2010–2019
Harga—dan Berkat—dari Pemuridan
April 2014


14:45

Harga—dan Berkat—dari Pemuridan

Jadilah kuat. Hidup injil dengan iman walaupun orang lain disekeliling kamu tidak berbuat demikian.

Presiden Monson, kami mengasihimu. Kamu telah memberi hati dan kesihatan-mu kepada setiap tugas yang Tuhan telah memberi kepadamu, terutamanya jawatan suci yang kamu pegang sekarang. Seluruh gereja memberi syukur kepadamu bagi pelayanan kamu yang teguh dan contoh kesetiaanmu yang tetap.

Dengan kekaguman dan semangat bagi semua kamu yang hendak berdiri teguh dalam zaman terakhir ini, saya berkata kepada kamu semua, terutamanya remaja dalam Gereja ini, kalau kamu belum berpeluang membela kepercayaan-mu atau tahan penderaan peribadi, masanya akan datang, cuma disebabkan kamu ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saat-saat macam ini akan memerlukan keberanian dan kesopanan dari pihak kamu.

Contohnya, tidak lama dahulu seorang mubaligh saudari menulis: “Saya dengan rakan-ku jumpa seorang lelaki yang duduk di bangku di pusat bandar sambil makan tengah hari. Semasa kami mendekatinya, dia nampak tag nama mubaligh kami. Dengan rupa teruk, dia berdiri dan cuba memukul saya. Saya bergerak tepat pada masanya agar saya tidak kena, tetapi selepas itu dia meludah makanannya ke arah kami dan mula kutuk kami secara kasar. Kami berjalan dan tidak sebut apa-apa. Semasa saya cuba lap makanan itu dari muka saya, tiba-tiba saya dipukul satu kelompok kentang lecek di belakang kepala-ku. Kadang-kadang susah hidup sebagai seorang mubaligh, pada saat itu saya nak pulang, cekau lelaki kecil itu dan berteriak, ‘APA HAL!’ tetapi saya tidak buat begitu.”

Kepada mubaligh setia ini, saya hendak berkata, anak tersayang, kamu, dalam cara kamu sendiri yang sederhana, telah masuk golongan perempuan dan lelaki cemerlang yang, sama seperti nabi Yakub dalam Kitab Mormon telah berkata, “merenung kematian Kristus, dan menderita salib-nya dan menanggung penghinaan daripada dunia.”1

Sesungguhnya, mengenai Yesus sendiri, saudara Yakub, Nefi telah menulis: “Dan dunia, kerana kederhakaan mereka, akan menghakimi Dia, dan Dia membenarkannya. Ya, mereka meludah ke atas Dia, dan Dia membenarkannya, kerana kebaikan hati-Nya yang penuh kasih, dan panjang sabar-Nya terhadap anak-anak manusia.”2

Sama seperti pengalaman Juruselamat sendiri, wujudnya sejarah yang panjang, penuh dengan penolakan, dan harga yang tinggi dibayar oleh para nabi dan rasul, mubaligh dan ahli gereja dalam setiap generasi yang telah cuba memenuhi panggilan Tuhan untuk mengangkat manusia kepada, “jalan yang lebih baik.”3

“Dan apa lagi hendak saya berkata… mengenai [mereka]?” penulis Ibrani bertanya.

“[Mereka] yang … menutup mulut singa,

“Padamkan api yang dahsyat, menyelamatkan diri daripada tikaman pedang, … semakin perkasa dalam peperangan, menyebabkan… [tentra] melari …

“[Melihat] mereka yang telah mati dibangkitkan … [semasa] yang lain disiksa, …

“Dan  … dicuba dengan ejekan dan paluan yang kejam, … dari ikatan dan penjara:

“Mereka direjam, … dibuang, digoda, dibunuh dengan pedang: …merayau-rayau sambil berpakaian kulit domba dan kulit kambing; mereka miskin, menderita, [dan] disiksa;

“([Mereka] yang lebih suci daripada dunia:) … merayau-rayau di gurun, dan gunung, dan sarang dan gua di bumi.”4

Tentulah para malaikat di syurga menangis semasa mereka catatkan harga ini yang dibayar untuk pemuridan, dalam dunia yang kerap-kali menentang perintah Tuhan. Juruselamat sendiri menangis bagi mereka yang ditolak dan dibunuh semasa beratus-ratus tahun dalam pelayanan bagiNya. Sekarang Dia juga ditolak dan akan dibunuh.

“Hai Yerusalem, Yerusalem,” Yesus berteriak, “Kamu yang membunuh para nabi, dan merejam mereka yang dihantar kepada-mu, berapa kali saya hendak kumpulkan keturunanmu, sama seperti ibu ayam kumpulkan anak-anak-nya di bawah sayap dia, tetapi kamu tidak sanggup.”

“Sesungguhnya, rumah-mu ditinggal gersang.” 5

Dalam penyataan itu ada pesanan bagi setiap remaja lelaki dan perempuan dalam Gereja ini. Mungkin kamu bertanya kalau berbaloi membela moral kamu di sekolah atau melayani misi di mana, sudah tentu kepercayaan kamu yang tersayang akan dikutuk, atau menentang masyarakat yang kadang-kadang ketawakan kehidupan keagamaan. Ya, memang berbaloi kerana alternatif adalah “ditinggal dengan rumah yang gersang” orang yang gersang, keluarga yang gersang, kawasan jiranan yang gersang, dan negara yang gersang.

Ini menunjukkan beban mereka yang diminta membawa pesanan ini yang menyelamatkan. Bukan saja mengajar, memberangsangkan, dan menghiburkan orang (itulah bahagian yang seronok dalam pemuridan), kadang-kadang penghantar utusan diminta risau, memberi amaran, dan kadang-kadang menangis (itulah bahagian yang susah dalam pemuridan). Mereka tahu jalan yang menuju ke negeri yang dijanjikan “penuh dengan susu dan madu”6 memang melalui Gunung Sinai, penuh dengan perkara yang “kamu patut lakukan” dan perkara yang “kamu tidak patut lakukan.” 7

Malangnya pembawa pesanan yang dihantar dari Tuhan sering ditolak, sama seperti zaman dahulu, dan kedua-dua mubaligh saudari itu, yang diliputi dengan kentang lecek boleh mengesahkan. Benci adalah kata yang kasar, tetapi wujudnya orang yang hendak berkata bersama dengan Ahab yang jahat, “Aku membenci [nabi Mikha]; kerana dia tidak pernah bernubuat tentang perkara yang baik bagi saya, dia selalu [bernubuat] tentang perkara yang buruk.”8 Kebencian seperti itu bagi seorang nabi dan kejujuran-nya menyebabkan Abinadi dibunuh. Dia berkata kepada Raja Noh; “Kerana aku telah memberitahu kamu kebenaran kamu marah terhadapku. … kerana aku telah mengucapkan firman Tuhan kamu telah menghakimiku bahawa aku gila”9 atau kita boleh tambah, bersifat kedaerahan, kebapaan, berkeras pendirian, tidak baik hati, keras hati, usang, dan tua.

Sama seperti Tuhan Sendiri telah mengeluh kepada nabi Yesaya:

“Anak- anak [ini] … tidak mahu dengar firman Tuhan:

“[Mereka] menyuruh para nabi menutup mulut, dan berkata kepada mereka, jangan katakan hal yang benar kepada kami, tetapi katakan hal yang ingin kami dengar.

“Ke tepi, kami tidak mahu mendengar tentang Tuhan-mu yang suci.”10

Malangnya, kawan-kawan ku yang muda, inilah sifat orang zaman ini, kalau mereka mahu tuhan, mereka ingin dia menjadi tuhan yang tidak banyak meminta, tuhan yang periang, yang tidak menyusahkan kita dan tidak bagi arahan pun, tuhan yang menyakinkan kita, membuat kita ketawa, dan selepas itu suruh kita kumpulkan bunga saja.11

Inilah cara manusia cuba menciptakan Tuhan dalam rupanya sendiri! Yang paling ironik, kadang-kadang mereka memanggil nama Yesus sebagai Tuhan yang “selesa” sedemikian. Yakah? Dia yang berkata bukan saja kita tidak patut berdosa, tetapi kita tidak patut fikirkan tentang membuat dosa. Dan kalau kita sudah fikirkan tentang membuat dosa, kita sudah berdosa dalam hati kita. Kamu rasa itu ajaran yang “selesa”, yang senang didengar, yang popular dengan manusia pada zaman ini?

Dan macam mana dengan mereka yang cuma mahu tengok atau menyentuh dosa dari jauh? Yesus berkata kalau mata kamu menyakitkanmu, cabutkan dia. Kalau tangan kamu menyakitkanmu, potong dia.12. Saya datang, bukannya dengan tujuan [membawa] keamanan tetapi untuk membawa sebatang pedang,”13 Dia memberi amaran kepada mereka yang ingat dia cuma berkata perkataan yang menenangkan. Tidak hairan bahawa, selepas setiap ceramah yang dia beri, orang “suruh Dia keluar.”14 Tidak hairan, selepas setiap mukjizat yang dia lakukan, orang ingat kuasanya datang dari iblis bukannya Tuhan.15 Memang jelas, perkataan yang popular, “Apakah akan Yesus buat?” tidak akan sentiasa membawa tindak balas yang popular.

Pada kemuncak pelayanan duniawi-Nya, Yesus berkata, “Mengasihi satu sama lain, sama seperti saya mengasihimu.”16 Agar mereka faham apa yang dia maksud dengan kata itu, mengasihi, dia jelaskan, “ Kalau kamu mengasihi-Ku, patuhilah perintah-Ku,”17 dan “sesiapa … yang melanggar perintah, termasuk yang kecil, dan mengajar orang lain buat begitu, dia akan terima… kerajaan syurga yang paling rendah.”18 Kasih-sayang seperti Yesus memiliki ialah keperluan kita yang paling besar di dunia ini, kerana kesolehan selalu hendak mengikutinya. Kalau kasih-sayang hendak menjadi slogan kita, yang mestilah, dan selaras dengan firman Dia yang melambangkan kasih-sayang, kita mesti tinggalkan dosa dan tidak patut menyokong orang lain dalam dosa mereka. Tentulah Yesus faham apa yang banyak orang dalam budaya moden selalu lupa: perbezaan yang penting di antara mengampuni dosa (kebolehan Dia buat begitu tidak terhingga) dan biarkan orang berdosa (Dia tidak pernah buat begitu sekali pun).

Kawan-kawan, terutama yang muda, perhatikan. Kasih-sayang seperti Yesus yang murni, yang mengalir dari kesolehan benar boleh mengubah dunia ini. Saya bersaksi injil Yesus Kristus yang benar dan hidup ada di bumi ini, dan kamu adalah ahli Gereja Dia yang benar, yang cuba berkongsinya . Saya bersaksi tentang injil ini dan gereja ini, dengan kesaksian istimewa tentang kunci-kunci imamat yang dipulihkan yang membuka dan kuasakan tata cara yang menyelamatkan. Saya pasti kunci-kunci ini telah dipulihkan dan tata cara itu wujud sekali lagi melalui Gereja Yesus Kristus Orang-Suci Zaman Akhir, tentang ini saya lebih pasti daripada saya pasti saya berdiri di hadapan kamu di persidangan ini.

Jadilah kuat. Hidup injil dengan iman walaupun orang lain disekeliling kamu tidak berbuat demikian. Bela kepercayaan kamu dengan kesopanan dan kefahaman, tetapi membelanya. Wujudnya sejarah yang panjang penuh dengan suara orang hebat, termasuk suara yang kamu baru dengar yaitu suara President Thomas S. Monson, membawa kamu ke jalan yang menuju ke pemuridan Yesus Kristus. Ia adalah jalan selat, dan sempit tanpa banyak latitud, tetapi ia boleh menyeronokan dan kamu boleh berjaya melintasinya, “dengan ketabahan dalam Kristus, kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia.”19 Dengan mengikuti jalan ini, kamu akan terima iman yang tidak tergoncang, dapatkan keselamatan terhadap angin yang tiup, dalam angin ribut pun, dan kamu akan merasa kekuatan seperti batu daripada Penebus kita, dan kalau kamu membina pemuridan kamu atas batu ini, kamu tidak boleh jatuh.20 Dalam nama suci Yesus Kristus, amin.