2010–2019
Adakah Kamu Terus Tidur semasa Pemulihan Terjadi?
April 2014


18:31

Adakah Kamu Terus Tidur semasa Pemulihan Terjadi?

Ada terlalu banyak risiko bagi kita sebagai individu, sebagai keluarga, dan sebagai Gereja Kristus jika memberi usaha yang cuma separuh hati sahaja pada pekerjaan kudus ini.

Hampir 200 tahun yang lepas, cerita pendek Amerika “Rip Van Winkle” segera menjadi cerita klasik. Watak utama, Rip, adalah seorang lelaki yang tidak bercita-cita, yang sangat mahir menghindari dua hal: kerja dan isterinya.

Suatu hari, semasa berkelana di pegunungan dengan anjingnya, dia menjumpai sekumpulan lelaki yang berpakaian aneh minum dan bermain permainan. Selepas menerima beberapa minuman arak mereka, Rip menjadi mengantuk dan menutup matanya sejenak. Ketika dia membuka matanya lagi, dia terkejut apabila mendapati bahawa anjingnya hilang, senapangnya telah berkarat, dan beliau kini mempunyai janggut yang panjang.

Rip membuat perjalanan pulang ke kampungnya dan hanya mendapati bahawa segala-galanya telah berubah. Isteri dia sudah meninggal dunia, kawan-kawannya tiada, dan potret Raja George III di kedai minuman itu telah digantikan dengan potret seseorang yang dia tidak kenal—Jeneral George Washington.

Rip Van Winkle telah tidur selama 20 tahun! Dan dalam proses itu, dia telah terlepas salah satu daripada tempoh yang paling menarik dalam sejarah negara nya—dia telah tidur melalui Revolusi Amerika.

Pada Mei 1966, Dr. Martin Luther King Jr. memakai cerita ini sebagai satu contoh bagi ucapannya “Jangan Terus Tidur Semasa Revolusi Terjadi.”1

Hari ini, saya mahu mengambil tema yang sama dan mencadangkan satu soalan kepada kita semua yang memegang imamat Tuhan: adakah kamu terus tidur semasa Pemulihan terjadi?

Kita Hidup dalam Masa Pemulihan

Kadang-kadang kita berfikir tentang Pemulihan Injil sebagai sesuatu yang sudah selesai, sudah di belakang kita—Joseph Smith sudah menterjemahkan Kitab Mormon, dia sudah menerima kunci-kunci imamat, Gereja sudah diorganisasikan. Sebenarnya, Pemulihan adalah proses berterusan; kita hidup di tengahnya sekarang. Itu termasuk “segala yang telah diwahyukan Tuhan, segala yang Dia wahyukan sekarang” dan “banyak perkara yang agung dan mustahak” yang “Dia masih akan mewahyukan.”2 Saudara-saudara, perkembangan menarik hari ini adalah sebahagian daripada masa persiapan yang telah lama diramalkan, yang akan diselesaikan dengan Kedatangan Kedua yang mulia Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Inilah salah satu zaman yang luar biasa dalam sejarah dunia! Para nabi purba sangat ingin melihat masa kita.

Apabila masa kefanaan kita habis, pengalaman apa yang akan kita dapat kongsikan tentang sumbangan kita sendiri pada zaman penting ini dalam kehidupan kita dan untuk memajukan pekerjaan Tuhan? Adakah kita mampu berkata pada masa itu bahawa kita telah bekerja keras dengan sepenuh hati, daya, akal budi dan kekuatan kita? Atau adakah kita akan mengakui bahawa peranan kita kebanyakannya adalah sebagai seorang pemerhati sahaja?

Saya fikir ada pelbagai alasan kenapa ia mudah untuk menjadi sedikit mengantuk berkenaan dengan membina kerajaan Tuhan. Biarlah saya menyebut tiga alasan yang utama. Semasa saya melakukan itu, saya menjemput kamu untuk berfikir jika salah satu alasan mungkin berlaku. Kalau kamu melihat ruang untuk penambahbaikan, saya meminta kamu untuk mempertimbangkan apa yang dapat dilakukan untuk berubah menjadi lebih baik.

Kepentingan Diri Sendiri

Pertama, kepentingan diri sendiri.

Mereka yang mementingkan diri sendiri mencari kepentingan mereka sendiri dan keseronokan diri melebihi segala-galanya. Persoalan utama bagi orang yang mementingkan diri sendiri adalah: “Apa faedahnya bagi saya?”

Saudara-saudara, saya yakin kamu boleh nampak bahawa sikap ini jelasnya berlawanan dengan roh itu yang diperlukan untuk membina kerajaan Tuhan.

Bila kita mencari kepentingan diri sendiri melebihi perkhidmatan kepada orang lain, keutamaan kita menjadi berpusat pada pengiktirafan dan keseronokan diri kita sendiri.

Generasi masa lampau bergelut dengan pelbagai perasaan keegoan dan kecintaan pada diri sendiri, tetapi saya fikir bahawa hari ini kita memberikan mereka persaingan yang serius. Adakah kebetulannya bahawa Kamus Oxford baru-baru ini mengisytiharkan bahawa “selfie” sebagai kata tahun ini?3

Semula jadinya, kita semua berkeinginan bagi pengiktirafan, dan tiada salahnya dengan bersantai dan menikmati diri kita sendiri. Tetapi apabila mencari “keuntungan dan pujian dunia”4 merupakan bahagian pusat dorongan kita, kita akan terlepas dari pengalaman-pengalaman penebusan serta kegembiraan yang datang apabila kita memberi dengan murah hati daripada diri kita kepada pekerjaan Tuhan.

Apakah ubatnya?

Jawapannya, seperti biasanya, didapati dalam firman Kristus:

“Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut aku.

“Karena siapa yang mau menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku dan karena Injil, ia akan menyelamatkannya.”5

Mereka yang dengan sepenuh hati mengubah hidup mereka dan berpaling kepada Juruselamat kita serta melayani Tuhan dan sesama kita akan menemukan suatu kekayaan dan kepenuhan hidup yang mana orang yang mementingkan diri sendiri atau egotistik tidak akan pernah alami. Orang yang tidak mementingkan diri sendiri melayani orang lain. Ini mungkin hadiah kecil belas ikhsan yang mempunyai pengaruh besar untuk kebaikan: seperti satu senyuman, jabat tangan, pelukan, masa yang dihabiskan dalam mendengar, perkataan lembut yang menggalakkan, atau tindakan kasih sayang. Semua tindakan kebaikan ini boleh mengubah hati dan kehidupan. Apabila kita mengambil kesempatan daripada peluang yang tak terbatas untuk menyayangi dan melayani sesama kita, termasuk pasangan dan keluarga kita, kemampuan kita untuk menyayangi Tuhan dan melayani orang lain akan meningkat.

Mereka yang melayani orang lain tidak akan tidur semasa Pemulihan terjadi.

Ketagihan

Hal lain yang mungkin menyebabkan kita tidur dalam musim yang penting di dunia ini adalah ketagihan.

Ketagihan sering kali bermula secara halus. Ketagihan adalah benang nipis dari tindakan yang berulang yang menenun diri mereka kedalam ikatan tebal kebiasaan. Tabiat negatif mempunyai potensi untuk menjadi ketagihan yang menguasai diri.

Rantai-rantai ketagihan mempunyai banyak bentuk, seperti pornografi, alkohol, seks, dadah, tembakau, judi, makanan, kerja, Internet, atau realiti maya. Iblis, musuh umum kita, mempunyai banyak alat kegemarannya yang dia gunakan untuk merompak kita dari potensi ilahi kita untuk mencapai misi kita dalam kerajaan Tuhan.

Ianya menyedihkan Bapa Syurgawi kita, melihat betapa rela beberapa anak lelaki-Nya yang mulia menghulurkan tangan mereka untuk menerima rantai-rantai ketagihan yang merosakkan.

Saudara-saudara, kita memegang imamat abadi Tuhan Yang Maha Kuasa. Kita betul-betul anak lelaki Yang Maha Tinggi dan dianugerahi dengan potensi yang hebat. Kita diciptakan untuk melayang dengan bebas di langit. Kita tidak sepatutnya dirantai ke tanah, dipenjarakan dalam ikatan dan belenggu yang kita buat sendiri.

Apakah ubatnya?

Hal pertama yang perlu kita fahami adalah ketagihan lebih mudah dielakkan daripada diubati. Dalam perkataan Juruselamat, “Jangan membiarkan satu pun hal-hal ini masuk ke dalam hatimu.”6

Beberapa tahun yang lepas, Presiden Thomas S. Monson dan saya telah ditawarkan peluang untuk melawat Air Force One—pesawat terbang yang hebat yang mengangkut presiden Amerika Syarikat. Ada pemeriksaan yang teliti dari pengawal peribadi presiden, dan saya tersenyum sedikit semasa pengawal itu memeriksa nabi terkasih kita sebelum naik ke pesawat.

Kemudian ketua juruterbang menjemput saya untuk duduk di kerusi kapten. Itu pengalaman yang menakjubkan untuk duduk sekali lagi di kemudi sebuah pesawat seperti jenis yang saya menerbangkan selama begitu banyak tahun. Kenangan penerbangan merentasi lautan dan benua memenuhi hati dan minda saya. Saya membayangkan perlepasan dan pendaratan yang menguja dilapangan terbang di seluruh dunia.

Hampir tidak sedar, saya meletakkan tangan saya pada empat alat kawalan kuasa 747 itu. Hanya kemudian, suara yang terkasih dan dikenali datang dari belakang—suara Thomas S. Monson.

“Dieter,” dia berkata, “jangan pun berfikir tentang itu.”

Saya tidak mengakui apa-apa, tetapi mungkin sahaja bahawa Presiden Monson membaca fikiran saya.

Apabila kita digoda untuk melakukan hal yang tidak patut kita lakukan, marilah kita mendengar amaran yang penuh kasih daripada anggota keluarga dan kawan-kawan yang dipercayai, nabi terkasih kita, dan sentiasa Juruselamat.

Pertahanan terbaik terhadap ketagihan adalah jangan pernah untuk bermula.

Tetapi bagaimana dengan orang-orang yang mendapati diri mereka dalam cengkaman ketagihan?

Perlu diketahui, pertama-tama, bahawa masih ada harapan. Carilah bantuan dari orang-orang yang dikasihi, para pemimpin Gereja, dan penasihat yang terlaltih. Gereja menyediakan bantuan bagi penyembuhan dari ketagihan melalui para pemimpin Gereja tempatan, Internet,7 dan di beberapa kawasan, LDS Family Services [Perkhidmatan bagi keluarga-keluarga yang disediakan oleh Gereja].

Sentiasa diingat, dengan bantuan Juruselamat, kamu boleh dilepaskan dari ketagihan. Ia mungkin sebuah jalan yang panjang dan susah, tetapi Tuhan tidak akan berputus asa dengan kamu. Dia menyayangi kamu. Yesus Kristus membenarkan Korban Tebusan untuk menolong kamu berubah, membebaskan kamu daripada tawanan dosa.

Hal yang paling penting adalah terus berusaha—kadang-kadang beberapa cubaan diperlukan sebelum orang-orang mendapatkan kejayaan. Jadi, janganlah berputus asa. Janganlah hilang iman. Tetapkanlah hati kamu dekat kepada Tuhan, dan Dia akan memberikan kuasa pembebasan kepadamu. Dia akan membebaskan kamu.

Saudara-saudara saya yang terkasih, sentiasa menjauhi tabiat yang boleh menuntun kepada ketagihan. Mereka yang berbuat demikian akan berkemampuan untuk memberikan sepenuh hati, daya, akal budi dan kekuatan mereka pada pelayanan Tuhan.

Mereka tidak akan tidur semasa Pemulihan terjadi.

Keutamaan-keutamaan yang Bersaingan

Rintangan yang ketiga yang menghalang kita daripada melibatkan diri sepenuhnya dalam pekerjaan ini adalah begitu banyaknya persaingan keutamaan yang kita hadapi. Beberapa di antara kita begitu sibuk sehingga kita merasa seperti sebuah pedati yang ditarik dua belas ekor haiwan kerja—dengan setiap satu menarik dalam arah yang berbeza. Banyak tenaga dihabiskan, tetapi pedati itu tidak pergi mana-mana.

Sering kali kita menumpukan usaha-usaha terbaik kita dalam pengejaran suatu kegemaran, sukan, minat pekerjaan, dan isu-isu masyarakat atau politik. Semua hal ini mungkin baik dan mulia, tetapi adakah hal itu meninggalkan masa dan tenaga bagi apa yang sepatutnya adalah keutamaan-keutamaan tertinggi kita?

Apakah ubatnya?

Sekali lagi, jawabannya datang dari perkataan Juruselamat:

“Kasihilah Tuhan, [Raja-mu], dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.

“Itulah hukum yang terutama dan yang pertama.

“Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.”8

Segala yang lain dalam kehidupan tidaklah sepatutnya menjadi sepenting daripada dua keutamaan yang besar ini.

Bahkan dalam perkhidmatan Gereja, ianya mudah menghabiskan banyak masa melakukan perancangan tanpa berfikir atau melakukannya tanpa maksud hati yang penuh.

Saudara-saudara, kita sebagai para pemegang imamat telah bertekad untuk menjadi umat yang mengasihi Tuhan dan sesama manusia serta menjadi rela untuk menunjukkan kasih itu dengan perkataan dan perbuatan. Itulah dasar jiwa raga kita sebagai pengikut-pengikut Yesus Kristus.

Mereka yang mengikuti prinsip-prinsip ini tidak akan terus tidur semasa Pemulihan terjadi.

Suatu Panggilan untuk Bangun

Rasul Paulus menulis, “Bangunlah, hai kamu yang tidur dan bangkitlah dari antara orang mati dan Kristus akan bercahaya atas kamu.”9

Kawan-kawan saya yang terkasih, ketahuilah bahawa kamulah anak-anak lelaki bercahaya.

Janganlah membenarkan kepentingan diri sendiri! Janganlah membenarkan tabiat yang boleh menyebabkan ketagihan! Janganlah membenarkan persaingan keutamaan untuk menuntun kamu ke dalam ketidakpedulian dan pengasingan daripada penganutan yang diberkati dan pelayanan imamat yang memuliakan!

Ada terlalu banyak risiko bagi kita sebagai individu, sebagai keluarga, dan sebagai Gereja Kristus jika memberi usaha yang cuma separuh hati sahaja pada pekerjaan kudus ini.

Menjadi seorang pengikut Yesus Kristus bukanlah usaha sekali seminggu atau sekali sehari. Ianya usaha yang berterusan untuk selama-lamanya.

Janji Tuhan kepada para pemegang imamat-Nya yang setia hampirlah terlalu besar untuk difahami.

Mereka yang setia pada Imamat Harun dan Melkisedek ini dan meningkatkan panggilan mereka “dipersucikan oleh Roh demi pembaruan tubuh mereka.” Kerana itu, segala yang dimiliki bapa kita akan diberikan kepada mereka.10

Saya bersaksi bahawa kuasa pembersihan dari Korban Tebusan Yesus Kristus dan kuasa pengubahan Roh Kudus yang dapat menyembuhkan dan menyelamatkan manusia. Ia adalah keistimewaan kita, tugas suci kita, dan kegembiraan kita untuk mendengar panggilan Juruselamat untuk mengikuti-Nya dengan rela dan dengan maksud hati yang sepenuhnya. Marilah kita “tanggalkanlah rantai-rantai dengan mana [kita] diikat, dan tampil keluar daripada kegelapan, dan bangkitlah dari debu.”11

Marilah kita bangun dan jangan lelah dalam berbuat baik, kerana kita “sedang meletakkan dasar suatu pekerjaan yang besar,”12 bahkan persiapan bagi kedatangan Juruselamat. Saudara-saudara, pada masa kita menambahkan cahaya teladan kita sebagai seorang saksi kepada keindahan dan kuasa kebenaran yang dipulihkan, kita tidak akan terus tidur semasa Pemulihan terjadi. Saya bersaksi tentang ini dan meninggalkan berkat saya diatas mu dalam nama kudus Tuhan kita, iaitu Yesus Kristus, amin.