Ikutlah Aku
8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya


“8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“8–14 Jun. Alma 8–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Alma sedang berkhutbah

Teaching True Doctrine, oleh Michael T. Malm

8–14 Jun

Alma 8–12

Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya

Apabila anda membaca apa yang diajar oleh Alma dan Amulek kepada rakyat Amoniha, apakah yang anda rasa amat berkaitan dengan kanak-kanak yang anda ajar?

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk menerangkan apa yang dilakukan oleh para penginjil dan memberitahu anda tentang sesiapa yang mereka kenali yang sedang melayani misi. Apakah yang diajar oleh para penginjil? Bantu kanak-kanak melihat bahawa Alma dan Amulek adalah penginjil yang berkongsi injil dengan rakyat Amoniha.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 8

Saya boleh berkongsi injil.

Alma mengembara ke seluruh negeri untuk mengkhutbahkan injil, dan Amulek berkhutbah di kota sendiri kepada kawan-kawan dan jiran-jirannya. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk mengikuti teladan mereka dan berkongsi injil dengan orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca setengah bahagian pertama “Bab 22: Misi Alma ke Amoniha” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 58–63; lihat juga video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk menghubungkan lengan dalam berpasangan dan berpura-pura menjadi Amulek dan Alma, yang mengajar injil bersama-sama, ketika mereka menyanyikan lagu tentang pekerjaan penginjil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90).

  • Bantu kanak-kanak mengulangi kebenaran injil beberapa kali, seperti “Kitab Mormon bersaksi tentang Kristus” atau “Saya tahu Yesus mengasihi saya.” Kemudian jemput setiap kanak-kanak untuk berlatih berkongsi kebenaran ini dengan orang lain di dalam kelas. Sebagai sebahagian dari aktiviti ini, anda boleh membantu kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti minggu ini.

  • Minta kanak-kanak memberitahu anda tentang sesuatu yang mereka telah berkongsi bersama dengan ahli keluarga atau kawan—seperti mainan atau gula-gula. Bantu mereka menyenaraikan beberapa perkara penting yang kita boleh kongsi dengan orang lain tentang Yesus Kristus. Jelaskan bahawa kerana injil sangat penting, Alma pergi untuk berkongsi dengan orang-orang di banyak bandar lain supaya mereka dapat belajar bagaimana untuk menjadi gembira.

Alma 8:18–22

Saya boleh menjadi seorang kawan yang baik.

Pelayanan Amulek kepada Alma adalah contoh yang baik untuk kanak-kanak bagaimana mereka dapat mengasihi dan melayani orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak berpura-pura menjadi Amulek dan kanak-kanak lain untuk berpura-pura menjadi Alma semasa anda menceritakan cerita dalam Alma 8:18–22. Biarkan kanak-kanak membantu menceritakan cerita itu, dan menjemput kanak-kanak yang berlainan menjadi Alma dan Amulek. Bagaimana Amulek seorang kawan yang baik kepada Alma? Minta kanak-kanak bercakap tentang bagaimana seseorang telah menjadi kawan kepada mereka. Apakah perasaan mereka dengan pengalaman itu? Kenapa Tuhan mahu kita menjadi kawan yang baik kepada orang lain?

  • Cari atau lukis gambar yang mewakili persahabatan (seperti dua orang yang memeluk atau hati), dan potongnya menjadi kepingan teka-teki. Di belakang setiap teka-teki, tulis sesuatu yang dilakukan oleh Alma dan Amulek untuk menjadi kawan yang baik atau benda yang kita dapat lakukan untuk menjadi kawan yang baik. Jemput kanak-kanak untuk bergilir memilih sekeping dan menambahnya ke teka-teki sambil membaca apa yang ditulis di belakangnya. Bantu mereka memikirkan orang yang mereka boleh berkawan. Bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah kawan yang kita ada yang paling hebat.

dua perempuan ketawa

Kita boleh menjadi kawan yang baik kepada orang lain.

Alma 11:43–44

Selepas kematian, saya akan dibangkitkan.

Amulek mengajar rakyat Amoniha tentang Kebangkitan. Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami apa yang dimaksudkan untuk dibangkitkan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan tangan anda untuk mewakili roh, dan gunakan sarung tangan untuk mewakili badan. Keluarkan tangan anda dari sarung tangan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa roh dan badan kita akan dipisahkan waktu kematian. Kemudian letakkan tangan anda kembali di ke dalam sarung tangan untuk menunjukkan bahawa roh dan badan kita akan bergabung bersama lagi pada Kebangkitan. Biarkan kanak-kanak bergilir memakai sarung tangan dan menanggalkannya semasa anda membaca Alma 11:43 kepada mereka. Paparkan gambar Maria dan Yesus Kristus yang dibangkitkan (Buku Seni Injil, no. 59), dan bersaksi bahawa Yesus Kristus telah memungkinkan untuk semua orang dibangkitkan.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar kawan-kawan atau ahli keluarga mereka, termasuk ahli keluarga jauh. Apabila kanak-kanak berkongsi gambar mereka, tunjuk kepada setiap kawan atau ahli keluarga yang mereka lukis dan terangkan bahawa dia akan dibangkitkan. Bersaksi bahawa Yesus telah memungkinkan kita untuk bersama dengan keluarga kita selama-lamanya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 8–10

Saya boleh berkongsi injil.

Alma dan Amulek berkongsi injil, walaupun ia tidak mudah. Bagaimanakah keberanian dan iman mereka boleh mengilhami kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dalam kata-kata anda sendiri, ringkaskan peristiwa-peristiwa dalam Alma 8–10. Pilih beberapa asas-asas dari peristiwa-peristiwa ini yang dapat membantu kanak-kanak berkongsi injil, seperti ketabahan (lihat Alma 8:8–13), bersaksi tentang Kristus (lihat Alma 9:26–27), dan mempunyai teman (lihat Alma 10:7–11). Jemput kanak-kanak membaca ayat-ayat yang dipilih dan ceritakan apa yang mereka pelajari tentang berkongsi injil. Mengapakah ia penting untuk memberitahu orang lain tentang injil?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka berkongsi injil dengan seseorang, atau berkongsi pengalaman anda sendiri. Jemput kanak-kanak untuk mendengar cara mereka boleh bersedia untuk berkongsi injil sambil menyanyikan lagu mengenai kerja penginjil, seperti “Membawa Injil Ke Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 92). Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita berkongsi injil? Bantu kanak-kanak merancang cara untuk berkongsi injil dengan kawan-kawan mereka, seperti memberi mereka salinan Kitab Mormon atau menjemput mereka ke aktiviti Gereja. Beri mereka masa untuk lakon peranan apa yang mereka boleh katakan atau lakukan dalam situasi ini.

Alma 11–12

Rancangan Tuhan adalah rancangan penebusan.

Bagaimana anda akan menggunakan Alma 11–12 untuk “menyingkapkan kepada [kanak-kanak] rancangan penebusan”? (Alma 12:30).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan tulis beberapa asas yang berkaitan dengan rancangan penebusan yang terdapat di dalam Alma 11–12, seperti Kejatuhan Adam dan Hawa, Korban tebusan Yesus Kristus, pertaubatan, kematian, kebangkitan, dan penghakiman. Baca beberapa ayat dari Alma 11 atau 12 yang mengajar tentang asas-asas, dan memberi masa kepada kanak-kanak untuk melukis gambar yang mewakili setiap asas. Apakah peranan Juruselamat dalam rancangan ini? Kemudian jemput kanak-kanak menggunakan gambar mereka untuk lakon peranan mengajar kawan tentang rancangan Tuhan.

Alma 12:10

Jika saya tidak mengeraskan hati saya, saya dapat menerima lebih banyak firman Tuhan.

Apabila ia datang kepada mempelajari kebenaran rohani, keadaan hati kita sama penting dengan kebolehan minda kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Alma 12:10, dan bincangkan apa yang dimaksudkan dengan “mengeraskan” hati kita. Kenapa hati yang keras membuatnya lebih sukar untuk belajar daripada Tuhan?

  • Untuk menggambarkan asas ini, tunjukkan kanak-kanak span dan batu dan tanyakan kepada mereka mana yang akan menyerap air dengan lebih baik. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kepada Tuhan bahawa kita mahu hati kita menjadi lembut seperti span?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak mencari peluang untuk berkongsi injil atau untuk membantu orang lain minggu ini

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri kesaksian kepada kelas anda. Kesaksian semudah seperti “Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi setiap anda” atau “Saya merasa bagus dalam diri saya ketika saya belajar tentang Yesus Kristus.” (Lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 11.)