Perjanjian Baru 2023
2–8 Oktober. Efesus: “Dilakukan-Nya Supaya [Menyempurnakan Orang Suci]”


“2–8 Oktober. Efesus: ‘Dilakukan-Nya Supaya [Menyempurnakan Orang Suci],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“2–8 Oktober. Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
keluarga melihat foto

2–8 Oktober

Efesus

“Untuk Memperlengkapi Orang Suci”

Semasa anda mengkaji Surat Efesus, fikirkan tentang apakah asas yang anda boleh tekankan untuk memberkati kanak-kanak yang anda ajar. Catatkan idea-idea yang datang ke minda anda semasa anda baca.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak berbaris. Bermula di barisan hadapan, berikan setiap kanak-kanak peluang untuk berkongsi sesuatu yang baru-baru ini dia pelajari tentang injil semasa pengkajian tulisan suci sekeluarga, di Sekolah Primer, atau di tempat lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Efesus 2:19

Ahli Gereja harus menjadi rakan dan “warga umat Tuhan.”

Adakah kanak-kanak dalam kelas anda lebih serupa dengan “orang asing” atau “warga umat Tuhan” bersama satu lain dan ahli bahagian lain? Bantu mereka faham bahawa walaupun kita berbeza, Juruselamat bantu kita bersatu dan mengasihi satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Letakkan satu gambar Juruselamat di tengah bilik. Jemput kanak-kanak berdiri di tempat yang berbeza dalam bilik untuk mewakili “orang asing” atau “pendatang.” Bantu mereka memahami bahawa kata-kata ini bermaksud orang yang kita belum kenal. Semasa anda baca Efesus 2:19, jemput mereka bergerak terhadap gambar Kristus sehingga mereka berdiri dekat satu sama lain. Beritahu mereka bahawa apabila kita semakin dekat kepada Juruselamat, kita boleh menjadi satu dengan orang lain sebagai “rakan senegara,” atau kawan.

  • Carikan gambar-gambar kanak-kanak dari seluruh dunia, dan sembunyikan gambar-gambar itu di sekeliling bilik. Letakkan satu gambar Juruselamat di depan bilik. Jemput kelas anda berkumpul secara pasangan seperti misionari dan mengambil giliran mencari satu gambar seorang “orang asing” dan letakkan ia dekat gambar Juruselamat. Bantu mereka faham bahawa apabila orang dibaptiskan, mereka menjadi sebahagian keluarga Gereja kita, atau “anggota keluarga Tuhan.” Bagaimana kita boleh membantu seorang ahli baru merasa mereka disambut dengan mesra?

Efesus 6:1–3

Bapa Syurgawi hendak saya mematuhi ibu bapa saya.

Semasa anda baca Efesus 6:1–3, fikirkan cara-cara anda boleh bantu kanak-kanak faham mengapa penting untuk mematuhi ibu bapa mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Efesus 6:1–3 kepada kelas, atau bantu salah seorang kanak-kanak membaca. Bantu mereka fikirkan suatu masa apabila mereka mematuhi ibu bapa mereka. Minta mereka untuk berkongsi bagaimana mereka diberkati kerana mematuhi dan bagaimana perasaan mereka apabila mereka patuh. Mengapakah penting untuk mematuhi ibu bapa kita?

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kepatuhan, seperti “Ku Segera Patuh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 71). Minta kanak-kanak bergilir menamakan sesuatu yang ibu bapa minta mereka lakukan, dan jemput mereka untuk berpura-pura melakukan perkara itu.

  • Tunjukkan gambar Yesus Kristus sedang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 35), dan kongsi bagaimana Juruselamat mematuhi Bapa Syurgawi dengan dibaptiskan (lihat 2 Nefi 31:6–7). Kongsi satu pengalaman di mana anda mematuhi ibu bapa anda dan diberkati. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita mematuhi ibu bapa kita?

Efesus 6:10–18

Perlengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya daripada kejahatan.

Bagaimana anda akan bantu kanak-kanak faham bahawa melakukan perkara yang soleh adalah seperti memakai perlengkapan perang?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar seseorang yang memakai perlengkapan perang, seperti yang terdapat dalam halaman aktiviti minggu ini atau panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Semasa anda rumuskan Efesus 6:10–18, tunjukkan kanak-kanak bagaimana setiap bahagian perlengkapan perang yang berbeza melindungi bahagian badan yang berbeza.

  • Bawa beberapa benda ke kelas yang boleh mewakili bahagian-bahagian perlengkapan perang dalam Efesus 6:14–17 (contohnya, satu topi atau apron), atau buatkan bahagian-bahagian perlengkapan perang dari kertas. Minta kanak-kanak bergilir memakai “perlengkapan perang” itu. Bantu mereka memahami bagaimana kita memakai perlengkapan perang Tuhan (contohnya, dengan mengkaji tulisan suci, melayani orang lain, berdoa, mematuhi, dan sebagainya). Bincangkan bagaimana melakukan hal-hal ini melindungi kita dari kejahatan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Efesus 2:13–19

Kita adalah “warga umat Tuhan” dalam keluarga Tuhan.

Kanak-kanak diperkukuhkan apabila mereka ada rakan baik dalam injil. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka mengembangkan persahabatan dengan satu sama lain?

Imej
Aktiviti Sekolah Primer

Kita ialah “warga umat Tuhan” bersama Orang Suci Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Efesus 2:19 bersama, dan bincangkan makna menjadi seorang orang asing atau pendatang. Kongsi satu pengalaman di mana anda rasa seperti seorang orang asing atau pendatang dan seorang membantu anda rasa dialu-alukan dan diterima. Jemput kanak-kanak kongsi pengalaman yang serupa. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadi “warga umat Tuhan” dan bukan orang asing? Ada kanak-kanak dalam kelas anda yang tidak sering menghadiri, mungkin mereka rasa seperti orang asing? Bantu kanak-kanak merancang untuk membantu ahli-ahli tersebut rasa mereka dialu-alukan dan dikasihi.

  • Untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan hubungan mereka dengan satu sama lain, tulis beberapa soalan di papan tulis yang mendorong mereka untuk berkongsi sesuatu tentang diri mereka, seperti Bilakah anda pernah ada doa yang telah dijawab? Atau Apakah perkara kegemaran anda untuk dilakukan bersama keluarga anda? Bahagikan kanak-kanak dalam pasangan, dan jemput mereka menanya satu sama lain soalan-soalan itu. Apakah yang kita pelajari tentang satu sama lain?

Efesus 6:1–3

Bapa Syurgawi hendak saya mematuhi dan menghormati ibu bapa saya.

Fikirkan cara-cara anda boleh bantu kanak-kanak faham mengapa adalah penting untuk mematuhi ibu bapa mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak membaca Efesus 6:1–3 secara individu dan mengenal pastikan ayat-ayat yang istimewa untuk mereka. Jemput mereka kongsi ayat-ayat itu dan mengapa mereka rasa ayat-ayat itu penting.

  • Bantu kanak-kanak mencari dan bercakap tentang contoh orang dalam tulisan suci yang mematuhi dan menghormati ibu bapa mereka, seperti Juruselamat (lihat Lukas 2:42–52), Rut (lihat Rut 1), atau Nefi (lihat 1 Nefi 3:1–8). Mengapa penting untuk mematuhi dan menghormati ibu bapa kita?

  • Berikan setiap kanak-kanak sekeping kertas yang ada kata hormat. Bincangkan erti kata itu. Jemput kanak-kanak menulis atau melukis pada kertas mereka sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk tunjukkan mereka menghormati ibu bapa mereka.

Efesus 6:10–18

Perlengkapan perang Tuhan boleh melindungi saya daripada kejahatan.

Semasa anda baca Efesus 6:10–18, fikirkan bahaya rohani yang kanak-kanak hadapi dan bagaimana anda boleh memperkuatkan kanak-kanak untuk menentang kejahatan itu.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa seorang kanak-kanak membaca Efesus 6:10–18, tanya seorang kanak-kanak lain buat senarai atau melukis pada papan tulis bahagian-bahagian perlengkapan perang yang disebut. Mengapa perlengkapan perang penting dalam satu peperangan? Bagaimana kita memakai perlengkapan perang rohani setiap hari?

  • Tugaskan setiap orang kanak-kanak untuk lukiskan dan labelkan satu bahagian perlengkapan perang yang dihuraikan dalam Efesus 6:14–17. Bagaimana bahagian-bahagian perlengkapan perang ini boleh melindungi kita daripada kejahatan? Apakah yang Tuhan janjikan kepada mereka yang memakai perlengkapan perang Tuhan? (lihat Efesus 6:13). Apakah maksudnya “pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak memberi perhatian kepada seseorang yang mungkin berasa seperti seorang orang asing minggu ini. Cabar mereka untuk membuatkan sesuatu untuk menjangkau orang itu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar dari tulisan suci. Kanak-kanak kecil boleh belajar daripada tulisan suci, tetapi mereka mungkin perlu fokus pada satu ayat atau bahkan hanya frasa kunci. Anda boleh jemput kanak-kanak berdiri apabila mereka mendengar satu perkataan atau frasa tertentu. (lihat Teaching in the Savior’s Way25–26.)

Cetak