Ikutlah Aku
13–19 Julai. Alma 32–35: “Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”


“13–19 Julai. Alma 32–35: ‘Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“13–19 Julai. Alma 32–35,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

biji benih dalam tangan budak

13–19 Julai

Alma 32–35

“Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”

Catatkan tanggapan rohani yang anda terima semasa anda mengkaji Alma 32–35. Apakah yang anda rasa diilhami untuk lakukan disebabkan oleh apa yang anda pelajari?

Mencatat Tanggapan Anda

Bagi bangsa Zoram, doa adalah amalan rutin yang bertumpu pada diri sendiri, yang berlaku hanya sekali seminggu. Ia terdiri daripada berdiri di mana semua dapat melihat dan mengulangi kata-kata yang sia-sia, memuaskan hati sendiri. Mungkin lebih teruk, bangsa Zoram kurang iman pada Yesus Kristus—bahkan menafikan kewujudan-Nya—dan menganiaya orang miskin (lihat Alma 31:9–25). Sebaliknya, Alma dan Amulek berani mengajar bahawa doa adalah lebih berkaitan dengan apa yang berlaku dalam hati kita daripada platform khalayak ramai. Dan jika ia tidak membawa rasa kasihan kepada mereka yang memerlukan, itu adalah “ sia-sia, dan tidak berfaedah … apa pun” (Alma 34:28). Paling penting, ia adalah penyataan iman kepada Yesus Kristus, yang menawarkan penebusan melalui korban-Nya yang “tidak terhingga dan abadi” (Alma 34:10). Iman seperti itu, Alma jelaskan, dilahirkan dari kerendahan hati dan “hasrat untuk percaya” (Alma 32:27). Ia tumbuh secara beransur-ansur, seperti pokok, dan memerlukan penyuburan yang berterusan. Apabila anda membaca Alma 32–35, anda mungkin mempertimbangkan iman dan doa anda sendiri; pernahkah anda merasa sebarang sikap seperti bangsa Zoram merangkak masuk? Bagaimanakah anda akan menyuburkan iman anda kepada Yesus Kristus sehingga ia akan menjadi “pokok yang tumbuh menuju kehidupan kekal”? (Alma 32:41).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 32:1–16

Saya boleh memilih untuk merendahkan hati.

Alma menyedari bahawa golongan bangsa Zoram yang miskin berhati rendah dan “dalam keadaan sedia untuk mendengar firman” (Alma 32:6). Apabila anda membaca Alma 32:1–16, fikirkan bagaimana anda bersedia untuk mendengar firman Tuhan.

Apakah pengalaman yang telah merendahkan hati anda? Apakah yang anda telah lakukan untuk menjadi lebih rendah hati? Ayat-ayat ini dapat mengajar anda bagaimana memilih untuk kerendahan hati dan bukannya kerana dipaksa untuk merendahkan hati. Contohnya, apakah perbezaan di antara menjadi “miskin berkaitan dengan apa yang di dunia” dan menjadi “rendah hati”? (ayat 3). Apakah maksudnya “merendahkan hati [anda] akibat firman”? (ayat 14).

Alma 32:17–43; 33–34

Saya beriman kepada Yesus Kristus dengan menanam dan menyuburkan kata-katanya dalam hati saya.

Mengapa Alma bercakap mengenai penanaman benih sebagai tindak balas kepada soalan bangsa Zoram tentang penyembahan? Apakah biji benih yang dibicarakan oleh Alma? (lihat Alma 32:28; 33:22–23). Apabila anda membaca Alma 32:17–43, perhatikan perkataan dan frasa yang membantu anda memahami bagaimana untuk beriman kepada Yesus Kristus dan firman-Nya. Apakah yang anda pelajari tentang apa itu iman dan apa itu bukan iman? Kemudian, apabila anda membaca bab 33–34, cari jawapan kepada soalan bangsa Zoram “Bagaimana [kita patut] menanam benih?” (Alma 33:1).

Ini adalah satu lagi cara untuk mengkaji Alma 32–34: lukiskan gambar-gambar yang mewakili fasa-fasa pertumbuhan benih yang berlainan. Kemudian labelkan setiap gambar dengan perkataan dari Alma 32:28–43 yang membantu anda memahami cara menanam dan menyuburkan firman di dalam hati anda.

Lihat juga Matius 13:3–8, 18–23; Ibrani 11; Neil L. Andersen, “Iman Bukanlah Kerana Nasib, Tetapi Kerana Pilihan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 65–68; “Faith in Jesus Christ,” Gospel Topics, topics.ChurchofJesusChrist.org.

Alma 33:2–11; Alma 34:17–29

Saya boleh menyembah Tuhan dalam doa, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Nasihat Alma dan Amulek mengenai penyembahan dan doa bertujuan untuk membetulkan salah faham yang khusus oleh bangsa Zoram (lihat Alma 31:13–23). Tetapi kebenaran yang mereka ajarkan dapat membantu kita memahami doa dan penyembahan dengan lebih baik. Mungkin anda boleh membuat senarai kebenaran mengenai doa yang anda temui dalam Alma 33:2–11 dan 34:17–29. Di sebelah senarai itu, buat senarai kemungkinan tanggapan salah tentang doa dan kebenaran ini betul (lihat Alma 31:12–23). Bagaimanakah perkara yang anda pelajari dari ayat-ayat ini memberi kesan kepada cara anda berdoa dan menyembah?

Alma 33:3–17

Siapakah Zenos dan Zenok?

Zenos dan Zenok adalah nabi yang bersaksi tentang Yesus Kristus semasa zaman Perjanjian Lama, tetapi ajaran mereka tidak terdapat dalam Perjanjian Lama. Bangsa Nefi mempunyai akses kepada ajaran nabi-nabi ini, mungkin kerana ia dimasukkan ke dalam kepingan-kepingan loyang yang diperoleh Nefi daripada Laban. Mereka juga disebut dalam 1 Nefi 19:10–12; Yakub 5:1; dan Helaman 8:19–20.

Alma 34:30–41

“Kehidupan ini ialah masa … untuk bersedia untuk bertemu Tuhan.”

Apabila anda membaca Alma 34:30–41, pertimbangkan bagaimana anda boleh “memanfaatkan waktu [anda] semasa dalam kehidupan ini” (ayat 33). Bagaimanakah pertaubatan dan kesabaran boleh membantu anda mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Tuhan? Adakah terdapat perubahan yang anda perlu lakukan tetapi anda menangguhkannya? Pastikan anda bertindak atas sebarang tanggapan rohani yang anda terima.

Lihat juga Alma 12:24; Larry R. Lawrence, “Adakah Lagi Harus Saya Lakukan?Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 33–35.

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 32:9–11; 33:2–11; Alma 34:38–39

Apakah perasaannya jika kita dibenarkan untuk menyembah dan berdoa hanya pada hari Ahad? Semasa anda membaca ayat-ayat ini bersama, ahli keluarga boleh membincangkan bagaimana mereka boleh menyembah setiap hari dan mengapa mereka bersyukur kerananya.

Alma 32:28–43

Satu gambar pokok disertakan dengan garis panduan ini; anda boleh menggunakannya untuk menggambarkan kata-kata Alma dalam ayat-ayat ini. Atau keluarga anda boleh pergi berjalan-jalan untuk mencari tumbuhan pada peringkat pertumbuhan yang berbeza dan membaca ayat-ayat dari Alma 32 yang membandingkan tumbuhan yang semakin membesar dengan iman kita. Mungkin setiap ahli keluarga dapat menanam benih dan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk menolongnya tumbuh. Sepanjang minggu-minggu yang akan datang, anda boleh melihat benih anda dan mengingatkan satu sama lain keperluan untuk terus menyuburkan kesaksian kita tentang Yesus Kristus.

Alma 33:2–11; Alma 34:17–29

Apakah yang dicadangkan oleh ayat-ayat ini tentang bagaimana kita boleh memperbaiki doa individu dan keluarga kita?

Alma 34:31

Apakah pengalaman yang telah menunjukkan kepada kita bahawa apabila kita bertaubat, kita “serta-merta” merasakan berkat rancangan penebusan?

Alma 34:33–35

Adakah keluarga anda tahu apa yang dimaksudkan untuk menangguhkan? Mungkin seseorang boleh berkongsi contoh penangguhan dan akibat negatifnya. Apakah maksudnya untuk “menangguhkan hari pertaubatan [kita]”?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melukis gambar. Anda boleh membiarkan ahli keluarga melukis semasa mereka mengkaji dari tulisan suci. Sebagai contoh, mereka mungkin menikmati melukis benih yang tumbuh menjadi pokok ketika mereka mengkaji Alma 32.

buah di atas pokok

“Kerana ketekunanmu dan imanmu dan kesabaranmu dengan firman dalam memeliharanya … lihatlah, dalam masa yang singkat kamu akan memetik buahnya, yang paling berharga” (Alma 32:42).