Perjanjian Baru 2023
6–12 November. Ibrani 7–13: “Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini”


“6–12 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“6–12 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Melkisedek sedang memberi satu berkat kepada Abram

Melchizedek Blesses Abram [Melkisedek Memberkati Abram], oleh Walter Rane. Kurnia artis

6–12 November

Ibrani 7–13

“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini”

Semasa anda mengulang kaji dan merenungkan panduan ini, beri perhatian kepada pengaruh yang anda terima tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh akan membantu anda mencari pesanan untuk mereka dalam Ibrani 7–13.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi perkara yang mereka dan keluarga mereka lakukan untuk belajar injil dalam rumah. Jemput mereka berkongsi pengalaman kegemaran mereka semasa belajar injil bersama keluarga mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ibrani 7:1–6

Imamat boleh membantu kita dalam pelbagai cara.

Ibrani 7:1–6 boleh memberi peluang untuk memperkenalkan berkat-berkat imamat kepada kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Terangkan secara ringkas siapakah Abraham, dan kemudian gunakan Ibrani 7:1–6 untuk mengajar bahawa Abraham membayar persepuluhan kepada Melkisedek (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:36–40 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Jelaskan bahawa Melkisedek memegang imamat, yang merupakan kuasa Tuhan, dan Melkisedek menggunakannya untuk memberkati Abraham. Kanak-kanak mungkin suka melakonkan cerita dengan prop, seperti satu mahkota dan satu sampul surat persepuluhan.

  • Jemput seorang Imamat Harun dan Imamat Melkisedek mengunjungi kelas dan memberitahu kanak-kanak bagaimana mereka pernah gunakan imamat untuk memberkati orang lain. Kemudian tunjukkan kanak-kanak gambar-gambar tatacara imamat (contohnya, lihat gambar 103–8 dalam Buku Seni Injil). Bantu kanak-kanak memutuskan imamat manakah diperlukan untuk setiap tatacara dan berikan gambar itu kepada pemegang imamat yang sesuai.

Ibrani 11:1–32

Iman adalah mempercayai perkara yang tidak dapat kita nampak.

Walaupun kita tidak dapat melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, kita boleh mengembangkan iman kepada Mereka dan janji-janji Mereka, mengikut teladan orang beriman yang digambarkan dalam Ibrani 11.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk satu gambar Yesus. Letakkan beberapa benda di sekeliling bilik untuk mewakili “bukti” bahawa Dia adalah benar walaupun kita tidak dapat nampak Dia (seperti kitab suci, satu gambar Penglihatan Pertama, dan satu gambar bumi). Jemput kanak-kanak untuk mencari benda-benda itu, dan kemudian kongsi bersama mereka bagaimana setiap benda itu membantu kita beriman bahawa Yesus hidup.

  • Bawa kipas kertas, dan minta kanak-kanak bergilir-gilir merasakan kipas meniup angin ke muka mereka. Ajar mereka bahawa kita tidak dapat nampak angin, tetapi kita boleh rasanya. Serupa, kita tidak dapat nampak Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, tetapi kita boleh rasa kasih Mereka dan beriman bahawa Mereka adalah benar.

  • Kongsi cerita-cerita tentang orang dalam Ibrani 11:4–32. Anda juga boleh mencari cerita tentang orang ini dalam Cerita-Cerita Perjanjian Lama. Apakah yang orang-orang ini lakukan untuk menunjukkan mereka beriman kepada sesuatu yang mereka tidak dapat nampak? Kongsi berkat-berkat yang sudah anda terima kerana iman anda.

Ibrani 13:5–6

Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus akan membantu kita dan tidak akan tinggalkan kita.

Cubaan apakah yang mungkin kanak-kanak hadapi? Bagaimana pesanan dari Ibrani 13:5–6 boleh membantu mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semak semula cerita-cerita Perjanjian Baru yang sudah kanak-kanak belajar tahun ini di mana Juruselamat membantu orang lain, seperti apabila Dia menyembuhkan lelaki yang lumpuh (lihat Lukas 5:18–26) atau memberi makan kepada 5,000 orang (lihat Matius 14:15–21). Bantu kanak-kanak belajar frasa “Tuhan penolongku” (Ibrani 13:6).

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar ketika seseorang menghiburkan mereka apabila mereka takut. Baca Ibrani 13:5–6 kepada mereka, dan bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan membantu kita dan tidak akan tinggalkan kita. Bantu kanak-kanak guntingkan hati kertas yang cukup besar untuk menutupi lukisan-lukisan mereka. Apa boleh membantu kita merasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi? Tuliskan perkara-perkara itu pada hati kertas.

  • Ajar kanak-kanak sebuah lagu tentang bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus mengasihi dan membantu kita, seperti “Kumohon Petunjuk-Mu Ya Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 75). Bagaimanakah kita dapat tahu bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus berada dekat dengan kita? Bercakap tentang suatu masa yang anda rasa “Tuhan Penolong [kamu].”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ibrani 7:1–4

Para pemimpin Gereja mengikuti Juruselamat.

Bagaimanakah anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa mereka yang dipanggil untuk melayani dalam Gereja Tuhan harus setia dan melayani orang lain seperti yang Dia lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan perkara yang mereka tahu tentang dua pemimpin besar Abraham dan Melkisedek. Mereka boleh dapat bantuan dari Ibrani 7:1–4; Abraham 1:1–2; dan Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 14:25–40 (dalam Panduan Tulisan Suci). Sifat seperti Kritsus manakah yang para lelaki ini ada yang membantu mereka menghormati imamat?

  • Tanya kanak-kanak baca Ibrani 7:1–2 dan carikan perkataan-perkataan yang digunakan untuk menghuraikan Melkisedek. Bagaimanakah perkataan-perkataan ini mengingatkan kita tentang Yesus Kristus? Bantu mereka fikir tentang cara di mana Yesus seorang “Raja Kesejahteraan.” Jemput mereka untuk bercakap tentang pemegang imamat lain yang juga merupakan teladan mengikuti Juruselamat.

  • Kongsi satu pengalaman di mana iman anda kepada Juruselamat diperkuatkan kerana pelayanan seorang pemegang imamat yang soleh. Bantu kanak-kanak memikirkan cara imamat telah memberkati mereka.

Ibrani 11

Bapa Syurgawi memberi ganjaran kepada mereka yang beriman.

Ibrani 11 mengandungi banyak contoh orang yang diberkati apabila mereka bertindak dengan penuh iman. Cerita manakah paling berilham atau paling membantu kanak-kanak yang anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai pada papan tulis perkara yang mereka pelajari tentang iman dalam Ibrani 11:1–3, 6. Beri setiap kanak-kanak nama seorang yang disebutkan dalam Ibrani 11, dan jemput mereka membaca ayat-ayat yang berkenaan orang itu. Minta mereka kongsi petunjuk-petunjuk tentang orang itu supaya kanak-kanak lain boleh teka siapakah orang itu. Bagaimana orang-orang ini menunjukkan iman, dan bagaimana Bapa Syurgawi memberi mereka ganjaran? (Untuk gambar orang-orang ini, lihat bahagian Perjanjian Lama dalam Buku Seni Injil.)

  • Selepas membaca tentang beberapa contoh iman itu dari Ibrani 11, tanya kanak-kanak untuk menuliskan tentang seorang yang mereka tahu sudah tunjukkan iman. Jemput beberapa orang kanak-kanak berkongsi contoh-contoh mereka dengan kelas.

Ibrani 12:5–11

Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

Ayat-ayat ini boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi, ibu bapa mereka, dan orang lain membetulkan kanak-kanak kerana mereka semua menyayangi kanak-kanak dan mahu mereka belajar daripada kesilapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ibrani 12:5–11 bersama, dan minta kanak-kanak untuk mencari sebab mengapa Bapa Syurgawi menegur kita (membetulkan atau mendisiplinkan kita). Apakah yang ini diajarkan kita tentang sebab ibu bapa di bumi juga membetulkan anak-anak mereka? Bagaimana kita harus bertindak terhadap pembetulan yang penuh kasih?

  • Kongsi contoh-contoh orang dalam kitab suci yang ditegur oleh Tuhan dan bertaubat (contohnya, lihat 1 Nefi 16:25–27; Eter 2:13–15). Bagaimana mereka contoh baik tentang asas-asas dalam Ibrani 12:5–11?

  • Selepas membaca Ibrani 12:5–11, jemput kanak-kanak tuliskan beberapa perkara yang mereka akan cuba untuk ingat apabila mereka dibetulkan demi kesilapan mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menulis atau melukis gambar sesuatu yang mereka pelajari dalam kelas. Galakkan mereka untuk gunakannya untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dengan keluarga mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan halaman aktiviti. Semasa kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti kelas, guna masa ini untuk mengulang kaji asas-asas dari pelajaran ini.

Cetak