Perjanjian Baru 2023
23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: “Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”


“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
tiga wanita berjalan di luar bait suci

23–29 Oktober

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”

Paulus ajarkan bahawa “semua yang tertulis di dalam Alkitab … untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Tuhan” (2 Timotius 3:16). Semasa anda mengkaji surat-surat ini, renungkan bagaimana ia dapat mengilhami kanak-kanak untuk hidup dengan soleh.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi tentang seorang yang baik yang “menjadi teladan bagi semua orang yang percaya.” Apakah yang mereka lalukan untuk menjadi teladan baik bagi orang lain?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Timotius 3:1–2; Titus 1:7–9

Uskup memimpin bahagian sebagai hamba Tuhan.

Paulus mengajar Timotius dan Titus tentang kepentingan uskup. Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak apa yang uskup lakukan? (Seorang presiden cabang seumpama seorang uskup.)

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Lukiskan satu gambar ringkas uskup anda di papan. Mintalah kanak-kanak untuk menamakan beberapa perkara yang mereka tahu tentang uskup. Bagaimanakah dia? Apa kerja dia? Bagaimana dia memberkati bahagian? (Anda boleh mencari beberapa ciri-ciri seorang uskup di 1 Timotius 3:1–2 dan Titus 1:7–9.) Semasa kanak-kanak berkongsi idea mereka, tulis mereka di atas jalur kertas dan beri kanak-kanak untuk meletakkan ia di atas papan bersebelahan lukisan tadi.

  • Tulis tugas-tugas seorang uskup pada slip kertas—seperti membantu kanak-kanak dan remaja dalam bahagian, menerima persepuluhan dan sumbangan puasa, menghulurkan panggilan, temu duga ahli-ahli, dan membantu mereka yang memerlukan. Letakkan slip ini di dalam mangkuk, dan jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil satu. Kemudian bantu kanak-kanak untuk lakon peranan tugas ini dengan anda. Kongsi kesaksian anda bahawa uskup anda dipanggil oleh Tuhan.

  • Jemputlah anak-anak untuk melukis gambar uskup melayani ahli bahagian. Cadangkan bahawa mereka memberi lukisan mereka kepada dia untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dia?

Imej
dua misionari bercakap dengan seorang lelaki

“Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya” (1 Timotius 4:12).

1 Timotius 4:12

Saya boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya”

Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengilhami kanak-kanak untuk menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya”?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Timotius 4:12, dan tanya kanak-kanak apa yang mereka boleh lakukan untuk menjadi teladan baik bagi orang lain.

  • Kongsi satu pengalaman apabila anda cuba menjadi teladan yang baik kepada seseorang atau apabila seseorang menjadi teladan yang baik kepada anda (mungkin termasuk kanak-kanak dalam kelas anda). Jemput kanak-kanak untuk menjadi teladan yang baik kepada ahli keluarga dan kawan mereka.

2 Timotius 3:14–17

Tulisan suci akan membantu saya belajar kebenaran.

Jika anda boleh membantu kanak-kanak belajar mengasihi tulisan suci, ajaran dalam tulisan suci akan memberkati kehidupan mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan satu set tulisan suci, dan bantu mereka untuk lebih mengenalinya dengan menunjukkan mereka halaman judul Alkitab, Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Jemput kanak-kanak untuk membaca 2 Timotius 3:15–17. Beritahu kanak-kanak mengapa anda mengasihi tulisan suci, dan minta kanak-kanak menyatakan perasaan mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi kepunyaan mereka yang paling berharga. Apa yang mereka lakukan dengan benda itu? Bagaimanakah mereka melayaninya? Minta mereka bergilir untuk memegang tulisan suci dan berhati-hati membelek muka suratnya. Apakah sebab kita gunakan tulisan suci? Mengapa kita harus menjaganya? Bersaksi bahawa tulisan suci mengandungi kebenaran yang Bapa Syurgawi ingin kita tahu.

  • Bantu kanak-kanak membuat aksi yang sesuai dengan lagu tentang tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Timotius 4:12

Saya boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya”

Timotius masih muda sebagai seorang pemimpin Gereja, tetapi Paulus mahu dia tahu bahawa dia masih boleh menjadi teladan. Anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk menunjukkan teladan yang baik untuk orang di sekeliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama 1 Timotius 4:12, dan minta kanak-kanak untuk mencari enam cara Paulus kata kita boleh menjadi “teladan bagi semua orang yang percaya.” Bahagikan kanak-kanak dalam pasangan, dan jemput setiap pasangan untuk memikirkan situasi di mana mereka boleh menjadi teladan bagi semua orang yang percaya. Minta mereka untuk lakon peranan situasi itu untuk seluruh kelas.

  • Tanya kanak-kanak jika mereka ingin berkongsi pengalaman di mana mereka cuba untuk menjadi teladan yang baik untuk orang lain. Beritahu mereka bagaimana mereka telah menjadi teladan yang baik bagi semua orang yang percaya kepada anda dan bagaimana anda telah perhatikan mereka menjadi teladan baik untuk orang lain.

1 Timotius 6:7–12

Hal-hal abadi adalah lebih berharga daripada wang.

Dunia meletakkan keutamaan tinggi pada wang dan benda-benda wang boleh beli. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak memastikan fokus dan kasih mereka berpusat pada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang mereka akan beli jika mereka mempunyai semua wang dalam dunia ini. Baca 1 Timotius 6:7–12 dengan kanak-kanak, dan minta mereka meringkaskan apa yang Paulus ajarkan Timotius tentang wang. Kemudian jemput kanak-kanak untuk baca ayat 11–12 sekali lagi, mencari perkara yang Paulus sebutkan lebih berharga daripada wang.

  • Letakkan gambar perkara duniawi (seperti wang, permainan, atau benda hiburan) dan hal-hal abadi (seperti keluarga atau bait suci). Jemput kanak-kanak untuk mengasingkan gambar tersebut kepada dua bahagian—perkara yang membawa kita lebih dekat dengan Kristus dan perkara yang mungkin mengganggu perhatian kita daripada Kristus jika kita mengasihi perkara itu lebih daripada kita mengasihi Dia. Kenapa kasih terhadap wang merupakan akar “segala kejahatan”? Bagaimanakah dengan tumpukan pada Yesus Kristus membuat kita gembira?

2 Timotius 3:14–17

Bapa Syurgawi memberi kita tulisan suci untuk bezakan kebenaran daripada perkara tidak benar.

Apabila kamu mengajar kanak-kanak tentang tulisan suci, cari cara untuk menggalakkan mereka untuk mempunyai pengalaman kuat tentang firman Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 2 Timotius 3:15–17. Paparkan gambar-gambar yang menggambarkan cerita dari setiap empat kitab suci standard, dan jemput beberapa kanak-kanak untuk memilih gambar dan menceritakan kisah itu. (Anda boleh mencari gambar dalam Buku Seni Injil dan dalam bahan Ikutlah Aku.) Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa sahaja yang mereka tahu tentang kitab suci itu. Bagaimanakah tulisan suci “memberi [kita] kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan”?

  • Kongsi ayat suci kegemaran atau pengalaman ketika tulisan suci membantu anda membina iman anda kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi ayat atau pengalaman kegemaran mereka sendiri.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Moroni 10:4–5. Apa yang Moroni janjikan dalam ayat ini? Tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka telah memperoleh kesaksian bahawa tulisan suci adalah benar. Jemput mereka untuk membaca atau mendengar tulisan suci dengan kerap dan bertanya kepada Tuhan jika ia benar.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka telah belajar tentang tulisan suci dan untuk mencari satu ayat suci yang mereka boleh kongsi dengan kelas pada minggu depan (dengan bantuan ibu bapa, jika perlu).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubah suai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan Sekolah Primer anda. Selain melihat panduan ini sebagai arahan yang anda harus ikut, gunakannya sebagai sumber untuk mencetus inspirasi anda semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. Anda boleh menyesuaikan aktiviti untuk mengajar kanak-kanak dari mana-mana umur.

Cetak