Janganlah Kita Ambil Jalan yang Salah
Saya doakan kita tidak melupakan jalan agar kita sentiasa dihubungkan dengan syurga.
Seorang kanak lelaki sedang melatih main piano, dan jurujual, ketika melihatnya melalui tingkap, bertanya, ”Adakah ibu kamu di rumah? ”
Kepadanya kanak lelaki itu menjawab, ”Dan...apakah pendapat kamu?”
Lima anak-anak yang kami kasihi pandai bermain piano, syukur dengan dorongan isteri saya! Apabila guru piano tiba di rumah kami, anak kami, Adrián akan lari dan bersembunyi untuk melangkau latihannya. Tetapi pada suatu hari, sesuatu yang menakjubkan berlaku! Dia mula menyukai muzik sehinggakan berlatih main piano sendiri.
Jika kita boleh mencapai takat itu dalam proses penukaran hati, ia sungguh menakjubkan. Ia akan menjadi sesuatu yang indah sekali untuk mempunyai keinginan mendalam untuk mematuhi perintah tanpa perlu diingati sesiapa dan punyai keyakinan yang tegas bahawa, jika kita mengikuti jalan yang betul, kita akan mempunyai berkat-berkat yang dijanjikan dalam tulisan suci.
Beberapa tahun lalu, saya melawat Taman Negara Gerbang bersama isteri saya, anak perempuan kami, Evelin dan seorang rakan keluarga. Salah satu gerbang yang paling terkenal di sana dipanggil Gerbang Lembut. Kami membuat keputusan untuk berjalan kaki kira-kira 1.5 batu (2 km), mendaki gunung untuk sampai ke gerbang.
Kami bermula dengan giat, tetapi selepas berjalan jarak yang singkat, mereka perlu berehat. Kerana keinginan saya untuk sampai gerbang, saya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan sendiri. Tanpa memberi perhatian kepada jalan yang patut diambil, saya mengikuti seorang lelaki di depan saya, yang berjalan di hadapan dengan penuh keyakinan. Jalan ini semakin susah, dan saya terpaksa melompat dari batu ke batu untuk meneruskan perjalanan saya. Disebabkan kesukaran yang dihadapi, saya pasti wanita dalam kumpulan saya tidak akan menghabiskan jalan itu. Saya terlihat Gerbang Lembut, tetapi terkejut besar, apabila melihat bahawa saya berada di kawasan yang tidak berhubung dengan gerbang itu.
Dengan kekecewaan hebat, saya membuat keputusan untuk pulang. Saya menunggu dengan tidak sabar sehingga kita bertemu semula. Saya bertanya serta-merta ”Adakah kamu sampai ke Gerbang Lembut?” Dengan gembira mereka memberitahu saya bahawa mereka sampai ke gerbang itu. Mereka menjelaskan bahawa mereka telah mengikuti tanda-tanda yang menunjukkan jalan, dan dengan usaha yang berhati-hati, mereka dapat capai destinasi mereka.
Malangnya, saya telah mengambil jalan yang salah. Betapa besar pengajaran saya pelajari hari itu!
Betapa kerap kita membuat kesilapan dalam jalan yang betul, membiarkan diri dipimpin oleh arah-aliran dunia? Kita harus sentiasa bertanya diri jika kita ialah pelaku firman Yesus Kristus.
Ajaran menakjubkan terdapat dalam kitab Yohanes:
”Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah daripada dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku.
”Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa” (Yohanes 15:4–5).
Dengan menggunakan perumpamaan ini, kita dapat melihat hubungan kita yang sangat rapat dengan Yesus Kristus serta kepentingan kita semua kepadaNya. Dia adalah akar dan batang yang membawa air hidup kepada kita, cairan yang keluar dari pokok yang akan membolehkan kita dipupuk supaya kita dapat menghasilkan banyak buah. Yesus Kristus mengajar kita dengan cara yang tertentu agar sebagai cawangan—atau makhluk yang bergantung kepada-Nya—tentulah kita tidak akan memandang rendah nilai ajaran—Nya.
Terdapat beberapa kesilapan yang mungkin serius, dan jika tidak dibetulkan kesilapan-kesilapan itu dalam masa tertentu, kesilapan itu boleh membawa kita dari jalan yang betul secara kekal. Jika kita bertaubat dan menerima pembetulan, pengalaman itu akan membolehkan kita untuk merendahkan diri, mengubah tindakan, dan mendekati diri kita dengan Bapa Syurgawi sekali lagi.
Saya ingin memberikan satu contoh ajaran ini dengan merujukkan kepada salah satu saat yang paling dramatik yang dialami Nabi Joseph Smith. Melalui pengalaman ini, Juruselamat telah memberikan kita ajaran yang tidak ternilai mengenai prinsip-prinsip yang kita harus ingat sepanjang hidup. Ia berlaku apabila Martin Harris kehilangan 116 muka surat yang diterjemahkan dari bahagian pertama Kitab Mormon
Selepas bertaubat kerana tidak mengikuti nasihat Tuhan, Nabi menerima wahyu yang terdapat dalam bahagian 3 Ajaran dan Perjanjian (lihat Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 69–71). Dari apa yang ditulis dalam ayat 1 ke 10, saya ingin menekankan tiga prinsip yang kita perlu ingat sentiasa:
-
Kerja-kerja dan tujuan-tujuan Tuhan tidak boleh dihalang.
-
Kita tidak harus takut manusia lebih daripada takut Tuhan.
-
Kita perlu sentiasa bertaubat.
Dalam ayat 13, Tuhan mengajar kita empat kelakuan yang tidak boleh dilakukan:
-
Tidak pedulikan nasihat-nasihat Tuhan.
-
Memungkiri janji-janji suci yang dibuat di hadapan Tuhan.
-
Bergantung kepada pertimbangan diri kita sendiri.
-
Bermegah dalam kebijaksanaan diri kita sendiri.
Saya berdoa agar kita tidak akan kehilangan penglihatan jalan supaya kita sentiasa dihubungkan dengan syurga, supaya arus dunia tidak menyapu kita dari jalan yang betul.
Jika sesiapa di antara kamu sampai ke takat meninggalkan jalan Tuhan—di mana-mana sahaja kamu berada di jalannya—dengan penyesalan yang besar kamu akan merasa kepahitan pengabaian nasihat Tuhan, pelanggaran perjanjian-perjanjian paling suci yang dibuat di hadapan Tuhan, kepercayaan pada pertimbangan sendiri, atau kemegahan dalam kebijaksanaan diri.
Jika ini adalah keadaan kamu, saya menasihati kamu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Pada satu hari, seorang cucu menelefon datuknya untuk mengucapkan selamat hari jadi. Dia bertanya berapa umur dia. Datuknya menjawab bahawa dia berumur 70 tahun. Cucunya berfikir sejenak dan kemudian bertanya, ”Datuk, adakah kamu bermula pada umur 1?”
Semasa zaman kanak-kanak dan remaja, mereka tidak terfikir mereka akan menjadi tua; kematian tidak pernah masuk minda mereka—kematian itu ialah untuk orang yang sangat tua sahaja—dan untuk mencapai ketika itu masih lama lagi. Masa berlalu, bulan dan musim berlalu juga, sehingga kedutan mula muncul pada muka, tenaga berkurangkan, keperluan untuk melawat doktor menjadi lebih kerap, dan sebagainya.
Hari itu akan datang di mana kita akan sekali lagi bertemu dengan Penebus dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Saya merayu agar pada masa suci dan mulia itu kita boleh mengenali-Nya kerana pengetahuan yang kita ada dan kerana kita telah mematuhi ajaran-ajaran-Nya. Dia akan menunjukkan tanda di tangan dan kaki-Nya, dan kita akan sertai pelukan yang berpanjangan, dan menangis kegembiraan dan kerana kita telah mengikuti jalan-Nya.
Saya bersaksi kepada empat penghujung bumi bahawa Yesus Kristus hidup. Dia berfirman, ”Dengarkanlah, hai kamu bangsa di bumi, dan dengarkan fiman Tuhan yang menjadikan kamu” (A&P 43:23). Semoga kita berkeupayaan untuk memegang, memberi perhatian, memahami, dan mentafsir betul pesanan ”Tuhan yang menjadikan [kita]” supaya tidak sesat dari jalan-Nya, saya merayu dalam nama Yesus Kristus, amin.