Ikutlah Aku
1–7 Jun. Alma 5–7: “Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan Hebat Ini dalam Hatimu?”


“1–7 Jun. Alma 5–7: ‘Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan yang Hebat Ini Dalam Hatimu?’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“1–7 Jun. Alma 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020

Yesus Kristus memegang anak domba

Ye Are Not Forgotten, oleh Jon McNaughton

1–7 Jun

Alma 5–7

“Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan yang Hebat Ini Dalam Hatimu”

Alma 5–7 boleh menolong anda merenungkan penukaran hati berterusan anda kepada Yesus Kristus. Sambil anda membaca, catatkan apa yang Roh ajar anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Alma tidak tahu tentang pembedahan pemindahan jantung, yang menggantikan jantung yang rosak atau berpenyakit dengan jantung yang sihat. Tetapi dia tahu tentang satu keajaiban “suatu perubahan hati” (Alma 5:26)— iaitu di mana Juruselamat memberi kita satu pembaharuan kehidupan rohani, seperti “dilahirkan kembali” (lihat Alma 5:14, 49). Alma dapat lihat bahawa perubahan hati ini adalah apa yang diperlukan bagi banyak bangsa Nefi. Ada yang kaya dan ada yang miskin, ada yang angkuh dan rendah hati, ada yang menganiaya dan ada yang sengsara disebabkan penganiayaan (lihat Alma 4:6–15). Tetapi mereka semua perlu datang kepada Yesus Kristus untuk disembuhkan—sama seperti kita semua. Sama ada kita hendak mengatasi keangkuhan atau menahan kesengsaraan, pesanan Alma adalah jelas: “Datanglah, dan jangan takut” (Alma 7:15) Benarkan Juruselamat mengubah hati yang keras, berdosa atau yang dilukai kepada satu yang rendah hati, tulen, dan baru.

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 5:14–32

Saya mesti mengalami—dan terus merasa—perubahan yang hebat dalam hatiku.

Soalan introspektif yang Alma tanya orang Zarahemla, yang terdapat di Alma 5:14–33, boleh menolong anda mencari jiwa anda sendiri dan memahami apa ertinya untuk “mengalami perubahan yang hebat ini dalam hatimu” sepanjang hidup anda. Presiden M. Russell Ballard menerangkan nilai soalan ini: “Saya perlu dengan kerap mengambil masa untuk menanya diri saya, ‘Bagaimana saya sekarang?’ Ia seperti mempunyai masa temu duga peribadi dengan diri anda sendiri. … Sebagai panduan bagi diri saya semasa kajian peribadi ini, saya suka membaca dan merenungkan perkataan introspektif dalam bab kelima Alma” (“Return and Receive,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 64).

Pertimbangkan untuk membaca soalan Alma seperti anda menemuramah diri anda dan memeriksa hatimu sendiri. Anda mungkin hendak mencatatkan jawapan kepada soalan tersebut. Apa yang anda rasa diilhamkan untuk lakukan di sebabkan temu duga anda?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Preserving the Heart’s Mighty Change,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 97–99.

perempuan berdoa sebelah katil.

Setiap pengikut Kristus mesti mengalami satu “perubahan hati.”

Alma 5:33–62

Saya boleh mendapat kesaksian peribadi tentang Juruselamat dan injil-Nya melalui Roh Kudus.

Alma memberi kesaksian yang sangat berkuasa tentang Juruselamat dan injil-Nya, dan dia juga menerangkan bagaimana dia memperolehi kesaksiannya. Apabila dia bersaksi, dia tidak menyebut pengalamannya dengan melihat dan mendengar seorang malaikat (lihat Mosia 27:10–17) tetapi dia menerangkan harga yang dia bayar untuk mengetahui kebenaran untuk diri dia sendiri. Apa yang anda belajar daripada Alma 5:44–51 tentang bagaimana Alma mengetahui tentang kebenaran? Bagaimana anda boleh mengikut teladannya dalam usaha anda untuk mendapat dan menguatkan kesaksian anda? Apa yang anda belajar tentang Juruselamat daripada ajaran-ajaran Alma dalam Alma 5:33–35, 48–50, dan 57–60?

Alma 7

Kepatuhan tekun akan menolong saya berada pada “jalan yang menuntun ke kerajaan Tuhan.”

Orang Gideon tidak bergelut dengan dilema yang sama seperti orang di Zarahemla, jadi Roh menolong Alma untuk nampak keperluan mereka dan mengajar mereka dengan cara lain (lihat Alma 7:17, 26). Anda mungkin sedar perbezaan di antara pesanan Alma di Zarahemla (lihat Alma 5) dan di Gideon. Contohnya, Alma dapat melihat bahawa orang Gideon berada di “jalan yang menuntun ke Kerajaan Tuhan” (Alma 7:19). Melalui khutbah dia kepada mereka, Alma mengajar mereka banyak perkara tentang bagaimana untuk kekal di jalan (lihat Alma 7). Nasihat apa yang dia berikan mereka? Apa yang anda boleh gunakan dalam hidup anda sekarang?

Alma 7:7–16

Juruselamat mengambil ke atas Dia dosa, kesakitan dan kesengsaraan saya.

Pernahkah anda rasa bahawa tidak ada sesiapa yang memahami pergelutan dan cabaran anda? Kalau begitu, kebenaran yang diajar dalam Alma 7:7–16 boleh menolong. Elder David A. Bednar bersaksi: “Tetapi Putera Tuhan mengetahui dan memahami dengan sempurna, kerana Dia telah merasakan dan menanggung beban-beban kita sendiri. Dan kerana korban-Nya yang tidak terhingga dan abadi (lihat Alma 34:14), Dia mempunyai empati yang sempurna dan dapat menawarkan belas kasihan-Nya kepada kita” (“Menanggung Beban Mereka dengan Mudah,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 90).

Apabila anda membaca Alma 7:7–16, renungkan apa yang ayat ini tolong kita fahami tentang tujuan pengorbanan Juruselamat. Bagaimanakah kita akses kuasa-Nya dalam hidup kita? Pertimbangkan untuk mencatat tanggapan anda.

Lihat juga Yesaya 53:3–5.

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 5:6–13

Mengapa Alma inginkan bangsanya untuk ingat belas kasihan Tuhan kepada nenek moyang mereka. Cerita apa dalam sejarah keluarga anda yang mengajar anda tentang belas kasihan-Nya Mungkin anda boleh melawat familysearch.org/myfamily untuk mencatat cerita ini.

Alma 5:14–33

Ahli keluarga anda mungkin tahu bagaimana rasanya untuk bersedia—atau tidak bersedia—untuk satu perkhemahan, ujian sekolah, atau temu duga kerja. Pengalaman apa yang mereka boleh kongsikan untuk menggambarkan kepentingan untuk sentiasa bersedia. Anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mengkaji Alma 5:14–33 dan cari soalan yang Alma tanya bangsanya untuk bersedia jumpa Tuhan. Mungkin setiap ahli keluarga boleh memilih satu soalan dan kongsi bagaimana ia boleh membantu menyediakan kita untuk jumpa Tuhan. Keluarga anda boleh juga memaparkan beberapa soalan Alma di sekeliling rumah anda untuk ahli keluarga renungkan.

Alma 6:4–6

Apakah beberapa sebab kita mengumpulkan Orang suci? Bagaimana kita boleh membuat masa kita di Gereja lebih membantu untuk diri kita dan orang lain?

Alma 7:9–16

Apa yang kita belajar daripada ayat ini yang menolong kita supaya “janganlah takut” (Alma 7:15) apabila kita perlu bertaubat dan tukar? Apakah yang ayat ini ajarkan tentang bagaimana kita boleh berpaling kepada Juruselamat apabila kita perlukan pertolongan? Perkara lain apa yang kita telah lakukan untuk menerima pertolongan-Nya? Bagaimana dia telah membantu kita?

Alma 7:23

Siapa yang kita tahu yang boleh menjadi teladan daripada satu atau lebih daripada ciri-ciri yang disenaraikan dalam ayat ini? Mengapakah penting bagi kita untuk mengembangkan ciri-ciri ini?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan yang menjemput ahli keluarga untuk bertindak. Pertimbangkan soalan yang boleh menyebabkan ahli keluarga anda untuk merenungkan bagaimana mereka boleh hidup injil dengan lebih penuh. “Perkara ini selalunya bukan soalan untuk dibincangkan, ia adalah untuk renungan peribadi” (Teaching in the Savior’s Way, 31).

Yesus memakai jubah merah

Our Advocate, oleh Jay Bryant Ward