Perjanjian Baru 2023
27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: “Tuhan Itu Kasih”


“27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas: ‘Tuhan Itu Kasih,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“27 November–3 Disember. 1–3 Yohanes; Yudas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus Kristus senyum sambil duduk dengan kanak-kanak yang senyum

Perfect Love [Kasih Sempurna], oleh Del Parson

27 November–3 Disember

1–3 Yohanes; Yudas

“Tuhan Itu Kasih”

Surat Yohanes dan Yudas mengajar tentang kasih dan cahaya Bapa Syurgawi. Semasa anda mengkaji minggu ini, renungkan mengapa kanak-kanak yang anda ajar perlu cahaya dan kasih-Nya dalam hidup mereka. Ingat untuk pertimbangkan semua aktiviti dalam panduan ini, bukan hanya perkara-perkara yang di senarai bawah kumpulan umur yang anda ajar.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka telah merasakan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus atau mengapa mereka rasa Bapa Syurgawi dan Yesus seperti cahaya kepada kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Yohanes 1:5–7; 2:8–11

Mengikuti Yesus membawa cahaya ke dalam hidup saya.

Yohanes menulis tentang cahaya untuk mengajar tentang pengaruh Bapa Syurgawi dan Yesus dalam kehidupan kita. Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak belajar tentang cahaya yang Mereka tawarkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak menamakan benda-benda yang memberi cahaya. Bercakap dengan mereka tentang faedah cahaya, seperti membantu tumbuhan tumbuh, membolehkan kita melihat dan memberi kehangatan. Untuk memahami bagaimana Yesus membawa cahaya kepada kita, mereka boleh bergilir-gilir memancarkan cahaya pada gambar Yesus Kristus semasa mereka berkata, “Tuhan itu cahaya” (1 Yohanes 1:5). Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus boleh membawa cahaya ke dalam kehidupan kita apabila kita cuba mengikuti apa yang Mereka katakan.

  • Jemput kanak-kanak untuk bergilir memegang gambar lampu mentol atau lilin. Apabila setiap kanak-kanak memegang gambar itu, bantu dia memikirkan cara kita boleh membawa cahaya Yesus Kristus ke dalam kehidupan kita.

1 Yohanes 4:10–11, 20–21

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya tunjukkan kasih kepada orang lain.

Bantu kanak-kanak nampak hubungan di antara kasih mereka terhadap Bapa Syurgawi dan kasih mereka terhadap anak-anak-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Yohanes 4:11 kepada kanak-kanak, dan nyanyikan sebuah lagu tentang kasih Tuhan, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Minta beberapa kanak-kanak untuk kongsi bagaimana mereka tahu Bapa Syurgawi mengasihi mereka. Selepas setiap jawapan, jemput kanak-kanak untuk memeluk diri sendiri dan kata, “Tuhan itu kasih, dan Tuhan mengasihi saya.”

  • Baca 1 Yohanes 4:21 kepada kanak-kanak. Jemput mereka untuk bercakap atau melakonkan pelbagai cara mereka boleh menunjukkan kasih terhadap rakan, seperti memberi pelukan atau membuat kad. Bagaimana rakan-rakan kita akan rasa? Bagaimana Bapa Syurgawi rasa apabila kita lakukan perkara yang baik untuk orang lain?

1 Yohanes 2:3–5; 5:3

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya mematuhi perintah-perintah-Nya.

Yohanes ajarkan “perintah [Tuhan] pun tidak terlalu susah,” (1 Yohanes 5:3). Sebaliknya, mengikuti perintah-perintah adalah cara untuk menunjukkan kasih kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Yohanes 5:3, dan minta kanak-kanak mendengarkan apa yang ayat ini kata tentang cara kita boleh tunjukkan kasih kita kepada Tuhan. Tanya kanak-kanak menyebutkan seberapa banyak perintah yang mereka boleh. Apakah perasaan kita apabila kita mematuhi perintah Bapa Syurgawi?

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar yang menunjukkan satu cara mereka boleh tunjukkan Bapa Syurgawi bahawa mereka mengasihi Dia. Contohnya, mereka boleh lukis satu gambar tentang mereka mematuhi satu perintah.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kepatuhan, seperti “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 82). Bagaimana kita rasa apabila kita patuh?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Yohanes 2:8–11; 4:7–8, 20–21

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya tunjukkan kasih kepada orang lain.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak fahami mengasihi Tuhan termasuk mengasihi orang di sekeliling kita—mahupun orang yang berbeza atau susah dikasihi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak bayangkan seorang yang baru menghadiri sekolah atau bahagian mereka dan dia tidak mengenali sesiapa pun. Bagaimana perasaan dia? Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Yohanes 4:7–8. Apakah yang ayat ini cadangkan tentang cara kita bertindak terhadap orang ini? Kongsi senario-senario yang serupa, atau minta kanak-kanak memikirkan situasi di mana mereka mungkin berpeluang untuk menunjukkan kasih.

  • Minta kanak-kanak membaca 1 Yohanes 4:7–8, 20–21, dan jemput mereka menuliskan satu ayat untuk merumuskan apa yang mereka fikir ialah pengajaran terpenting dalam ayat-ayat itu. Selepas mereka berkongsi ayat mereka, kongsi cerita dari kehidupan anda atau dari majalah Friend atau Liahona yang anda rasa menggambarkan apa yang ayat-ayat ini ajarkan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi contoh mereka sendiri. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan kasih kepada orang di sekeliling kita?

1 Yohanes 2:3–6; 4:17–18; 5:2–5

Saya tunjukkan kasih saya kepada Tuhan apabila saya mematuhi perintah-perintah-Nya.

Mematuhi perintah-perintah boleh menjadi lebih senang apabila kita faham kebenaran yang diajar dalam 1 Yohanes 5:3. Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak faham bahawa perintah-perintah bukan beban tetapi peluang untuk menunjukkan kasih mereka kepada Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak senaraikan pada papan tulis cara-cara mereka boleh tunjuk Tuhan bahawa mereka mengasihi Dia. Baca 1 Yohanes 2:5–6; 5:2–5 bersama-sama untuk idea tambahan. Bagaimana mematuhi perintah-perintah menunjukkan kita mengasihi Bapa Syurgawi?

Imej
sebuah keluarga lutut berdoa

Mematuhi perintah-perintah Tuhan menolong kita mengalahkan dunia.

  • Baca 1 Yohanes 4:17, dan jelaskan kepada kanak-kanak bahawa “beroleh keberanian pada Hari Kiamat” bererti memiliki keyakinan dan kedamaian apabila mereka berdiri di depan Tuhan untuk dihakimi. Apakah yang ayat ini ajarkan tentang perkara yang harus kita lakukan untuk memperoleh keyakinan ini? Apa yang boleh kita lakukan sekarang untuk menjadi berkeyakinan di depan Tuhan?

Yudas 1:18–22

Saya boleh beriman walaupun orang lain mengejek saya.

Kerana kita adalah pengikut Yesus Kristus, orang lain kadangkala mengejek kita kerana kepercayaan atau cara hidup kita. Ayat-ayat ini mengandungi nasihat Yudas tentang bagaimana untuk tetap beriman dalam situasi begitu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak berkongsi masa apabila orang lain mengejek mereka atau seseorang yang mereka kenali kerana mereka melakukan apa yang betul. Jemput kanak-kanak untuk baca Yudas 1:18–22 dan cari bagaimana kita boleh kekal setia apabila orang lain mencemuh atau mengejek kita. Tulis pada papan perkara yang mereka cari, dan bincang cara-cara mereka boleh mengikut nasihat itu.

  • Ringkaskan mimpi Lehi (lihat 1 Nefi 8:1–35), meminta beberapa kanak-kanak membaca ayat-ayat dari 1 Nefi 8:26–28, 33. Bincangkan bagaimana orang dalam bangunan besar dan lapang serupa dengan orang-orang yang Yudas huraikan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk tidak dipengaruhi oleh mereka yang mengejek kita atau tidak bersetuju dengan apa yang kita percaya? (lihat 1 Nefi 8:30, 33).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak membuat satu rancangan untuk berkongsi cahaya mereka dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak adalah aktif. Ada masa anda mungkin rasa tenaga kanak-kanak menjadi satu gangguan pelajaran. Tetapi anda boleh gunakan sifat aktif mereka dengan menjemput mereka untuk berlakon, melukis, atau menyanyi tentang satu asas injil. (Lihat Teaching in the Savior’s Way25–26.)

Cetak