Ikutlah Aku
24–30 Ogos. Helaman 7–12: “Mengingati Tuhan Raja”


“24–30 Ogos. Helaman 7–12: ‘Mengingati Tuhan Raja,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“24–30 Ogos. Helaman 7–12,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

Nefi berdoa di menara taman

Ilustrasi Nefi di menara taman oleh Jerry Thompson

24–30 Ogos

Helaman 7–12

“Mengingati Tuhan Raja”

Nefi, Lehi, dan yang lain memperoleh “banyak wahyu setiap hari” (Helaman 11:23). Wahyu yang kerap bukan hanya untuk nabi—ia juga tersedia untuk anda. Mencatat tanggapan anda boleh membantu anda menerima wahyu dengan lebih konsisten.

Mencatat Tanggapan Anda

Ayah Nefi, Helaman, telah menggesa anak-anaknya untuk “ingatlah, ingatlah”: dia mahu mereka mengingati nenek moyang mereka, mengingati kata-kata para nabi, dan yang paling penting untuk mengingati “Penebus kita, iaitu Kristus” (lihat Helaman 5:5–14). Ia jelas bahawa Nefi mengingatinya, kerana ini adalah pesanan yang sama yang dia isytiharkan bertahun-tahun kemudian “tanpa mengenal penat lelah” (Helaman 10:4) kepada orang ramai. “Bagaimanakah kamu dapat melupakan Tuhanmu?” (Helaman 7:20), dia bertanya. Semua usaha Nefi—mengkhutbahkan, berdoa, melaksanakan mukjizat, dan meminta Tuhan untuk kebuluran—adalah percubaan untuk membantu orang ramai berpaling kepada Tuhan dan mengingat-Nya. Dalam banyak cara, melupakan Tuhan adalah masalah yang lebih besar daripada tidak mengenali Dia, dan ia mudah untuk melupakan Dia apabila minda kita terganggu oleh “hal-hal yang sia-sia dari dunia ini” dan dikaburi oleh dosa (Helaman 7:21; lihat juga Helaman 12:2). Tetapi, seperti pelayanan Nefi menunjukkan, ia tidak pernah terlambat untuk mengingati dan “berpalinglah … kepada Tuhan Rajamu” (Helaman 7:17).

ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Helaman 7–11

Para nabi mengungkapkan kehendak Tuhan.

Terdapat banyak nabi yang digambarkan sepanjang Kitab Mormon, tetapi Helaman 7–11 adalah tempat yang sangat baik untuk mempelajari apakah nabi, apakah yang dia lakukan, dan bagaimana kita harus menerima kata-katanya. Semasa anda membaca bab ini, perhatikan tindakan, pemikiran, dan interaksi Nefi dengan Tuhan. Bagaimanakah pelayanan Nefi membantu anda lebih memahami peranan nabi di zaman kita? Ini adalah beberapa contoh. Apa lagi yang anda dapati?

Helaman 7:17–22:Para nabi menyeru pertaubatan dan memberi amaran tentang akibat dosa.

Helaman 7:29; 9:21–36:Para nabi tahu melalui wahyu daripada Tuhan apa yang perlu didengar oleh orang ramai.

Helaman 10:7:Para nabi diberikan kuasa untuk meterai di dunia dan di syurga (lihat juga Matius 16:19; Ajaran dan Perjanjian 132:46).

Helaman 10:4–7, 11–12:

Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi perasaan anda tentang nabi hidup kita? Apakah yang diajarnya baru-baru ini? Apakah yang anda lakukan untuk mendengar dan mengikuti arahannya?

Helaman 9–10

Tanda dan mukjizat berguna tetapi tidak mencukupi untuk membina iman yang kekal.

Jika tanda atau mukjizat cukup untuk mengubah hati seseorang, maka semua bangsa Nefi akan bertukar hati dengan tanda-tanda yang luar biasa yang diberikan Nefi dalam Helaman 9. Sebaliknya, “perpecahan di antara orang-orang itu” (Helaman 10:1) timbul kerana ramai daripada mereka “mengeraskan hati mereka” (Helaman 10:15). Bagaimanakah orang jahat sering bertindak balas terhadap tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat? (lihat Helaman 10:12–15; lihat juga 3 Nefi 2:1–2). Apakah bahayanya membuat tanda-tanda sebagai landasan kesaksian?

Helaman 10:2–4

Merenung menjemput wahyu.

Jika anda pernah merasa tertindas, risau, atau keliru, anda mungkin belajar satu pengajaran penting daripada contoh Nefi dalam Helaman 10:2–4. Apakah yang dia lakukan ketika dia merasa “amat sedih”? (ayat 3).

Presiden Henry B. Eyring mengajar, “Apabila kita merenung, kita menjemput wahyu oleh Roh. Merenung, bagi saya, adalah pemikiran dan doa yang saya lakukan selepas membaca dan mengkaji tulisan suci dengan teliti” (“Serve with the Spirit,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 60). Bagaimanakah anda boleh mencipta tabiat merenung? Untuk membaca tentang satu cara untuk merenungkan firman Tuhan secara kerap, lihat pesanan Brother Devin G. Durrant “Hatiku Merenung Secara Berterusan” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 112–15).

Lihat juga Amsal 4:26; Lukas 2:19; 1 Nefi 11:1; 2 Nefi 4:15–16; 3 Nefi 17:3; Moroni 10:3; A&P 88:62.

Helaman 12

Tuhan mahu saya mengingati-Nya.

Dalam Helaman 12, Mormon, yang meringkaskan catatan, telah meringkaskan beberapa pelajaran yang dapat kita pelajari dari kisah Nefi dalam bab-bab sebelumnya. Pertimbangkan menggunakan ringkasannya sebagai peluang untuk memeriksa hati anda sendiri. Anda juga boleh membuat senarai perkara yang menyebabkan orang melupakan Tuhan yang dikatakan oleh Mormon . Apakah yang membantu anda mengingati-Nya? Apakah perubahan yang anda diilhami untuk lakukan berdasarkan apa yang anda pelajari?

ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Helaman 7–9

Apakah persamaan yang kita lihat antara perkara-perkara yang dilakukan Nefi dan apa yang nabi lakukan pada hari ini? Apakah yang diajar oleh nabi kita hari ini? Mungkin anda boleh memilih beberapa nasihat baru-baru ini yang telah diberikan oleh nabi dan bincangkan sebagai satu keluarga tentang cara anda dapat ikutinya dengan lebih baik.

Helaman 10:4–5, 11–12

Bagaimanakah Nefi menunjukkan bahawa dia mencari kehendak Tuhan daripada kehendaknya sendiri? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contohnya? Apakah beberapa cara keluarga kita boleh mencari kehendak Tuhan?

Helaman 11:1–16

Apakah yang diinginkan oleh Nefi dan apa yang dia lakukan mengenainya? Apakah yang kita pelajari tentang doa daripada contoh Nefi?

Helaman 11:17–23

Apakah yang kita pelajari mengenai abang Nefi, Lehi, dalam Helaman 11:17–23? Siapakah yang kita tahu yang menjalani kehidupan yang soleh tanpa menerima banyak pengiktirafan?

Helaman 12:1–6

Bolehkah anda memikirkan pelajaran berobjek yang boleh anda gunakan untuk membantu keluarga anda memahami maksud “ketidakstabilan”? Contohnya, anda boleh menjemput ahli keluarga untuk mencuba mengimbangi sesuatu di atas kepalanya. Anda kemudiannya boleh menjemput ahli keluarga untuk mencari dalam Helaman 12:1–6 sebab-sebab orang mungkin tidak stabil dalam mengikuti Tuhan. Bagaimanakah kita dapat kekal stabil secara rohani?

Untuk idea lanjut untuk mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kaji semula. Berikut adalah idea untuk membantu ahli keluarga mengingati tulisan suci yang mereka pelajari: Pilih ayat yang anda dapati bermakna, dan paparkannya di rumah anda di mana ahli keluarga akan sering melihatnya. Jemput ahli keluarga lain untuk mengambil giliran memilih tulisan suci untuk dipaparkan, dan bincangkannya apabila keluarga berkumpul, seperti pada waktu makan atau doa keluarga.

Seantum didapati adalah seorang pembunuh

© The Book of Mormon for Young Readers, Seantum—The Murderer Is Discovered, oleh Briana Shawcroft; may not be copied