Perjanjian Baru 2023
Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak


“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2023)

“Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Kanak-kanak sekolah primer sedang menyanyi sambil melakukan gerakan tangan

Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak

Kepada Presidensi Sekolah Primer dan Pemimpin Muzik,

Lagu-lagu Sekolah Primer merupakan cara berkesan untuk membantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi tentang asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

Carilah bantuan Roh apabila anda membuat persiapan untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman mereka di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer. Kanak-kanak dan keluarga mereka akan diberkati oleh usaha setia anda untuk membantu kanak-kanak menyanyikan muzik kudus.

Kami mengasihi anda dan memberi kesyukuran atas pelayanan berdedikasi anda untuk memperkukuhkan dan melindungi kanak-kanak kita yang dikasihi.

Presidensi Umum Sekolah Primer

Arahan untuk Waktu Menyanyi

5 minit (Presidensi Sekolah Primer): Doa pembukaan, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan

20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi

Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu bagi setiap bulan untuk memperkuatkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari dalam kelas dan di rumah mereka. Sebuah senarai lagu yang memperkukuh asas-asas ini dimasukkan dalam panduan ini. Lagu-lagu ini juga dicadangkan dalam panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Apabila anda mengajar lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita dan asas ajaran dari lagu yang anda ajar. Anda boleh kaji semula panduan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer yang kanak-kanak pelajari dalam kelas-kelas mereka. Ini akan membantu anda menjadi peka kepada cerita dan asas yang mereka pelajari supaya anda boleh mempertimbangkan cara untuk menyokong pembelajaran mereka dengan muzik.

Semasa waktu menyanyi, anda juga boleh mengkaji semula lagu yang mereka pelajari sebelumnya dan lagu yang mereka suka nyanyikan. Semasa anda kaji semula, jemput kanak-kanak untuk secara ringkas berkongsi pemikiran dan perasaan mereka mengenai kebenaran yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut.

Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik bagi Sekolah Primer. Lagu rohani dari nyanyian rohani dan lagu dari Friend atau Liahona juga sesuai. Sekali-sekala kanak-kanak boleh menyanyi lagu patriotik atau perayaan yang sesuai untuk hari Ahad dan untuk usia kanak-kanak. Penggunaan muzik lain dalam Sekolah Primer harus mendapat persetujuan lembaga uskup (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.3.4, ChurchofJesusChrist.org).

Gambaran Keseluruhan Sekolah Primer

Pada setiap minggu, Sekolah Primer termasuk:

Waktu menyanyi:25 minit

Peralihan:5 minit

Kelas-kelas:20 minit

Pemimpin bagi Sekolah Primer yang lebih besar boleh membahagikan kanak-kanak ke dalam dua kumpulan di mana satu kumpulan pergi ke kelas Sekolah Primer dan kumpulan kedua menghadiri waktu menyanyi. Kemudian dua kumpulan tersebut akan bertukar tempat. Jika ini berlaku, pemimpin Sekolah Primer perlu mengubahsuai masa yang ternyata di atas untuk menyesuaikan bagi keadaan mereka.

Kanak-kanak Sekolah Primer sedang memegang gambar Yesus

Muzik Cadangan untuk Waktu Menyanyi

Januari

  • Ikut Aku,” Nyanyian Rohani, no. 43

  • Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6

  • Yesus Pernah Kecil Dahulu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 34

Februari

  • Pembaptisan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 54

  • Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 86

  • Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20

Mac

  • Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40

  • Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah,” Nyanyian Rohani, no. 55

  • C’ritakan Padaku Kisah Tentang Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 36

April

  • Iman,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 50

  • Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak

  • Yesus T’lah Bangkit,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 44

Mei

  • Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68

  • K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98

  • Aku Anak Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 2

Jun

  • Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74

  • Lihat Jurus’lamat Mati,” Nyanyian Rohani, no. 80

  • Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 45

Julai

  • Jadi Contoh Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 81

  • Aku Akan Menolongmu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 78

  • Ku Tahu Bapa Hidup,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 8

Ogos

  • Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53

  • Roh Kudus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 55

  • Tuhan B’ri Ku Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 73

September

  • Kami Senang Membantu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 108

  • Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6

  • Dia Hidup Sang Penebusku,” Nyanyian Rohani, no. 53

Oktober

  • Bila Yesus Datang Lagi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 46

  • Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48

  • Ku Ingin Ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99

November

  • Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66

  • Kumohon Petunjuk-Mu Ya Tuhan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 75

  • Kebaikan Mulai Dari Aku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 83

Disember

  • Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 16

  • Memilih Yang Benar,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 82

  • Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53

Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran

1:53

Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak merasakan pengaruh Roh Kudus semasa mereka mempelajari kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh membantu.

Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dengan beberapa kata kunci yang hilang. Kemudian minta kanak-kanak untuk nyanyikan lagu, mendengar kata-kata yang mengisi tempat kosong itu. Semasa mereka mengisi setiap tempat kosong, jemput kanak-kanak untuk berkongsi asas injil yang mereka pelajari daripada perkataan yang hilang itu.

Gunakan petikan dari para pemimpin Gereja. Jemputlah kanak-kanak untuk mendengar sebuah petikan dari seorang pemimpin Gereja yang mengajar asas injil sama dengan lagu Sekolah Primer. Minta mereka untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang membantu mereka memahami kebenaran yang mereka nyanyikan. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah dengar.

Bersaksi. Kongsi kesaksian singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak fahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka memberi kesaksian dan merasai Roh.

Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk membantu anda mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Contohnya, jika anda sedang mengajar lagu “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86), anda boleh letakkan gambar di sekeliling bilik yang menggambarkan perkataan penting dari lagu itu (seperti kurnia, syurga, rumah, bumi, dan lahir). Minta kanak-kanak mengumpul dan memegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul semasa anda menyanyikan lagu itu bersama mereka.

Kongsi satu objek. Anda boleh menggunakan objek yang berkaitan dengan lagu. Contohnya, lagu “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50), bercakap tentang sebiji benih yang kecil. Anda boleh tunjukkan kanak-kanak sebiji benih untuk membantu mereka memahami bahawa sedikit iman kepada Yesus Kristus boleh bertumbuh dari masa ke masa.

Kaitkan lagu itu dengan pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang diajari dalam lagu dengan pengalaman mereka tentang asas-asas itu. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak mengangkat tangan mereka jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka untuk berfikir tentang perasaan yang mereka rasai apabila melihat bait suci.

Tanya soalan. Terdapat banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyikan lagu-lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk memikirkan soalan-soalan yang dijawab oleh lagu itu.

Mendengar jawapan. Minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada soalan-soalan seperti “siapa?” “apa?” “di mana?” “bila?” atau “kenapa?” Contohnya, dalam lagu “Pembaptisan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 54), mereka boleh mendengar siapa yang membaptiskan Yesus dan di mana, bila, bagaimana dan kenapa Dia telah dibaptis. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk cuba mendengar kata-kata kunci atau mengira dengan jari berapa kali mereka menyanyikan satu kata.

kanak-kanak sedang menyanyi di pertemuan sakramen

Membantu Kanak-kanak Belajar dan Mengingati Lagu-lagu Sekolah Primer dan Nyanyian Rohani

Kanak-kanak belajar lagu dengan mendengar dan menyanyi berulang kali. Selalu nyanyikan seni kata lagu baru kepada kanak-kanak—jangan hanya membaca atau menyebutnya. Ini membantu kanak-kanak mengaitkan melodi dengan kata-kata itu. Selepas sebuah lagu diajarkan, ulangkaji lagu itu dengan pelbagai cara seronok sepanjang tahun. Di bawah adalah beberapa idea untuk membantu kanak-kanak belajar dan mengulang kaji lagu-lagu.

Mencipta poster. Paparkan poster dengan kata-kata dari setiap rangkap atau gambar yang menjelaskan kata-kata itu. Semasa kanak-kanak menyanyi, tutup beberapa kata atau gambar sehingga mereka dapat menyanyi semua rangkap tanpa melihat poster. Anda juga boleh meminta kanak-kanak untuk membantu anda mencipta poster.

Tunjukkan nada suara Untuk membantu kanak-kanak mempelajari melodi lagu, angkat tangan secara mendatar, dan semasa anda menyanyi kata-kata, angkat tangan untuk menunjukkan nada suara tinggi dan turunkan tangan untuk menunjukkan nada suara rendah.

Meniru kata-kata. Jemput kanak-kanak untuk menyanyi kembali apa yang anda nyanyikan. Nyanyikan kepada kanak-kanak satu frasa pendek atau satu baris, dan kemudian suruh mereka nyanyi semula kepada anda.

Gunakan variasi. Nyanyikan lagu-lagu dengan pelbagai cara, misalnya bisikan, berdengung, tepuk tangan mengikut rentak, irama berlainan, atau menyanyi sambil duduk atau berdiri.

Nyanyi secara berkumpulan. Berikan setiap kelas atau individu satu frasa untuk dinyanyikan sambil berdiri, dan kemudian minta mereka bertukar frasa sehingga setiap kelas atau individu berpeluang menyanyikan setiap frasa itu.

Gunakan gerakan tangan. Minta kanak-kanak untuk memikirkan gerakan tangan untuk membantu mereka mengingati kata-kata dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyikan “Hormatlah, Tenanglah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 11), anda boleh menjemput kanak-kanak untuk memeluk badan, menunduk kepala, dan menyentuh dada ketika mereka menyanyikan ayat-ayat yang berkaitan dalam lagu itu.

Perempuan menyanyi, lelaki menyanyi: Lukiskan gambar seorang lelaki dan perempuan, tampal atau lekat gambar-gambar pada batang kayu yang berasingan. Ketika mempelajari lagu semula, angkat salah satu gambar itu untuk menunjukkan siapa harus menyanyi bahagian lagu itu.

Padankan gambar kepada frasa. Tuliskan setiap baris lagu pada helaian kertas berbeza, dan carikan gambar yang menjelaskan setiap baris. Letakkan gambar pada satu bahagian dalam bilik dan helaian kertas pada bahagian bilik lain. Nyanyikan lagu dan minta kanak-kanak untuk padankan gambar dengan kata-kata itu.

Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen Kanak-kanak

3:3

Di bawah arahan uskup, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke empat setiap tahun. Sebagai presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, cuba bertemu pada awal tahun dengan penasihat lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk memulakan perbincangan rancangan pembentangan tersebut. Apabila anda telah melengkapkan rancangan itu, sila dapatkan kelulusan bagi rancangan itu.

Pembentangan itu seharusnya memberi kanak-kanak peluang untuk menyampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Perjanjian Baru di rumah dan dalam Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyikan sepanjang tahun. Pertimbangkan dengan penuh doa asas-asas dan lagu-lagu injil yang menyokong pembelajaran mereka. Sepanjang tahun, simpankan nota ucapan kanak-kanak dan pengalaman peribadi untuk kegunaan yang mungkin dalam pembentangan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat suci, cerita, dan kesaksian dalam pembentangan. Apabila anda merancangkan pembentangan, fikirkan cara membantu jemaah untuk tumpukan kepada Bapa Syurgawi dan Juruselamat serta ajaran Mereka.

Unit-unit gereja dengan bilangan kanak-kanak yang kecil boleh memikirkan cara-cara di mana ahli keluarga dapat menyertai bersama dengan kanak-kanak mereka. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.

Semasa anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:

  • Latihan-latihan tidak harus mengambil masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.

  • Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.

Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.2.1.2, ChurchofJesusChrist.org.