? Apakah idea lain yang berulang yang anda temui dalam petikan ini?
Bagaimanakah laporan pertaubatan dan keampunan ini mengilhami anda untuk mengikuti contoh Alma dan berpaling kepada Juruselamat?
Untuk maklumat lanjut mengenai chiasmus, lihat Book of Mormon Student Manual (Church Educational System manual [2009], 232–33).
Tulisan suci telah dipelihara “untuk suatu tujuan yang bijak.”
Pernahkah anda memikirkan tentang mukjizat dan berkat yang ada untuk memiliki tulisan suci sekarang? Tuhan telah “mengamanahkan [kita] benda-benda ini, yang suci” (Alma 37:14). Apabila anda membaca Alma 37, cari berkat-berkat yang datang dari memiliki tulisan suci. Bagaimanakah anda telah mengalami berkat ini? Bagaimanakah kita boleh menggunakan tulisan suci untuk membantu “memperlihatkan kuasa [Tuhan] kepada generasi-generasi mendatang.”? (Alma 37:18).
Dalam Alma 37:38–47, Alma membandingkan “firman Kristus” kepada Liahona. Semasa anda merenungkan perbandingan ini, fikirkan cara-cara anda mengalami mukjizat dan kuasa ajaran Kristus “hari demi hari” (Alma 37:40).
Lihat juga D. Todd Christofferson, “The Blessing of Scripture,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 32–35.
“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”
Kadangkala kita mungkin merasa masalah kita begitu besar dan rumit sehingga penyelesaiannya mesti besar dan rumit juga. Namun sekali lagi, Tuhan memilih untuk menggunakan “hal-hal yang kecil dan sederhana” (Alma 37:6) untuk mencapai kerja-Nya dan memberkati kehidupan anak-anak-Nya. Apabila anda membaca Alma 37:6–7, renungkan dan catatkan cara anda telah melihat asas ini di bekerja dalam hidup anda. Apakah beberapa hal-hal yang kecil dan sederhana yang Tuhan gunakan untuk memberkati anda dan mencapai kerja-Nya?
Lihat juga Alma 37:41–46; Dallin H. Oaks, “Hal-hal yang Kecil dan Sederhana,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 89–92.
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Alma 36:5–26
Walaupun pengalaman Alma luar biasa, penukaran hatinya menggambarkan beberapa asas-asas yang berkaitan dengan kita semua. Jemput setiap ahli keluarga untuk memilih satu ayat dari Alma 36:5–26 yang mengajarkan tentang “dilahirkan dari Tuhan.” Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini? Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi bagaimana mereka telah menggunakan asas-asas yang digambarkan oleh Alma.
Alma 36:18–21, 24
Bagaimanakah kita dapat menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu seseorang melihat bahawa pertaubatan adalah pengalaman yang menggembirakan, bukannya teruk? Bagaimanakah pertaubatan boleh mengilhami kita untuk berkongsi injil dengan orang lain?
Alma 37:6–7, 38–46
Apakah beberapa “hal-hal yang kecil dan sederhana” (Alma 37:6) yang membawa banyak hal-hal yang hebat ke dalam hidup kita? Dalam cara apakah firman Kristus seperti Liahona? Bagaimanakah kita boleh saling mengkaji tulisan suci dengan lebih tekun?
Alma 37:35
Mengapakah ia bijak untuk belajar untuk mematuhi perintah-perintah semasa “masa muda [kita]”?
Alma 38:12
Adakah keluarga anda tahu apakah itu mengekang? Mungkin anda boleh menunjukkan kepada mereka satu gambar dan bercakap tentang bagaimana ia digunakan untuk mengawal haiwan. Apakah yang dimaksudkan dengan “mengekang segala nafsu [kita]”? Bagaimanakah mengekang nafsu kita membantu kita menjadi “dipenuhi dengan kasih”?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.