Ikutlah Aku
6–12 Julai. Alma 30–31: “Kuasa Firman Tuhan”


“6–12 Julai. Alma 30–31: ‘Kuasa Firman Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“6–12 Julai. Alma 30–31,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Alma mengajar Korihor

All Things Denote There Is a God (Alma and Korihor), oleh Walter Rane

6–12 Julai

Alma 30–31

“Kuasa Firman Tuhan”

Belajarlah Alma 30–31 dengan kanak-kanak yang anda ajari dalam minda anda. Semasa anda memikir tentang kekuatan dan keperluan mereka, Roh Kudus akan menolong anda untuk mengetahui apa yang harus anda mengajar mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi jawapan kepada soalan seperti berikut: Bila harus kita berdoa? Apakah boleh kita berkata semasa berdoa? Bolehkah seorang kongsikan cara bangsa Zoram berdoa atau Alma berdoa?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 30:44

Segala sesuatu bersaksi tentang Tuhan.

Alma menunjukkan perkara-perkara di langit dan di bumi untuk bersaksi bahawa Tuhan hidup dan mengarah alam semesta. Apakah boleh anda membantu kanak-kanak melihat sekitar mereka yang bersaksi akan Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Alma 30:44 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengar hal-hal yang dikatai Alma membantu kita tahu Tuhan hidup. Paparkan beberapa gambar tentang hal-hal ini, dan minta kanak-kanak menunjuk kepada gambar semasa anda membaca tentang mereka dalam ayat-ayat. Jemput kanak-kanak melukis gambar perkara-perkara yang membantu mereka percaya kepada Tuhan.

  • Jika boleh, bawa kanak-kanak untuk berjalan di luar atau minta mereka berdiri di sebelah tingkap sambil anda membaca Alma 30:44. Minta mereka menunjukkan hal-hal yang membantu mereka mengetahui Tuhan benar-benar ada. Halaman aktiviti minggu ini juga dapat membantu.

  • Minta kanak-kanak duduk dalam satu bulatan, dan nyanyikan satu lagu tentang ciptaan Tuhan, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Sambil kanak-kanak menyanyi, minta mereka untuk menghantar bola mengikut bulatan dengan satu objek seperti sebuah bola. Apabila muzik berhenti, minta kanak-kanak yang memegang objek itu untuk berkongsi satu ciptaan Bapa Syurgawi yang dia bersyukur kepada.

Alma 31:5

Firman Tuhan sungguh berkuasa.

Ketika kanak-kanak berfikir tentang kuasa, mereka mungkin memikir tentang adiwira, ratu-ratu atau raja-raja. Anda boleh bantu mereka memahami bahawa firman Tuhan lebih berkuasa berbanding dengan “segala hal” (Alma 31:5).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan sebilah pedang pada papan tulis. Baca Alma 31:5 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengar hal-hal yang dikatai Alma adalah lebih berkuasa berbanding dengan sebilah pedang. Kongsi satu pengalaman semasa firman Tuhan mempunyai pengaruh kuat atas diri anda.

  • Nyanyi bersama lagu tentang kitab suci dan minta kanak-kanak mendengar bagaimana kitab suci membantu kita. Ulangi frasa “Firman Tuhan lebih berkuasa berbanding dengan …” beberapa kali, dan minta kanak-kanak unuk membantu anda lengkapkan frasa tersebut.

Alma 31:8–35

Bapa Syurgawi mendengar doa-doa saya.

Alma berasa sedih apabila dia melihat cara bangsa Zoram berdoa (lihat Alma 31:24)—mereka tidak percaya kepada Yesus Kristus dan selalu memberi doa-doa yang sama di suatu tempat dikelihatan oleh orang ramai (Alma 31:13–14). Tetapi doa Alma adalah rendah hati dan menunjukkan iman dalam Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Alma dan bangsa Zoram bagi kanak-kanak dengan menggunakan ayat-ayat Mosia 31:8–35. Anda boleh menggunakan “Bab 28: Bangsa Zoram dan Remeumtom” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 78–80, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tunjukkan perbezaan antara doa bangsa Zoram dan doa Alma. Jemput kanak-kanak membayangkan mereka bertemu dengan salah seorang anak bangsa Zoram. Apakah yang mereka akan katakan untuk mengajarnya bagaimana untuk berdoa?

  • Bantu kanak-kanak mengenal pasti perkara yang dikatakan bangsa Zoram dalam doa mereka (lihat Alma 31:15–18) semasa mereka membantu anda membina menara Rameumtom dengan blok atau batu. Jelaskan bahawa ini bukan cara kita berdoa. Tanyakan kanak-kanak bagaimana kita harus berdoa, dan biarkan mereka mengeluarkan satu blok atau batu untuk setiap perkara yang mereka sebutkan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 30

Kitab Mormon memberi amaran kepada saya tentang ajaran-ajaran palsu.

Ajaran-ajaran palsu Korihor digambarkan dalam Kitab Mormon untuk membantu kita mengenal pasti dan menolak ajaran yang sama di zaman kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan beberapa benda (seperti wang atau makanan) dan mainan tiruan kepada benda-benda ini. Mana satu yang kanak-kanak ingin miliki? Bantu kanak-kanak mencari Alma 30:12–18 kerana penipuan atau ajaran-ajaran palsu yang diajar oleh Korihor tentang Tuhan.

  • Bantu kanak-kanak mengenal pasti penipuan yang diajar oleh Korihor dan tuliskan pada jalur kertas untuk diletakkan pada papan tulis (lihat Alma 30:12–18, 24). Minta kanak-kanak untuk mencari Alma 30:32–35, untuk cara Alma bertindak balas kepada penipuan Korihor. Tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka dapat mengetahui bahawa perkara yang diajar oleh Alma adalah benar.

    Imej
    Korihor bercakap dengan Alma

    Korihor Confronts Alma, oleh Robert T. Barrett

Alma 31:5

Firman Tuhan adalah sangat berkuasa dari apa pun.

Bilakah anda pernah merasakan kuasa firman Tuhan? Pertimbangkan bagaimana pengalaman anda dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu atau seseorang yang berkuasa, atau menunjukkan gambar beberapa benda yang berkuasa. Apakah yang menjadikan benda-benda ini berkuasa? Baca Alma 31:5 bersama-sama, dan tanya kepada kanak-kanak apakah pendapat mereka tentang maksud ayat ini. Bagaimanakah firman Tuhan lebih kuat dari pedang? Apakah kuasa yang ia miliki untuk lakukan?

  • Hubungi beberapa kanak-kanak terlebih dahulu, dan minta mereka untuk berkongsi di kelas tentang pengalaman ketika tulisan suci atau ucapan dari pemimpin Gereja membantu mereka melakukan sesuatu yang baik. Mengapa firman Tuhan membuat mereka mahu melakukan perkara yang baik?

  • Nyanyikan lagu dengan kanak-kanak tentang firman Tuhan, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” atau “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66, 58).

Alma 31:8–35

Saya boleh menjadi rendah hati.

Antara semua kesilapan yang dibuat oleh bangsa Zoram, keangkuhan mereka menjadikan Alma sangat sedih. Ini boleh menjadi peluang untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan kerendahan hati.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memahami perbezaan antara angkuh dan kerendahan hati (lihat “Keangkuhan” dan “Rendah Hati, Kerendahan Hati” dalam Guide to the Scriptures). Minta kanak-kanak bergilir-gilir membaca Alma 31:24–28. Atau baca bersama “Bab 28: Bangsa Zoram dan Rameumtom” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 78–90). Semasa mereka membaca, minta mereka melihat bagaimana bangsa Zoram menunjukkan yang mereka angkuh. Bagaimanakah Alma menunjukkan yang dia rendah hati? (lihat Alma 31:30–33).

  • Bahagikan kanak-kanak ke dalam kumpulan, dan minta setiap kumpulan membuat keputusan untuk jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Apakah yang dilakukan oleh bangsa Zoram? (lihat Alma 31:24, 28). Apakah perkara-perkara duniawi yang orang ramai meletakkan hati mereka pada hari ini? Mengapakah orang berfikir mereka lebih baik daripada yang lain? Apabila setiap kumpulan berkongsi jawapan, biarkan mereka melukis sebahagian dari menara Rameumtom pada papan tulis. Kemudian minta mereka memadam bahagian menara setiap kali mereka memikirkan cara mereka dapat menunjukkan kerendahan hati.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk mengajar keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari mengenai kuasa firman Tuhan hari ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar daripada kitab suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak dapat membaca dengan banyak, namun anda masih dapat melibatkan mereka dalam pembelajaran kitab suci. Sebagai contoh, anda boleh membaca satu petikan dan menjemput mereka untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mendengar perkataan atau frasa tertentu. Kemudian membantu mereka untuk memahami perkataan atau frasa. (Lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 20–21.)

Cetak