Perjanjian Baru 2023
20–26 November. 1 dan 2 Petrus: “Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata”


“20–26 November. 1 dan 2 Petrus: ‘Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“20–26 November. 1 dan 2 Petrus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus Kristus mengkhutbahkan injil di dunia roh

Christ Preaching in the Spirit World [Kristus Berkhutbah di Dunia Roh], oleh Robert T. Barrett

20–26 November

1 dan 2 Petrus

“Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata”

Mulakan kajian anda tentang 1 dan 2 Petrus dengan doa. Ingat bahawa persediaan terbaik untuk mengajar akan datang melalui pengalaman peribadi dan pengkajian keluarga anda.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Paparkan gambar Petrus dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda sesuatu yang mereka tahu tentang Petrus. Ingatkan mereka bahawa Petrus adalah pemimpin Gereja selepas Yesus dibangkitkan, dan jelaskan bahawa 1 Petrus dan 2 Petrus adalah surat darinya kepada para ahli Gereja pada zamannya.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Petrus 1:6–7; 3:14

Saya boleh menjadi gembira walaupun dalam masa kesukaran.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh ajar ayat-ayat ini dalam cara yang akan membantu kanak-kanak berpaling kepada Juruselamat apabila mereka menghadapi kesukaran.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan contoh perkara-perkara susah yang Yesus lalui, seperti dicemuh atau diejek. Jelaskan bahawa kita akan menghadapi masa kesukaran dalam hidup kita. Baca 1 Petrus 1:6–7; 3:14 bersama, dan berkongsi pengalaman apabila anda menghadapi “iman … diuji” dan Juruselamat membantu anda mencari kegembiraan. Atau anda boleh berkongsi doa Nabi Joseph Smith di Penjara Liberty dan penghiburan yang Tuhan berikan kepadanya (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:1–8; 123:17).

Imej
Joseph Smith di Penjara Liberty

Joseph Smith in Liberty Jail [Joseph Smith di Penjara Liberty], oleh Greg K. Olsen

  • Paparkan gambar yang menunjukkan Yesus dan orang lain ( Buku Seni Injil ada banyak; termasuk juga Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Minta kanak-kanak mencari Yesus dalam gambar. Bersaksi bahawa jika kita memandang kepada Juruselamat, Dia dapat membantu kita mencari kebahagiaan dalam hidup kita.

1 Petrus 2:9–12

Bapa Syurgawi mahu saya menjadi contoh kepada orang lain.

Petrus mengajar bahawa kita adalah “orang Tuhan” dan pekerjaan baik kita boleh “memuliakan Tuhan.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gambarkan perkara-perkara yang menonjol dari sekitar mereka, atau tunjukkan gambar-gambar perkara itu. Contohnya, satu bait suci menonjol daripada bangunan di sekitarnya atau gunung yang tinggi daripada lembah. Jelaskan bahawa apabila kita mentaati perintah-perintah, kita menonjol dan orang lain boleh melihat contoh kita. Cakap tentang beberapa “kerja-kerja baik” yang anda telah lihat kanak-kanak buat. Jelaskan bahawa kerja-kerja baik seperti ini “memuliakan Tuhan”—ia membantu orang lain merasa lebih banyak kasih kepada Tuhan dan hasrat untuk melayani-Nya.

  • Selesaikan halaman aktiviti dengan kanak-kanak. Bagaimanakah orang yang mereka temui dalam gambar memuliakan Tuhan?

1 Petrus 3:18–20; 4:6

Roh-roh di dunia roh belajar tentang injil.

Selepas Yesus mati, Dia pergi ke dunia roh dan hantar roh-roh soleh untuk mengajar roh-roh lain yang masih belum menerima injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang seseorang yang anda kenal yang telah mati. Jelaskan bahawa apabila orang mati, roh mereka meninggalkan tubuh dan pergi ke dunia roh. Baca 1 Petrus 3:19 dan jelaskan bahawa apabila Yesus mati, dia pergi melawat dunia roh. Di sana, Dia meminta roh yang soleh untuk mengajar injil kepada roh lain yang belum menerima injil (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:30).

  • Tunjukkan gambar bait suci. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa apabila mereka cukup umur, mereka boleh pergi ke bait suci dan dibaptiskan untuk nenek moyang mereka yang tidak dibaptiskan semasa di bumi. Bantu kanak-kanak mengisi salasilah keluarga yang mudah.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Petrus 3:12–17; 4:13–14, 16

Saya boleh menemui kegembiraan dan keamanan walaupun dalam masa kesukaran.

Kanak-kanak yang anda ajar mungkin pernah diejek atau dicemuh kerana kepercayaan mereka. Ayat-ayat ini boleh membantu mereka dalam masa-masa itu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan beberapa cerita tentang Yesus dianiaya, atau jemput kanak-kanak untuk membacanya—lihat, contohnya, Matius 12:9–14 atau Lukas 22:47–54. Tanya kanak-kanak jika mereka pernah diejek atau dicemuh kerana mereka menjalani ajaran Yesus Kristus. Apakah perasaan mereka? Kemudian baca bersama 1 Petrus 3:12–14; 4:13–14, 16, dan minta kanak-kanak mencari apa yang Petrus katakan tentang penderitaan “kerana melakukan perkara yang baik.” Mengapa kita masih boleh bergembira walaupun orang lain mencemuh kita kerana membuat yang benar?

  • Kongsi pengalaman apabila anda mendapat kegembiraan atau kedamaian semasa percubaan, atau kongsi bagaimana Nabi Joseph Smith mendapat kedamaian ketika dia berada di Penjara Liberty (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:1–8; 123:17). Bagaimanakah kita boleh mendapat kegembiraan dan kedamaian dalam Kristus semasa percubaan kita?

1 Petrus 3:15

Saya boleh sentiasa bersedia untuk berkongsi injil.

Kanak-kanak yang anda ajar akan mempunyai banyak peluang di sepanjang hidup mereka untuk menjawab soalan-soalan ini dari orang lain tentang iman mereka. Pertimbangkan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka “selalu bersedia untuk memberi jawapan.”

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu tentang satu masa anda ditanya soalan tentang Gereja, dan terangkan sama ada anda rasa bersedia untuk menjawab. Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang bila-bila masa orang telah bertanya mereka soalan-soalan tentang Gereja. Baca bersama 1 Petrus 3:15. Bagaimana kita boleh mengikuti nasihat Petrus dalam ayat ini?

  • Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa soalan yang orang mungkin bertanya tentang Yesus Kristus atau Gereja-Nya. Minta kanak-kanak bergilir untuk menjelaskan bagaimana mereka akan menjawab soalan-soalan ini supaya mereka boleh “sentiasa bersedia.” Fasal-Fasal Kepercayaan menyediakan kebenaran mudah yang kanak-kanak boleh gunakan untuk menjawab soalan-soalan tentang Gereja.

1 Petrus 3:18–20; 4:6

Roh-roh di dunia roh belajar tentang injil.

Apabila orang soleh mati, mereka pergi ke dunia roh untuk mengajar injil kepada mereka yang tidak menerimanya semasa di bumi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukis di papan tulis satu bulatan dengan garis di tengahnya. Tulis Firdaus pada separuh bulatan dan Penjara Roh pada separuh lagi. Jemput salah seorang kanak-kanak untuk baca 1 Petrus 3:18–20; 4:6 (lihat 1 Petrus 4:6, dalam Panduan Tulisan Suci). Jelaskan bahawa apabila Yesus mati, Dia pergi ke firdaus di dunia roh. Dia meminta roh-roh soleh di sana untuk mengajar injil kepada roh-roh di penjara roh.

  • Jemput seorang ibu bapa atau adik-beradik yang lebih tua kepada salah seorang kanak-kanak untuk menceritakan tentang pergi ke bait suci dan menerima tatacara untuk salah seorang nenek moyang mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk mengisi salasilah keluarga yang mudah.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran Di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi salasilah keluarga dengan ahli keluarga dan minta bantuan mereka untuk menambah nama kepadanya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memahami kanak-kanak yang anda ajar. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajar, jadi ubah suai idea-idea dalam panduan ini jika perlu untuk memenuhi keperluan mereka. Anda boleh menggunakan mana-mana aktiviti yang dicadangkan dalam panduan ini, bukan sahaja yang ditulis untuk kumpulan umur yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way7.)

Cetak