Ikutlah Aku
20–26 Julai. Alma 36–38: “Memandang kepada Tuhan dan Hidup”


“20–26 Julai. Alma 36–38: ‘Memandang kepada Tuhan dan Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“20–26 Julai. Alma 36–38,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
lelaki sedang berdoa

Ilustrasi oleh Joshua Dennis

20–26 Julai

Alma 36–38

“Memandang kepada Tuhan dan Hidup”

Apabila anda mengkaji dengan doa Alma 36–38, tanggapan boleh datang kepada anda tentang kanak-kanak yang anda ajar. Catatkan tanggapan ini; mereka boleh mencetuskan idea untuk aktiviti pembelajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput semua kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang telah diajar oleh ibu bapa mereka. Tanya mereka jika mereka tahu apa yang Alma ajarkan kepada anak-anak lekakinya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 36:6, 20, 24

Pertobatan memberi saya kebahagiaan.

Mengajar kanak-kanak tentang kebahagiaan pertaubatan ketika mereka masih muda boleh mengilhami mereka untuk bertaubat ketika mereka membesar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Alma 36:20 kepada kanak-kanak, dan minta mereka mendengarkan bagaimana perasaan Alma. Jemput mereka untuk menamakan beberapa perkara yang membawa mereka kebahagiaan. Tunjukkan gambar Juruselamat, dan jelaskan bahawa Alma merasakan kebahagiaan kerana Yesus Kristus mengampuni dosa-dosanya.

  • Beri setiap kanak-kanak sekeping kertas dengan wajah gembira pada satu belah dan muka yang sedih di sebelah yang lain. Minta mereka untuk mendengar semasa anda membaca Alma 36:6 dan untuk memilih wajah yang perlu ditunjukkan. Jelaskan bahawa Alma bertaubat dan merasakan kebahagiaan kerana Yesus Kristus mengampuninya atas pilihannya yang tidak baik. Minta kanak-kanak mendengar semasa anda membaca Alma 36:24 mengenai pilihan yang baik yang dibuatnya kemudian dan menunjukkan muka yang betul.

  • Nyanyi bersama lagu tentang Yesus Kristus, seperti “Dia Mengutus PutraNya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Berikan kesaksian anda bahawa Yesus datang ke bumi untuk menyelamatkan kita dari dosa dan membawa kita kebahagiaan.

Alma 37:6–7

“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”

Bagaimanakah anda dapat mengajar kanak-kanak untuk mengenali bahawa Tuhan menggunakan hal-hal kecil atau sederhana untuk mencapai kerja-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Alma 37:6–7, dan jemput kanak-kanak untuk bercangkung setiap kali anda membaca perkataan “kecil.” Tunjukkan beberapa benda kecil yang boleh membuat perkara besar berlaku atau menggerakkan benda besar, seperti bateri atau kunci kereta. Apakah perkara besar yang berlaku atau bergerak kerana benda-benda kecil ini? Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa perkara kecil atau sederhana yang Tuhan mahu kita lakukan. Apakah perkara-perkara besar yang boleh berlaku kerana perintah-perintah kecil atau sederhana ini?

  • Tunjukkan satu atau dua gambar benda kecil yang berkumpul dalam benda besar, seperti seikat rumput dan padang, atau hujan dan tasik. Bersaksi bahawa walaupun kecil, tindakan sederhana dapat membuat perubahan besar dalam hidup kita dan dalam kehidupan orang lain. Galakkan kanak-kanak untuk bercakap tentang beberapa perkara yang mudah dan baik yang mereka lakukan setiap hari, atau berkongsi contoh anda sendiri. Jemput kanak-kanak memilih satu perkara yang mudah dan baik yang mereka boleh lakukan minggu ini dan melukis gambar diri mereka melakukannya. Jemput mereka untuk membawa lukisan mereka balik ke rumah dan berkongsi dengan keluarga mereka

Alma 37:38–47

Tulisan suci boleh membantu kita setiap hari.

Walaupun ramai kanak-kanak kecil tidak dapat membaca, anda boleh membantu mereka memperoleh kesaksian kuasa tulisan suci untuk membimbing kehidupan seharian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan gambar Liahona (seperti Buku Seni Injil, no. 68), atau menjemput kanak-kanak untuk melukis satu ketika mereka berkongsi apa yang mereka ingat tentangnya (lihat 1 Nefi 16:10, 28–29). Pegang kitab suci, dan minta kanak-kanak berkongsi bagaimana kitab suci seperti Liahona. Guna Alma 37:38–47 dan halaman aktiviti minggu ini untuk menambahkan perbincangan ini.

  • Nyanyi bersama lagu tentang kajian tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” atau “S’dang Kubaca Kitab Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66; Nyanyian Rohani, no. 117). Apakah berkat kajian tulisan suci yang disebut dalam lagu itu?

    Imej
    wanita membaca tulisan suci

    Tulisan suci mengajar kita bagaimana untuk mengikuti Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 36

Saya boleh “dilahirkan dari Tuhan” ketika saya mengikuti Yesus dan bertaubat dari dosa saya.

“Penukaran hati… adalah perubahan dalam sifat kita. Ia merupakan satu perubahan besar yang Tuhan dan para nabi-Nya rujukkan sebagai kelahiran semula” (“Conversion,” Gospel Topics, topics.ChurchofJesusChrist.org).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kaji semula dengan kanak-kanak cerita penukaran hati Alma yang Muda dalam Alma 36:6–21. Tuliskan perkataan dan frasa dari ayat-ayat ini yang menggambarkan perasaan Alma, pada slip kertas, dan letakkannya di papan tulis. Minta kanak-kanak untuk menyusun slip kertas menjadi dua kumpulan: hal-hal yang dirasakan oleh Alma sebelum dia mengingati apa yang ayahnya ajarkan tentang Juruselamat dan hal-hal yang dirasakannya setelah dia mengingatinya. Baca bersama Alma 36:17–20, dan bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Yesus Kristus mengampuni kita ketika kita bertaubat.

  • Baca Dilahirkan dari Tuhan dan tuliskan rujukan tulisan suci berikut pada papan tulis: 1 Yohanes 4:7; Mosia 5:7; 27:25–26; Alma 5:14; 22:15. Bantu kanak-kanak membaca ayat-ayat dan mencari frasa yang menggambarkan apakah maksudnya untuk dilahirkan dari Tuhan. Bagaimanakah seseorang bertindak selepas dilahirkan dari Tuhan? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita telah dilahirkan dari Tuhan?

Alma 37:6–9, 38–47

“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”

Bantu kanak-kanak yang anda ajar melihat bahawa membaca tulisan suci untuk masa yang singkat setiap hari dapat membawa mereka berkat-berkat yang besar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis atau paparkan satu baldi. Berapa banyak titisan air yang diperlukan untuk mengisi baldi? Bantu kanak-kanak mengenali bahawa titisan kecil yang banyak diperlukan untuk mengisi baldi. Bagaimanakah ini berkaitan dengan Alma 37:6–7? Bagaimanakah membaca tulisan suci seperti menambah sedikit titisan air ke dalam baldi?

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari dalam Alma 37:6–9 untuk berkat yang datang dari “catatan,” atau tulisan suci. Sebagai satu kelas, buat senarai tentang apa yang mereka jumpai. Bagaimanakah membaca tulisan suci memberkati kehidupan kita? Kongsi kesaksian anda tentang tulisan suci, dan jemput kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama.

  • Tunjukkan atau paparkan gambar Liahona (seperti Buku Seni Injil, no. 68), dan minta kanak-kanak untuk mengkaji semula apa yang mereka ingat mengenai Liahona dari 1 Nefi 16:10, 28. Bantu kanak-kanak membaca Alma 37:38–42. Bagaimanakah Liahona berkesan? Bagaimanakah hal ini sama dengan cara tulisan suci berkesan? Baca bersama ayat 43–47 untuk membantu menjawab soalan ini. Jemput kanak-kanak untuk melengkapkan halaman aktiviti sebagai sebahagian daripada aktiviti ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi satu sebab mereka bersyukur atas tulisan suci dan jemput ahli keluarga mereka untuk melakukan perkara yang sama.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi pelajar yang lebih baik. Tujuan anda mengajar kanak-kanak bukan hanya untuk memberikan kebenaran kepada mereka. Anda juga harus membantu mereka menjadi pencari kebenaran yang berdikari. Contohnya, sebalik dari hanya memberitahu kanak-kanak kebenaran yang terdapat dalam cerita penukaran hati Alma, anda boleh merancang aktiviti di mana mereka dapat menemui kebenaran dalam cerita untuk diri mereka sendiri.

Cetak