Perjanjian Baru 2023
16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: “Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya kepada Kristus.”


“16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya kepada Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
para saudari misionari berbual dengan pemuda

16–22 Oktober

1 dan 2 Tesalonika

“Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya kepada Kristus”

Semasa anda membaca dengan penuh doa 1 dan 2 Tesalonika dengan mengingati kanak-kanak, anda akan menemui asas yang mereka perlu fahami.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Dalam pelajaran minggu lalu, adakah anda menjemput kanak-kanak menggunakan apa yang sudah mereka belajar? Minta kanak-kanak gunakan beberapa minit pada permulaan kelas minggu ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Tesalonika 5:1–6

Apabila saya mematuhi perintah-perintah Tuhan, saya akan bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

Kita tidak tahu bila Juruselamat akan kembali ke bumi. Tetapi kita boleh menunggu-Nya dan bersedia untuk kedatangan-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang ibu untuk berkongsi secara ringkas apakah perasaannya untuk menunggu bayinya dilahirkan. Baca 1 Tesalonika 5:2–3, dan beritahu kanak-kanak bahawa Yesus Kristus akan datang ke bumi sekali lagi, tetapi tidak sesiapa pun tahu bila—seperti seorang ibu tidak tahu bila bayinya akan dilahirkan.

  • Tanya kanak-kanak tentang satu masa mereka bersedia untuk satu perjalanan atau satu peristiwa. Apakah yang mereka lakukan untuk bersedia? Bawa beg pakaian atau beg, dan minta kanak-kanak berpura-pura berkemas untuk bersiap sedia untuk perjalanan. Dengan setiap barang yang mereka berpura-pura untuk berkemas, bantu kanak-kanak memikirkan satu cara kita boleh bersedia bagi Yesus Kristus untuk datang lagi.

  • Baca 1 Tesalonika 5:6 kepada kanak-kanak, dan jelaskan bahawa jika kita tidak bersiap untuk Yesus datang lagi, ia seolah-olah kita telah tertidur dan kita tidak akan bersedia untuk Dia. Jemput kanak-kanak berpura-pura tidur. Jelaskan bahawa jika kita bersedia, kita menjadi bangun dan menantikan Dia. Jemput mereka bangun.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46).

2 Tesalonika 2:1–3

Paul mengajarkan bahawa kemurtadan akan berlaku sebelum Yesus Kristus datang lagi.

Gereja yang ditubuhkan oleh Yesus Kristus akan jatuh ke dalam kemurtadan, ini bererti wewenang imamat dan kebenaran injil akan diambil dari bumi. Paulus bernubuat bahawa kemurtadan ini, atau “memberontak terhadap Tuhan,” akan berlaku sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Selepas membaca 2 Tesalonika 2:3 bersama kanak-kanak, minta mereka membantu anda membina menara daripada cawan plastik atau blok. Beritahu kanak-kanak bahawa cawan-cawan atau blok itu melambangkan bahagian-bahagian penting Gereja benar, seperti kebenaran injil, imamat, pemeteraian bait suci, dan nabi. Selepas Paulus dan Rasul-rasul lain meninggal dunia, semua perkara tersebut menjadi hilang, dan Gereja benar tidak berada pada bumi buat banyak tahun. Jemput seorang kanak-kanak untuk merebahkan menara itu, dan jelaskan bahawa ini dipanggil Kemurtadan atau “memberontak terhadap Tuhan.” Apabila Yesus Kristus bawa balik Gereja-Nya, ini dipanggil Pemulihan.

  • Pamerkan satu Kitab Mormon dan gambar-gambar nabi dan satu bait suci. Jemput kanak-kanak untuk mengatakan “Kemurtadan” apabila anda menyembunyikan satu barang ke dalam satu beg dan “Pemulihan” apabila anda ambil barang itu keluar dari beg.

  • Nyanyikan lagu-lagu yang mengajarkan kebenaran yang telah diambil keluar semasa Kemurtadan dan dipulihkan pada zaman kita, seperti “Gereja Yesus Kristus,” “Imamat T’lah Dipulihkan,” dan “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48, 60, 99).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Tesalonika 5:1–6

Apabila saya mematuhi perintah-perintah Tuhan, saya akan bersedia untuk Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

Nasihat Paulus boleh membantu kita bersedia dan menantikan hari yang mulia itu apabila Juruselamat datang ke bumi sekali lagi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Tesalonika 5:1–6 semasa kanak-kanak lain mengikut dia. Selepas setiap ayat, minta seorang kanak-kanak untuk merumuskan apakah erti ayat itu. Anda mungkin hendak jelaskan bahawa “hari kedatangan Tuhan” bererti Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Mengapa Kedatangan Kedua dibandingkan dengan seorang pencuri pada waktu malam atau seorang wanita yang akan melahirkan anak?

  • Beritahu kanak-kanak untuk menggambarkan Juruselamat akan mengunjung kelas anda hari itu. Bagaimanakah kita boleh bersedia untuk kunjungan-Nya? Bantu kanak-kanak fikirkan perkara yang boleh kita lakukan untuk menyediakan diri sendiri demi hari kepulangan Yesus Kristus. Contohnya, kita boleh bertaubat, mengampuni, memperbaiki hubungan kita dengan keluarga kita, mengikut nabi, berusaha untuk mendapatkan pengaruh Roh Kudus, dan mematuhi perjanjian kita. Galakkan kanak-kanak memilih satu perkara yang mereka akan lakukan untuk menyediakan diri sendiri untuk menerima Juruselamat pada Kedatangan-Nya.

2 Tesalonika 2:1–3

Paulus ajar bahawa satu kemurtadan akan berlaku sebelum Yesus Kristus datang sekali lagi.

Jika kanak-kanak faham bahawa Gereja Yesus Kristus dan injil-Nya ditarik dari bumi semasa Kemurtadan, keperluan Pemulihan akan menjadi lebih jelas bagi mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca 1 Tesalonika 2:1-3. Menurut ayat ini, apa harus berlaku sebelum “hari kedatangan Tuhan,” iaitu Kedatangan Kedua? Apakah yang dimaksudkan dengan frasa “memberontak terhadap Tuhan”? Pastikan kanak-kanak faham bahawa ia bererti Kemurtadan, yang berlaku selepas kematian Rasul-rasul Juruselamat. Anda mungkin ingin berkongsi maklumat dari “Kemurtadan” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

  • Bantu kanak-kanak senaraikan pada papan tulis kebenaran dan berkat yang kita nikmati kerana injil. Padamkan perkara-perkara itu satu demi satu, dan tanya kanak-kanak bagaimana hidup mereka akan berlainan tanpa perkara-perkara tersebut. Jelaskan bahawa perkara-perkara tersebut menjadi hilang semasa Kemurtadan. Mengapa penting untuk Gereja Yesus Kristus dipulihkan ke bumi pada zaman akhir? Jemput kanak-kanak untuk “memulihkan” atau tulis sekali lagi kebenaran dan berkat-berkat itu pada papan tulis.

2 Tesalonika 3:7–13

Bapa Syurgawi ingin saya bekerja.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak nampak bekerja sebagai berkat, dan bukan sesuatu yang dielakkan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak bergilir untuk membaca ayat-ayat dari 2 Tesalonika 3:7–13 dan cari masalah-masalah yang Orang suci hadapi. Mengapa Bapa Syurgawi mahu kita bekerja? Apa akan berlaku jika kita tidak belajar untuk bekerja keras? Minta kanak-kanak bergilir untuk berpura-pura membuat kerja rumah dan kanak-kanak lain cuba mengagak apa yang mereka lakukan.

  • Jemput kanak-kanak bercakap tentang satu masa mereka bekerja keras untuk satu tugas, satu projek, atau satu matlamat. Bagaimana mereka rasa tentang diri sendiri selepas mereka habiskan kerja itu? Apakah makna “janganlah jemu berbuat baik”? (2 Tesalonika 3:13). Apakah yang membantu kita teruskan apabila kerja terasa susah?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk memberitahu ahli keluarga atau rakan satu sebab mereka bersyukur kita mempunyai injil di bumi hari ini (halaman aktiviti minggu ini boleh memberi mereka idea).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sokong ibu bapa kanak-kanak. “Ibu bapa ialah pengajar injil yang paling penting bagi anak-anak mereka—mereka memiliki tanggungjawab terutama dan kuasa terbesar untuk mempengaruhi anak-anak mereka (lihat Ulangan 6:6–7). Semasa anda mengajar kanak-kanak di gereja, dengan penuh doa, cari cara untuk menyokong ibu bapa mereka dalam peranan penting mereka” (Teaching in the Savior’s Way25).

Cetak