“2–8 Oktober. Efesus: Untuk Menyempurnakan Orang Suci,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“2–8 Oktober. Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
2–8 Oktober
Efesus
Untuk Menyempurnakan Orang Suci
Dapatkah anda lihat kaitan pesanan dalam persidangan umum dan Surat Paulus kepada orang Efesus?
Mencatat Tanggapan Anda
Apabila injil mula dibawa di Efesus, ia datangkan “rusuhan yang besar” (Kisah Rasul-Rasul 19:23) di kalangan orang Efesus. Para tukang perak tempatan yang hasilkan kuil dewi pagan lihat agama Kristian sebagai satu ancaman bagi punca pendapatan mereka, dan “mereka sangat marah, … rusuhan itu meluas ke seluruh kota” (lihat Kisah Rasul-Rasul 19:27–29). Bayangkan anda seorang penganut baru dalam keadaan ini. Ramai orang Efesus menerima dan mematuhi injil di tengah-tengah “rusuhan” (Kisah Rasul-Rasul 19:40), dan Paulus menjaminkan mereka “Kristus … membawa kedamaian untuk kita” (Efesus 2:13–14). Kata-kata ini, serta jemputan-Nya untuk “Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun” (Efesus 4:31), adalah sangat sesuai dan menghiburkan sekarang sama seperti pada zaman dahulu. Untuk orang Efesus, dan untuk kita, kekuatan untuk menghadapi musuh datang dengan “menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan” (lihat Efesus 6:10–13).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Tuhan memilih, atau mentahbiskan saya sebelumnya untuk memenuhi tanggungjawab tertentu di bumi.
Paulus berucap bahawa “sebelum dunia ini diciptakan, Tuhan telah memilih [Orang Suci]” untuk menjadi umat-Nya. Bagaimanapun, seperti kata Presiden Henry B. Eyring, ini tidak bermaksud “Tuhan mesti sudah berputus lebih dahulu siapakah yang Dia akan selamat[kan] dan buat injil sedia ada bagi mereka, manakala mereka yang tidak pernah dengar tentang Injil bukanlah ‘orang terpilih.’ … Rancangan Tuhan adalah lebih berbelas kasihan dan lebih adil. Bapa Syurgawi kita cemas untuk mengumpulkan dan memberkat semua keluarga-Nya” (“Pengumpulan Keluarga Tuhan,” Liahona, Mei 2017, 20–21). Semua anak Tuhan boleh terima injil dan tatacara-tatacaranya kerana adanya kerja yang dilaksanakan bagi orang yang sudah mati dalam bait suci.
Walaupun tidak seorang pun ditakdirkan terdahulu untuk diselamatkan atau tidak diselamatkan, wahyu moden ajarkan ada orang yang terpilih atau “ditahbiskan sebelumnya” dalam pra-fana untuk memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan tujuan Tuhan di bumi. Semasa anda membaca Efesus 1, renungkan bagaimana kebenaran ini berkaitan dengan anda.
Tuhan akan “menyatukan segala sesuatu … dengan Kristus sebagai kepala.”
Mengapakah anda rasa zaman kita dipanggil “kegenapan zaman keagamaan”? Apakah maksud untuk “menyatukan segala sesuatu” dalam Kristus? Semasa anda renungkan ayat-ayat ini, baca ayat suci berikut: Efesus 4:13; 2 Nefi 30:7–8; Ajaran dan Perjanjian 110:11–16; 112:30–32; 128:18–21. Anda mungkin rasa diilhami untuk mencatatkan pemahaman anda tentang ayat-ayat ini.
Lihat juga David A. Bednar, “Menyatukan Segala Sesuatu Dalam Kristus,” Liahona, Nov. 2018, 21–24.
Efesus 2:19–22; 3:1–7; 4:11–16
Gereja Yesus diasaskan atas landasan para rasul dan nabi, dan Yesus Kristus sebagai batu asas.
Menurut Efesus 2:19–22; 3:1–7; 4:11–16, mengapakah kita ada nabi dan rasul? Fikirkan tentang pesanan daripada nabi dan rasul yang anda dengar semasa persidangan umum. Bagaimanakah ajaran-ajaran mereka memenuhi tujuan yang Paulus huraikan? Contohnya, bagaimana ajaran-ajaran mereka membantu anda tidak “diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik”?
Bagaimanakah Yesus Kristus seperti batu asas Gereja? Bagaimanakah Dia bagaikan batu asas dalam kehidupan anda?
Lihat juga Kisah Rasul-Rasul 4:10–12.
Mengikut teladan Juruselamat boleh menguatkan perhubungan keluarga saya.
Semasa anda membaca Efesus 5:21–6:4, fikirkan bagaimana nasihat dalam ayat-ayat ini dapat kuatkan hubungan keluarga anda.
Ia adalah penting untuk tahu bahawa kata-kata Paulus dalam Efesus 5:22-24 ditulis dalam konteks adat kebiasaan zamannya. Para nabi dan rasul hari ini ajarkan kaum lelaki tidak lebih penting daripada kaum wanita dan suami isteri harus menjadi “ahli pasangan yang setaraf” (lihat “Keluarga: Satu Perisytiharan Kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Walaupun demikian, anda masih boleh mencari nasihat yang berkaitan dalam Efesus 5:25–33. Contohnya, bagaimana Kristus tunjukkan kasih-Nya kepada Orang Suci? Bagaimanakah pasangan suami isteri, sebagai pasangan yang setaraf, harus memperlakukan satu sama lain? Apakah pesanan yang anda temui dalam ayat-ayat ini untuk anda sendiri?
Perlengkapan perang Tuhan akan membantu melindungi saya dari kejahatan.
Semasa anda baca Efesus 6:10–18, pertimbangkan mengapa Paulus menamakan setiap bahagian perlengkapan senjata. Memakai seluruh “perlengkapan senjata daripada Tuhan” akan melindungi anda dari apa? Apakah yang anda boleh lakukan untuk memakai setiap perlengkapan senjata setiap hari?
Juga lihat 2 Nefi 1:23; Ajaran dan Perjanjian 27:15–18.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Efesus 1:10.Untuk mengajar tentang ayat ini, Elder David A. Bednar gunakan contoh tali (lihat “Menyatukan Segala Sesuatu dalam Kristus”). Pertimbangkan untuk tunjukkan keluarga satu tali dan minta mereka memegang dan memeriksanya semasa anda berkongsi sebahagian pesanan Elder Bednar. Bagaimanakah Tuhan mengumpulkan segala sesuatu bersama dalam Kristus? Bagaimanakah kita diberkati kerana pengumpulan ini?
-
Efesus 2:4–10; 3:14–21.Jemput ahli keluarga untuk berkongsi pengalaman mereka rasa kasih dan belas kasihan Tuhan serta Yesus Kristus yang digambarkan dalam ayat-ayat ini.
-
Efesus 2:12–19.Keluarga anda mungkin suka bina dinding dengan gunakan bantal atau objek-objek lain yang anda ada dalam rumah dan kemudian robohkannya. Ketika Paulus merujuk kepada “tembok” di antara bangsa bukan Israel dan orang Yahudi, apakah tembok yang memisahkan orang-orang hari ini? Bagaimanakah Yesus Kristus “merobohkan” tembok-tembok ini? Bagaimanakah Dia “melenyapkan permusuhan” kita? (ayat 16).
-
Efesus 6:10–18.Keluarga anda boleh buat “perlengkapan senjata” sendiri dengan menggunakan barangan rumah. Bagaimana setiap bahagian perlengkapan senjata melindungi kita secara rohani? Apakah yang kita boleh lakukan untuk “pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Tuhan” (Efesus 6:11) setiap hari?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Yang Jadi Harapan Israel,” Nyanyian Rohani, no. 110.