Selamat Datang ke Persidangan
Kita semua … bersatu dalam iman dan di dalam keinginan kita untuk mendengar dan belajar dari pesanan-pesanan yang akan disampaikan kepada kita.
Saudara dan saudari yang kukasihi, betapa gembira saya untuk mengalu-alukan kamu ke persidangan sedunia Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Kita berhimpun sebagai keluarga besar, lebih dari 15 juta ahli gereja, bersatu dalam iman dan di dalam keinginan kita untuk mendengar dan belajar dari pesanan-pesanan yang akan disampaikan kepada kita.
Enam bulan yang lepas telah pergi dengan laju semasa kerja Gereja bergerak ke hadapan tanpa gangguan. Ia adalah hak istimewa saya bulan lepas untuk membaktikan bait suci Gilbert Arizona, satu bangunan yang cantik. Petang sebelum pembaktian, satu acara budaya diadakan berdekatan di Taman Discovery. Dua belas ribu orang muda mempersembahkan satu rancangan selama 90 minit. Tarian, nyanyian dan persembahan muzik itu sangat menakjubkan.
Kawasan ini telah mengalami suatu musim yang sangat kering, dan saya percaya ramai doa telah dihantar ke syurga beberapa minggu lalu untuk hujan yang diperlukan. Malangnya, ia datang sebelum persembahan itu dan tinggal untuk seluruh produksi! Walaupun remaja basah kerana hujan dan sejuk dengan suhu dingin, kita semua merasakan roh Tuhan. Tema rancangan itu, “Hidup Setia kepada Iman-”, ”—Fikirkanlah tentang itu: “Hidup Setia kepada Iman”— ditunjukkan dengan bangga di senyuman dan semangat remaja lelaki dan perempuan ini. Disamping hujan dan sejuk, ini adalah satu pengalaman yang penuh iman dan menginspirasikan yang remaja-remaja ini boleh dan akan sentiasa simpan dan memberitahu kepada anak cucu mereka di masa hadapan.
Pada hari esok, pembaktian bati suci Gilbert Arizona dilakukan. Ia adalah bait suci yang ke 142 berfungsi dalam Gereja. Tidak seperti petang semalam, harinya cantik dan dipenuhi dengan cahaya matahari. Sesi sesi diadakan sangat menginspirasikan. Yang bersama saya adalah Presiden Henry B. Eyring, Elder dan Sister Tad R.Callister, Elder and Sister William R. Walker, and Elder and Sister Kent F. Richards.
Di Mei Bait Suci Fort Lauderdale akan dibaktikan. Bait Suci lain dijadualkan untuk diselesaikan dan dibaktikan akhir tahun ini. Pada tahun 2012 kita menjangka menyelesaikan and membaktikan bait suci baru di banyak bahagian di seluruh dunia. Proses ini akan disambungkan. Apabila semua bait suci yang telah diumumkan diselesaikan, kita akan mempunyai 170 bait suci yang berfungsi di seluruh dunia.
Walaupun kita sekarang menumpukan usaha kita dalam penyelesaian bait suci yang telah diumumkan dan tidak akan mengumumkan bait suci yang baru di masa berdekatan, kita akan sambung proses untuk mencari lokasi dan keperluan untuk bait suci yang akan datang. Pengumuman akan dilakukan di persidangan umum yang akan datang. Kita adalah orang-orang yang membina bait suci dan menghadiri bait suci.
Sekarang, saudara dan saudari, kita dengan ghairah hendak mendengar pesanan yang akan disampaikan kepada kita hari ini dan esok. Mereka yang akan berucap kepada kita telah meminta pertolongan dan arahan syurga semasa mereka menyediakan pesanan mereka.
Semoga kita—semua dari kita, disini dan dimana mana— dipenuhi dengan Roh Tuhan dan diangkatkan serta di inspirasikan apabila kita mendengar dan belajar. Dalam nama Yesus Kristus, Juruselamat kita, amin.