Ikutlah Aku
6–12 Julai. Alma 30–31: “Kuasa Firman Tuhan”


“6–12 Julai. Alma 30–31: ‘Kuasa Firman Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“6–12 Julai. Alma 30–31,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Alma mengajar Korihor

All Things Denote There Is a God (Alma and Korihor), oleh Walter Rane

6–12 Julai

Alma 30–31

“Kuasa Firman Tuhan”

Alma bersaksi tentang “kesan yang lebih kuat” dari firman Tuhan (Alma 31:5). Apabila anda membaca Alma 30–31, catatkan tanggapan anda apabila anda merasakan kesan kuat dari firman Tuhan kepada anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Laporan dalam Alma 30–31 jelas menunjukkan kuasa firman—untuk kejahatan dan kebaikan. Kata-kata “menganjung-anjung” dan “berkobar-korbar” oleh seorang pengajar palsu bernama Korihor mengancam untuk membawa “jiwa kepada kehancuran” (Alma 30:31, 47). Begitu juga dengan ajaran-ajaran seorang pembelot bangsa Nefi yang bernama Zoram yang memimpin seluruh kumpulan orang jatuh “ke dalam kekhilafan besar” dan “menyimpangkan jalan Tuhan” (Alma 31:9, 11).

Di sebaliknya, Alma mempunyai iman yang teguh bahawa firman Tuhan akan mempunyai “kesan yang lebih kuat pada fikiran orang daripada pedang, atau apa-apa pun yang lain” (Alma 31:5)—termasuk kata-kata daripada Korihor dan Zoram. Kata-kata Alma menyatakan kebenaran abadi dan menarik kuasa-kuasa syurga untuk mendiamkan Korihor (lihat Alma 30:39–50), dan mereka menjemput berkat syurga kepada mereka yang pergi bersamanya untuk membawa kembali bangsa Zoram kepada kebenaran (lihat Alma 31:31–38). Ini adalah contoh yang berharga bagi para pengikut Kristus hari ini, ketika “kata yang berkorbar-kobar” dan “kekhilafan besar” sekali lagi mempunyai kesan kuat pada minda rakyat (Alma 30:31; 31:9). Tetapi kita dapat mencari kebenaran dengan mempercayai, seperti yang dilakukan Alma, “kuasa firman Tuhan” (Alma 31:5).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 30:6, 12

Apakah itu anti-Kristus?

Dalam Alma 30:6, Korihor dipanggil “Anti-Kristus.” Seorang anti-Kristus ialah “seseorang yang akan menyamar jadi Kristus tetapi pada hakikatnya untuk menentang Kristus (1 John 2:18–22; 4:3–6; 2 John 1:7). Dalam erti kata yang lebih luas adalah orang atau apa saja yang memalsu injil atau rancangan keselamatan yang benar dan yang secara terbuka atau secara diam-diam ditubuhkan untuk menentang Kristus” (Panduan Tulisan Suci, “Anti-Kristus”).

Apakah “pemalsuan injil yang benar” yang anda perhatikan di dunia hari ini? Contohnya, Sister Julie B. Beck, bekas Presiden Umum Lembaga Pertolongan, mengajar, “Mana-mana ajaran atau asas yang [kita] dengar dari dunia yang adalah anti-keluarga juga adalah anti-Kristus” (“Teaching the Doctrine of the Family,” Ensign, Mac. 2011, 15).

Korihor bercakap dengan Alma

Korihor Confronts Alma, oleh Robert T. Barrett

Alma 30:6–60

Kitab Mormon dapat membantu saya menahan pengaruh orang-orang yang cuba menipu saya.

Apabila anda membaca Alma 30:6–31, ajaran-ajaran-ajaran Korihor mungkin kedengaran seperti biasa. Itu kerana, seperti yang diajar oleh Presiden Ezra Taft Benson, Kitab Mormon mendedahkan dan dapat memperkuatkan kita dari “rekaan jahat, strategi, dan ajaran iblis di zaman kita. Jenis pemurtad dalam Kitab Mormon adalah serupa dengan jenis pemurtad pada hari ini. Tuhan, dengan pengetahuan-Nya yang tidak terhad, membuatkan Kitab Mormon supaya kita dapat lihat kesalahan konsep-konsep pendidikan palsu, politikal, keagamaan, dan falsafah masa kita” (Ajaran Presiden Gereja: Ezra Taft Benson, [2014], 132).

Pertimbangkan membuat senarai ajaran palsu yang Korihor ajar dalam Alma 30:6–31. Apakah beberapa akibat dari mempercayai ajaran-ajaran ini? Contohnya, apakah hasil dari kepercayaan bahawa “seseorang mati, itulah pengakhirannya”? (Alma 30:18). Apakah ajaran-ajaran palsu yang diajar oleh Korihor yang sama dengan ajaran-ajaran palsu yang telah anda perhatikan di dunia hari ini?

Membaca tentang interaksi antara Korihor dan Alma dapat membantu anda bersedia untuk situasi ketika orang lain cuba menipu anda. Ia mungkin boleh membantu untuk mengkaji Alma 30:29–60 untuk memahami bagaimana Korihor telah ditipu (lihat terutamanya ayat 52–53). Apakah yang anda dapat pelajari dari tindak balas Alma kepada ajaran Korihor? (lihat Alma 30:31–35).

Alma 31

Firman Tuhan mempunyai kuasa untuk memimpin manusia kepada kesolehan.

Masalah bangsa Zoram yang berpisah dari bangsa Nefi mungkin kelihatan seperti orang yang memerlukan penyelesaian politik atau ketenteraan (lihat Alma 31:1–4). Tetapi Alma telah pelajari untuk mempercayai “kuasa firman Tuhan”” (Alma 31:5). Apakah yang anda pelajari dari Alma 31:5 tentang kuasa firman Tuhan? Bagaimanakah anda telah melihat firman Tuhan memimpin “umat itu untuk melakukan apa yang adil”? (Alma 31:5). Renungkan bagaimana anda boleh “cuba” (menggunakan atau menguji) firman Tuhan untuk membantu seseorang yang anda kasihi.

Untuk lebih memahami pendekatan Alma untuk menyelamatkan orang lain, anda boleh membandingkan sikap, perasaan dan tindakannya dengan bangsa Zoram, seperti yang digambarkan dalam Alma 31. Jadual seperti yang berikut mungkin boleh membantu. Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Bagaimanakah perasaan anda boleh jadi lebih seperti Alma?

bangsa Zoram

Alma

bangsa Zoram

Mempercayai orang-orang di luar kumpulan mereka dihukum ke neraka (Alma 31:17).

Alma

Mempercayai bangsa Zoram merupakan “saudara-saudara” dia dan jiwa mereka adalah “berharga” (Alma 31:35).

bangsa Zoram

Menumpukan hati mereka pada kekayaan (Alma 31:24, 28).

Alma

Berhasrat untuk membawa jiwa-jiwa kepada Yesus Kristus (Alma 31:34).

bangsa Zoram

Alma

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 30:44

Pertimbangkan membaca dan membincang Alma 30:44 bersama sambil berjalan-jalan di luar atau melihat gambar-gambar ciptaan Tuhan. Ahli keluarga boleh berkongsi apa yang mereka lihat yang bersaksi tentang Tuhan. Bagaimanakah perkara-perkara ini—-atau pengalaman lain yang kita miliki—membantu kita mengetahui bahawa Tuhan itu benar?

Alma 30:56–60

Apakah yang kita pelajari dari Alma 30:56–60 tentang bagaimana iblis melayan para pengikutnya? Apakah yang kita boleh lakukan untuk melindungi rumah kita daripada pengaruhnya?

Alma 31:20–38

Selepas membaca Alma 31:20–38 dengan keluarga anda, anda boleh membincangkan soalan-soalan berikut: Bagaimana doa Alma berbeza dari doa bangsa Zoram? Bagaimana kita dapat mengikuti contoh Alma dalam doa peribadi dan doa keluarga kita?

Kanak-kanak yang lebih muda boleh meletakkan batu di bawah bantal mereka untuk membantu mereka ingat untuk berdoa setiap pagi dan malam. Mereka juga mungkin menikmati menghias batu mereka.

Alma 31:23

Apakah yang kita lakukan setiap hari di rumah kita untuk belajar dan bercakap tentang Tuhan?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mempersiapkan persekitaran anda. “Persekitaran kita dapat memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap kemampuan kita untuk belajar dan merasakan kebenaran” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 15). Cubalah mencari tempat membaca tulisan suci yang akan menjemput pengaruh Roh Kudus. Muzik dan gambar yang mengangkat dapat menjemput Roh.

Bangsa Zoram berdoa di atas Rameumtom

The Rameumptom, oleh Del Parson