Ikutlah Aku
13–19 Julai. Alma 32–35: “Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”


“13–19 Julai. Alma 32–35: ‘Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“13–19 Julai. Alma 32–35,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
benih di tangan kanak-kanak

13–19 Julai

Alma 32–35

“Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”

Fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar semasa anda mengkaji dengan doa Alma 32–35. Apabila anda melakukan ini, fikiran dan tanggapan tentang cara mengajar mereka akan datang . Catatkan dan bertindak atas tanggapan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Letakkan nama setiap kanak-kanak dalam bekas. Minta seseorang untuk memilih salah satu nama, dan jemput kanak-kanak itu untuk berkongsi sesuatu yang dia telah pelajari dari Kitab Mormon baru-baru ini. Teruskan sehingga semua orang mempunyai peluang, tetapi jangan memaksa sesiapa untuk berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 32:28–43

Saya boleh mengembangkan iman saya dalam Yesus Kristus.

Benih, pokok, dan buah adalah benda biasa yang dapat membantu kanak-kanak memahami asas abstrak seperti iman dan kesaksian. Renungkan bagaimana anda boleh menggunakan analogi Alma untuk mengajar kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan Alma 32:28–43; anda boleh menggunakan “Bab 29: Alma mengajar tentang Iman dan Firman Tuhan” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 81, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tunjukkan gambar tumbuhan dalam pelbagai peringkat pertumbuhan, dan minta kanak-kanak membantu anda meletakkan gambar dalam susunan yang betul (lihat gambar dalam halaman aktiviti minggu ini). Jelaskan bahawa sewaktu kita menjalani injil, kesaksian kita bertumbuh—ia bermula dengan kecil seperti benih tetapi boleh menjadi besar seperti pokok.

  • Tunjukkan kanak-kanak benih, dan baca kepada mereka beberapa baris pertama Alma 32:28. Beritahu kanak-kanak bahawa firman Tuhan adalah seperti benih. Tanya bagaimana kita membantu benih untuk bertumbuh. Biarkan kanak-kanak berpura-pura menanam benih, menyiramnya air, dan membantunya tumbuh. Tunjukkan bahawa kita tidak dapat melihat benih selepas kita menanamnya, tetapi kita tahu ia ada dan bertumbuh; kita juga tidak dapat melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, tetapi kita tahu Mereka adalah nyata dan Mereka mengasihi kita. Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh lakukan untuk membantu iman mereka dalam Yesus Kristus bertumbuh.

  • Lukiskan pokok di papan tulis, dan biarkan kanak-kanak menambah daun atau buah setiap kali mereka memikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk membantu iman mereka dalam Yesus Kristus bertumbuh. Jemput mereka untuk melakukan tindakan mudah untuk mewakili perkara yang mereka fikirkan.

Alma 33:2–11; 34:17–27

Bapa Syurgawi mendengar saya ketika saya berdoa.

Bangsa Zoram berdoa hanya sekali seminggu, menggunakan kata-kata yang sama setiap kali (lihat Alma 31:22–23). Alma dan Amulek mengajar bahawa kita boleh berdoa pada bila-bila masa tentang keperluan rohani atau fizikal kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca frasa yang anda pilih dari Alma 33:4–11 yang menggambarkan tempat kita boleh berdoa, dan bantu kanak-kanak memikirkan tempat mereka boleh berdoa. Kemudian jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka berdoa di tempat tersebut. Bersaksi bahawa mereka boleh berdoa di mana saja, walaupun mereka berdoa dengan senyap.

  • Pilih frasa dari Alma 34:17–27 yang menggambarkan perkara yang kita boleh berdoa, dan bacakan kepada kanak-kanak. Bantu mereka memikirkan perkara yang mereka boleh katakan kepada Bapa Syurgawi ketika mereka berdoa, dan jemput mereka untuk melukis gambar perkara-perkara ini. Bersaksi bahawa mereka boleh bercakap dengan Bapa Syurgawi tentang apa yang mereka memikirkan atau merasakan. Berkongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi mendengar doa anda.

  • Nyanyi lagu yang mengajar kanak-kanak tentang doa, seperti “A Child’s Prayer” (Children’s Songbook, 12–13, 25). Bantu mereka perhatikan apa yang lagu ini ajarkan tentang doa.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 32:1–16, 27–28

Jika saya merendahkan hati, Tuhan boleh mengajar saya.

Alma dan Amulek berjaya mengajar bangsa Zoram yang merendahkan hati dan bersedia mendengar firman Tuhan. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggalakkan kanak-kanak untuk memilih untuk menjadi rendah hati.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak tentang apa yang mereka pelajari minggu lalu tentang bangsa Zoram (lihat Alma 31:8–24). Ingatkan mereka bahawa salah satu sebab Alma bimbang tentang mereka adalah keangkuhan mereka (lihat Alma 31:24–28). Baca bersama Alma 32:1–5, dan minta kanak-kanak untuk meringkaskan apa yang telah berlaku kepada bangsa Zoram yang miskin. Kemudian jemput kanak-kanak untuk membaca ayat 12–13 untuk mengetahui mengapa Alma merasakan bahawa bangsa Zoram yang diusir dari saumaah (atau gereja-gereja) mereka adalah perkara yang baik. Apakah beberapa berkat yang datang dari merendahkan hati?

  • Bantu kanak-kanak mencari definisi rendah hati atau kerendahan hati dalam Panduan Tulisan Suci atau kamus. Apakah petunjuk lain mengenai maksud perkataan-perkataan ini yang boleh mereka jumpa dalam Alma 32:13–16? Jemput mereka untuk memikirkan pelbagai cara untuk melengkapkan ayat seperti “Saya merendahkan hati apabila saya .”

Alma 32:26–43

Kesaksian saya tentang Yesus Kristus bertumbuh apabila saya memeliharanya.

Bantu kanak-kanak yang anda ajar mencari apa yang mereka boleh lakukan untuk “menanam” firman Tuhan dalam hati mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan objek keras dan pepejal (seperti batu) untuk mewakili hati yang keras atau angkuh dan sesuatu yang lembut (seperti tanah) untuk mewakili hati yang lembut atau rendah hati. Biarkan kanak-kanak merasakan kedua-dua objek. Kemudian tunjukkan benih untuk mewakili firman Tuhan kepada kanak-kanak. Jemput mereka untuk cuba menolak benih ke dalam objek keras dan objek lembut. Baca bersama Alma 32:27–28, dan bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan “memberi tempat” (ayat 27) untuk firman Tuhan dalam hati kita.

  • Apabila anda membaca Alma 32:26–43 bersama, berhenti sekali-sekala dan jemput kanak-kanak untuk melukis gambar benih atau tumbuhan yang dijelaskan—contohnya, benih dan anak benih (verse 28), tumbuhan yang mula tumbuh (ayat 30), dan pokok yang menghasilkan buah (ayat 37). Galakkan mereka untuk melabel gambar mereka dengan rujukan dari Alma 32. Bagaimanakah memelihara benih seperti memelihara kesaksian kita tentang Yesus Kristus? Bagaimanakah kita memelihara kesaksian kita? Jemput kanak-kanak untuk berfikir secara diam-diam tentang bagaimana kesaksian mereka bertumbuh dan apa yang mereka akan lakukan untuk memeliharanya.

Alma 33:2–11; 34:17–27

Bapa Syurgawi mendengar saya ketika saya berdoa.

Bangsa Zoram mempunyai salah faham tentang doa, dan ini adalah beberapa yang kita lihat sekarang. Alma dan Amulek mengajar kebenaran yang sangat berkuasa untuk mengatasi salah faham ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mencari Alma 33:2–11 untuk perkataan dan frasa yang berkaitan dengan doa yang diulangi. Apakah yang diajar oleh perkataan dan frasa ini tentang doa kepada kita?

  • Bantu kanak-kanak membuat senarai situasi di mana mereka boleh berdoa, termasuk yang disebutkan dalam Alma 33:4–10 dan 34:17–27 serta situasi dalam kehidupan mereka. Jemput kanak-kanak untuk berfikir atau berkongsi pengalaman ketika mereka berdoa dan merasakan bahawa Tuhan menjawab doa mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika boleh, berikan benih kepada setiap kanak-kanak untuk dibawa pulang dan ditanam bagi mengingatkan mereka untuk membantu kesaksian mereka tentang Yesus Kristus bertumbuh. Galakkan mereka untuk memberitahu keluarga mereka apa yang mereka pelajari tentang menjalankan iman mereka kepada Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk menjalani asas injil, beritahu mereka tentang janji-janji Tuhan kepada mereka yang menjalani asas itu (lihat Mengajar dengan Cara Juruselamat, 35).

Cetak