Ikutlah Aku
8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya


8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“8–14 Jun. Alma 8–12,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Alma sedang berkhutbah

Teaching True Doctrine, oleh Michael T. Malm

8–14 Jun

Alma 8–12

Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya

Mengkaji tulisan suci mengundang wahyu-wahyu. Apabila anda membaca Alma 8–12, catatkan tanggapan daripada Roh apabila Dia mengajar anda dari pesanan Alma dan Amulek.

Mencatat Tanggapan Anda

Pekerjaan Tuhan tidak akan gagal. Tetapi usaha kita membantu dalam pekerjaan-Nya kadangkala nampak akan gagal—mungkin kita tidak dapat melihat hasil yang diharapkan dengan segera. Kadang-kadang kita rasa seperti Alma semasa dia mengkhutbahkan injil di Amoniha—ditolak, diludah dan diusir keluar Namun ketika seorang malaikat mengarah dia kembali dan cuba sekali lagi, Alma “cepat kembali” (Alma 8:18) dengan berani, dan Tuhan menyediakan sebuah jalan bagi dia. Bukan saja Tuhan menyediakan Alma makanan dan tempat untuk tinggal, tetapi Dia juga menyediakan Amulek, menjadi seorang pembela injil yang berani dan seorang rakan yang setia. Apabila kita menghadapi rintangan dan kekecewaan semasa melayani dalam kerajaan Tuhan, kita boleh mengingati cara Tuhan telah menyokong dan memimpin Alma, dan kita boleh percaya Tuhan akan menyokong dan memimpin kita juga, walaupun dalam keadaan yang susah.

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Alma 8

Usaha saya untuk berkongsi injil memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

Walaupun seseorang akan menolak kesaksian anda tentang injil, anda tidak seharusnya putus asa—Tuhan tidak akan berputus asa terhadap orang itu, dan Dia akan membimbing anda dalam cara anda bertindak. Dalam kes Alma, seorang malaikat memerintah dia untuk kembali ke Amoniha untuk mengkhutbahkan injil walaupun orang ramai telah menolak dia dengan kasar (lihat Alma 8:14–16). Apakah yang anda pelajari daripada teladan Alma tentang berkongsi injil sungguhpun terdapat cabaran dan pertentangan? Ayat manakah dalam Alma 8 meningkatkan keinginan anda untuk berkongsi injil?

Lihat juga 3 Nefi 18:30–32; Jeffrey R. Holland, “Harga—dan Berkat—dari Pemuridan,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 6–9.

Alma 9:18–25; 10:16–23

Tuhan menghakimi anak-anak-Nya menurut terang dan pengetahuan yang mereka miliki.

Semasa membaca cara bangsa Nefi di Amoniha melayani hamba-hamba Tuhan, ia agak mudah untuk lupa bahawa mereka pernah menjalani hidup dengan injil, “umat yang begitu berkenan bagi Tuhan” (Alma 9:20). Sebenarnya, sebahagian pesanan Alma kepada orang-orang di Amoniha adalah kerana mereka telah mengeraskan hati mereka walaupun telah kaya dengan berkat, keadaan mereka lebih teruk berbanding dengan bangsa Laman, yang kebanyakannya berdosa dalam kejahilan. Apakah hal-hal ketara ini mengajar kita mengenai bagaimana Tuhan menghakimi anak-anak-Nya?

Apabila anda membaca berkat-berkat besar yang Tuhan telah berikan kepada orang-orang Nefi (terutamanya lihat Alma 9:19–23), renungkan berkat-berkat besar Dia telah berikan kepada anda. Apakah yang anda lakukan untuk setia pada berkat-berkat ini? Apakah perubahan yang anda rasa perlu dilakukan?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 82:3.

Alma 11–12

Rancangan Tuhan adalah rancangan penebusan.

Nabi-nabi Kitab Mormon menggunakan pelbagai nama untuk menjelaskan rancangan Tuhan kepada anak-anak-Nya, contohnya rancangan keselamatan atau rancangan kebahagiaan. Dalam Alma 11–12, Alma dan Amulek merujuknya sebagai rancangan penebusan. Semasa anda membaca bab ini, fikirkan kenapa kata “penebusan” digunakan untuk menjelaskan rancangan ini? Anda juga boleh menulis satu ringkasan tentang apa yang diajar oleh Alma dan Amulek mengikuti aspek-aspek rancangan itu.

Kejatuhan:

Penebus:

Pertaubatan:

Kematian:

Kebangkitan:

Penghakiman:

Perhatikan kesan perkataan Amulek terhadap orang-orang itu (lihat Alma 11:46). Mengapa asas-asas ini mempunyai pengaruh yang kuat? Bagaimana asas-asas ini telah mempengaruhi hidup anda?

Lihat juga D. Todd Christofferson,“Kebangkitan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 111–14

Alma 12:8–18

Jika saya tidak akan mengeraskan hati saya, saya dapat menerima firman Tuhan dengan lebih banyak.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapa Bapa Syurgawi tidak menunjukkan segala sesuatu kepada kita. Dalam Alma 12:9–14, Alma menjelaskan satu kemungkinan kadangkala rahsia-rahsia Tuhan ditahan daripada kita. Soalan-soalan ini boleh membantu anda fikirkan apa yang dia telah ajari:

  • Apakah ertinya untuk mengeraskan hati kita? Pernahkah anda melihat kecenderungan ini pada diri sendiri?

  • Mengapa Tuhan mungkin menahan firman-Nya daripada mereka yang telah mengeraskan hati mereka?

  • Bagaimanakah anda telah mengalami perjanjian menerima “bahagian yang lebih besar daripada firman itu”? (Alma 12:10). Bagaimanakah pengalaman tersebut?

  • Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan firman Tuhan “didapati dalam diri [anda]”? (Alma 12:13). Jika anda dapati firman Tuhan dalam anda, apakah kesannya pada “perkataan,” “pekerjaan,” dan “fikiran” anda? (Alma 12:14).

Untuk sebuah contoh dari asas-asas ini, bandingkan Amulek kepada orang lain di Amoniha. Bagaimanakah pengalaman Amulek (terutamanya lihat Alma 10:1–11) menggambarkan ajaran Alma dalam ayat-ayat suci ini?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Alma 8:10–18

Apakah yang dapat kita pelajari daripada Alma tentang mematuhi Tuhan dengan “cepat” (ayat 18) meskipun ia mungkin susah? Untuk menegaskan asas ini kepada anak-anak kecil, anda boleh main satu permainan di mana anda memberi arahan bagi sesuatu tugas dan lihat betapa cepat ahli keluarga melakukannya. Contohnya, anda boleh lihat siapa boleh melipat baju dengan cepat.

Alma 10:1–12

Apakah yang kita belajar daripada pengalaman Amulek dalam ayat-ayat suci ini? Apakah kesan kesaksiannya ada pada orang yang mendengar? Jemput ahli gereja membuat rancangan untuk melakukan satu perkara pada minggu ini berdasarkan ajaran yang didapati daripada contoh Amulek.

Alma 10:22–23

Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang pengaruhan sekumpulan orang soleh boleh dicapai dalam kota yang jahat?

Alma 11:34–37

Apakah perbezaan antara Yesus Kristus menyelamatkan kita dalam dosa-dosa kita dengan dari dosa-dosa kita? (lihat Helaman 5:10; lihat juga 1 Yohanes 1:9–10). Untuk menggambarkan ajaran Amulek, anda boleh berkongsi cerita di permulaan pesanan Elder Allen D. Haynie “Ingatlah Kepada Siapa Kita Telah Percaya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 121–23). Bagaimanakah Yesus Kristus menyelamatkan kita dari dosa-dosa kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Kaji kata-kata para nabi dan rasul zaman akhir. Baca apa yang para nabi dan rasul zaman akhir telah mengajar tentang kebenaran-kebenaran yang anda menjumpai di kitab-kitab suci. Contohnya, anda boleh mengenal pasti sebuah topik dalam Alma 8–12 dan mencari topik dari persidangan umum terkini.

Alma makan bersama Amulek

Ilustrasi Alma makan bersama Amulek oleh Dan Burr