Perjanjian Baru 2023
16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: “Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya Kepada Kristus”


“16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika: ‘Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya Kepada Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“16–22 Oktober. 1 dan 2 Tesalonika,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

para saudari penginjil berbual dengan pemuda

16-22 Oktober

1 dan 2 Tesalonika

“Melengkapkan Apa yang Masih Kamu Perlukan untuk Percaya Kepada Kristus”

Jika kita tidak mencatat tanggapan yang kita dapat daripada Roh, kita mungkin akan terlupa. Apakah yang Roh dorong anda untuk catat semasa anda membaca 1 dan 2 Tesalonika?

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam Tesalonika, Paulus dan Silas di dakwa kerana “menimbulkan kekacauan di serata tempat” (Kisah Rasul-Rasul 17:6). Ajaran mereka menimbulkan kemarahan pemimpin orang Yahudi, dan para pemimpin ini membangkitkan kemarahan rakyat (lihat Kisah Rasul-Rasul 17:1–10). Kerana itu, Paulus dan Silas dinasihatkan untuk tinggalkan Tesalonika. Paulus bimbang terhadap penganut baru di Tesalonika dan penganiayaan yang mereka hadapi, tetapi dia tidak dapat pulang untuk melawat mereka. Dia menulis, “sebabnya aku mengutus Timotius, kerana aku ingin sekali mengetahui hal kepercayaan kamu kepada Kristus.” Sebagai jawapan, pembantu Paulus iaitu Timotius yang sedang melayani di Tesalonika, “membawa khabar baik bahawa kamu masih percaya kepada Kristus dan bahawa kamu saling mengasihi” (1 Tesalonika 3:5–6). Malah, Orang Suci Tesalonika dikenali sebagai “teladan kepada semua orang Kristian” (1 Tesalonika 1:7), dan berita tentang iman mereka tersebar ke bandar yang berlainan. Bayangkan kegembiraan dan kelegaan Paulus kerana pekerjaannya di antara mereka “tidak sia-sia” (1 Tesalonika 2:1). Tetapi Paulus tahu bahawa iman lalu tidak cukup untuk ketahanan rohani pada masa depan, dan dia berhati-hati terhadap pengajar palsu di antara Orang Suci (lihat 2 Tesalonika 2:2–3). Nasihat dia kepada mereka dan kita, adalah terus “melengkapkan apa yang masih kamu perlukan untuk percaya kepada Kristus” dan “supaya lebih saling mengasihi” (lihat 1 Tesalonika 3:10; 4:10).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Tesalonika 1–2

Para pengikut Kristus melayani orang lain dengan keikhlasan dan kasih.

Dalam 1 Tesalonika, ayat Paulus menunjukkan kebimbangan dan kegembiraan tentang seseorang yang telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk melayani anak-anak Tuhan. Terutamanya dalam dua bab awal di 1 Tesalonika, anda akan lihat perkataan dan frasa yang menggambarkan sikap dan tindakan seorang pengikut Tuhan. Contohnya, apa yang anda pelajari dari 1 Tesalonika 1:5–8; 2:1–13 tentang melayani Tuhan?

Fikirkan tentang peluang anda sendiri untuk melayani Tuhan dan anak-anak-Nya. Apakah yang anda temui dalam bab-bab ini yang mengilhami anda untuk memperbaiki pelayanan anda? Tanyakan diri anda soalan berdasarkan apa yang anda temui, seperti “Adakah saya memberi teladan tentang perkara yang saya tahu?” (lihat 1 Tesalonika 1:7).

1 Tesalonika 3:7–13; 4:1–12

“Semakin saling mengasihi.”

Paulus bergembira atas kesetiaan para Orang Suci Tesalonika (lihat 1 Tesalonika 3:7–9). Tetapi dia juga ingin mereka untuk “berbuat lebih” dalam kesetiaan itu (1 Thesalonika 4:1). Semasa anda membaca 1 Tesalonika 3:7–13; 4:1–12, renungkan cara anda boleh “berbuat lebih” secara rohani (1 Tesalonika 4:10). Contohnya, perhatikan Paulus gunakan perkataan seperti “menyenangkan hati Tuhan (kekudusan)” dan “hidup yang suci (pengudusan).” Apakah yang anda pelajari dari tulisan Paulus tentang maksud kata-kata ini? Bagaimanakah Juruselamat dapat bantu anda menjadi lebih kudus dan suci?

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Kudus,” “Pengudusan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

1 Tesalonika 4:16–18; 5:1–10; 2 Tesalonika 1:4–10

Jika saya beriman dan berjaga-jaga, saya akan sedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

Dalam 1 Tesalonika 5:1–10, Paulus gunakan beberapa metafora untuk mengajar tentang masa Yesus kembali ke bumi lagi. Apabila anda belajar tentang metafora ini, pertimbangkan untuk menulis tanggapan yang datang kepada anda tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus.

  • “Seperti pencuri datang pada malam hari”:

  • “Dialami seorang wanita semasa hendak melahirkan anak”:

  • Metafora lain yang anda cari:

Apakah kebenaran tambahan yang anda pelajari dari 1 Tesalonika 4:16–18; 5:1–10; 2 Tesalonika 1:4–10? Apakah yang anda didorong untuk lihat dan bersedia bagi kedatangan Juruselamat?

Lihat juga D. Todd Christofferson, “Bersedia untuk Kepulangan Tuhan,” Liahona, Mei 2019, 81–84.

2 Tesalonika 2

Kemurtadan, atau jatuh daripada kebenaran, telah dinubuatkan akan mendahului Kedatangan Kedua.

Di tengah-tengah penganiayaan yang semakin meningkat, banyak Orang Suci Tesalonika percaya bahawa Kedatangan Kedua Juruselamat semakin dekat. Tetapi Paulus tahu, sebelum Yesus kembali ke dunia akan terjadi kemurtadan dahulu—mereka “memberontak” terhadap kebenaran (lihat 2 Tesalonika 2:1–4). Anda boleh memperdalamkan pemahaman anda tentang Kemurtadan Besar—dan penghargaan anda anda terhadap Pemulihan—dengan merenungkan beberapa yang berikut:

  • Tulisan suci yang meramalkan Kemurtadan: Yesaya 24:5; Amos 8:11–12; Matius 24:4–14; 2 Timotius 4:3–4

  • Tulisan suci yang menunjukkan Kemurtadan sudah bermula pada masa Paulus: Kisah Rasul-Rasul 20:28–30; Galatia 1:6–7; 1 Timotius 1:5–7

  • Pemerhatian tentang Kemurtadan Besar oleh reformasi Kristian:

    Martin Luther: “Saya tidak meminta lebih daripada membaharui Gereja dalam pematuhan Tulisan suci kudus. … Saya berkata bahawa agama Kristian tidak lagi wujud di antara mereka yang harus memeliharanya” (dalam E. G. Schweibert, Luther and His Times: The Reformation from a New Perspective [1950], 590).

    Roger Williams: “Kemurtadan … telah merosakkan semua yang ada dan tidak akan ada pemulihan daripada kemurtadan sehingga Kristus menghantar rasul baru untuk menanam Gereja semula” (dalam Philip Schaff, The Creeds of Christendom [1877], 851).

Lihat juga 2 Nefi 28.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

1 Tesalonika 3:9–13.Apakah yang anda kagum tentang perasaan yang Paulus ada untuk kawan-kawannya? Bagaimanakah kita boleh “semakin saling mengasihi”? (ayat 12).

1 Tesalonika 4:13–18.Apakah frasa dalam ayat-ayat ini tentang Kebangkitan yang memberi anda penghiburan?

1 Tesalonika 5:14–25.Semasa anda mengkaji semula nasihat Paulus dalam 1 Tesalonika 5:14–25, jemput setiap ahli keluarga untuk mencari frasa yang keluarga anda boleh tumpukan. Cari cara kreatif untuk paparkan frasa-frasa ini di rumah anda sebagai peringatan. Contohnya, setiap orang boleh mencari atau melukis gambar yang menggambarkan atau menekankan frasa yang dia pilih.

2 Tesalonika 3:13.Pernahkah kita rasa “jemu berbuat baik”—dibebani, mungkin dengan keperluan menjadi seorang pengikut? Apakah yang membantu kita apabila kita rasa ini? (Lihat Galatia 6:9; Ajaran dan Perjanjian 64:33.) Bagaimana kita boleh menyokong sesama apabila ini berlaku?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ku Mau Jadi Seperti Yesus”, Buku Nyanyian Anak-anak, 40-41.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mencari wahyu setiap hari. “Wahyu selalunya datang ‘baris demi baris’ (2 Nefi 28:30), bukan semuanya sekali. … Jangan fikirkan [pembelajaran injil] sebagai sesuatu yang anda buat bila ada masa, tetapi sebagai sesuatu yang anda selalu lakukan” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Kristus di awan

Resurrected Christ [Kristus yang Bangkit], oleh Robert T. Barrett