“9–15 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“9–15 Oktober. Filipi; Kolose,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
9–15 Oktober
Filipi; Kolose
“Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”
Baca Filipi dan Kolose, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Cari ilham bagaimana untuk mengajar mereka asas-asas yang terdapat dalam surat-surat rasul tersebut.
Jemput Perkongsian
Tanya kanak-kanak apa yang mereka lakukan minggu lalu untuk bertindak atas sesuatu yang mereka pelajari di kelas minggu lepas. Contohnya, bagaimana mereka menghubungi seseorang yang memerlukan kawan?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Pemimpin-pemimpin gereja mengasihi dan berdoa untuk saya.
Paulus sering memulakan surat-surat rasulnya dengan mengungkapkan kasihnya terhadap ahli Gereja dan memberitahu mereka bahawa dia telah berdoa untuk mereka. Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak faham bahawa pemimpin-pemimpin Gereja mengasihi mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Filipi 1:3–4 dan Kolose 1:3, 9 dengan lantang, dan minta kanak-kanak melipat tangan dan menundukkan kepala mereka setiap kali mereka mendengar perkataan berdoa, bersembahyang, dan doa. Jelaskan bahawa Rasul Paulus telah berdoa untuk ahli Gereja, seperti mana pemimpin-pemimpin Gereja berdoa untuk kita hari ini.
-
Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan baca beberapa ayat ayat suci yang menggambarkan Dia berdoa untuk seseorang (contohnya, Lukas 22:32; 3 Nefi 19:21, 23). Apakah yang Yesus minta apabila Dia berdoa untuk orang lain?
-
Bantu kanak-kanak menamakan beberapa pemimpin Gereja mereka, contohnya Presiden Sekolah Primer, uskup, dan Presiden Gereja. Jelaskan bahawa pemimpin-pemimpin tersebut meminta Bapa Syurgawi untuk memberkati kanak-kanak dan membantu mereka untuk hidup dengan soleh. Pertimbangkan untuk memberitahu kanak-kanak apa yang anda katakan apabila anda berdoa untuk mereka.
Saya bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan.
Paulus menggalakkan para Orang Suci untuk bersukacita—walaupun mereka menghadapi cabaran yang sukar dan Paulus sendiri berada dalam penjara. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak melihat bahawa mengikuti Yesus Kristus membawa kegembiraan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk mendengar dan beri perhatian terhadap ulangan kata-kata semasa anda membaca Filipi 4:4. Minta kanak-kanak tunjukkan anda apa yang mereka lakukan apabila mereka bersukacita. Beritahu kanak-kanak mengapa anda “bersukacita … dengan Tuhan”—mengapa anda berasa gembira kerana Yesus Kristus. Minta kanak-kanak berkongsi perasaan mereka tentang Yesus.
-
Tunjukkan objek atau gambar yang mewakili perkara yang membantu anda “bersukacita … Dengan Tuhan” (Filipi 4:4), seperti ciptaan-Nya, bait suci, Kebangkitan-Nya, atau keluarga. Minta kanak-kanak bergilir memilih satu gambar atau objek, dan kemudian jelaskan kepada mereka mengapa ia membuat anda sukacita. Jemput mereka untuk kongsi perkara yang membantu mereka bersukacita dalam Tuhan.
-
Baca Filipi 4:8 bersama, dan bantu kanak-kanak untuk fikirkan perkara-perkara yang menepati perihal ayat itu (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Jemput kanak-kanak melukis gambar perkara-perkara ini.
Keimanan saya haruslah “berakar umbi” dalam Yesus Kristus.
Jika anak-anak membina kehidupan mereka dan iman mereka kepada Juruselamat, mereka akan dapat menahan ribut kehidupan.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar pokok dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga semasa anda membaca frasa utama dari Kolose 1:23; 2:6–7. Apakah yang akan berlaku kepada pokok ini jika satu ribut datang dan pokok itu tidak mempunyai akar umbi yang kuat? Jemput kanak-kanak untuk berdiri dan berlakon sebagai sepohon pokok yang mempunyai akar yang lemah di ketika ribut dan kemudian sepohon pokok yang berakar kuat. Bersaksi bahawa iman kepada Juruselamat membantu kita menjadi seperti pokok dengan akar yang kuat. Kemudian kita boleh menahan “ribut” rohani, seperti godaan dan masa sukar.
2:24 -
Jemput seorang kanak-kanak untuk lukiskan sepohon pokok di atas papan tulis. Jemput kanak-kanak lain untuk menamakan perkara yang mereka perlu lakukan supaya “berakar umbi” dalam Yesus Kristus. Setiap kanak-kanak yang menamakan sesuatu, jemput dia untuk menambahkan satu akar dalam lukisan itu.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Jika saya beriman kepada Yesus Kristus, saya dapat menjadi gembira di ketika susah.
Paulus menderita cabaran yang banyak, namun dia gembira kerana dia beriman kepada Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak membayangkan mereka berada dalam penjara, sebagaimana Rasul Paulus ketika dia menulis Surat kepada Orang Filipi. Baca Filipi 4:4–13 bersama kanak-kanak, dan minta mereka mencari perkataan “bersukacita,” “kesejahteraan,” dan “berpuas hati.” Mengapakah Paulus dapat berasa sukacita dan sejahtera walaupun berada di dalam penjara? Kemudian minta kanak-kanak mencari perkataan “Tuhan,” dan “Kristus” dalam ayat-ayat tersebut. Bantu mereka faham bahawa iman Paulus terhadap Yesus Kristus telah membolehkan dia berasa sukacita.
-
Jemput kanak-kanak untuk membantu anda melengkapkan ayat seperti berikut: “Saya boleh berada dalam kegelapan dan masih melihat sesuatu jika saya mempunyai . Saya dapat berasa sejuk apabila berada di luar pada hari yang panas jika saya mempunyai . Saya boleh mengalami masa sukar dan masih mencari kegembiraan jika saya .” Apakah yang Filipi 4:4–13 cadangkan kita boleh lakukan untuk mencari kegembiraan? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi beberapa lagu rohani atau tulisan suci tentang Yesus yang boleh membantu mereka merasakan kegembiraan semasa masa sukar.
Saya boleh “memikirkan” perkara yang benar, jujur dan murni.
Kanak-kanak sentiasa terdedah kepada perkara yang jahat dan tidak suci. Anda dapat membantu mereka mencari perkara yang murni dan meningkatkan diri.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta seorang kanak untuk membaca Filipi 4:8 dengan lantang sambil yang lain memberi perhatian kepada kata-kata dalam Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13 yang sama atau lebih kurang sama. Jemput seorang untuk tuliskan kata-kata itu di atas papan tulis. Tanya kanak-kanak apakah maksud perkataan itu, dan bantu mereka mentakrifkannya apabila perlu. Mengapakah kita harus “fikirkan” hal-hal tersebut? Bagaimanakah kita dapat “memperoleh[nya]”?
-
Jemput kanak-kanak untuk namakan perkara yang sesuai dengan huraian Filipi 4:8. Jemput mereka untuk membuat senarai minggu ini berkenaan apa sahaja yang mereka perasan berpadan dengan huraian tersebut. Galakkan mereka untuk membawa senarai ini ke Sekolah Primer minggu depan dan kongsi apa yang mereka temui.
Iman saya haruslah “berakar umbi” dalam Yesus Kristus.
Setan cuba melemahkan iman kita melalui godaan dan ajaran palsu. Bagaimanakah anda mengilhami kanak-kanak untuk memperkukuhkan iman mereka terhadap Juruselamat supaya mereka “tidak lepaskan harapan daripada injil”? (Kolose 1:23).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk lukiskan gambar yang mewakili kebenaran yang terdapat di dalam Kolose 1:23; 2:6–7. Minta mereka berkongsi gambar mereka dengan rakan kelas yang lain dan jelaskan kebenaran yang ditunjukkan dalam gambar mereka.
-
Apakah godaan dan ajaran palsu di dunia hari ini yang dapat melemahkan iman kita? Galakkan kanak-kanak untuk menulis satu perkara yang mereka boleh lakukan untuk menguatkan iman mereka supaya mereka “berakar umbi” (Kolose 2:7) dalam Yesus Kristus. Minta mereka untuk memaparkan ini di tempat yang mereka akan melihatnya setiap hari.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus. Mereka boleh gunakan halaman aktiviti minggu ini atau ayat suci yang dibaca ketika kelas hari ini.