Kristus Sang Penebus
Pengorbanan [Sang Penebus] memberkati semua manusia, dari Adam, yang pertama ke manusia yang terakhir.
Yesus Kristus, Putra Tuhan, dilahirkan dan mati dalam keadaan yang istimewa. Dia tinggal dan dibesarkan dalam keadaan yang sederhana, tanpa harta benda duniawi. Tentang dia sendiri dia berkata, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat” (Lukas 9:58).
Dia tidak pernah terima penghormatan, pengiktirafan, ataupun layanan istimewa dari pemimpin politik ataupun pemimpin agama pada zaman Dia. Dia juga tidak duduk pada tempat duduk yang paling tinggi di saumaah.
Ajaran-ajaran-Nya sederhana, dan, walaupun ramai orang mengikuti Dia, sepanjang pelayanan-Nya, Dia selalu memberkati orang satu demi satu. Dia melakukan mukjizat yang tidak terhitung di antara mereka yang menerima-Nya sebagai Dia yang diutuskan oleh Tuhan.
Dia memberi kuasa dan keizinan kepada para rasul-Nya untuk melakukan mukjizat “dan hal-hal yang besar lagi” daripada yang Dia melakukan ( Yohanes 14:12), tetapi Dia tidak pernah izinkan mereka menghapuskan dosa. Musuh-musuh Dia ambil hati apabila mereka dengar Dia berkata, “Pergilah dan janganlah berdosa lagi” (Yohanes 8:11) ataupun “Dosamu sudah diampunkan” (Lukas 7:48). Cuma Dia memiliki hak untuk buat begitu kerana Dia putera Tuhan dan Dia yang akan menebus semua dosa dengan Korban Tebusan-Nya.
Kuasa-Nya Atas Kematian
Kuasa-Nya atas kematian juga sifat ketuhanan. Jairus, seorang pemerintah di saumaah, memohon, “agar dia akan masuk rumahnya: kerana dia cuma mempunyai seorang anak perempuan, … dan tidak lama lagi dia akan mati.” (Lukas 8:41–42). Tuan dengar permintaan dia, dan semasa mereka berjalan, seorang hamba memberitahu Jairus, “Anak perempuan kamu sudah meninggal, janganlah mengganggu si Tuan” (Lukas 8:49). Apabila Yesus masuk rumah dia, dia suruh semua orang keluar, dan dengan serta-merta dia mengambil tangan anak itu, dan berkata kepada-nya, “Bangkit!” (Lukas 8:54).
Pada masa lain, ketika dia berjalan ke kota Nain, dia jumpa suatu upacara pengebumian, seorang janda menangis kerana anak tunggal dia telah meninggal. Penuh dengan belas kasihan Dia menyentuh keranda anak itu dan berkata, “Pemuda, saya berkata kepadamu, Bangkit” (Lukas 7:14). Apabila mereka melihat mukjizat ini, semua orang berseru, “ Seorang nabi yang agung telah muncul di antara kita; dan … Tuhan telah melawat umat-Nya” (Lukas 7:16). Mukjizat ini lebih hebat dari yang tadi, kerana pemuda ini telah disebut mati, dan mereka dalam perjalanan untuk mengebumikannya. Dengan dua orang muda yang telah dibangkitkan, bukti tentang kuasa suci-Nya dan kuasa-Nya atas kematian hairankan orang yang percaya dan kejutkan orang yang mahu menyusahkan Dia.
Kejadian ketiga, yang paling hebat. Marta, Maria, dan Lazarus tiga orang adik-beradik yang Yesus sering kunjungi. Apabila orang memberitahu Dia bahawa Lazarus jatuh sakit, Dia tunggu dua hari sebelum Dia berangkat untuk kunjungi keluarga-nya. Semasa Dia menenangkan Marta, selepas kematian abang dia, Dia dengan jelas bersaksi kepada-nya, “Akulah kebangkitan, dan kehidupan; dia yang percaya kepada-Ku, walau dia mati, akan hidup lagi” (Yohanes 11:25).
Apabila Juruselamat menyuruh orang yang berkabung untuk gerakkan batu dari kubur dia, Marta bisik kepada-Nya, “Tuhan, sekarang dia sudah berbau; kerana dia mati empat hari yang lalu.” (Yohanes 11:39).
Dengan kasih-sayang, Yesus mengingatkan dia, “Tidakkah saya berkata kepada-mu, kalau kamu percaya, kamu akan melihat kemuliaan Tuhan?” (Yohanes 11:40). Sesudah dia sebut demikian, Dia berkata dengan suara yang kuat:
“Lazarus, keluar.
“Dan dia yang sudah mati keluar” (Yohanes 11:43–44).
Kerana Lazarus dibangkitkan selepas empat hari dalam kubur-nya, musuh-musuh Putra Tuhan dihadapi dengan bukti yang mereka tidak boleh menyangkal, kurangkan, atau mengubah, dan sesudahnya, tanpa alasan, “mereka berkomplot untuk membunuh Yesus.” (Yohanes 11:53).
Perintah Baru
Kemudian, Kristus yang masih hidup, bersama dengan para Rasul-Nya, menyambut jamuan paska, Dia menubukan tata cara sacramen, dan memberi mereka perintah untuk mengasihi satu sama lain melalui pelayanan ikhlas.
Penderitaan-Nya di Getsamani
Selapas itu, dia tunjukkan kasih-sayang Dia bagi semua menusia secara agung, dan dari kehendak Dia sendiri, dengan berani Dia berjalan dengan tujuan menghadapi percobaan-Nya yang paling susah. Dalam Teman Getsemani, dalam kesepian lengkap, Dia mengalami penderitaan yang paling teruk, sambil berdarah dari setiap liang roma. Dengan penuh penyerahan kepada Bapa-Nya, Dia menebuskan dosa-dosa kita dan Dia pun mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan kesusahan kita agar dia boleh faham bagimana dia boleh menyokong kita (rujuk Alma 7:11–13).
Kita memang berhutang kepada Dia dan Bapa kita di Syurga kerana pengorbanan-Nya memberkati semua orang, dari Adam, yang pertama, ke manusia yang terakhir.
Kutukan dan Penyaliban Juruselamat
Sesudah penderitaan-Nya di Getsemani tamat, Dia, dengan rela memberi diri-Nya kepada musuh-musuh Dia. Dikhianati oleh kawan-Nya, Dia dikutuk dengan cepat secara tidak adil, tanpa izin, dalam pengadilan yang tidak lengkap. Pada malam yang sama dia dituduh nista dan dihukum mati. Dalam kebencian dan keinginan balas dendam—hanya kerana Dia bersaksi kepada mereka bahawa Dialah Putra Tuhan—musuh-musuh Dia berkomplot agar Pilot akan menghukum Dia. Bagi tujuan itu, mereka mengubah tuduhan nista ke tuduhan hasutan agar Dia akan disalibkan.
Kutukan Dia dari orang Roma teruk lagi: cemuhan mereka dan penghinaan mengenai kerajaan surgawi Dia, mahkota duri yang mereka memberi-Nya, kesakitan kerana dicambuk, dan penderitaan semasa penyaliban awam, semuanya amaran kepada semua yang mungkin hendak disebut sebagai murid-Nya.
Pada setiap saat semasa penderitaan-Nya, Penebus dunia tunjukkan kawalan-diri yang hebat. Dia selalu fikir tentang menolong orang lain; dengan kebaikan dan kasih, Dia meminta kepada Yohanes agar dia menjaga ibu-Nya, Maria. Dia mohon kepada Bapa-Nya di Syurga agar Dia mengampuni orang yang menyalibkan Dia. Dengan kerja duniawi Dia sudah selesai, Dia memberi roh-Nya kepada Tuhan, dan ambil nafas Dia yang terakhir. Tubuh jasmani Kristus dibawa ke kubur dan berada di sana selama tiga hari.
Kerja Penebus di antara Orang Yang Sudah Meninggal
Semasa murid Dia menderita kerana kesedihan, Juruselamat kita, dalam bahagian lain dalam rancangan agung Bapa-Nya, sambung pelayanan dia dengan cara lain. Sepanjang tiga hari, dia berkerja dengan tekun untuk mengatur kerja penyelamatan di antara orang yang sudah meninggal. Tiga hari ini memberi harapan kepada keluarga Tuhan. Semasa lawatan itu dia suruh pengikut dia yang beriman agar mereka mengajarkan berita yang baik mengenai penebusan mereka kepada semua yang tidak sempat dengar rancangan Tuhan di bumi atau menolaknya. Sekarang semua orang berkesempatan dibebaskan dari kurungan mereka, dan ditebus oleh Tuhan bagi orang yang hidup dan orang yang sudah meninggal (rujuk A&P 138:19, 30–31).
Berkat Pertama dari Kebangkitan
Dengan kerja-Nya sudah selesai dalam dunia roh, Dia kembali ke bumi—untuk mempersatukan tubuh badan dan roh Dia. Walaupun Dia sudah menunjukkan kuasa-Nya atas kematian, orang-orang dari cerita-cerita dalam tulisan suci yang Yesus bangkitkan, cuma dikembalikan ke kehidupan yang dipanjangkan secara ajaib; tetapi mereka masih akan mati.
Kristus orang yang pertama untuk dibangkit, dan tidak mati lagi, untuk memiliki tubuh yang sempurna dan kekal. Dalam keadaan yang sudah bangkit Dia muncul kepada Maria, sesudah dia mengenali Dia, dia mula menyembah Dia. Juruselamat kita dengan kasih-sayang memberi amaran kepada dia tentang keadaan Dia yang baru dan mulia; “Janganlah sentuh Aku, kerana saya belum kembali kepada Bapa-Ku.” (Yohanes 20:17)—Ini memberi satu lagi kesaksian bahawa pelayanan Dia di dunia roh benar dan sudah selesai. Kemudian, Dia menggunakan bahasa yang buktikan kebenaran kebangkitan-Nya, Dia berkata, “Saya pergi ke Bapa-Ku, dan Bapa-mu, dan Tuhan-Ku, dan Tuhan-mu” (Yohanes 20:17). Selepas Dia kembali kepada Bapa-Nya, Yesus kembali sekali lagi kepada Rasul-Nya; “Dia tunjukkan mereka tangan-Nya dan tepi-Nya. Rasul-Nya bergembira, apabila mereka melihat Tuhan mereka” (John 20:20).
Sang Penebus Akan Kembali
Saya bersaksi bahawa Kristus akan kembali dalam cara yang sangat berbeza dari kedatangan pertama Dia. Dia akan datang dalam kuasa dan kemuliaan dengan semua Orang-orang Suci yang beriman. Dia akan datang sebagai Raja dari raja, dan Tuhan dari tuhan, sebagai Putra Keamanan, Mesias yang dijanjikan, Sang Juruselamat dan Penebus, untuk menghakimi mereka yang hidup dan yang mati. Saya mengasihi dan melayani Dia dengan seluruh hati-Ku, dan saya harap kita akan melayani dengan kegembiraan dan dedikasi, agar kita boleh setia kepada-Nya sampai akhir. Dalam nama-Nya, Yesus Kristus, amin.