Ikutlah Aku
15–21 Jun. Alma 13–16: “Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”


“15–21 Jun. Alma 13–16: ‘Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“15–21 Jun. Alma 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Alma dan Amulek berjalan keluar dari penjara

Ilustrasi Alma dan Amulek dibebaskan dari penjara, oleh Andrew Bosley

15–21 Jun

Alma 13–16

“Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”

Inspirasi yang anda terima semasa merenung tulisan suci amat berharga. Anda boleh menunjukkan bahawa anda menghargainya dengan mencatat dan mengikuti ajarannya.

Mencatat Tanggapan Anda

Kehidupan di Amoniha baik untuk kedua-dua Amulek dan Zezrom. Amulek adalah seorang “lelaki yang tidak kurang kedudukannya,” dengan “banyak kerabat dan teman” dan “banyak kekayaan” (Alma 10:4). Zezrom adalah “salah seorang yang paling cerdik” di kalangan para peguam dan menikmati “banyak perniagaan” (Alma 10:31). Alma kemudian sampai ke Amoniha dengan jemputan ilahi untuk bertaubat dan “masuk ke dalam peristirahatan Tuhan” (Alma 13:16). Untuk Amulek, Zezrom , dan yang lain, menerima jemputan ini memerlukan pengorbanan dan hampir membawa kepada kesengsaraan tidak tertahan.

Tetapi cerita itu tidak berakhir di situ. Dalam Alma 13–16, kita belajar apa yang akan berlaku kepada mereka yang percaya “pada kuasa Kristus yang membawa keselamatan” (Alma 15:6). Kadangkala terdapat pembebasan, kadangkala penyembuhan—dan kadangkala perkara-perkara tidak menjadi lebih mudah dalam kehidupan ini. Tetapi selalunya, “Tuhan menerima [umat-Nya] kepada diri-Nya, dalam kemuliaan” (Alma 14:11). Selalunya, Tuhan memberi “kuasa, menurut iman [kita] yang [adalah] pada Kristus” (Alma 14:28). Dan selalunya, “iman kepada Tuhan” memberi kita “harapan bahawa [kita] akan menerima kehidupan abadi” (Alma 13:29). Apabila anda membaca bab-bab ini, anda boleh dihiburkan dengan janji-janji ini, dan anda boleh memahami dengan lebih baik apa yang Alma katakan apabila dia berkata tentang “peristirahatan Tuhan.”

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 13:1–19

Tatacara-tatacara imamat membantu saya menerima penebusan melalui Yesus Kristus.

Anda mungkin ingat bahawa dalam Alma 12, Alma mengajar tentang rancangan penebusan Tuhan (lihat Alma 12:24–27). Dalam bab 13, dia bercakap tentang para imam yang Tuhan tahbiskan “untuk mengajarkan hal-hal ini kepada umat” (Alma 13:1). Kata-kata Alma menyatakan banyak kebenaran yang berkuasa tentang imamat. Anda boleh cuba mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kebenaran dalam satu ayat dalam Alma 13:1–9. Di sini adalah beberapa idea untuk bermula:

Ayat 1:Imamat juga dipanggil “tarekat Putera [Tuhan]” (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 107:1–4).

Ayat 2:Tuhan mentahbiskan para imam untuk membantu umat berpaling kepada Putera-Nya untuk penebusan.

Ayat 3:Pemegang imamat dipersiapkan untuk tanggungjawab mereka “sejak pengasasan dunia.”

Apa lagi yang anda dapati? Apakah perasaan anda tentang imamat apabila anda merenung kebenaran-kebenaran ini? Bagaimanakah tatacara-tatacara imamat telah membantu anda berpaling kepada Kristus untuk penebusan?

Ia menarik untuk melihat bahawa kebanyakan umat di Amoniha adalah pengikut-pengikut Nehor (lihat Alma 14:18; 15:15). Apakah perbezaan para imam Nehor (lihat Alma 1:3–6) dan para imam ditahbiskan “menurut Tarekat Putera Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 107:3), yang digambarkan oleh Alma? (lihat Alma 13:1–19).

Lihat juga Dale G. Renlund, “The Priesthood and the Savior’s Atoning Power,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 64–67.

remaja putera di meja sakramen

Tatacara-tatacara imamat membantu kita berpaling kepada Yesus Kristus untuk penebusan.

Alma 13:3

Adakah pemegang imamat satu-satunya orang yang “dipersiapkan sejak pengasasan dunia”?

Ajaran Alma dalam Alma 13:3 merujuk secara khusus kepada pemegang imamat. Bagaimanapun, prinsip yang dia ajar—bahawa individu-individu menerima tugasan dan dipersiapkan untuk memenuhi mereka “sejak pengasasan dunia”—adalah untuk kita semua. Presiden Spencer W. Kimball berkata: “Di dunia sebelum kita datang ke bumi, para wanita beriman diberi tugasan tertentu sementara para lelaki beriman ditahbiskan sebelumnya untuk tugasan imamat yang tertentu. Walaupun kita tidak sekarang mengingati butirannya, ini tidak mengubah realiti gemilang dari apa yang pernah kita setujui” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 215–16; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 138:55–56).

Alma 14

Kadangkala Tuhan membenarkan orang soleh menderita.

Alma 14 memberitahu tentang orang soleh yang menderita dan mati kerana kepercayaan mereka. Anda mungkin tertanya seperti kebanyakan orang mengapa perkara tidak baik berlaku kepada orang yang cuba hidup dengan soleh. Anda mungkin tidak dapat mencari semua jawapan untuk soalan susah ini dalam Alma 14, tetapi terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada cara Alma dan Amulek menjawab situasi-situasi yang mereka hadapi. Apakah yang anda pelajari daripada kata-kata dan tindakan mereka tentang bagaimana Tuhan kadangkala membenarkan orang soleh menderita? Apakah yang kita belajar daripada mereka tentang menghadapi penganiayaan?

Lihat juga Matius 5:43–44; Markus 14:55–65; Roma 8:35–39; 1 Petrus 4:12–14; Ajaran dan Perjanjian 122:5–9.

Alma 15:16, 18

Penganutan memerlukan pengorbanan.

Buat satu senarai perkara-perkara yang Amulek tinggalkan untuk memeluk Injil (lihat Alma 10:4–5; 15:16) dan bandingkannya dengan senarai yang dia perolehi (lihat Alma 15:18; 16:13–15; 34:8). Apakah yang anda rela korbankan untuk menjadi seorang pengikut yang lebih beriman?

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 13

Keluarga anda boleh bermanfaat dari mencatatkan setiap kali perkataan “rehat” timbul dalam Alma 13. Perkataan dan idea apakah yang datang dengan itu? Bagaimana ini boleh membantu kita memahami makna “peristirahatan Tuhan? Bagaimanakah ia berlainan daripada rehat fizikal?

Alma 13:10–12

Untuk membantu keluarga anda menggambarkan apa yang ayat-ayat ini sedang ajar, anda boleh mencuci sesuatu bersama—seperti pakaian putih. Apakah perasaan kita apabila kita kotor? Bagaimanakah perasaan kita apabila kita bersih sekali lagi? Bagaimanakah perasaan ini serupa dengan perasaan kita apabila kita berdosa dan kemudiannya bertaubat dan menjadi bersih melalui Korban Tebusan Juruselamat?

Alma 15:1–12

Apakah yang kita belajar dari pengalaman Zezrom tentang kuasa Tuhan untuk menguatkan dan menyembuhkan kita, walaupun kita membuat kesilapan? Apakah peranan imamat dalam penerimaan kekuatan dan penyembuhan-Nya untuk kita?

Alma 16:1–10

Selepas membaca ayat-ayat ini, anda boleh membaca Alma 9:4. Apakah yang kita belajar dengan membandingkan perasaan Zoram dengan kata-kata nabi dan perasaan orang Amoniha? Apakah yang kita sedang lakukan untuk beriman kepada kata-kata nabi hidup kita?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Selalu bersedia. Saat mengajar berlalu dengan cepat, jadi ambilah peluang apabila mereka timbul. Satu tragedi di dunia, sebagai contoh, boleh menjadi peluang untuk berkongsi prinsip-prinsip daripada Alma 14 tentang mengapa Tuhan kadangkala membenarkan orang tidak bersalah menderita. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 16.)

Alma dan Amulek dalam penjara

Alma and Amulek in Prison, oleh Gary L. Kapp