Perjanjian Baru 2023
25–31 Disember. Wahyu 15–22: “Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini Daripada-Ku”


“25–31 Disember. Wahyu 15–22: ‘Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“25–31 Disember. Wahyu 15–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus Kristus menyapa orang-orang pada Kedatangan Kedua-Nya

The City Eternal [Bandar Abadi], oleh Keith Larson

25–31 Disember

Wahyu 15–22

“Sesiapa Yang Menang Akan [Mewarisi] Hak Ini Daripada-Ku”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, gunakan pengalaman anda mengkaji Wahyu 15–22 secara peribadi atau bersama keluarga anda. Apa perkara menonjol bagi anda? Apakah tanggapan yang anda terima? Ingat bahawa semua aktiviti yang dicadangkan dalam panduan ini boleh disesuaikan untuk kanak-kanak pada sebarang umur.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk kongsi kenapa mereka ingin tinggal bersama Bapa Syurgawi sekali lagi. Sepanjang pelajaran, bantu mereka untuk mencari perkara yang mereka boleh buat untuk bersedia kembali kepada Dia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Wahyu 15:2–4

Saya boleh memuji Tuhan dengan menyanyi.

Para Orang suci yang Yohanes gambarkan dalam Wahyu 15:2–4 menyanyikan pujian kepada Tuhan kerana kebaikan-Nya. Apakah lagu pujian yang dapat membantu kanak-kanak menyatakan kasih mereka kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca dengan kuat sebahagian Wahyu 15:2–4, minta kanak-kanak melakukan tindakan seperti berpura-pura memainkan hap atau mengarahkan koir. Bagaimanakah perasaan kita ketika kita menyanyi tentang Yesus?

  • Minta kanak-kanak untuk berkongsi beberapa lagu kegemaran mereka tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Nyanyikan beberapa lagu bersama, dan bantu kanak-kanak fahami apa yang lagu-lagu itu ajarkan kita tentang Bapa Syurgawi dan Juruselamat.

Wahyu 19:7

Saya boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus dengan memilih yang benar.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak untuk fahami bahawa Kedatangan Kedua akan menjadi peristiwa yang gembira bagi kita jika kita mengikuti perintah Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak jika mereka pernah ke majlis perkahwinan. Apakah pengalaman mereka? Mengapakah orang ramai gembira di majlis perkahwinan? Paparkan gambar Kedatangan Kedua Juruselamat dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan baca Wahyu 19:7. Jelaskan bahawa “perkahwinan Anak Domba” mewakili Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Mengapakah kita akan bersukacita apabila Juruselamat datang lagi? Bantu kanak-kanak membandingkan kebahagiaan perkahwinan dengan kebahagiaan kepulangan Juruselamat.

  • Kongsi dengan kanak-kanak kenapa anda menantikan Kedatangan Kedua Yesus. Anda juga boleh nyanyi bersama sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46).

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi apa yang mereka buat untuk bersedia untuk gereja setiap hari Ahad. Mengapa kita melakukan perkara ini sebelum kita datang ke gereja? Mengapa kita perlu bersedia bagi Kedatangan Kedua Kristus? Pada halaman aktiviti minggu ini, minta kanak-kanak melukis apa yang mereka boleh lakukan untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua.

Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2

Bapa Syurgawi ingin saya hidup bersama Dia di kerajaan selestial.

Dalam dua bab terakhir Wahyu, Yohanes gunakan bahasa yang indah untuk menggambarkan kemuliaan selestial yang orang beriman akan nikmati.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak melukis pokok yang digambarkan dalam Wahyu 22:2 pada papan tulis. Terangkan bahawa ini adalah pokok kehidupan, dan buahnya mewakili kasih Tuhan (lihat 1 Nefi 11:21–22). Berikan kanak-kanak helaian kertas yang menyerupai buah-buahan, dan jemput mereka untuk melukis di atas buah tersebut sesuatu yang bantu mereka merasai kasih Bapa Syurgawi. Jelaskan bahawa mereka yang mengasihi dan mematuhi Bapa Syurgawi akan hidup bersama-Nya di kerajaan selestial.

  • Kongsi dengan kanak kanak beberapa imej atau butiran yang Yohanes gunakan untuk menerangkan kemuliaan selestial (lihat Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2), dan jemput kanak-kanak untuk melukis gambar perkara ini.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu yang mengajar bagaimana kita boleh bersedia untuk kembali ke hadirat Tuhan, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86). Jemput kanak-kanak untuk mengenalpasti apa yang mereka boleh lakukan untuk hidup dengan Bapa Syurgawi semula.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Wahyu 19:7–8

Saya boleh bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus dengan memilih yang benar.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak untuk fahami bahawa Kedatangan Kedua Yesus Kristus akan menjadi peristiwa yang gembira bagi yang soleh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Wahyu 19:7–8, dan bantu kanak-kanak faham maksud ayat-ayat ini—perkahwinan ialah Kedatangan Kedua Juruselamat, Domba ialah Juruselamat, dan isteri-Nya ialah Gereja (kita semua). Perkara apa yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi kepulangan Juruselamat?

  • Kaji dan hafal Fasal-Fasal Kepercayaan 1:10 dengan kanak-kanak. Terangkan bahawa fasal-fasal kepercayaan ini menerangkan peristiwa yang mengujakan dan mulia yang akan berlaku apabila Yesus datang semula. Paparkan gambar Kedatangan Kedua Yesus dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk melukis apa yang mereka bayangkan tentang Kedatangan Kedua Yesus.

Wahyu 20:12–13

Saya akan dihakimi oleh Tuhan.

Kita semua akan berdiri di hadapan Tuhan untuk dihakimi. Anda boleh bantu kanak-kanak fahami bahawa penghakiman-Nya adalah adil, dan penuh belas kasihan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis Apakah yang akan berlaku pada Hari Penghakiman? Jemput kanak-kanak untuk mencari jawapan kepada soalan dalam Wahyu 20:12–13 dan dalam “Penghakiman, Terakhir” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang Juruselamat telah lakukan agar Hari Penghakiman boleh menjadi hari yang menggembirakan? (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:3–4). Apakah yang kita boleh lakukan supaya ia adalah hari yang menggembirakan bagi kita?

    Imej
    Yesus bersama orang-orang dalam cahaya di sebelah kanan-Nya dan orang-orang dalam kegelapan di kiri-Nya

    The Last Judgement [Penghakiman Terakhir], oleh John Scott

  • Bawa ke kelas sebuah buku nota yang mewakili “kitab orang hidup” (Wahyu 20:12), di mana anda telah menulis beberapa sifat seperti Kristus dan perbuatan baik kanak-kanak dalam kelas anda. Baca kepada kanak-kanak perkara yang anda tulis, dan jemput mereka untuk bercakap tentang sifat-sifat seperti Kristus yang mereka telah lihat dalam satu sama lain. Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus membantu kita menjadi lebih seperti Dia dan menyediakan satu cara bagi kita untuk bertaubat dan mengatasi dosa.

Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2, 17

Bapa Syurgawi ingin saya hidup bersama Dia di kerajaan selestial.

Semasa anda membaca gambaran Yohanes tentang kemuliaan selestial dalam Wahyu 21–22, apakah yang menonjol kepada anda? Apakah yang anda rasa terilham untuk berkongsi dengan kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari ayat-ayat berikut untuk perkataan atau frasa yang Yohanes gunakan untuk menggambarkan kemuliaan selestial: Wahyu 21:1, 3–4, 22–27; 22:1–2. Minta mereka memilih sesuatu dalam ayat-ayat ini yang mereka ingin lukis. Kemudian mereka boleh bercakap tentang lukisan mereka kepada kelas. Galakkan mereka untuk tunjukkan lukisan mereka kepada keluarga mereka di rumah.

  • Baca bersama Wahyu 22:17, dan terangkan bahawa pengantin yang berkata “Marilah” ialah Gereja. Sebagai ahli Gereja, siapakah yang kita ingin jemput untuk “datang”? (lihat Moroni 10:30–33). Apakah “kehausan” yang mungkin dialami oleh orang di sekeliling kita? Apakah beberapa cara baik untuk menjemput orang untuk “Marilah”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak untuk mempersiapkan diri untuk membaca Kitab Mormon tahun depan dengan menjemput mereka meminta seorang ahli keluarga atau kawan untuk berkongsi ayat suci atau cerita kegemaran mereka dari Kitab Mormon.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar kanak-kanak untuk mencatat tanggapan dari Roh Kudus. Jika kanak-kanak belajar tabiat untuk mencatat tanggapan dari Roh Kudus, ia kan membantu mereka untuk mengenali dan mengikuti Roh. Kanak-kanak boleh mencatat tanggapan dengan menandakan ayat suci, melukis gambar, atau menulis dalam jurnal mereka secara ringkas. (Lihat Teaching in the Savior’s Way30.)

Cetak