2010–2019
Lelaki Imamat
April 2014


16:23

Lelaki Imamat

Anda dapat menjadi teladan hebat, teladan biasa, ataupun teladan buruk. Anda mungkin berfikir bahawa tidak penting kepada anda, tetapi kepada Tuhan ia penting.

Kita semua ada wira, khasnya apabila kita muda. Saya dilahirkan di Princeton, New Jersey di Amerika Syarikat. Pasukan sukan yang paling masyur di mana kami tinggal berada di kota New York. Di sana ada tiga pasukan besbol profesional pada masa itu, iaitu: Brooklyn Dodgers, New York Giants, dan New York Yankees. Kota Philadephia lebih dekat rumah kami dan di sana ada dua pasukan besbol: Athletics dan Phillies. Ada banyak calon untuk wira besbol dari pasukan-pasukan itu.

Joe DiMaggio, pemain besbol bagi New York Yankees, menjadi wira besbol saya. Apabila abang dan kawan saya main besbol di padang sekolah kami, saya cuba mengayunkan pemukul besbol dengan cara saya fikir Joe DiMaggio mengayunkannya. Ini sebelum zaman televisyen (ini sejarah purba), jadi saya hanya ada gambar dari surat khabar untuk cuba meniru ayunannya.

Apabila saya membesasr, ayah saya pandu saya ke Stadium Yankee. Itulah kali satu-satunya saya lihat Joe DiMaggio main. Seperti saya masih di sana, dalam minda saya, saya melihat dia mengayunkan pemukulnya dan lihat bola besbol putih terbang sampai ke tempat duduk di tengah padang.

Jadi, kemahiran besbol saya tidak menghampiri kemahiran wira saya itu. Tetapi beberapa kali yang saya pukul besbol secara bagus, saya meniru paras ayunannya sebaik yang saya mungkin.

Apabila kita memilih wira, kita mulai meniru, dengan sengaja atau tidak sengaja, apa yang kita paling mengagumi tentang mereka.

Dengan gembira, ibu bapa saya yang bijak meletakkan wira yang hebat di hadapan saya sewaktu saya budak. Ayah saya mengambil saya ke Stadium Yankee hanya sekali untuk menonton wira besbol saya main, tetapi setiap hari Ahad dia membiarkan saya menonton lelaki imamat yang menjadi wira. Wira itu membentuk kehidupan saya. Ayah saya presiden cabang kecil yang bertemu dalam rumah kami. Jika kami turun ke tingkat pertama, kami hadir gereja. Cabang kami tidak ada lebih daripada 30 orang yang menghadiri.

Ada seorang pemuda yang memandu ibunya ke rumah kami untuk pertemuan gereja, tetapi dia tidak pernah masuk rumah. Dia bukan ahli gereja. Ayah saya berjaya dengan pergi ke tempat dia letak kereta dan memujuk dia untuk masuk ke rumah kami. Dia dibaptiskan dan menjadi pemimpin Imamat Harun saya yang pertama dan satu-satunya. Dia menjadi wira imamat saya. Saya masih ingat patung yang dia beri kepada saya setelah saya selesaikan tugas belah kayu untuk seorang janda. Saya telah cuba menjadi seperti dia apabila saya memberi pujian yang patut kepada pelayan Tuhan.

Saya memilih seorang wira dari cabang Gereja yang kecil itu. Dia seorang tentera Amerika Syarikat yang datang ke pertemuan kami memakai seragam hijau. Masa it masa perang, jadi dengan itu saja dia menjadi wira saya. Dia telah diutus ke Universiti Princeton untuk terus pendidikannya. Tetapi lebih daripada mengagumi seragam tenteranya, saya menonton dia main bola sepak Amerika. Saya menyaksikan dia main di pasukan bola kerangjang universiti dan juga menonton dia main sebagai penangkap bola yang terbaik untuk pasukan besbol juga.

Tetapi lebih lagi, dia datang ke rumah saya untuk menunjukkan saya cara baling bola keranjang dengan tangan kiri dan juga tangan kanan. Dia memberitahu saya bahawa saya perlu kemahiran itu kerana nanti akan main bola keranjang di pasukan-pasukan baik. Saya tidak sedar, tetapi bertahun-tahun dia seorang teladan lelaki imamat yang sejati.

Setiap satu kamu akan menjadi teladan lelaki imamat, sama ada kamu mahu atau tidak. Anda menjadi sebatang lilin berapi apabila anda menerima imamat. Tuhan meletakkan anda di atas kaki lilin untuk menerangkan jalan bagi orang di sekelilingmu. Ini benar terutamanya bagi mereka yang ada di dalam kuorum imamat anda. Anda dapat menjadi teladan hebat, teladan biasa, ataupun teladan buruk. Mungkin tidak penting kepada anda, tetapi penting kepada Tuhan. Dia menyebutnya begini:

“Kamu adalah terang dunia. Kota yang terletak di atas gunung tidak mungkin tersembunyi.

“Lagipula orang tidak menyalakan pelita lalu meletakkannya di bawah gantang, melainkan di atas kaki lilin sehingga menerangi semua orang di dalam rumah itu.

“Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di syurga”1

Saya telah diberkati dengan teladan pemegang imamat hebat di dalam kuorum di mana saya beruntung untuk melayani. Anda boleh buat apa yang mereka telah lakukan untuk saya dengan menjadi teladan baik untuk diikuti orang lain.

Saya telah memerhatikan tiga sifat pemegang imamat yang merupakan wira saya. Salah satu ialah pola doa, kedua ialah tabiat melayani, dan ketiga ialah pilihan kukuh untuk berjujur.

Kita semua berdoa, tetapi pemegang imamat anda ingin menjadi berdoa kerap kali dan dengan niat yang bersungguh-sungguh. Pada malam anda akan berlutut dan berterima kasih kepada Tuhan kerana berkat hari itu. Anda akan berterima kasih kepada-Nya kerana ibu bapa, guru-guru, dan teladan hebat untuk ikuti. Anda akan menggambarkan secara khas siapa yang telah memberkati hidupmu dan dengan cara apa selama hari itu. Ini akan mengambil lebih daripada beberapa minit dan lebih daripada sedikit pemikiran. Ini akan mengubah anda.

Ketika anda berdoa minta ampun, anda akan mencari diri anda mengampuni orang lain. Ketika anda berterima kasih atas kebaikan-Nya, anda akan teringat orang lain, dengan nama mereka, yang perlukan bantuan anda. Lagi, pengalaman itu akan mengagumkan anda setiap hari, dan perlahan-lahan akan mengubahkan anda.

Salah satu cara anda akan berubah, saya berjanji, adalah bahawa anda akan benar-benar merasa bahawa anda anak Tuhan. Apabila anda tahu anda anak Tuhan, anda juga tahu bahawa Dia mengharapkan banyak daripadamu. Oleh kerana anda anak-Nya, Dia akan mengharapkan anda untuk mengikuti ajaran Putera-Nya yang dikasihi-Nya, Yesus Kristus. Dia akan mengharapkan anda menjadi murah hati dan baik hati terhadap orang lain. Dia akan kecewa jika anda sombong dan mementingkan diri. Dia akan memberkati anda untuk menginginkan keinginan orang lain di atas keinginan diri sendiri.

Beberapa daripada anda sudah menjadi teladan pelayanan pemegang imamat yang tidak mementingkan diri. Di bait suci di seluruh dunia, pemegang imamat sampai untuk bekerja sebelum terbitan matahari. Dan berapa melayani bahkan sampai lewat malam. Tidak ada penghargaan atau sanjungan awam dalam dunia ini untuk pengorbanan masa dan usaha itu. Saya telah pergi dengan orang muda ketika mereka melayani orang dalam dunia roh, yang tidak dapat menerima berkat bait suci untuk diri mereka sendiri.

Ketika saya melihat kegembiraan lebih daripada kepenatan di muka orang itu yang melayani awal atau lewat, saya tahu bahawa ada ganjaran besar dalam hidup ini untuk jenis pelayanan imamat yang tidak mementingkan diri itu, tetapi ia hanya sebahagian daripada kebahagiaan yang mereka akan alami dengan orang itu yang mereka layani di dunia roh.

Saya telah melihat kegembiraan yang sama pada muka orang yang bercakap kepada yang lain tentang berkat yang datang dari keahlian kerajaan Tuhan. Saya tahu presiden cabang yang hampir setiap hari membawa orang kepada para mubaligh bagi mereka mengajar. Hanya beberapa bulan lepas dia belum ahli gereja sendiri. Sekarang ada para mubaligh yang mengajar dan cabang yang bertumbuh dalam nombor dan kekuatan kerana dia. Tetapi lebih daripada itu, dia merupakan cahaya bagi orang lain yang akan membuka mulut mereka dan mempercepatkan pengumpulan Tuhan anak-anak Bapa di Syurga.

Ketika anda berdoa dan melayani orang lain, pengetahuan anda bahawa anda seorang anak Tuhan dan perasaan anda terhadap Dia akan tumbuh. Anda akan menjadi lebih sedar bahawa Dia sedih jika anda tidak jujur dalam cara apapun. Anda akan lebih tekun dengan menepati janji anda dengan Tuhan dan orang lain. Anda akan lebih sedar jika anda mengambil apa-apa yang tidak kepunyaan anda. Anda akan lebih jujur dengan majikan anda. Anda akan lebih tekun untuk sampai pada masa yang ditetapkan dan melakukan setiap tugas yang anda diberikan oleh Tuhan yang anda telah menerima.

Anak-anak di keluarga yang anda ditugaskan sebagai pengajar rumah tidak akan ingin tahu sama ada anda akan datang, sebaliknya mereka akan menantikan kunjunganmu. Anak-anakku telah menerima berkat itu. Ketika mereka membesar, mereka ada wira imamat untuk membantu mereka menentukan perjalanan dalam pelayanan Tuhan. Berkat itu yang mengilhami sedang dilanjutkan ke wawasan ketiga.

Pesan saya juga pesan kesyukuran.

Saya bersyukur atas doa anda. Saya bersyukur kepada anda kerana berlutut dengan mengenali bahawa anda tidak ada semua jawapan. Anda berdoa kepada Tuhan syurga untuk bersyukur dan untuk memohon berkat-Nya dalam hidup anda dan keluarga anda. Saya bersyukur kepada anda atas pelayananmu kepada orang lain dan juga masa apabila anda tidak perlu penghargaan untuk pelayananmu.

Kita telah menerima amaran Tuhan bahawa jika kita mencari penghargaan di dunia ini untuk pelayanan kita, kita mungkin kehilangan berkat lebih besar. Anda akan ingati perkataan ini:

“Ingatlah, jangan kamu melakukan kewajiban agamamu di hadapan orang supaya dilihat mereka, kerana jika demikian, kamu tidak beroleh upah dari Bapamu yang di Syurga.

“Jadi apabila engkau memberi sedekah, janganlah engkau mencanangkan hal itu seperti yang dilakukan orang munafik di rumah-rumah ibadat dan di lorong-lorong, supaya mereka dipuji orang. Aku berkata kepadamu: sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.

“Tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu.

“Hendaklah sedekahmu itu diberikan dengan tersembunyi, maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu”2

Mereka yang menjadi teladan pemegang imamat hebat tidak mengenali dengan senang bahawa mereka ada sifat-sifat kewiraan. Akan tetapi, mereka bersusah untuk melihat hal-hal itu yang saya kagumi. Saya ulas kepada ayah saya yang merupakan presiden cabang gereja yang kecil di New York. Kemudian dia ahli dewan umum Sekolah Ahad Gerja. Tetapi saya bercakap secara hati-hati tentang pelayanan imamatnya, kerana dia rendah hati.

Sama benar tentang anggota tentera yang merupakan wira saya pada masa budak saya. Dia tidak pernah bercakap kepada saya tentang pelayanan imamatnya ataupun pencapaiannya. Dia hanya melayani sahaja. Saya belajar tentang kesetiaannya dari orang lain. Bahkan jika dia mengenali sifat-sifat itu di dalam dirinya, saya tidak pasti.

Jadi nasihat saya kepada anda yang ingin memberkati orang lain dengan imamat anda berkaitan dengan hidup anda yang peribadi yang hanya Tuhan dapat melihat.

Berdoa kepada Dia. Bersyukur atas semua yang baik dalam hidup anda. Minta Dia untuk mengetahui individu yang sudah Dia letak dalam jalan anda untuk anda layani. Mohon agar dia akan menbantu anda memberi pelayanan itu. Berdoa agar anda dapat mengampun dan diampuni. Lalu melayani mereka, mengasihi mereka, dan mengampuni mereka.

Atas semua, ingat bahawa dari semua pelayanan yang anda berikan, tidak ada yang lebih penting daripada membantu orang lain memilih untuk layak untuk kehidupan kekal. Tuhan telah memberi arahan lengkap kepada kita tentang cara untuk menggunakan imamat-Nya. Dia teladan sempurna. Inilah teladan yang kita melihat sedikit dalam pelayanan fana-Nya yang terbaik:

“Dan Tuhan berfirman kepada Musa, memfirmankan: Langit, itu ada banyak, dan itu tidak dapat dihitung bagi manusia; tetapi itu terhintung bagi-Ku, kerana ia milik-Ku.

“Dan seperti satu bumi akan berlalu, dan langitnya demikian pula yang lain akan datang; dan tidak ada akhir bagi pekerjaan-Ku, tidak juga bagi firman-Ku.

“Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia”3

Kita mesti membantu dalam perkerjaan itu. Kita setiap orang boleh membantu. Kita telah disediakan untuk masa dan tempat kita dalam akhir zaman pekerjaan itu. Kita setiap orang telah diberkati dengan teladan yang telah membuat perkerjaan itu tujuan terutama dalam masa mereka di dunia.

Saya berdoa bahawa kita boleh membantu satu sama lain mencapai kesempatannya.

Tuhan Bapa hidup dan akan menjawab doa anda minta pertolongan yang anda perlu untuk melayani Dia dengan baik. Yesus Kristus ialah Tuhan yang bangkit. Apabila anda memberi sepenuh hati anda dalam pekerjaan ini, Dia akan mengembangkan anda. Saya janji demikian dalam nama Yesus Kristus, Juruselamat kita, amin.