Ikutlah Aku
22–28 Jun. Alma 17–22: “Aku Akan Menjadikanmu Alat”


“22–28 Jun. Alma 17–22: ‘Aku Akan Menjadikanmu Alat,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“22–28 Jun. Alma 17–22,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Imej
Amon berbicara dengan Raja Lamoni

Ammon and King Lamoni, oleh Scott M. Snow

22–28 Jun

Alma 17–22

“Aku Akan Menjadikanmu Alat”

Apabila anda membaca Alma 17–22, catatkan tanggapan yang datang kepada anda dan lakukannya. Dengan berbuat demikian ia akan menunjukkan kesediaan anda untuk menerima lebih banyak lagi wahyu peribadi.

Mencatat Tanggapan Anda

Fikirkan semua sebab orang ramai mungkin akan beri untuk tidak berkongsi injil: “Saya tidak tahu secara cukup” atau “Saya tidak pasti jika mereka akan berminat” atau mungkin “Bagaimana jika saya menyinggung perasaan mereka?” Mungkin anda pernah terfikir perkara ini beberapa kali. Bangsa Nefi mempunyai sebab yang lebih untuk tidak berkongsi injil dengan bangsa Laman, mereka “suatu bangsa yang liar dan yang keras hati dan yang ganas; bangsa yang gemar membunuh bangsa Nefi” (Alma 17:14; lihat juga Alma 26:23–25). Tetapi putera-putera Mosia mempunyai sebab yang lebih kuat kenapa mereka rasa mereka harus kongsi injil bersama bangsa Laman: “Mereka berhasrat agar keselamatan hendaknya dimaklumkan kepada setiap makhluk, kerana mereka tidak dapat tahan bahawa jiwa manusia mana pun akan binasa” (Mosiah 28:3). Kasih sayang yang mengilhami Amon dan abangnya boleh juga mengilhami anda untuk berkongsi injil bersama keluarga, kawan dan kenalan anda—termasuk mereka yang kelihatan tidak akan menerimanya.

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 17:1–4

Apabila saya menguatkan iman saya, saya boleh berkongsi injil dengan lebih berkesan.

Pernahkah anda bertemu semula dengan kawan lama dan rasa perasaan seperti Alma—bersukacita yang mereka masih kuat dalam iman? (lihat Alma 17:1–2). Apa yang anda belajar daripada putera-putera Mosia tentang cara untuk mentaati iman anda dalam injil dan komitmen kepadanya dengan kuat? Sambil anda merenungkan kekuatan rohani putera-putera Mosia, apa yang anda rasa diilhami untuk lakukan?

Bagaimana persediaan rohani putera-putera Mosia menolong kerja mereka dengan bangsa Laman? Mungkin anda boleh menggunakan peluang ini untuk menilai usaha anda dalam mengajar injil “dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan” (Alma 17:3).

Alma 17:6–12

Saya boleh menjadi alat di dalam tangan Tuhan untuk membawa keselamatan kepada anak-anak-Nya.

Presiden Thomas S. Monson berkata, “Saya selalu mahu Tuhan tahu bahawa jika Dia mempunyai tugas yang harus dilakukan, Tom Monson akan melakukan tugas itu untuk Dia” (“On the Lord’s Errand: The Life of Thomas S. Monson,” video, ChurchofJesusChrist.org). Sambil anda membaca Alma 17:6–12, lihat apa yang di lakukan putera-putera Mosia supaya mereka boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan. Bagaimana anda boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk memberkati orang lain? Apa yang anda belajar daripada contoh mereka yang memberi anda keberanian untuk melakukan apa yang Tuhan perlukan anda untuk lakukan?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Berkongsi Injil yang Dipulihkan,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 57–60.

Alma 17–18

Saya boleh menolong orang lain bersedia untuk menerima injil.

Lamoni ialah ketua “bangsa liar dan keras hati” (Alma 17:14),tetapi dia mengatasi tradisi yang bertahun-tahun dan menerima injil Yesus Kristus. Sambil anda membaca interaksi Amon dengan Lamoni, perhatikan apa yang Amon lakukan yang mungkin menolong Lamoni untuk lebih menerima kepada pesanannya. Jika idea datang kepada anda tentang apa yang anda boleh lakukan untuk mengongsikan injil dengan orang lain, catatkan perasaan ini.

Ia juga mungkin boleh menolong untuk menanda atau mencatat kebenaran yang diajar Amon kepada Lamoni (lihat Alma 18:24–39) dan kebenaran yang diajar Harun kepada bapa Lamoni (lihat Alma 22:1–16). Apa yang ayat ini mencadangkan kepada anda tentang kebenaran yang anda boleh kongsikan dengan orang lain untuk menolong mereka mencari kesaksian dalam injil?

Imej
Amon menyelamatkan ternakan Raja.

Minerva K. Teichert (1888–1976), Ammon Saves the King’s Flocks, 1935–1945, oil on masonite, 35 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University

Alma 18–22

Kesaksian saya boleh mempunyai pengaruh yang luas.

Dalam laporan ayat suci tentang penukaran hati kita selalu membaca tentang perkara dramatik yang berlaku, tetapi pada dasarnya kita selalu mendapati seorang individu yang mempunyai keberanian untuk bersuara dan kongsi kesaksian mereka dengan orang lain. Salah satu cara untuk belajar tentang acara dalam Alma 18–22 ialah untuk mencari kesan yang menjangkau jauh apabila seseorang memberi kesaksian mereka. Mungkin anda boleh mencatatkan apa yang anda jumpa dalam rajah seperti ini:

Amon telah berkongsi injil dengan , yang kongsikan injil dengan , dan hasilnya ialah .

Alma 19:36

Lengan Tuhan dihulurkan kepada saya apabila saya bertaubat.

Pada penghujung laporan tentang penukaran hati Lamoni, Mormon mengajar sesuatu yang penting tentang perwatakan Tuhan. Apa yang Alma 19:36 mencadangkan kepada anda tentang perwatakan Tuhan? Bila anda merasa lengan Tuhan dihulurkan kepada anda? Bagaimanakah anda dapat membantu mereka yang anda sayangi merasa belas kasihan-Nya?

Imej
ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 17–19

Bagaimana anda boleh membuat laporan dalam bab ini hidup bagi keluarga anda? Anda boleh melakonkan cerita Amon melindungi ternakan atau cerita Abis yang mengumpul orang ramai untuk menyaksikan kuasa Tuhan. Mungkin ahli keluarga anda boleh melukis bahagian berlainan cerita itu dan menggunakan gambar itu untuk menceritakan cerita itu. Apa yang keluarga anda lakukan untuk mengikut contoh Amon dan Abis?

Alma 18:24–39

Mungkin keluarga anda boleh membaca bersama Alma 18:24–39 dan mengenal pasti kebenaran yang Amon ajar kepada Lamoni. Mengapa kita fikir Amon mengajar kebenaran ini kepada Lamoni dahulu? Mengapa adalah penting bagi kita untuk mempunyai kesaksian kebenaran ini?

Alma 20:8–15

Apa yang kita boleh belajar tentang bagaimana Lamoni menjawab kepada bapanya? Bagaimana kita boleh mengikut teladan Lamoni dalam berdiri teguh untuk apa yang benar?

Alma 22:15–18

Kaji semula Alma 20:23 untuk melihat apa yang bapa Lamoni sanggup beri untuk menyelamatkan nyawanya. Kaji semula Alma 22:15 untuk melihat apa yang dia sanggup beri untuk menerima kebahagiaan injil. Apakah yang dia rela korbankan untuk mengenali Tuhan?(lihat ayat 18). Mungkin setiap ahli keluarga boleh menulis satu rancangan tentang perkara yang mereka sanggup beri untuk mengetahui Tuhan dengan lebih banyak.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Mengenal pasti dan mengikut asas. Walaupun butiran cerita ayat suci tidak berkenaan dengan anda, asas dalam cerita ini selalunya berkenaan dengan anda Apabila anda membaca tentang Amon dan Harun, apakah asas-asas tentang perkongsian injil yang anda dapat cari?

Imej
Isteri Raja Lamoni pengsan.

Isteri Raja Lamoni bangkit dari lantai, memuji Yesus. Oh, Blessed Jesus, oleh Walter Rane

Cetak