Perjanjian Baru 2023
30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6: “Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’”


“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus, “Sumber Penyelamatan yang Kekal,”’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Kristus berdiri dengan seorang perempuan muda

Balm of Gilead [Ubat Gilead], oleh Annie Henrie

30 Oktober–5 November

Ibrani 1–6

“Yesus Kristus, ‘Sumber Penyelamatan yang Kekal’”

Kebenaran apa dalam Ibrani 1–6 yang anda rasa diilhamkan untuk ajar kepada kanak-kanak? Beri perhatian kepada dorongan Roh yang datang semasa anda bersedia, dan pastikan anda mencatatnya.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Adakah kanak-kanak menerima jemputan pada penghujung pelajaran minggu lepas untuk mencari satu ayat suci yang mereka boleh kongsi? Jika ada, beri mereka masa untuk berkongsi. Jika tidak, bantu mereka fikirkan sesuatu yang mereka telah belajar dari tulisan suci baru-baru ini yang mereka boleh kongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ibrani 1:1–10; 2:8–10, 17–18

Saya percaya kepada Yesus Kristus.

Ayat suci ini boleh membantu kanak-kanak untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus dan menguatkan hubungan mereka dengan Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Cari beberapa kebenaran tentang Yesus Kristus dalam Ibrani 1:1–10; 2:8–10, 17–18, dan tuliskan pada jalur kertas. Sembunyikan kertas di sekeliling bilik, dan jemput kanak-kanak untuk mencarinya. Bantu kanak-kanak membaca kebenaran yang tertulis pada kertas, dan bercakap tentang apa yang kebenaran ini maksudkan. Jika perlu, terangkan bahawa Yesus dipanggil Putera Tuhan kerana Bapa Syurgawi ialah bapa kepada roh dan badan-Nya.

  • Pegang gambar Juruselamat, dan kongsi mengapa anda bersyukur kepada-Nya. Minta setiap kanak-kanak bergilir memegang gambar dan berkongsi mengapa dia bersyukur kepada Yesus Kristus.

Ibrani 3:8

Bapa Syurgawi ingin kita untuk “janganlah berkeras kepala [kita].”

Ibrani 3 menggambarkan orang Israel mengeraskan hati mereka dan menolak berkat Tuhan. Ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua untuk tidak mengeraskan hati kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa ke kelas sesuatu benda yang menyerap (seperti span atau kain lap) dan sesuatu yang keras (seperti batu). Jemput kanak-kanak untuk menyentuh objek itu dan terangkan bagaimana rasa objek tersebut. Letakkan beberapa titis air pada setiap objek, dan nyatakan bahawa air meresap ke dalam objek penyerap lebih baik daripada ke dalam batu. Jelaskan bahawa hati kita perlu lembut dan tidak keras supaya kita boleh menerima kebenaran Bapa Syurgawi dan kasih-Nya.

  • Potong satu bentuk hati dari bahan lembut, seperti kain dan satu bahan keras, seperti kadbod. Bincangkan dengan kanak-kanak perbezaan antara mempunyai hati yang lembut dan mempunyai hati yang keras. Kongsi beberapa contoh dari tulisan suci tentang orang yang mempunyai hati yang lembut atau hati yang keras, seperti Nefi, Laman, dan Lemuel (1 Nefi 2:16–19); Paulus (Kisah Rasul-Rasul 9:1–22); atau Joseph Smith (Joseph Smith—Sejarah 1:11–20). Semasa anda kongsi contoh ini, jemput kanak-kanak untuk tunjuk pada hati lembut atau hati keras.

Imej
Musa sedang mentahbiskan Harun

Harun telah “[dipanggil] Tuhan” (Ibrani 5:4). Moses Calls Aaron to the Ministry [Musa Memanggil Harun ke dalam Pelayanan], oleh Harry Anderson

Ibrani 5:4

Pemegang imamat adalah dipanggil Tuhan.

Ibrani 5:4 adalah ayat penting kerana ia menjelaskan bahawa pemegang imamat mesti dipanggil oleh Tuhan. Begitu juga dengan sesiapa yang dipanggil untuk melayani dalam Gereja Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ibrani 5:4 kepada kanak-kanak. Minta seorang pemegang imamat untuk menjelaskan apakah itu imamat. Dia juga boleh berkongsi bagaimana dia melayani orang lain semasa dia memenuhi tugasnya. Minta seorang saudari dalam bahagian untuk berkongsi pengalamannya ditetapkan kepada panggilan dalam Gereja. Galakkan dia untuk berkongsi bagaimana Tuhan memberkatinya dengan kuasa untuk memenuhi panggilannya.

  • Bantu kanak-kanak menghafal frasa dari Fasal-Fasal Kepercayaan kelima. Bersaksi bahawa orang yang dipanggil untuk membuat pekerjaan Tuhan dipanggil oleh Tuhan melalui wahyu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ibrani 1:1–10; 2:8–10, 17–18

Saya percaya kepada Yesus Kristus.

Surat kepada orang Ibrani telah ditulis untuk menguatkan iman Orang Suci Ibrani kepada Yesus Kristus. Ia boleh lakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak beberapa ayat Ibrani 1:1–10; 2:8–10, 17–18, dan jemput kanak-kanak untuk mencari dalam ayat-ayat tersebut kebenaran tentang Yesus Kristus. Minta mereka berkongsi atau menulis di atas papan apa yang mereka temui. Apa lagi yang kita tahu tentang Yesus Kristus? Kanak-kanak boleh menemui beberapa idea dalam lagu seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53) atau “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20).

  • Jemput anak-anak untuk melukis gambar mereka dengan ibu bapa mereka. Minta mereka untuk kongsi apa persamaan mereka dengan ibu bapa mereka. Jelaskan bahawa apabila Ibrani 1:3 berkata Yesus Kristus ialah “perwujudan Tuhan sendiri,” ia bermakna Yesus dan Bapa Syurgawi mempunyai kualiti dan sifat yang sama. Bercakap dengan kanak-kanak tentang bagaimana mengikuti Yesus Kristus membawa kita lebih dekat kepada Bapa Syurgawi.

Ibrani 3:7–19

Untuk menerima panduan dan berkat Bapa Syurgawi, kita harus “janganlah berkeras kepala.”

Dalam Ibrani 3, cerita orang Israel di dalam padang belantara digunakan untuk mengajar kepentingan tidak mengeraskan kepala. Bagaimana kamu boleh menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak dalam kelas anda asas ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk fikirkan benda yang keras dan lembut. (Jika boleh, bawa beberapa contoh untuk tunjukkan kepada mereka.) Baca bersama Ibrani 3:8. Apakah maksudnya untuk mempunyai hati yang keras? Mengapa Tuhan mahu kita mempunyai hati yang lembut?

  • Dalam perkataan anda sendiri, kongsi cerita orang Israel mengeraskan hati mereka terhadap Tuhan di dalam padang belantara (lihat Bilangan 14:1–12; Ibrani 3:7–19). Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cerita itu. Apa yang akan berlaku jika kita mengeraskan hati kita terhadap Tuhan dan injil-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 13:15; Ibrani 3:15; Mosia 11:29; dan Musa 6:27. Minta mereka untuk lukis di papan bahagian badan yang disebut dalam ayat suci. Apakah makna mempunyai telinga rohani yang pekak, mata yang buta, dan hati yang keras? Bagaimanakah kita boleh memastikan telinga, mata, dan hati kita bersedia untuk mengenali suara Roh?

Ibrani 5:1–4

Pemegang imamat adalah dipanggil Tuhan.

Ibrani 5 menyediakan peluang untuk membincangkan apakah itu imamat—kuasa dan wewenang untuk bertindak dalam nama Tuhan—dan bagaimana ia diterima.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Musa Memberi Harun Imamat (Buku Seni Injil, no. 15) semasa seorang kanak-kanak membaca Ibrani 5:4. Jelaskan bahawa Imamat Harun dinamakan dengan nama Harun. Bantu kanak-kanak memikirkan tugas pemegang Imamat Harun (seperti membaptis, memberkati dan mengedarkan sakramen, dan menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus; lihat Ajaran dan Perjanjian 20:46–48, 59).

  • Bantu kanak-kanak untuk memikirkan beberapa cara di mana orang menerima wewenang. Contohnya, bagaimana seorang guru, doktor, atau pemimpin politik menerima wewenang? Bagaimanakah Tuhan memberi wewenang-Nya? Jemput kanak-kanak untuk memikirkan soalan ini apabila mereka membaca Ibrani 5:4 dan Fasal-Fasal Kepercayaan kelima. Bantu kanak-kanak memikirkan orang-orang dalam bahagian yang memiliki wewenang dari Tuhan—termasuk pemegang imamat, dan juga lelaki dan perempuan yang telah ditetapkan untuk melayani dalam panggilan tertentu.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi tulisan suci, lagu, atau aktiviti yang mereka pelajari dalam kelas hari ini dengan keluarga mereka semasa malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak boleh mengenal pasti pengaruh Roh. Ajar kanak-kanak bahawa perasaan damai, kasih, dan kehangatan yang mereka ada ketika mereka bercakap atau bernyanyi tentang Yesus Kristus dan injil-Nya datang daripada Roh Kudus.

Cetak