Memegang Perjanjian Melindungi, Menyedia dan Memperkuatkan Kita
Kita, kaum wanita berbilang umur yang memegang perjanjian menjalankan kehidupan di bumi untuk kembali ke hadiran-Nya.
Oh, saudari sekalian, kami mengasihi kamu. Ketika melawat Mexico baru-baru ini, saya dapat mengalami persaudaran wanita yang kita rasai malam ini. Menungi senario ini: Kami baru sahaja tamat Sekolah Primer dan kanak-kanak, guru-guru, dan saya memasuki lorong dewan yang sesak. Tiba-tiba, pintu kelas Remaja Puteri dibuka. Kelihatan remaja-remaja puteri bersama pemimpin mereka. Kami semua berpelukkan. Di samping kanak-kanak memegang skirt saya dan wanita lain di sekeliling, saya teringin meluahkan perasaan yang dirasai pada masa itu.
Saya tidak bertutur dalam bahasa Sepanyol, hanya kata-kata Inggeris yang datang ke minda lalu saya berkata, “Kita adalah puteri Bapa Syurgawi kita, yang mengasihi kita dan kita mengasihi Dia.” Semua menyahut serta merta dalam bahasa Sepanyol. Di lorong sesak itu, kami menyebut tema Remaja Puteri bersama dan berkata, “ Kami akan berdiri sebagai saksi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat.”
Malam ini, kita kumpul bersama diseluruh dunia sebagai pengikut-Nya, dan berkeinginan untuk melindungi dan mempertahan kerajaan Tuhan. Kita puteri Bapa Syurgawi. Kita kaum wanita yang memegang perjanjian, berbilang umur menjalankan kehidupan bumi untuk kembali ke hadiran-Nya. Memegang perjanjian melindungi, menyedia dan memperkuatkan kita.
Ada di antara kita berumuran Sekolah Primer dan baru-baru ini telah mengambil langkah pertama ke arah kehidupan kekal melalui tatacara pembaptisan.
Lihat di sekelilingmu. Masa hadapan cerah apabila kamu melihat wanita-wanita yang telah membuat perjanjian tersebut dan bersedia untuk menunjuk jalan yang akan datang.
Jika kamu 8, 9, 10 atau 11 tahun, tidak kira di Pusat Persidangan, di rumah, atau di tempat pertemuan di seluruh dunia, bolehkah kamu berdiri? Selamat datang ke pertemuan umum wanita. Sila kekal berdiri kerana kita ingin mengundang kamu untuk menyertai malam ini. Saya akan bersenandung satu lagu primeria. Dan apabila kamu kenali irama itu, bolehkah kamu mula bernyanyi bersama saya? Kamu mesti nyanyi kuat agar semua dapat mendengar.
A - jar ‘ku - ja - lan da - lam ka - sih - Nya.
A - jar ‘ku - ber - do - a pa - da Ba - pa;
A - jar ‘ku - ta - hu ten - tang yang be - nar;
A - jar, a - gar ja - lan da - lam t’rang.
Teruskan berdiri, sambil itu mereka yang berumur 12 tahun ke atas sila nyanyi rangkap kedua.
Ma - ri ‘nak ki - ta b’la - jar ber - sa - ma,
Ten - tang hu - kum - Nya su - pa - ya ki - ta
Ber - sa - ma - Nya da - lam hi - dup be - nar;
S’la - lu a - kan ja - lan da - lam t’rang. 1
Sangat indah. Kamu boleh duduk. Terima kasih.
Sebagai wanita berbilang umur, kita berjalan dalam cahaya-Nya. Perjalanan kita atas lorong ini peribadi dan diterangi dengan kasih Juruselamat.
Kita masuk pagar ke lorong kehidupan abadi dengan tatacara dan perjanjian pembaptisan dan penerimaan anugerah Roh Kudus. Elder Rober D. Hales bertanya, “Adakah [kita] memahami dan anak-anak [kita] faham bahawa apabila [kita] dibaptiskan [kita] ditukar selama-lamanya?”
Dia juga menerangkan “apabila kita faham perjanjian pembaptisan dan anugerah Roh Kudus, ia akan menukar kehidupan dan akan menentukan ketaatan sepenuhnya kepada kerajaan Tuhan. Apabila menempuh cabaran, jika kita mendengar, Roh Kudus akan mengingatkan bahawa kita telah berjanji untuk mengingati Juruselamat dan mematuhi perintah Tuhan.”2
Setiap minggu kita mengambil lambang sakramen, kita memperbaharui perjanjian pembaptisan. Elder David A. Bednar telah berkata: “Apabila kita dibaptiskan, kita fikirkan bait suci. Apabila kita mengambil sakramen, kita fikirkan bait suci. Kita berjanji akan sentiasa mengingati Juruselamat dan mematuhi perintah-Nya sebagai persediaan untuk melibatkan diri dalam tatacara kudus bait suci.”3
Tatacara bait suci membawa berkat hebat yang diperoleh melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. Tatacara-tatacara tersebut penting untuk permuliaan kita di kerajaan selestial. Apabila kita berupaya memegang perjanjian, perasaan kekurangan dan ketidaksempurnaan akan hilang, tetapi makna tatacara dan perjanjian bait suci meningkat. Semua diundang untuk berjalan atas lorong ke kehidupan abadi.
Saya terpegun dengan kekuatan kanak-kanak, remaja puteri, dan wanita yang saya telah jumpai di seluruh dunia, yang memegang teguh kepada perjanjian mereka. Benarkan saya berkongsi beberapa contoh gadis-gadis dan wanita perjanjian yang telah saya temui.
Luana, berumur 11 tahun semasa saya mengunjungi keluarganya di Buenos Aires, Argentina. Oleh sebab satu peristiwa tragik semasa kecil, Luana tidak boleh bercakap. Sudah bertahun-tahun dia tidak bercakap. Dia duduk dengan diam semasa kami bersembang. Saya kerap berharap untuk mendengar walau satu bisikan daripadanya. Dia melihat saya dengan bersungguh bagaikan berkata lafazan kata-kata tidak perlu untuk saya tahu isi hatinya. Selepas doa diucap, sambil kami bersedia untuk pergi, Luana memberi saya satu lukisan. Dia telah melukis Yesus Kristus di Taman Getsemani. Pada saat itu saya dapat kenali kesaksiannya dengan jelas. Luana telah membuat perjanjian pembaptisan untuk menjadi saksi Tuhan “di segala waktu dan di segala hal, dan di segala tempat.”4 Dia memahami Korban Tebusan Yesus Kristus, terbukti melalui lukisannya. Jika dia ketahui, melalui pengukuhan dan pemungkinan kuasa Korban Tebusan, dia boleh pulih dan bertutur semula? Tiga tahun semenjak hari itu, Luana telah membuat kemajuan dalam usahanya untuk bercakap. Sekarang dia terlibat dalam Remaja Puteri bersama kawan-kawannya. Dengan keimanan terhadap perjanjian yang dibuat semasa pembaptisan, dia meneruskan perkongsian kesaksiannya mengenai Juruselamat.
Remaja di seluruh dunia tertarik ke bait suci. Di Lima, Peru, saya menemui seorang ayah dan tiga anak perempuannya di luar pintu masuk bait suci. Saya dapat melihat betapa gembiranya mereka. Dua anak perempuannya lumpuh dan berada dalam kerusi roda. Anak perempuan yang ketiga, sambil melayan adik-adiknya, menerangkan dia punyai dua lagi adik perempuan di rumah. Mereka juga berada dalam kerusi roda. Mereka tidak dapat melakukan perjalanan 14 jam ke bait suci. Bait suci sungguh bermakna bagi ayah ini dan anak-anaknya, jadi mereka teringin ke bait suci hari itu – mereka berdua hanya memerhati kakak mereka dibaptiskan bagi mereka yang telah mati dan melakukan tatacara suci itu. Seperti Nefi, mereka “[bersukacita] akan perjanjian-perjanjian Tuhan.” 5
Seorang dara yang saya kenali tahu kepentingan tatacara sakramen setiap minggu dan kesucian perjanjian itu “agar [dia] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama[nya].”6 Persahabatan terus menerus itu satu janji yang membolehkannya menghadapi kesunyian. Ia memberi kekuatan untuk mendalami diri dengan membangunkan kebolehan dan keiginannya untuk melayan Tuhan. Dia memperoleh kegembiraan hebat dengan mengasihi kanak-kanak dalam hidupnya, dan apabila dia ingin mencari keamanan tenang, dia boleh dijumpai di bait suci.
Akhirnya, seorang wanita berumur 90-an telah melihat anak-anak dan cucu-cucu membesar dan cicitnya dilahirkan. Seperti ramai di antara kita, dia telah mengalami hidup yang penuh dengan kesedihan, kesusahan, dan kegembiraan yang tidak terhingga. Dia akui bahawa jika dia berpeluang untuk menulis kembali kisah hidupnya, dia akan mengeluarkan kisah yang tidak diingini. Tetapi, dia senyum dan berkata, “Saya hanya perlu hidup lebih lama sedikit untuk melihat pengakhiran semua ini!” Dia kekal memegang kuat kepada perjanjian.
Nefi mengajar:
“Setelah kamu memasuki lorong sempit dan kecil ini, aku hendak bertanya adakah semuanya telah dilakukan? Lihatlah, aku berkata kepadamu: Belum. …
Oleh kerana itu, kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.”7
Kita semua berada atas lorong itu. Malam ini kita menyanyi mengenai perjalanan lorong itu dalam cahaya. Sebagai individu, kita kuat. Apabila bersama Tuhan, kita tidak boleh dihentikan.
Tuhan telah berkata kepada Emma Smith, “Angkatlah hatimu dan bersukacitalah, dan ikatkanlah diri pada perjanjian-perjanjian yang telah engkau buat.”8
Kita bersukacita melalui pemegangan perjanjian agar kita boleh merasai kasih Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Saya bersaksi Mereka hidup. Dalam nama Yesus Kristus, amin.