Ikutlah Aku
30 November–6 Disember. Moroni 1–6: “Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar”


“30 November–6 Disember. Moroni 1–6: ‘Memelihara Mereka di dalam Jalan yang Benar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“30 November–6 Disember. Moroni 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Alma sedang membaptis orang ramai di Perairan Mormon

Minerva Teichert (1888–1976), Alma Baptizes in the Waters of Mormon, 1949–1951, oil on masonite, 35⅞ x 48 inches. Muzium Kesenian Universiti Brigham Young, 1969

30 November–6 Disember

Moroni 1–6

“Untuk Memelihara Mereka pada Jalan yang Benar”

Sebelum anda mula merancang aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak, kaji dengan doa Moroni 1–6, mencari asas dan ayat yang anda rasa mereka perlu difahami.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah belajar tentang Moroni. Anda boleh mengguna “Bab 53: Moroni dan Ajarannya” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 154–55, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org) untuk membantu mereka ingat.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Moroni 4–5

Saya mengambil sakramen untuk menunjukkan bahawa saya akan sentiasa mengingati Yesus Kristus.

Sakramen dapat menjadi pengalaman rohani yang kudus—temasuk untuk kanak-kanak muda. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar menggunakan masa semasa sakramen untuk memikirkan Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar orang sedang mengambil sakramen (lihat Buku Seni Injil , no. 108). Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang berlaku semasa sakramen. Apakah yang kita harus lakukan semasa sakramen?

  • Jemput dua ahli bahagian untuk datang ke kelas untuk membaca Moroni 4:3 dan 5:2 kepada kanak-kanak dan berkongsi kenapa mereka mengambil sakramen setiap minggu. Minta mereka untuk mencadangkan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak untuk membantu mereka berfikir tentang Yesus semasa sakramen dan selalu mengingati Dia.

  • Nyanyi satu lagu yang membantu kanak-kanak berfikir tentang Yesus, seperti “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11). Minta kanak-kanak berlatih untuk duduk dengan ketakziman seperti yang mereka lakukan semasa sakramen.

Moroni 6:1–3

Saya boleh bersedia untuk dibaptiskan.

Gambaran Moroni tentang orang ramai yang dibaptiskan pada zamannya dapat membantu kanak-kanak bersedia untuk menerima tatacara ini yang penting pada hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca frasa dari Moroni 6:1–3 yang mengajarkan siapa yang boleh dibaptiskan. Terangkan istilah yang tidak difahami oleh kanak-kanak. Contohnya, salah satu maksud “hati yang hancur dan roh yang menyesal” adalah untuk rasa bersalah bagi dosa kita (Moroni 6:2). Ceritakan bagaimana anda bersedia untuk dibaptiskan, atau minta seseorang yang baru saja dibaptiskan untuk menjelaskan bagaimana dia bersedia. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh bersedia untuk dibaptiskan suatu hari nanti.

  • Paparkan gambar orang yang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 103, 104), dan biarkan kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka lihat dalam gambar. Bantu mereka perhatikan benda, seperti air dan pakaian putih. Tanyakan kanak-kanak mengapa kita dibaptiskan, dan jelaskan mengapa anda memilih untuk dibaptiskan.

Moroni 6:4–6, 9

Saya diberkati apabila saya pergi ke gereja.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar memahami mengapa kita pergi ke gereja setiap minggu? Moroni 6 memberi beberapa sebab yang penting.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak mengapa mereka suka pergi ke gereja, dan membantu mereka menamakan beberapa perkara yang kita lakukan di gereja. Baca kepada mereka beberapa perkara ini dari Moroni 6:4–6, 9, dan jemput mereka untuk bertindak atau melukis gambar diri mereka melakukan beberapa perkara ini (seperti berdoa, mengkhutbah, menyanyi, dan mengambil sakramen).

  • Bantu kanak-kanak menyanyikan lagu tentang menghadiri gereja. Beritahu kanak-kanak kenapa anda suka pergi ke gereja dan bagaimana ia telah memberkati anda.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Moroni 2–6

Roh Kudus ialah kurnia kudus.

Roh Kudus disebutkan beberapa kali dalam Moroni 2–6. Bagaimanakah anda boleh menggunakan bab ini untuk membantu kanak-kanak memahami bagaimana Roh Kudus dapat membantu mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak mencari setiap ayat dalam Moroni 2–6 yang menyebutkan Roh Kudus atau Roh. Baca setiap ayat ini bersama-sama, dan minta kanak-kanak senaraikan di papan tulis apa yang mereka pelajari tentang Roh Kudus. Bagaimanakah Roh Kudus dapat membantu kita?

  • Ceritakan kepada kanak-kanak tentang masa ketika anda merasakan pengaruh Roh Kudus, sama ada di gereja ataupun di tempat lain. Terangkan bagaimana anda tahu ia adalah Roh Kudus dan bagaimana Dia membantu anda. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada dengan Roh Kudus, dan mendorong mereka untuk mencari pengaruh-Nya.

    wanita muda yang menerima berkat

    Kurnia Roh Kudus diberikan melalui perletakan tangan.

Moroni 4–5

Saya mengambil sakramen untuk menunjukkan bahawa saya akan sentiasa mengingati Yesus Kristus.

Apabila kanak-kanak memahami kekudusan sakramen, mereka lebih cenderung untuk memperlakukannya dengan ketakziman dan merasa dekat dengan Tuhan semasa tatacara ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis frasa dari Moroni 4:3 dan 5:2 pada jalur kertas yang berasingan, dan minta kanak-kanak meletakkan frasa dalam susunan yang betul. Menurut ayat-ayat ini, mengapakah sakramen penting?

  • Jemput kanak-kanak membayangkan bahawa seorang kawan akan datang ke pertemuan sakramen untuk kali pertama. Bagaimanakah mereka akan menjelaskan kepada kawan mereka apakah itu sakramen dan mengapa kita mengambilnya? Galakkan mereka untuk menggunakan Moroni 4:3 dan 5:2 dalam penjelasan mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perkara yang dilakukan oleh keluarga mereka semasa sakramen untuk menjadi takzim dan berfikir tentang Yesus Kristus. Apakah idea-idea lain yang mereka ada? Jemput mereka untuk memilih salah satu idea ini dan menetapkan matlamat untuk menghabiskan lebih banyak masa memikirkan Juruselamat semasa sakramen.

Moroni 6:4–6, 9

Kita pergi ke gereja untuk mengambil sakramen dan saling menyokong satu sama lain.

Kata-kata Moroni dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar mencari tujuan yang lebih besar dalam menghadiri gereja setiap minggu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Mengapa kita pergi ke gereja? di papan tulis, dan minta kanak-kanak menulis jawapan yang sesuai. Jemput mereka untuk mencari jawapan tambahan dalam Moroni 6:4–6, 9 dan tambahkannya ke dalam senarai mereka di papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka diberkati kerana menghadiri gereja. Biarkan mereka berlakon peranan menjelaskan kepada kawan dari agama lain mengapa mereka bersyukur untuk menjadi ahli Gereja.

  • Tunjukkan gambar atau contoh makanan berkhasiat. Mengapakah ia penting untuk memberikan khasiat kepada badan kita? Baca bersama Moroni 6:4, dan tanyakan kanak-kanak apa yang mereka fikirkan maksud frasa “dipelihara oleh firman Tuhan yang baik.” Bagaimanakah firman Tuhan memelihara kita?

  • Jemput salah seorang kanak-kanak membaca petikan berikut daripada Elder Jeffrey R. Holland, dan bincangkan apakah yang dia ajarkan tentang bagaimana kita dapat saling memelihara satu sama lain: “Kebanyakan orang tidak datang ke gereja hanya untuk mencari beberapa fakta baru injil atau untuk melihat kawan lama, walaupun semua itu penting. Mereka datang mencari pengalaman rohani. Mereka mahu kedamaian. Mereka mahu iman mereka diperkuatkan dan harapan mereka diperbaharui. Mereka mahu, secara ringkasnya, dipelihara oleh firman Tuhan yang baik, untuk diperkuatkan oleh kuasa syurga” (“A Teacher Come from God,” Ensign, Mei 1998, 26). Bagaimanakah kita dapat membantu memelihara satu sama lain secara rohani di gereja?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk bercakap dengan keluarga mereka tentang sebab-sebab mereka suka menghadiri gereja setiap minggu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyokong ibu bapa. Mencari dengan doa cara untuk menyokong ibu bapa kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimanakah anda boleh menyokong usaha mereka untuk mengajar injil kepada anak-anak mereka? Sebagai contoh, anda boleh bercakap dengan ibu bapa mengenai keperluan dan kepentingan anak-anak mereka atau berkongsi dengan mereka apa yang anak-anak mereka belajar di kelas.