“17–23 Ogos. Helaman 1–6: ‘Batu Penebus Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)
“17–23 Ogos. Helaman 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020
17–23 Ogos
Helaman 1–6
“Batu Penebus Kita”
Asas-asas dalam garis panduan ini dapat membantu membimbing kajian anda tentang Helaman 1–6, tetapi jangan biarkan ia menghadkan anda. Roh Kudus akan membimbing anda kepada kebenaran yang anda perlu untuk belajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Buku Helaman mencatat kedua-dua kemenangan dan tragedi di antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Ia bermula dengan “suatu masalah yang serius di kalangan Bangsa Nefi” (Helaman 1:1), dan masalah terus datang sepanjang catatan itu. Di sini kita membaca tentang tipu helah politik, kumpulan perompak, penolakan para nabi, dan keangkuhan dan ketidakpercayaan di seluruh negeri. Tetapi kita juga menemui contoh seperti Nefi dan Lehi dan “golongan rakyat yang lebih rendah hati,” yang bukan sahaja terselamat tetapi berkembang secara rohani (Helaman 3:34). Bagaimanakah mereka melakukannya? Bagaimanakah mereka kekal kuat ketika tamadun mereka mula merosot dan jatuh? Cara yang sama setiap kita kekal kuat dalam “angin yang kuat” yang iblis hantar untuk “melanda ke atas [kita]”—dengan membina hidup kita “di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan , … landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Keangkuhan memisahkan saya daripada Roh dan kekuatan Tuhan.
Apabila anda membaca Helaman 1–6—dan sepanjang Kitab Mormon—anda mungkin melihat pola dalam tingkah laku bangsa Nefi: Ketika bangsa Nefi soleh, Tuhan memberkati mereka dan mereka makmur. Selepas beberapa lamanya, mereka menjadi angkuh dan jahat, membuat pilihan yang membawa kepada kemusnahan dan penderitaan. Kemudian mereka merendahkan hati dan diilhami untuk bertaubat, dan Tuhan memberkati mereka sekali lagi. Pola ini sering kali berulang sehingga sesetengah orang memanggilnya “kitaran keangkuhan.”
Cari contoh kitaran ini semasa anda membaca. Anda mungkin mahu menandakan contoh apabila anda menemuinya. Berikut adalah beberapa soalan untuk membantu anda memahami pola ini dan melihat bagaimana ia mungkin berlaku kepada anda:
-
Apakah bukti keangkuhan yang anda lihat di kalangan bangsa Nefi? (lihat, contohnya, Helaman 3:33–34; 4:11–13). Adakah anda melihat contoh-contoh keangkuhan yang sama dalam diri anda?
-
Apakah akibat keangkuhan dan kejahatan? (lihat Helaman 4:23–26). Apakah akibat dari kerendahan hati dan pertaubatan? (lihat Helaman 3:27–30, 35; 4:14–16).
-
Apakah yang Helaman ingin anaknya untuk ingat? (lihat Helaman 5:4–12). Bagaimanakah mengingati kebenaran ini membantu anda mengelakkan diri dari menjadi angkuh?
Saya boleh disucikan kerana saya menyerahkan hati saya kepada Tuhan.
Dalam Helaman 3, Mormon menggambarkan masa ketika Gereja begitu makmur dan diberkati sehingga para pemimpin terkejut (lihat ayat 24–32). Akhirnya sesetengah orang menjadi angkuh, sementara yang lain menjadi “semakin kuat dan kuat dalam kerendahan hati mereka, … bahkan kepada pemurnian dan pengudusan hati mereka” (Helaman 3:35). Perhatikan dalam ayat 34–35 apakah yang dilakukan mereka yang lebih rendah hati untuk menjadi dikuduskan. Bagaimanakah perkara ini membantu anda menjadi lebih kudus? Ia mungkin boleh membantu untuk mengetahui bahawa Panduan Tulsian Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) mendefinisikan pengudusan sebagai “proses menjadi bebas dari dosa, suci, bersih, dan kudus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.” Apakah yang anda rasa diilhami untuk mengikuti contoh para pengikut ini? Apakah yang anda lakukan untuk menyerahkan hati anda kepada Tuhan?
Iman saya diperkuatkan oleh “hebatnya bukti-bukti yang telah [saya] terima.”
Elder Jeffrey R. Holland pernah berkata kepada mereka yang bergelut dengan iman mereka: “Anda mempunyai lebih iman dari apa yang anda fikir anda ada kerana apa yang disebut dalam Kitab Mormon ‘hebatnya bukti-bukti’ [Helaman 5:50]. … Buah hidup injil terbukti dalam kehidupan Orang Suci Zaman Akhir di mana-mana” (“Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 94). Semasa anda membaca ayat-ayat ini, fikirkan bukti-bukti yang Tuhan telah berikan kepada anda. Contohnya, mungkin anda tidak pernah mendengar suara Tuhan, tetapi adalah anda merasakan “bisikan” daripada Roh Kudus yang “ia menusuk bahkan terus ke dalam jiwa”? (Helaman 5:30; lihat juga A&P 88:66). Mungkin anda pernah berada dalam kegelapan, berseru kepada Tuhan untuk iman yang lebih besar, dan sudah “ dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terkata” (Helaman 5:40–47). Apakah pengalaman lain yang memperkuatkan iman anda kepada Kristus dan injil-Nya?
Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.
Helaman 3:27–30
Apabila nabi Mormon meringkaskan catatan kudus, dia kadang-kadang menggunakan frasa “demikianlah kita melihat” untuk menekankan kebenaran penting. Apakah yang dia mahu kita lihat dalam Helaman 3:27–30? Sepanjang kajian anda minggu ini, anda mungkin berhenti seketika untuk bertanya kepada ahli keluarga bagaimana mereka akan melengkapkan frasa “ya, demikianlah kita melihat” mengenai apa yang mereka telah baca. Apakah kebenaran yang mereka mahu memberi penekanan?
Helaman 5:6–7
George A. Smith, datuk presiden kepada George Albert Smith yang telah meninggal dunia, menampakkan diri kepadanya dalam mimpi dan bertanya, “Saya ingin tahu apa yang kamu telah lakukan dengan nama saya.” Presiden Smith menjawab, “Saya tidak pernah melakukan apa-apa dengan nama kamu yang akan memalukan kamu” (dalam Ajaran-ajaran Presiden Gereja: George Albert Smith [2011], xxvi). Selepas membaca Helaman 5:6–7, mungkin anda boleh bercakap dengan ahli keluarga anda tentang mengingati dan menghormati nama-nama yang kita bawa, termasuk nama Juruselamat.
Helaman 5:12
Untuk membantu keluarga anda membayangkan apa yang dimaksudkan untuk mempunyai “suatu landasan yang kukuh”, mungkin anda boleh membina struktur kecil bersama-sama dan meletakkannya pada pelbagai landasan. Kemudian anda boleh mencipta “badai yang kuat” dengan menyemburkan air di atasnya dan menggunakan kipas atau pengering rambut untuk mencipta angin. Apakah yang berlaku pada struktur apabila ia berada di landasan yang berbeza? Bagaimanakah Yesus Kristus seperti “suatu landasan yang kukuh” dalam hidup kita?
Helaman 5:29–33
Apakah pengalaman yang kita ada dengan mengenali suara Tuhan dalam hidup kita?
Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.