Ikutlah Aku
22–28 Jun. Alma 17–22: “Aku Akan Menjadikanmu Alat”


“22–28 Jun. Alma 17–22: ‘Aku Akan Menjadikanmu Alat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“22–28 Jun. Alma 17–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Amon berbicara kepada Raja Lamoni

Amon and King Lamoni, oleh Scott M. Snow

22–28 Jun

Alma 17–22

“Aku Akan Menjadikanmu Alat”

Sama seperti Lamoni dan orang lain dalam laporan ini mempunyai pengalaman rohani yang mengubah hidup, kanak-kanak yang anda ajar dapat memiliki pengalaman rohani dengan tulisan suci yang akan mempengaruhi kehidupan mereka selama bertahun-tahun yang akan datang. Ingatlah ini apabila anda merenungkan bagaimana anda akan mengajar mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar yang menggambarkan peristiwa dalam Alma 17–22 (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak memberitahu anda mengenai apa yang mereka lihat dalam gambar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 17–19

Saya boleh berkongsi injil dengan orang lain.

Bagaimanakah contoh putera-putera Mosia mengilhami kelas anda untuk berkongsi kesaksian mereka dengan orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak lakonkan cerita Amon dalam Alma 17–19. Anda boleh merujuk kepada “Bab 23: Amon: Orang suruhan yang Baik” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 64–68, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jika anda fikir kanak-kanak akan menikmatinya, bawa pakaian dan alatan mudah. Beritahu kanak-kanak apa yang anda pelajari dari cerita, dan jemput mereka untuk melakukan perkara yang sama.

  • Paparkan instrumen atau alat, dan bercakap dengan kanak-kanak tentang kegunaannya. Apakah alat lain yang kanak-kanak tahu? Jemput mereka untuk berpura-pura menggunakan alat. Jelaskan bahawa sama seperti kita menggunakan instrumen atau alat untuk menyelesaikan sesuatu, Bapa Syurgawi boleh menggunakan kita untuk melakukan kerja-Nya. Baca Alma 17:11, dan jelaskan bahawa Amon dan saudara-saudaranya adalah instrumen Bapa Syurgawi untuk membantu bangsa Laman mempelajari injil.

  • Jemput kanak-kanak untuk berlari di satu tempat dan berpura-pura untuk mengetuk pintu ketika anda ceritakan kisah Abis pergi dari rumah ke rumah memberitahu orang-orang tentang kuasa Tuhan (lihat Alma 19:16–34). Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka dapat menjadi seperti Abis dan berkongsi injil dengan orang lain.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar diri mereka berkongsi injil dengan seseorang. Bantu mereka memikirkan perkara-perkara tertentu yang mereka boleh kongsi. Nyanyi bersama lagu tentang berkongsi injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90). Berikan mereka peluang untuk berkongsi perasaan mereka tentang perkara-perkara yang Amon ajar.

Alma 17:21–25; 20:9–27

Saya dapat membantu orang lain datang kepada Kristus dengan menunjukkan kasih saya kepada mereka.

Kasih dan pelayanan Amon melembutkan hati Raja Lamoni dan bapanya. Apakah yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak dari laporan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan Alma 17:21–25 untuk kanak-kanak, menekankan bahawa Amon mahu melayani Lamoni. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka melayani seseorang. Ingatkan kanak-kanak bahawa pelayanan besar Amon membantu Raja Lamoni ingin belajar tentang injil (lihat Alma 18:15–23). Jemput kanak-kanak untuk berfikir tentang seseorang yang boleh dilayani hari ini, dan bincangkan bagaimana mereka dapat melayani orang itu.

  • Beritahu kanak-kanak laporan tersebut dalam Alma 20:8–27. Anda boleh menggunakan “Bab 24: Amon Bertemu dengan Ayah Raja Lamoni” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 69–70, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Minta kanak-kanak memikirkan tindakan yang berbeza yang boleh dilakukan setiap kali anda menyebutkan Amon, Lamoni, atau ayah Lamoni. Tunjukkan bahawa salah satu sebab hati Lamoni berubah adalah kerana Amon sangat mengasihi Lamoni. Jemput kanak-kanak melukis gambar sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 17:1–4

Kesakisan saya berkembang apabila saya membaca tulisan suci, berdoa, dan berpuasa.

Putera-putera Mosia menjadi kuat dalam injil dan menjadi penginjil yang hebat kerana mereka mempelajari tulisan suci, berdoa, dan berpuasa dengan tekun. Perkara-perkara yang sama ini juga boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa ke kelas barang-barang yang mewakili tulisan suci, doa, dan puasa, seperti satu set kitab suci, gambar seseorang berdoa, dan gambar makanan, dan jelaskan apa yang diwakili oleh setiap barang. Baca Alma 17:1–4, dan tanya kanak-kanak bagaimana perkara-perkara ini membantu putera-putera Mosia. Bagaimanakah membaca tulisan suci, berdoa, dan berpuasa membantu kita mendekati Bapa Syurgawi?

  • Guna indek topik dalam Buku Nyanyian Anak-Anak untuk membantu kanak-kanak mencari lagu-lagu mengenai kajian tulisan suci dan doa. Nyanyi beberapa lagu ini bersama-sama, dan bantu kanak-kanak mengenali apa yang diajar oleh lagu-lagu ini tentang bagaimana melakukan perkara-perkara ini memberkati kita.

Alma 17–18; 22:1–3

Saya dapat membantu orang lain datang kepada Kristus dengan menunjukkan kasih saya kepada mereka.

Keinginan Amon untuk menjadi orang suruhan Lamoni akhirnya membawa kepada peluang untuk mengajar Lamoni ketika hatinya terbuka dan sedia menerima injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca ayat dari Alma 17:21–39 yang menceritakan kisah pelayanan Amon kepada Raja Lamoni. Jemput mereka untuk melukis gambar orang atau peristiwa dalam cerita dan kemudian memberitahu cerita dengan kata-kata mereka sendiri. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana pelayanan Amon mempengaruhi raja (lihat Alma 18:9–23). Apakah yang dapat kita pelajari dari laporan ini tentang bagaimana membantu orang lain untuk mempelajari lebih lanjut tentang injil?

    Amon menyelamatkan domba raja

    Minerva K. Teichert (1888–1976), Ammon Saves the King’s Flocks, 1935–1945, oil on masonite, 35 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University

  • Baca Alma 22:1–3, dan minta kanak-kanak mendengar bagaimana contoh Amon yang baik mempengaruhi ayah Raja Lamoni. Jemput mereka untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali yang perlu tahu tentang injil. Cadangkan kepada kanak-kanak bahawa kasihnya dan contoh yang baik dapat membantu orang ini melihat bertapa besar injil itu. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh menjadi contoh yang baik dan menunjukkan kasih kepada orang yang mereka fikirkan.

  • Jemput para penginjil sepenuh masa atau penginjil yang baru selesai misinya untuk berkongsi kisah Amon di Alma 17–18. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang kerja penginjil dari Amon dan peranan pelayanan yang dimainkan dalam usaha mereka. Bincang dengan kanak-kanak cara mereka boleh mengikuti contoh Amon.

  • Sebagai kelas, tuliskan senarai di papan tulis perkara yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak untuk melayani ahli keluarga mereka. Bagaimanakah melakukan perbuatan ini akan memberkati seluruh keluarga?

Alma 18:24–43; 19:16–34

Saya boleh berkongsi injil dengan orang lain.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan laporan dalam ayat ini untuk mengilhami kanak-kanak untuk menjadi penginjil seperti Amon dan Abis?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar yang mewakili beberapa kebenaran yang dikongsi oleh Amon dengan Raja Lamoni yang terdapat dalam Alma 18:24–40 (lihat halaman aktiviti minggu ini). Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi penginjil dan kongsi apa yang mereka tahu tentang kebenaran ini dengan satu sama lain.

  • Baca laporan Abis dengan kanak-kanak (lihat Alma 19:16–20, 28–29). Jemput kanak-kanak untuk mengambil giliran berpura-pura menjadi seperti Abis dengan mengetuk pintu bilik kelas dan bersaksi mengenai apa yang berlaku dalam Alma 19:1–17. Bagaimana kita boleh menjadi seperti Abis dan bersaksi tentang kebenaran yang kita tahu?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berdoa untuk menetapkan matlamat dengan keluarga mereka untuk berkongsi injil dengan seseorang.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Buat susulan tentang jemputan untuk bertindak. Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk bertindak berdasarkan apa yang mereka sedang belajar, buat susulan jemputan tersebut semasa kelas seterusnya. Ini menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa anda ambil berat tentang bagaimana injil memberkati hidup mereka. Semasa mereka berkongsi pengalaman mereka, mereka akan diperkuatkan dan akan membantu satu sama lain mematuhi injil (lihat Teaching in the Savior’s Way, 35).