2010–2019
Apa Yang Kamu Fikirkan?
April 2014


10:47

Apa Yang Kamu Fikirkan?

Empat puluh satu tahun lalu saya memasuki sebuah ruang pemandu lori 18 roda dengan isteri cantik saya, Jan dan anak kami yang baru lahir Scotty. Kami membawa satu muatan berat barangan pembinaan melintasi beberapa negeri.

Pada masa dulu tidak terdapat amaran pemakaian tali pinggang dan kerusi bayi, jadi isteriku memegang anak kami yang amat bernilai dalam tanganya. Katanya, “Kita sangat tinggi dari aras jalan” sepatutnya ia memberi saya tanda perasaan tentang keadaan dia yang tidak selesa.

Apabila kami menuruni kawasan bersejarah Donner Pass, di satu bahagian cerun lebuhraya, tiba-tiba lori kami dipenuhi asap tebal, membuatkan ia susah untuk melihat. Kami hampir tidak dapat bernafas.

Dengan keberatan satu rig, brek sahaja tidak cukup untuk memberhentikan kelajuan kami menuruni cerun itu. Dengan menggunakan brek enjin dan menurunkan gear, saya cuba sedaya upaya untuk berhenti.

Apabila saya hampir ketepi jalan, tetapi sebelum kami berhenti sepenuhnya, isteri saya membuka pintu dan melompat keluar dengan bayi kami dalam dakapannya. Saya melihat dengan pasrah apabila melihat mereka bergolek di luar lori.

Apabila lori saya berhenti, saya melompat keluar dari lori saya yang berasap dan dengan hati yang berdegup-degup, saya berlari melalui batu-batu serta lalang dan memeluk mereka. Siku dan dan tangan Jan tercedera dan berdarah, nasib baik mereka berdua masih bernafas. Saya memegang mereka dengan ketat sambil habuk jalan turun di sekitar kami.

Apabila degupan jantung saya kembali normal, saya menempik, “Apa yang kamu fikirkan? Tahukah kamu betapa bahayanya itu? Kamu mungkin terbunuh!”

Dia melihat kepada saya dan dengan aliran airmata menuruni pipinya yang dikotori asap, dan berkata sesuatu yang menusuk hati saya dan masih berdering dalam telinga saya sehingga sekarang, “Saya hanya ingin cuba menyelamatkan anak kita.”

Saya sedari bahawa pada masa itu dia terfikir bahawa enjin kereta kami terbakar, takuti lori itu mungkin meletup, dan kita semua akan mati. Saya, pula, tahu bahawa ia satu kerosakan elektrikal- bahaya tetapi tidak akan membunuh. Saya memerhati isteri tersayang saya, mengusap kepala anak kami, dan berfikir wanita jenis apa yang akan melakukan sesuatu yang sangat berani sedemikian.

Situasi ini mungkin boleh menjadi berbahaya secara emosi seperti kerosakan enjin kami. Saya bersyukur, selepas bersunyi untuk beberapa waktu, kami berdua percaya bahawa salah satu lebih salah dari yang lain, akhirnya kami berkongsi emosi dalam kemarahan kami. Perkongsian emosi tentang kasih sayang dan kepentingan keselamatan bersama menghindarkan perkara yang bahaya itu daripada merosakkan perkahwinan kami.

Paulus berkata “ Janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulutmu, tetapi pakailah perkataan yang baik untuk membangun, di mana perlu, supaya mereka yang mendengarnya, beroleh kasih karunia.” (Efesus 4:29). Perkataanya bergema dengan sejenis kesucian.

Apakah erti frasa “Janganlah ada perkataan kotor” kepada kamu ? Kita dengan selalunya berdepan dengan perassan kemarahan yang tinggi - dari kita sendiri dan dari orang lain. Kita mengalami perasaan ini seperti “kejutan elektrik” di acara sukan, di acara politik, dan juga di rumah kita sendiri.

Kadang-kadang anak menggunakan kata tajam dengan ibubapa tersayang. Suami isteri, yang telah berkongsi hidup penuh kekayaan dan perasaan lemah lembut, hilang impian dan kesabaran sesama sendiri dan menggunakan suara yang tinggi. Kita semua, walaupun anak perjanjian Bapa diSyurga yang disayangi, berasa menyesal apabila menghakimi orang dan menggunakan kata-kata kesat sebelum memahami situasi tersebut melalui pandangan mereka yang lain. Kita semua sudah pasti mempunyai pengalaman mempelajari bahawa kata-kata kesat boleh menyebabkan situasi berubah dari bahaya ke membunuh.

Satu surat daripada Presidensi Utama baru-baru ini menyatakan dengan jelas “ Injil Yesus Kristus mengajar kita untuk memyayang dan melayani semua orang dengan dengan kebaikan dan kesopanan - walaupun kita tidak menyetujui sesuatu” (surat Presidensi Utama tentang perkahwinan sesama jantina, Jan 9, 2014 )

Si penulis dalam Amsal menasihati, “Jawapan yang lemah lembut meredakan kegeraman, tetapi perkataan yang pedas membangkitkan marah” (Amsal 15:1). Satu “jawapan lemah” terdiri daripada jawapan yang munasabah – kata-kata yang berdisiplin daripada hati yang rendah diri. Ia tidak bererti bahawa kita tidak dapat bercakap dengan terus terang atau kita mengkompromikan kepercayaan doktrinal kita. Kata-kata yang teguh dalam informasi boleh menjadi lembut secara roh.

Kitab Mormon juga mengandungi contoh kata-kata pengesahan bahasa yang diberikan dalam konteks perselisihan dalam perkahwinan. Anak lelaki Saria dan Lehi telah disuruh kembali ke Yerusalem untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang dan belum pulang. Saria percaya bahawa anak-anaknya dalam bahaya dan dia dipenuhi kemarahan dan perlukan seseorang untuk disalahkan.

Dengarkan cerita melalui mata anaknya Nefi: “Kerana [ibu saya] telah berfikir bahawa kami telah binasa di dalam padang belantara; dan dia juga telah merungut terhadap bapa kami, memberitahu dia bahawa dia seorang lelaki yang cenderung berpenglihatan; mengatakan: Lihatlah, engkau telah membawa kita keluar dari negeri warisan kita, dan putera-puteraku sudah tiada lagi, dan kita binasa di dalam padang belantara.” (1 Nefi 5:2)

Sekarang, mari kita pertimbangkan apa yang Saria sedang fikirkan. Dia dipenuhi kebimbangan terhadap anak-anak lelakinya yang sering bergaduh yang pulang ke tempat di mana nyawa suaminya telah diancam. Dan dia telah meningalkan rumahnya yang cantik dan kawan kawan untuk satu khemah di satu tempat pedalaman semasa dia masih boleh beranak. Ditolak ke penghujung ketakutannya, Saria bagaikan hero telah melompat, walaupun secara tidak rasional, daripada sebuah lori tinggi yang hampir terbabas untuk menyelamatkan keluarganya. Dia menyatakan kebimbangannya kepada suami dalam bahasa yang marah, dengan keraguan dan menyalahkan - satu bahasa di mana semua bangsa manusia mahir.

Nabi Lehi mendengari ketakutan yang menyebabkan kemarahan isterinya. Kemudian dia memberi jawapan yang berdisiplin dalam bahasa berbelas kasihan. Pertama, dia memahami bagaimana kebenaran nampak daripada perspektif isterniya: “Dan … bapaku berbicara kepadanya, mengatakan: Aku tahu aku seorang lelaki cenderung berpenglihatan; … tetapi [jika aku] akan tetap berdiam di Yerusalem, dan [kita akan] telah binasa bersama-sama saudara-saudaraku.” ( 1 Nefi 5:4) .

Kemudian suaminya menangani ketakutannya mengenai keselamatan anak-anak lelaki mereka, sepertimana telah diwahyukan kepadanya melalui Roh Kudus:

“Tetapi lihatlah, aku telah memperoleh suatu negeri yang dijanjikan, yang dalam hal-hal ini aku bersukacita; ya, dan aku tahu bahawa Tuhan akan membebaskan putera-puteraku dari tangan Laban. …

“Dan menurut cara bahasa demikian bapaku, Lehi, telah menghibur ibuku, Saria, berkenaan kami, semasa kita membuat perjalanan di dalam padang belantara” (1 Nefi 5:5–6).

Wujud pada hari ini satu keperluan untuk para lelaki dan wanita untuk membina kehormatan sesama di semua jarak kepercayaan dan kelakuan dan di jarak gaung yang mendalam dan agenda yang bercanggah. Ia adalah mustahil untuk mengetahui semua yang memberitahu minda dan hati kita atau kefahaman sempurna konteks cubaan atau pilihan yang harus kita tempuhi.

Walaubagaimanapun, apa yang akan terjadi kepada “perkataan kotor” yang disebut Paulus jika kedudukkan kita sendiri termasuk empati terhadap pengalaman orang lain dahulu? Dengan memahami sepenuhnya had ketidaksempurnaan dan ciri kasar saya, saya merayu kepada kamu untuk berlatih menanya, dan memberi perhatian terhadap pengalaman orang lain, soalan ini: “Apakah yang kamu fikirkan?”

Ingat apabila Tuhan mengejutkan Samuel dan Saul dengan memilih seorang budak gembala, Daud dari Betlehem, sebagai Raja Israel? Tuhan berfirman kepada NabiNya: “Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Tuhan; manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi Tuhan melihat hati.” ( 1 Samuel 16:7)

Apabila kab lori kami dipenuhi asap, isteri saya melakukan pekara yang sangat berani untuk melindungi anak kami. Saya juga berlaku sebagai seorang pelindung dengan menanya pilihan dia. Ia tidak penting siapa yang betul. Apa yang penting adalah mendengar sesama dan memahami perspektif sesama.

Kesudian untuk melihat bersama dengan mata sesama akan menukarkan “perkataan kotor” kepada “kasih kurnia.” Rasul Paulus memahami ini, dan dalam tingkat tertentu kita boleh mengalaminya juga. Ia mungkin tidak menyelesai atau mengubah masalah kita, tetapi apa yang lebih penting adalah kemungkinan layanan rahmat boleh mengubah kita.

Dengan rendah diri saya bersaksi bahawa kita boleh ”menberi rahmat” melalui bahasa yang berbelas kasihan apabila kurniaan tertanam Roh Kudus menembus hati kita dengan kasih sayang untuk perasaan dan konteks orang lain. Ia membolehkan kita mengubah situasi berbahaya menjadi tempat-tempat suci. Saya bersaksi tentang seorang Penyelamat yang penyayang dan yang “melihat pada hati [kita]” dan mengambil berat apa yang kita fikirkan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.