Ikutlah Aku
15–21 Jun. Alma 13–16: “Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”


“15–21 Jun. Alma 13–16: ‘Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“15–21 Jun. Alma 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Alma dan Amulek berjalan keluar dari penjara

Illustrasi Alma dan Amulek dibawa keluar dari penjara, oleh Andrew Bosley

15–21 Jun

Alma 13–16

“Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”

Anda bersama kanak-kanak di kelas anda untuk masa yang singkat setiap minggu. Anda akan memberkati kehidupan mereka secara mendalam jika anda dapat mengilhami mereka untuk terus belajar dari Kitab Mormon di luar kelas—terutama dengan keluarga mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka sudah tahu mengenai cerita-cerita dalam Alma 13–16. Untuk membantu mereka, tunjukkan gambar seperti yang ada di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau “Bab 22: Misi Alma ke Amoniha” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 58–63).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 13:1–2, 6, 16

Imamat membantu saya datang kepada Kristus.

Renung dengan doa apa yang perlu difahami kanak-kanak di kelas anda dari apa yang diajar oleh Alma tentang imamat dalam ayat-ayat ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk mengulangi dengan anda definisi mudah imamat, seperti “imamat adalah kuasa Tuhan.”

  • Buka tulisan suci ke Alma 13:2, dan beritahu kanak-kanak bahawa Tuhan memanggil pemegang imamat “di mana umat itu boleh … menanti-nantikan Putera-Nya.” Untuk menggambarkan bagaimana pemegang imamat melakukan ini, tunjukkan gambar cara pemegang imamat melayani (lihat Buku Seni Injil, no. 38–41, 103–9), dan kemudian berkongsi cerita tentang cara Yesus melayani (lihat Matius 26:26–28; Markus 5:22–24, 35–43).

  • Pergi ke Alma 13:6, dan jelaskan bahawa pemegang imamat “mengajarkan perintah-perintah [Tuhan] kepada anak-anak manusia.” Bantu kanak-kanak memikirkan pemegang imamat yang mereka kenali. Bagaimanakah mereka mengajar perintah-perintah itu? Jemput kanak-kanak melukis gambar seorang pemegang imamat yang mereka tahu mengajar seseorang perintah Tuhan.

Imej
remaja putera di meja sakramen

Tatacara imamat membantu kita melihat Yesus Kristus untuk penebusan.

Alma 14:18–29

Bapa Syurgawi menguatkan saya menurut iman saya.

Laporan Alma dan Amulek yang dibebaskan dari penjara dapat mengilhami kanak-kanak untuk berpaling kepada Tuhan apabila mereka memerlukan pertolongan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Alma dan Amulek pada halaman aktiviti minggu ini semasa anda menceritakan cerita ini dalam Alma 14:18–29. Anda juga boleh merujuk kepada “Bab 22: Misi Alma ke Amoniha” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 58–63, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Biarkan kanak-kanak bergilir menggunakan gambar tersebut untuk menceritakan cerita itu. Tekankan bahawa Alma dan Amulek diberi kekuatan untuk melarikan diri dari penjara “menurut iman [mereka] yang adalah pada Kristus” (Alma 14:26).

  • Bantu kanak-kanak membayangkan bagaimana perasaan Alma dan Amulek semasa dalam penjara, dan menjemput mereka untuk melakonkan perasaan ini (lihat ayat 22). Jelaskan bahawa Alma meminta Tuhan untuk bantuan (lihat ayat 26). Bersaksi bahawa Tuhan akan menguatkan kita ketika kita berdoa dengan iman.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak tentang beberapa cara Tuhan menguatkan mereka yang mempunyai iman. Ketika kanak-kanak mewarna halaman aktiviti, ceritakan tentang masa ketika Tuhan memberikan kekuatan kepada anda.

Alma 16:1–8

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Zoram, ketua pasukan tentera bangsa Nefi, tahu bahawa Alma adalah seorang nabi dan mencari bimbingannya. Oleh itu, Zoram sering berjaya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsikan dalam perkataan anda sendiri laporan dalam Alma 16:1–8. Tekankan bahawa kerana Zoram dan tentera bangsa Nefi mengikuti nabi Alma, bangsa Nefi dapat menyelamatkan kawan-kawan mereka yang ditahan sebagai tawanan oleh bangsa Laman. Kongsi pengalaman apabila anda diberkati kerana anda mengikuti nabi.

  • Tunjukkan gambar Presiden Gereja, dan kongsi beberapa perkara yang telah diajarkan oleh kepada kita. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh mengikuti Yesus dengan melakukan apa yang dikatakan oleh nabi-Nya.

  • Tunjukkan gambar para nabi (lihat Buku Seni Injil, no. 6–9, 14, 18, 26–27) apabila anda nyanyikan dengan kanak-kanak lagu tentang nabi, seperti “Patuhi Nabi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 58). Tekankan ayat-ayat dalam lagu yang mengajarkan mengapa kita harus mengikuti nabi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 13:1–19

Imamat membantu saya datang kepada Kristus.

Apabila anda membaca Alma 13:1–19, apakah yang anda dapati yang memperdalami penghormatan anda untuk imamat? Apakah yang anda rasa diilhami untuk berkongsi dengan kanak-kanak yang anda ajar? Idea-idea berikut boleh membantu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama kanak-kanak Alma 13:10 and 13, mencari ciri-ciri seorang pemegang imamat harus ada. Minta mereka memikirkan orang yang mereka kenali yang merupakan contoh yang baik ciri-ciri ini.

  • Bantu kanak-kanak membuat senarai tatacara yang kita terima melalui imamat. Minta seseorang membaca Alma 13:16. Bagaimanakah tatacara-tatacara ini membantu kita “menanti-nantikan [Yesus Kristus] untuk pengampunan dosa-dosa [kita]”?

  • Tanya kanak-kanak jika mereka tahu bagaimana Imamat Melkisedek mendapat namanya. Bantu mereka mencari jawapan dalam Alma 13:14–19 dan Ajaran dan Perjanjian 107:1–4. Apakah yang kita pelajari daripada Melkisedek mengenai bagaimana imamat harus digunakan?

Alma 14:18–29

Bapa Syurgawi menguatkan saya menurut iman saya.

Alma dan Amulek berada di penjara selama beberapa hari sebelum Tuhan membebaskan mereka. Cerita ini dapat membantu kanak-kanak belajar bahawa percubaan mereka mungkin tidak mempunyai penyelesaian yang cepat atau mudah, tetapi Tuhan akan menguatkan mereka “menurut iman [mereka]” (Alma 14:26).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis soalan di papan tulis untuk membantu kanak-kanak mencari butiran dari Alma 14:18–29, seperti Apakah yang dilakukan oleh hakim terhadap Alma dan Amulek dalam penjara? atau Bagaimana mereka menunjukkan iman mereka kepada Yesus Kristus? Beri setiap kanak-kanak satu atau dua ayat untuk dibaca, mencari jawapan kepada soalan-soalan ini.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar senario dari Alma 14:18–29, dan kemudian biarkan mereka menggunakan gambar mereka untuk menceritakan cerita. Bagaimana kita boleh menjadi seperti Alma dan Amulek?

  • Kongsi pengalaman di mana anda menunjukkan iman kepada Tuhan dan Dia memberi anda kekuatan untuk mengatasi atau menahan percubaan. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang serupa yang mereka ada.

Alma 15:3–12

Injil boleh mengubah hati.

Zezrom secara aktif menentang Alma dan Amulek pada mulanya, tetapi kesaksian mereka menyentuh hatinya dan mengilhami dia untuk bertaubat. Semasa anda mempelajari ayat-ayat ini, pertimbangkan bagaimana pengalaman Zezrom dapat mengilhami kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kaji semula dengan kanak-kanak apa yang mereka pelajari minggu lalu mengenai Zezrom. Baca bersama Alma 15:3–12 untuk mengetahui bagaimana dia berubah.

  • Jemput kanak-kanak membayangkan mereka bertemu Zezrom sebelum dia bertaubat. Apakah yang mereka akan katakan untuk membantunya mempercayai injil? Mereka dapat membandingkan apa yang mereka katakan dengan apa yang Alma dan Amulek ajar kepada Zezrom (lihat Alma 11:40–46; 15:6–11). Mengapa mengetahui kebenaran ini membantu seseorang mahu berubah?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan minggu ini untuk menunjukkan iman mereka kepada Tuhan. Galakkan mereka untuk berkongsi rancangan dan pengalaman mereka dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Belajar untuk mengenali wahyu. “Wahyu sering datang ‘baris demi baris’ (2 Nefi 28:30), bukan semuanya sekali. … Semasa anda merenungkan bagaimana asas-asas injil yang anda ajar akan memberkati ahli kelas anda, idea-idea dan tanggapan akan datang sepanjang kehidupan harian anda—semasa anda pergi bekerja, melakukan kerja rumah, atau berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Cetak