Ikutlah Aku
29 Jun–5 Julai. Alma 23–29: Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh”


“29 Jun–5 Julai. Alma 23–29: ‘Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“29 Jun–5 Julai. Alma 23–29,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Orang Anti-Nefi-Lehi menanamkan senjata peperangan mereka

Anti-Nephi-Lehies Bury Their Weapons of War, oleh Jody Livingston

29 Jun–5 Julai

Alma 23–29

Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh”

Belajar Alma 23–29 dengan doa, supaya mencari ilham untuk mengetahui keperluan dan cara membantu kanak-kanak.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Lukiskan sebuah muka gembira atas sehelai kertas dan membenarkan setiap kanak-kanak memegangnya. Sambil mereka memegang kertas itu, jemput mereka untuk menyatakan sesuatu yang mereka pelajari dari Kitab Mormon yang membawa kebahagiaan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 24:6–24

Saya diberkati apabila saya taat pada janji-janji.

Apakah yang anda pelajari dari Alma 24:6–24 yang boleh membantu kanak-kanak memahami kepentingan memegang sebuah janji yang soleh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bacalah beberapa ayat atau frasa dari Alma 24:6–24 untuk mengajar kanak-kanak tentang orang Anti-Nefi-Lehi, perjanjian mereka telah buat, dan cara mereka memegang janji itu. Anda juga boleh gunakan gambar dalam rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau “Bab 26: Orang-orang Amon” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 73–74, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org).

  • Terangkan bagaimana orang Anti-Nefi-Lehi memegang pada janji mereka dengan menanamkan senjata peperangan mereka. Jemput kanak-kanak untuk melukis sebilah pedang dan kemudian berpura-pura menggali satu lubang dan menanamkan pedang mereka. Bantu kanak-kanak memikirkan janji-janji yang mereka lakukan. Mengapa adalah penting untuk berpegang pada janji-janji? Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita berjanji dengan Tuhan dan Dia membuat janji bersama kita. Ini dipanggil perjanjian. Bersaksi bahawa kita diberkati ketika kita berpegang pada janji-janji dengan Tuhan

Alma 2629

Injil membawa kebahagiaan kepada saya dan saya boleh kongsikan kepada orang lain.

Amon, membantu untuk mengajar injil kepada orang Anti-Nefi-Lehi, menerima kebahagiaan besar daripada mengkhutbahkan injil. Alma, juga mengajar injil kepada orang ramai, menerima kebahagiaan yang sama. Kita dapat mengalami kebahagiaan sama apabila kita berkongsi kesaksian kita dengan orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih beberapa frasa dari Alma 26 atau 29 yang bercakap tentang kebahagiaan, dan bacakan itu kepada kanak-kanak (lihat, contohnya, Alma 26:11, 13 atau Alma 29:13–14). Jemput kanak-kanak untuk berdiri setiap kali mereka mendengar perkataan “kebahagiaan” atau “sukacita”. Bantu kanak-kanak faham bahawa berkongsi injil membuat Alma dan Amon gembira. Kongsi pengalaman semasa berkongsi injil membawa kebahagiaan kepada anda.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar-gambar yang membawa kebahagiaan kepada mereka. Jemput setiap kanak-kanak untuk berikan lukisan kepada seorang anak dalam kelas dan menjelaskan lukisan itu. Tunjukkan bahawa apabila sesuatu membawa kebahagiaan kepada kita—seperti injil—sukacita kita bertumbuh semasa kita kongsikannya.

  • Berikan seorang kanak-kanak satu salinan Kitab Mormon dan jemput dia berlatih untuk memberi kitab dengan seorang ahli kelas. Menggalakkan kanak-kanak untuk menjelaskan bagaimana perasaan mereka tentang Kitab Mormon. Mengapakah kita memberi Kitab Mormon kepada orang lain?

Alma 27:20–30

Saya boleh menolong kawan saya menjalani injil.

Bangsa Nefi melindungi orang Anti-Nefi-Lehi daripada musuh mereka dan membantu mereka mentaati perjanjian mereka dengan Tuhan

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kepada kanak-kanak tentang orang Anti-Nefi-Lehi membuat perjanjian untuk tidak berlawan lagi (lihat Alma 27:20–30). Jelaskan oleh kerana perjanjian orang Anti-Nefi-Lehi, mereka tidak dapat melindungi diri mereka daripada musuh. Baca Alma 27:23, dan jelaskan bahawa kawan-kawan mereka di antara bangsa Nefi pilih untuk melindungi orang Anti-Nefi-Lehi supaya mereka dapat mentaati janji mereka. Bagaimana kita boleh menolong kawan kita mentaati janji mereka? Ceritakan satu masa di mana seorang kawan membantu anda mentaati janji-janji anda dengan Tuhan.

  • Lakon peranan dengan kanak-kanak situasi di mana mereka boleh membantu orang lain memilih yang benar dengan cara yang baik hati. Contohnya, apakah kita boleh beritahu kepada seorang kawan yang ingin berbohong atau berbuat jahat?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 24

Perjanjian adalah janji-janji yang saya buat dengan Tuhan dan Dia buat bersama saya.

Orang Anti-Nefi-Lehi menanamkan senjata peperangan mereka dan berjanji tidak akan melawan lagi. Begitu juga, kanak-kanak yang anda ajar boleh mentaati perjanjian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan batu-batu kecil kepada semua kanak-kanak, dan jemput mereka untuk menulis perkataan perjanjian pada batu mereka. Jelaskan bahawa perjanjian adalah satu janji antara Bapa Syurgawi dan anak-anak-Nya. Bagaimanakah perjanjian kita memperkuatkan kita atau “teguh” seperti batu? (Alma 24:19). Baca bersama Alma 24:16–25 untuk belajar apakah perjanjian dibuat oleh orang-orang Amon dan cara mereka menghormati perjanjian mereka. Jemput kanak-kanak untuk mengambil pulang batu-batu sebagai suatu peringatan untuk mentaati perjanjian mereka.

  • Baca dengan kanak-kanak Alma 24:16–19, dan bincangkan apa yang dilakukan oleh orang Anti-Nefi-Lehi yang menunjukkan kepada Tuhan mereka telah bertaubat. Apakah yang mereka berjanji untuk tidak buat? Jelaskan bahawa perjanjian kita merupakan “suatu kesaksian kepada Tuhan” yang kita ingin mematuhi perintah-perintah Tuhan (ayat 18). Perjanjian apakah yang kanak-kanak telah buat?

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar senjata perang orang Anti-Nefi-Lehi. Kemudian menjemput mereka untuk menulis, pada belakang senjata, sesuatu perkara harus mereka berubah agar dapat mengikuti Yesus Kristus dengan lebih baik. Mereka boleh berpura-pura menanam senjata perang dan merancang untuk melakukan apa yang mereka tuliskan.

Alma 24: 7–11; 26:23–11; 27:27–30

Kerana Bapa Syurgawi berbelas kasihan, kita boleh bertaubat dan berubah.

Baru-baru ini, kanak-kanak telah pelajari tentang Alma, Amon dan orang Anti-Nefi-Lehi. Bagaimanakah anda dapat menggunakan peristiwa-peristiwa ini untuk membayangkan Bapa Syurgawi berbelas kasihan kepada orang yang bertaubat dengan ikhlas.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Sebelum dan Selepas di atas papan tulis. Minta beberapa kanak-kanak untuk membaca ayat-ayat berikut supaya mengetahui apakah keadaan bangsa Laman sebelum mereka diajar oleh Amon dan saudara-saudaranya: Alma 17:14–15; 26:23–24. Minta kanak-kanak lain untuk membaca ayat-ayat berikut supaya mengetahui bagaimana bangsa Laman berubah: Alma 26:31–34; 27:27–30. Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan carian mereka di bawah pengenalan. Kemudian jemputlah mereka untuk mengetahui, dalam Alma 24:7–10, bagaimanakah bangsa Laman ini dapat berubah dengan sepenuhnya. Beri kesaksian anda tentang kuasa Tuhan untuk mengampun dan membantu kita bertaubat dan berubah.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Alma 26: 21–22, mencari berkat-berkat yang datang kepada mereka yang bertaubat. Jemput kanak-kanak untuk menggambarkan beberapa berkat-berkat ini dengan kata-kata mereka sendiri.

Alma 2629

Injil membawa kebahagiaan kepada saya dan saya boleh kongsikan kepada orang lain.

Bab-bab ini adalah penuh dengan contoh kebahagiaan yang datang melalui menjalani dan berkongsi injil. Bagaimana anda boleh gunakan Alma 26 dan 29 untuk mengilhami kanak-kanak mencari kebahagiaan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mencari perkataan “kebahagiaan” dan “sukacita” dalam Alma 26 dan 29. Baca beberapa ayat yang mereka carikan bersama, dan bincangkan apakah ayat-ayat ini mengajar tentang kebahagiaan. Apakah membawa Amon dan Alma kebahagiaan? Kongsikan pengalaman di mana anda rasa kebahagiaan daripada menjalani dan berkongsi injil, atau menjemput kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka sendiri.

  • Jemput dua anak untuk menghadapi satu sama lain, dan lihat siapa dapat membuat anak yang lain senyum dahulu. Dengan cara apa kita boleh membawa kebahagiaan ini kepada orang lain? Bagaimanakah berkongsi injil membawa kebahagiaan? Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara mereka dapat berkongsi kebahagiaan injil dengan kawan dan keluarga mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak mentaati janji-janji mereka seperti orang Anti-Nefi-Lehi telah lakukan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mempelajari sebuah ayat suci. Pilih satu frasa ayat suci atau ayat yang pendek yang anda fikir boleh menolong kanak-kanak dalam kelas anda, dan tolong mereka menghafal ayat suci tersebut. Alat bantuan visual dan pergerakan tangan juga boleh membantu.

Cetak