2010–2019
Dikehendaki: Tangan dan Hati untuk Mempergesakan Kerja
April 2014


10:28

Dikehendaki: Tangan dan Hati untuk Mempergesakan Kerja

Kita boleh menawarkan tangan untuk membantu dan hati untuk mempergesakan kerja Bapa Syurgawi yang mengagumkan .

Saudari-saudari tersayang, betapa kami mengasihi anda! Semasa kita menonton video, adakah anda melihat tangan sendiri menjangkau untuk membantu seseorang dalam jalan perjanjian? Saya berfikir tentang seorang gadis muda Sekolah Primer bernama Brynn yang hanya mempunyai satu tangan, dan menggunakan tangan itu untuk menjangkau dan memberkati keluarga dan kawan-kawannya – Orang Suci Zaman Akhir dan mereka yang berkepercayaan lain. Tidakkah dia cantik? Dan anda juga! Saudari, kita boleh menawarkan tangan untuk membantu dan hati untuk mempergesakan kerja Bapa Syurgawi yang mengagumkan.

Seperti para saudari dalam kitab suci yang penuh iman, Hawa, Sara, Maria, dan lain-lain, tahu identiti dan tujuan mereka, Brynn tahu bahawa dia ialah anak perempuan Tuhan.1 Kita juga boleh tahu tentang warisan ilahi kita sebagai anak perempuan Tuhan yang tersayang dan kerja penting yang Dia ada untuk kita lakukan.

Juruselamat mengajar, “Barangsiapa mau melakukan kehendak-Nya, ia akan tahu entah ajaran.”2 Apa yang perlu kita tahu dan buat “untuk hidup dengan-Nya suatu hari nanti”? 3Kita boleh belajar daripada cerita orang muda kaya yang menanya Yesus apa yang dia perlu buat untuk menerima kehidupan abadi.

Yesus menjawab, “Jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah.”

Orang muda menanya yang mana harus dia turuti. Yesus kemudian mengingatkannya beberapa Hukum Persepuluhan yang kita tahu.

Orang muda menjawab, “Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang masih kurang?”

Yesus berkata, “Jikalau engkau hendak sempurna, pergi dan jual segala milikmu, dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di syurga: kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.”4

Yesus memanggil dia untuk menjadi sebahagian daripada kerja-Nya – kerja seorang pengikut. Kerja kita adalah sama. Kita diminta untuk “mengetepikan apa yang dari dunia ini, … pegang erat pada perjanjian-perjanjian [kita],”5 dan datang kepada Kristus dan ikuti-Nya. Itulah yang dibuat oleh pengikut-pengikut!

Sekarang, saudari, janganlah menewaskan diri kerana Juruselamat bercakap dengan orang muda kaya itu tentang menjadi sempurna. Perkataan sempurna dalam perkara ini diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermakna “lengkap.” Apabila kita cuba sedaya upaya untuk bergerak ke hadapan dalam jalan perjanjian, kita mejadi lebih lengkap dan sempurna dalam kehidupan ini.

Seperti orang muda kaya pada masa Yesus, kadang kala kita hendak berputus asa atau berpaling kerana mungkin kita fikir kita tidak boleh melakukan secara diri sendiri. Dan kita betul! Kita tidak boleh melakukan perkara yang susah yang telah diminta tanpa bantuan. Bantuan datang melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, bimbingan Roh Kudus, dan bantuan orang lain.

Baru-baru ini, seorang saudari bujang yang penuh iman menyaksikan bahawa melalui Korban Tebusan, dia mendapat kekuatan untuk menggunakan tangan bantuan dan hati relanya untuk membesarkan empat anak yang ditinggalkan oleh kakaknya selepas dia meninggal dunia kerana sakit kanser. Ini mengingatkan saya mengenai sesuatu yang dikatakan oleh Elder Neal A. Maxwell: “Semua perkara mudah yang Gereja perlu lakukan telah dilakukan. Mulai sekarang, ia adalah pengembaraan tinggi, dan kepatuhan akan diuji dalam pelbagai cara.”6 Anda telah dihantar ke bumi dalam zaman keagamaan ini kerana identiti anda dan apa yang anda telah disediakan untuk lakukan! Tidak kira apa yang Setan akan cuba memujuk kita berfikir tentang identiti kita, identiti benar kita ialah pengikut Yesus Kristus!

Mormon adalah seorang pengikut sejati yang hidup pada masa “setiap hati telah dikeraskan, … dan tidak pernah ada kejahatan yang begitu besar di antara semua keturunan Lehi.”7 Adakah anda akan suka hidup pada masa itu? Dan Mormon masih mengistiharkan dengan berani, “Lihatlah, aku adalah pengikut Yesus Kristus, Putera Tuhan.”8

Tidakkah anda suka Mormon? Dia tahu identiti dan misinya dan tidak terganggu dengan kejahatan di sekelilinginya. Sebenarnya, dia menganggap panggilannya sebagai satu kurnia.9

Fikirkan tentang berkat untuk dipanggil memberi kurnia pengikutan harian kita kepada Tuhan, mengistiharkan dalam kata-kata dan tindakan, “Lihatlah, aku adalah pengikut Yesus Kristus!”

Saya suka cerita yang diberitahu oleh Presiden Boyd K. Packer mengenai seorang saudari yang diejek kerana mengikut nasihat nabi untuk menyimpan makanan. Orang yang megejek mencadangkan pada masa susah, pemimpinnya akan meminta dia berkongsi makanan simpanannya dengan orang lain. Tindak balas mudah dan tegasnya sebagai seorang pegikut sejati adalah, “Sekurang-kurangnya saya boleh memberi sumbangan.”10

Saya mengasihi para wanita Gereja, muda dan tua. Saya pernah melihat kekuatan kamu. Saya pernah melihat iman kamu. Kamu mempunyai sesuatu untuk diberi, dan rela untuk memberinya. Kamu berbuat demikian tanpa publisiti, menarik perhatian kepada Tuhan yang kita sembah, bukan kamu sendiri, dan tanpa berfikir tentang apa yang akan kamu terima.11 Itulah yang dibuat oleh para pengikut!

Baru-baru ini saya bertemu seorang gadis muda di Filipina yang keluarganya menjadi kurang aktif di Gereja semasa dia hanya berumur 7 tahun, tinggalkan dia menggunakan jalan yang bahaya ke gereja seorang diri setiap minggu. Dia memberitahu bahawa pada umur 14 tahun dia membuat keputusan untuk tetap setia kepada perjanjian-perjanjiannya supaya dia akan layak untuk membesarkan keluarga masa depannya dalam satu rumah yang “diberkati oleh kekuatan kuasa imamat.”12 Cara terbaik untuk mengukuhkan rumah, sekarang atau masa depan, adalah dengan menyimpan perjanjian, janji-janji yang telah kita buat satu sama lain dan kepada Tuhan.

Itulah yang dibuat oleh para pengikut!

Seorang saudari Jepun yang beriman dan suaminya melawat misi kita di Korea. Dia tidak bercakap bahasa Korea dan keupayaan bercakap Inggerisnya terhad, tetapi dia mempunyai hati yang rela untuk menggunakan kurnia unik dan tangan bantuannya untuk melakukan kerja Tuhan. Itulah yang dibuat oleh para pengikut! Dia mengajar para mubaligh kita bagaimana membuat origami yang mudah – satu mulut yang boleh buka dan tutup. Kemudian dia menggunakan beberapa perkataan Inggeris yang dia tahu untuk mengajar para mubaligh “buka mulut mereka” untuk menyebarkan injil – satu pengajaran yang mereka dan saya tidak akan lupakan.

Gambarkan selama satu minit tentang anda dan saya berdiri bersama dengan jutaan saudari dan saudara yang lain dalam Gereja-Nya, maju ke hadapan dengan berani, membuat apa yang pengikut buat – melayan dan mengasihi seperti Juruselamat. Bgi anda, apakah maksud untuk menjadi pengikut Yesus Kristus?

Jaket dan baju Tangan Bantuan Mormon telah dipakai oleh beratus-ratus ribu para pengikut Yesus Kristus yang telah mengambil peluang untuk menyediakan pelayanan sementara. Tetapi terdapat cara lain untuk melayani sebagai para pengikut setia. Gambarkan bersama saya beberapa jenis tanda-tanda rohani “bantuan dikehendaki” berkaitan dengan kerja penyelamatan.

  • Bantuan dikehendaki: ibubapa untuk membesarkan anak-anak mereka dalam cahaya dan kebenaran

  • Bantuan dikehendaki: Anak perempuan dan lelaki, saudari dan saudara, bapa dan ibu saudara, sepupu, datuk nenek, dan kawan-kawan sejati untuk melayan sebagai pembimbing dan menawarkan tangan bantuan sepanjang jalan perjanjian

  • Bantuan dikehendaki: mereka yang mendengar dorongan Roh Kudus dan bertindak atas tanggapan yang diterima

  • Bantuan dikehendaki: mereka yang hidup injil setiap hari dalam cara yang kecil dan mudah

  • Bantuan dikehendaki: pekerja sejarah keluarga dan pekerja bait suci untuk menghubungkan keluarga dalam keabadian

  • Bantuan dikehendaki: para mubaligh dan ahli Gereja untuk menyebarkan “khabar baik” – injil Yesus Kristus

  • Bantuan dikehendaki: penyelamat untuk mencari mereka yang sesat jalan

  • Bantuan dikehendaki: penjaga perjanjian yang berdiri teguh demi kebenaran dan kebaikan

  • Bantuan dikehendaki: para pengikut sejati Tuhan Yesus Kristus

Tahun yang lalu, Elder M. Russell Ballard mengeluarkan seruan kepada para saudari Gereja apabila dia berkata:

Di antara sekarang dan hari Tuhan akan datang lagi, Dia memerlukan wanita di setiap keluarga, di setiap bahagian, di setiap komuniti, di setiap negara yang akan melangkah ke hadapan dalam kebenaran dan berkata dengan kata-kata dan tindakan mereka, “Saya di sini, hantarlah saya.”

“Soalan saya ialah, ‘Bolehkan anda menjadi salah seorang daripada wanita itu?”’13

Saya berharap setiap orang boleh menjawab dengan bangga “Ya!” Saya menutup dengan kata-kata daripada satu lagu Sekolah Primer:

Kita adalah [anak-anak perempuan] perjanjian dengan kurnia untuk diberi.

Kita akan mengajar injil melalui cara kita hidup.

Dengan setiap kata dan tindakan, kita akan bersaksi:

Kita percaya, dan kita melayani Yesus Kristus.14

Sebagai pengikut yang sejati, marilah kita menawarkan hati yang rela dan tangan bantuan kita untuk mempergesakan kerja-Nya. Tidak kira jika, seperti Brynn, kita hanya mempunyai satu tangan. Tidak kira jika kita belum lagi sempurna dan lengkap. Kita ialah pengikut setia yang menjangkau dan membantu satu sama lain sepanjang jalan. Persaudarian kita menjangkau kepada generasi para saudari beriman yang berjalan sebelum kita. Bersama, sebagai saudari dan dalam perpaduan dengan nabi hidup, pelihat, dan pewahyu dengan kunci imamat yang dipulihkan, kita boleh berjalan sebagai satu, sebagai pengikut, sebagai hamba dengan hati yang rela dan tangan untuk mempergesakan kerja penyelamatan. Apabila kita berbuat demikian, kita akan menjadi seperti Kristus. Saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.