Perjanjian Baru 2023
Lampiran B: Menyediakan Kanak-kanak untuk Kekal pada Jalan Perjanjian Tuhan Seumur Hidup


“Lampiran B: Menyediakan Kanak-kanak untuk Kekal pada Jalan Perjanjian Tuhan Seumur Hidup,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“Lampiran B,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023

Lampiran B

Menyediakan Kanak-kanak untuk Kekal pada Jalan Perjanjian Tuhan Seumur Hidup

Dalam bulan-bulan yang mengandungi lima hari Ahad, pengajar Sekolah Primer digalakkan untuk menggantikan garis panduan yang dijadualkan dalam Ikutlah Aku bagi Ahad kelima dengan salah satu aktiviti-aktiviti pembelajaran tersebut.

Asas dan Tatacara Injil Yesus Kristus

Ajaran Kristus mengajar kita bagaimana untuk kembali kepada Tuhan.

Apabila Yesus Kristus muncul kepada orang-orang di Benua Amerika, Dia mengajar mereka ajaran-Nya. Dia berkata bahawa kita boleh memasuki kerajaan Tuhan jika kita memiliki iman, bertaubat, dibaptiskan, menerima Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir (lihat 3 Nefi 11:31–40; Ajaran dan Perjanjian 20:29). Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu anda mengajar kanak-kanak bahawa asas dan tatacara ini akan membantu kita mendekati Juruselamat sepanjang hidup kita.

Untuk mempelajari lebih lanjut tentang ajaran Kristus, lihat 2 Nefi 31.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak gambar yang mewakili iman kepada Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan (lihat Buku Seni Injil, 1, 111, 103, dan 105). Baca atau lafazkan fasal kepercayaan keempat bersama kanak-kanak, dan minta mereka untuk mengangkat gambar-gambar mereka apabila asas atau tatacara berkaitan disebutkan. Bantu kanak-kanak memahami bagaimana setiap asas dan tatacara tersebut membantu kita menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa iman, pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan bukan peristiwa yang berlaku hanya satu kali tetapi mempengaruhi perkembangan rohani kita sepanjang hidup kita? Contohnya, anda boleh tunjukkan kepada mereka satu gambar benih dan sebatang pokok besar (atau lukiskan benda-benda ini di papan tulis). Bantu mereka fikirkan perkara-perkara yang membantu benih tumbuh menjadi pokok besar, seperti air, tanah dan cahaya matahari. Bantu mereka melihat bahawa ini adalah seperti perkara yang kita lakukan untuk mendekati Tuhan sepanjang hidup kita—membina iman kita kepada Yesus Kristus, bertaubat setiap hari, mentaati perjanjian pembaptisan kita, dan mendengar Roh Kudus.

  • Mengapakah kita berasa bahagia apabila kita bertaubat? Kongsi dengan kanak-kanak kebahagiaan dan kasih yang anda telah rasakan ketika anda meminta Bapa Syurgawi untuk mengampuni anda.

Pembaptisan

Yesus Kristus menjadi teladan bagi saya apabila Dia dibaptiskan.

Walaupun Yesus tanpa dosa, Dia dibaptiskan sebagai teladan sempurna akan kepatuhan-Nya kepada Bapa Syurgawi (lihat 2 Nefi 31:6–10).

Untuk belajar lebih tentang pembaptisan, lihat Ajaran dan Perjanjian 20:37.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar pembaptisan Juruselamat dan pembaptisan orang lain (atau lihat Buku Seni Injil, no.35 dan no.103 atau no.104). Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang berbeza dan apa yang sama di antara dua gambar itu. Baca bersama Matius 3:13–17 atau “Bab 10: Yesus Dibaptiskan” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 26–29. Biarkan kanak-kanak menunjuk kepada perkara-perkara dalam gambar-gambar yang disebutkan dalam pembacaan atau video. Beritahu kanak-kanak tentang kasih anda terhadap Juruselamat dan keinginan anda untuk mengikuti-Nya.

  • Dengar atau nyanyikan satu lagu tentang pembaptisan. Apakah yang kita pelajari mengenai pembaptisan dari lagu itu? Baca 2 Nefi 31:9–10, dan jemput kanak-kanak untuk mendengar mengapa Yesus Kristus dibaptiskan. Jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka pada hari pembaptisan mereka.

Saya boleh memilih untuk membuat perjanjian dengan Tuhan dan dibaptiskan.

Persediaan untuk pembaptisan adalah lebih bermakna daripada persediaan untuk satu majlis. Ia bermaksud bersedia untuk membuat perjanjian dan kemudian mentaati perjanjian itu seumur hidup. Renungkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak memahami perjanjian yang mereka akan buat dengan Bapa Syurgawi apabila mereka dibaptiskan, ini termasuk janji-janji Dia kepada mereka dan janji-janji yang mereka buat kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa perjanjian adalah satu janji antara seseorang dan Bapa Syurgawi. Semasa kita berusaha untuk mentaati janji-janji kita kepada Tuhan, Tuhan berjanji untuk memberkati kita. Tulis pada papan tulis Janji-janji Saya Kepada Tuhan dan Janji-janji Tuhan kepada Saya. Baca Mosia 18:10, 13 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37 bersama, dan bantu kanak-kanak senaraikan janji-janji yang mereka temui di bawah tajuk yang berkenaan. Kongsi bagaimana Bapa Syurgawi telah memberkati anda semasa anda berusaha untuk mentaati perjanjian pembaptisan anda.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak, gambar hal-hal yang Yesus Kristus lakukan ketika Dia berada di bumi (untuk contoh, lihat Buku Seni Injil, nombor 33–49). Minta kanak-kanak ceritakan apa yang Yesus sedang lakukan dalam setiap gambar. Baca Mosia 18:8–10, 13, dan jemput kanak-kanak untuk memberi perhatian kepada hal-hal yang mereka berjanji akan lakukan apabila mereka dibaptiskan. Bagaimanakah janji-janji ini mempengaruhi tindakan kita setiap hari? Jemput kanak-kanak untuk lukiskan satu gambar diri mereka sedang membantu seseorang sepertimana Yesus akan lakukan. Atau anda boleh membuat satu lencana mudah dengan nama Juruselamat di atasnya untuk kanak-kanak pakai.

    Imej
    seorang budak lelaki dibaptiskan

    Apabila kita dibaptiskan, kita membuat janji dengan Tuhan dan Dia membuat janji kepada kita.

Penetapan

Apabila saya ditetapkan, saya menjadi seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Menjadi seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir membawa banyak berkat, termasuklah peluang untuk kanak-kanak menjadi peserta aktif dalam pekerjaan Tuhan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang penetapan dan kurnia Roh Kudus, lihat Gary E. Stevenson, “Bagaimana Roh Ludus Membantu Kamu?,” Liahona, Mei 2017, 117–20.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seseorang yang baru dibaptiskan dan ditetapkan untuk datang ke kelas dan berkongsi bagaimana perasaannya ketika ditetapkan. Apakah maknanya bagi orang ini untuk menjadi ahli gereja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir? Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka boleh mentaati perjanjian pembaptisan mereka sebagai ahli Gereja (seperti melayani orang lain, menjemput orang lain untuk belajar lebih tentang Yesus, berdoa dalam pertemuan, dan sebagainya). Kongsi bagaimana melakukan perkara-perkara ini telah membantu anda merasai kebahagiaan sebagai seorang ahli Gereja Kristus.

  • Tunjukkan gambar orang-orang di Perairan Mormon (lihat Buku Seni Injil, no.76), dan minta kanak-kanak untuk ceritakan apa yang mereka lihat dalam gambar itu. Kongsi cerita Alma dan orang-orangnya dibaptiskan (lihat Mosia 18:1–17 atau “Bab 15: Alma Mengajar dan MembaptisCerita-cerita Kitab Mormon, 43–44). Kaji semula Mosia 18:8–9 dan jemput kanak-kanak untuk melakukan aksi-aksi yang akan membantu mereka mengingati hal-hal yang orang rela lakukan sebagai ahli Gereja Kristus. Kongsi satu pengalaman apabila anda telah menyaksikan ahli-ahli Gereja melayani dengan cara ini.

Apabila saya ditetapkan, saya menerima kurnia Roh Kudus.

Apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan, Bapa Syurgawi berjanji bahawa “agar [kita] boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama [kita].” [Ajaran dan Perjanjian 20:77]. Kurnia ini yang menakjubkan daripada Tuhan dipanggil kurnia Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 33:15, dan minta kanak-kanak untuk memberi perhatian kepada kurnia istimewa yang Bapa Syurgawi berikan kepada kita apabila kita dibaptiskan dan ditetapkan. Untuk membantu mereka belajar lebih lanjut tentang bagaimana kurnia Roh Kudus akan membantu, kaji semula bersama Yohanes 14:26; Galatia 5:22–23; 2 Nefi 32:5; 3 Nefi 27:20.

  • Sebelum kelas, minta salah satu atau lebih ibu bapa kepada kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah diberkati kerana mereka mempunyai kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah Dia membantu mereka? Bagaimanakah mereka mendengar suara-Nya?

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang Roh Kudus, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Bantu kanak-kanak fahami bahawa lagu itu mengajar kita bagaimana Roh Kudus boleh membantu kita.

Roh Kudus boleh berucap kepada saya dalam pelbagai cara.

Kanak-kanak yang boleh mengenali suara Roh akan bersedia untuk menerima wahyu peribadi yang akan membimbing mereka sepanjang hidup. Ajar mereka bahawa terdapat banyak cara Roh Kudus boleh berbicara kepada kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fikirkan pelbagai cara kita boleh bercakap dengan kawan yang tinggal jauh, seperti menulis surat, menghantar e-mel, atau bercakap dalam telefon. Ajar mereka bahawa Bapa Syurgawi boleh bercakap kepada kita melalui Roh Kudus.

  • Kongsi pengalaman ketika Roh Kudus berkomunikasi dengan anda, sama ada melalui fikiran dalam minda atau melalui suatu perasaan dalam hati anda (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:22–23; 8:2–3). Bersaksi kepada kanak-kanak bahawa Roh Kudus dapat membantu mereka dengan cara yang sama.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan saat-saat mereka mungkin merasai Roh—contohnya, ketika menyanyikan satu lagu tentang Juruselamat atau ketika melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain. Bantu mereka mengenali perasaan rohani yang Roh Kudus bawa. Mengapakah Roh Kudus memberi kita perasaan tersebut? Bantu kanak-kanak fikirkan perkara-perkara yang kita perlu lakukan untuk mendengar Roh Kudus berbicara kepada kita. Bincangkan apa yang anda lakukan untuk mendengar Roh dengan lebih jelas.

Sakramen

Apabila saya mengambil sakramen, saya mengingati pengorbanan Juruselamat dan memperbaharui perjanjian saya.

Juruselamat memberi kita sakramen untuk membantu kita mengingati pengorbanan-Nya untuk kita dan memperbaharui perjanjian kita. Oleh kerana tatacara mingguan ini, kita boleh terus menikmati berkat-berkat pembaptisan kita sepanjang hidup.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Matius 26:26–30; 3 Nefi 18:1–12; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta mereka menunjuk dengan jari kepada fikiran orang dalam gambar. Baca kepada kanak-kanak sebahagian dari 3 Nefi 18:1–12 atau “Bab 45: Yesus Kristus Mengajar tentang Sakramen dan Doa,” Cerita-cerita Kitab Mormon. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memikirkan Yesus Kristus semasa sakramen?

  • Minta kanak-kanak untuk memberitahu anda beberapa perkara yang mereka harus selalu ingat untuk lakukan, seperti mengikat tali kasut atau mencuci tangan sebelum makan. Mengapakah ia penting untuk mengingati perkara-perkara tersebut? Baca Moroni 4:3 kepada kanak-kanak, dan jemput mereka untuk mendengar apa yang kita berjanji untuk selalu ingati ketika kita mengambil sakramen. Mengapakah ia penting untuk mengingati Yesus Kristus? Bantu kanak-kanak memahami bagaimana roti dan air sakramen membantu kita mengingati apa yang Yesus telah lakukan untuk kita (lihat Moroni 4:3; 5:2).

  • Tulis pada papan tulis “Saya berjanji untuk .” Baca doa sakramen kepada kanak-kanak (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Apabila mereka mendengar janji yang kita buat kepada Tuhan, berhenti dan bantu mereka lengkapkan ayat di papan tulis dengan janji yang mereka telah dengar. Bantu mereka fahami bahawa apabila kita mengambil sakramen, kita membuat janji-janji yang sama seperti yang kita buat pada pembaptisan.

  • Apakah ertinya untuk mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus? Untuk membantu kanak-kanak menjawab soalan ini, kongsi contoh sesuatu yang kita letakkan nama kita. Mengapakah kita meletakkan nama kita pada benda-benda tersebut? Mengapakah Yesus Kristus mahu meletakkan nama-Nya ke atas diri kita? Pertimbangkan untuk berkongsi penjelasan ini daripada Presiden Russell M. Nelson: “Mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita termasuk memaklumkan dan bersaksi kepada orang lain—melalui tingkah laku dan kata-kata kita—bahawa Yesus adalah Kristus” (“Nama Gereja yang Betul,” Liahona, Nov. 2018, 88).

Kuasa, Wewenang dan Kunci-kunci Imamat

Tuhan memberkati anak-anak-Nya melalui kuasa imamat.

Semua anak Tuhan—perempuan dan lelaki, muda dan tua—menerima kuasa Tuhan semasa mereka mentaati perjanjian yang mereka telah buat dengan-Nya. Kita membuat perjanjian-perjanjian ini apabila kita menerima tatacara imamat seperti pembaptisan (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 3.5, ChurchofJesusChrist.org).

Untuk mempelajari lebih lanjut, lihat Russell M. Nelson, “Harta Karun,” Nov. 2019, 76–79; “Asas-asas Imamat,” bab 3 dalam Buku Panduan Umum.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak melihat berkat-berkat yang mereka terima kerana imamat. Pertimbangkan untuk menulis berkat-berkat tersebut di papan tulis. Mengapakah berkat-berkat itu penting bagi kita? Bersaksi bahawa berkat-berkat ini datang kepada kita kerana Yesus Kristus dan kuasa imamat-Nya.

  • Tulis tajuk berikut di papan tulis: kuasa Tuhan dan kuasa dan wewenang Tuhan yang diberikan kepada manusia di bumi. Minta kanak-kanak letakkan gambar-gambar di bawah tajuk pertama yang membantu kita faham bagaimana Tuhan telah menggunakan kuasa-Nya untuk memberkati kita, seperti mencipta dunia, membimbing dan mengarah kita, menunjukkan kepada kita bahawa Dia mengasihi dan mengenali kita, dan mendengar dan menjawab doa kita (lihat Buku Seni Injil, no. 3, 68, 90, 111). Minta mereka untuk meletakkan gambar di bawah tajuk kedua yang membantu kita memahami bagaimana lelaki yang layak di bumi menggunakan kuasa dan wewenang Tuhan untuk memberkati kita, seperti memberkati mereka yang sakit, membaptis, menetap, melaksanakan sakramen, dan memeteraikan keluarga (lihat Buku Seni Injil, no. 46, 104, 105, 107, 120). Kongsi mengapa anda bersyukur untuk imamat dan berkat-berkat yang diperoleh darinya.

  • Salah satu cara utama kita menerima berkat kuasa Tuhan dalam hidup kita adalah melalui tatacara imamat (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:20). Untuk membantu kanak-kanak mempelajari kebenaran ini, anda boleh menyenaraikan tulisan suci berikut di papan tulis: 3 Nefi 11:21–26, 33 (pembaptisan); Moroni 2 (penetapan); Moroni 4–5 (sakramen). Kanak-kanak boleh memilih salah satu ayat ini dan mengenal pasti tatacara yang digambarkan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah diberkati kerana menerima tatacara imamat.

  • Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka akan menerima kuasa daripada Tuhan semasa mereka dibaptiskan dan mentaati perjanjian pembaptisan mereka. Tanya kanak-kanak bagaimana kuasa ini dapat membantu mereka.

Kerja Tuhan diarahkan melalui kunci-kunci imamat dan dicapai melalui wewenang imamat.

Para ahli Gereja lelaki yang layak boleh ditahbiskan ke jawatan imamat. Sebagai tambahan, apabila seseorang ditetapkan untuk satu panggilan atau ditugaskan untuk membantu dalam kerja Tuhan, dia boleh menggunakan wewenang imamat yang diwakilkan. Semua penggunaan wewenang imamat dalam Gereja diarahkan oleh individu-individu yang memegang kunci-kunci imamat, seperti presiden pancang, uskup, dan presiden kuorum. Kunci-kunci imamat adalah wewenang untuk mengarahkan penggunaan imamat dalam kerja Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca dengan kanak-kanak Markus 3:14–15, dan tunjukkan kepada mereka satu gambar peristiwa yang digambarkan (seperti Buku Seni Injil, no.38). Tanya kanak-kanak jika mereka pernah melihat seseorang ditahbiskan ke jawatan imamat atau ditetapkan untuk panggilan (atau beritahu mereka tentang pengalaman anda). Bagaimanakah ia serupa dengan apa yang Juruselamat lakukan dengan para Rasul-Nya? Bantu kanak-kanak senaraikan di papan tulis jawatan imamat atau panggilan yang boleh diberikan kepada ahli-ahli Gereja, seperti pengajar atau pemimpin dalam suatu organisasi. Di sebelah setiap pejabat atau panggilan, anda boleh menulis apakah wewenang yang seseorang dengan jawatan atau panggilan itu punyai. Beritahu kanak-kanak bagaimana penetapan oleh seseorang di bawah arahan kunci-kunci imamat telah membantu anda melayani.

  • Jemput kanak-kanak untuk fikirkan sesuatu yang memerlukan kunci, seperti kereta atau pintu. Apakah yang akan berlaku jika anda tidak mempunyai kunci itu? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 65:2, dan kongsi kesaksian anda tentang kepentingan kunci-kunci imamat itu di bumi.

  • Jemput dia untuk menghuraikan tanggungjawab-tanggungjawabnya. Apakah bahagian pekerjaan Tuhan yang dia pimpin? Bagaimanakah Juruselamat membantu dia?

Bait Suci dan Rancangan Kegembiraan

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

Bait suci adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak Dia. Di bait suci, kita membuat perjanjian kudus dengan Dia, dianugerahi dengan kuasa imamat, menerima wahyu, melaksanakan tatacara-tatacara bagi nenek moyang kita yang sudah mati, dan dimeteraikan kepada keluarga kita untuk keabadian. Semua ini boleh terjadi kerana Yesus Kristus dan korban tebusan-Nya.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar mengenali kekudusan rumah Tuhan dan menyediakan diri mereka supaya layak untuk mengambil bahagian dalam tatacara-tatacara bait suci? Pertimbangkan untuk mengkaji semula sumber-sumber berikut: Ajaran dan Perjanjian 97:15–17; Russell M. Nelson, “Ucapan Penutup,” Liahona, Nov. 2019, 120–22.

Imej
remaja di luar bait suci

Bait suci adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk anak-anak Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan satu atau lebih gambar bait suci. Tanya kanak-kanak apakah yang menjadikan bait suci satu tempat yang istimewa. Tunjukkan bahawa pada setiap bait suci ialah tulisan ini: “Kekudusan bagi Tuhan: Rumah Tuhan.” Tanya kanak-kanak apakah maksud “Kekudusan bagi Tuhan”. Mengapakah bait suci dipanggil rumah Tuhan? Apakah yang ayat ini ajarkan kita tentang Juruselamat? Jika kanak-kanak telah pergi ke bait suci, mereka juga boleh berkongsi bagaimana perasaan mereka ketika mereka berada di sana. Jika anda pernah ke bait suci, kongsi bagaimana anda telah merasai hadirat Tuhan di sana, dan bincangkan mengapa bait suci adalah satu tempat yang kudus bagi anda.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 97:15–17. Minta kanak-kanak untuk mencari apa yang Tuhan harapkan daripada mereka yang memasuki rumah kudus-Nya. Mengapakah kita perlu layak untuk memasuki rumah-Nya? Sebagai sebahagian daripada perbualan ini, bincang dengan kanak-kanak tentang kad rekomen bait suci, termasuklah bagaimana untuk menerimanya. Anda boleh menjemput seorang ahli lembaga uskup untuk berkongsi dengan mereka tentang temu duga kad rekomen bait suci dan soalan-soalan yang akan ditanya.

Di dalam bait suci, kita membuat perjanjian dengan Tuhan.

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan, “Yesus Kristus menjemput kita untuk mengambil jalan perjanjian kembali ke Ibu Bapa Syurgawi kita dan bersama orang yang kita kasihi.” (“Ikutlah Aku,” Liahona, Mei 2019, 91). Bantu kanak-kanak faham bahawa jalan perjanjian termasuk pembaptisan, penetapan, dan anugerahan dan pemeteraian bait suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membantu anda mengkaji semula perjanjian yang kita buat dengan Tuhan apabila kita dibaptiskan dan memperbaharui ketika kita mengambil sakramen (lihat Mosia 18:10; Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Tunjukkan satu gambar bait suci dan jelaskan bahawa Bapa Syurgawi mempunyai lebih banyak berkat yang Dia ingin berikan kepada kita di bait suci.

  • Lukiskan satu pintu gerbang yang menuju ke suatu jalan. Tanya kanak-kanak mengapakah ia membantu untuk mempunyai satu jalan untuk berjalan di atasnya. Baca bersama 2 Nefi 31:17–20, di mana Nefi mengumpamakan perjanjian pembaptisan dengan pintu gerbang dan menjemput kita untuk terus berada pada jalan itu selepas pembaptisan. Terdapat lebih banyak perjanjian untuk dibuat selepas pembaptisan, termasuklah perjanjian-perjanjian yang dibuat di bait suci. Jelaskan bahawa Presiden Nelson telah memanggil jalan ini “jalan perjanjian.”

Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan bagi pihak moyang yang telah meninggal.

Injil Yesus Kristus membolehkan semua anak Tuhan kembali untuk hidup bersama-Nya, termasuklah mereka yang telah mati tanpa mengetahui injil. Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus bagi pihak mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi suatu ketika apabila seseorang melakukan sesuatu yang anda tidak boleh lakukan untuk diri anda sendiri. Jemput kanak-kanak kongsi pengalaman yang serupa. Jelaskan bahawa apabila kita pergi ke bait suci, kita boleh menerima tatacara-tatacara kudus seperti pembaptisan bagi orang lain yang telah meninggal dunia. Bagaimanakah kita menjadi seperti Yesus ketika kita sedang melakukan kerja untuk orang yang telah meninggal? Apakah yang Juruselamat telah buat untuk kita yang kita tidak boleh lakukan untuk diri kita sendiri?

  • Jemput seorang atau lebih remaja yang telah dibaptiskan bagi pihak nenek moyang mereka untuk berkongsi pengalaman mereka. Tanyakan mereka bagaimanakah perasaan mereka ketika berada di dalam bait suci. Galakkan mereka untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka ketika melakukan kerja untuk nenek moyang mereka.

  • Lukiskan satu pohon pokok di papan tulis, termasuklah akar dan cabang. Minta kanak-kanak untuk memikirkan bagaimana sebuah keluarga adalah seperti sepohon pokok. Labelkan akar Moyang, labelkan cabang-cabang Keturunan, dan labelkan batang pokok Anda. Baca bersama ayat ini dari Ajaran dan Perjanjian 128:18: “Kerana kita tanpa mereka [nenek moyang kita] tidak dapat dijadikan sempurna; begitu juga dengan mereka tanpa kita tidak dapat dijadikan sempurna.” Tanya soalan-soalan seperti berikut: “Mengapakah kita memerlukan nenek moyang kita? Mengapakah keturunan kita memerlukan kita? Bagaimanakah ibu bapa, datuk nenek, dan nenek moyang telah membantu kita?” Jemput kanak-kanak untuk mencari seluruh Ajaran dan Perjanjian 128:18 untuk satu frasa yang menggambarkan bagaimana kita boleh membantu nenek moyang kita.

  • Pertimbangkan untuk bekerjasama dengan ibu bapa setiap kanak-kanak bagi mencari satu nama nenek moyang untuk kanak-kanak itu bawa ke bait suci (lihat FamilySearch.org).

Cetak