Perjanjian Baru 2023
25 September–1 Oktober. Galatia: “Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”


“25 September–1 Oktober. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“25 September–1 Oktober. Galatia,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Kristus muncul depan Paulus dalam penjara

Juruselamat yang telah bangkit mengunjungi Paulus dalam penjara (lihat Kisah Rasul-Rasul 23:11). Yesus Kristus boleh membebaskan kita dari “diperhamba lagi” (Galatia 5:1).

25 September–1 Oktober

Galatia

“Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”

Semasa anda mengkaji Galatia, catatkan tanggapan-tanggapan yang anda terima. Dengan melakukan demikian, ini akan membantu anda mengingati dan merenungkannya di masa depan.

Mencatat Tanggapan Anda

Injil Yesus Kristus berikan kebebasan dari perhambaan rohani. Tetapi kadangkala orang yang telah mengalami kebebasan injil berpaling daripadanya dan “mahu diperhamba oleh roh-roh itu lagi” (Galatia 4:9). Ada Orang Suci Galatia yang berbuat demikian—mereka berpaling daripada kebebasan yang Kristus berikan (lihat Galatia 1:6). Surat Paulus kepada orang Galatia, adalah satu panggilan cemas untuk kembali kepada “Kristus [yang] telah membebaskan kita” (Galatia 5:1). Kita juga perlu dengar dan ikut panggilan ini kerana keadaan mungkin akan berubah, tetapi perjuangan di antara kebebasan dan perhambaan adalah berterusan. Seperti Paulus ajarkan, ia adalah tidak cukup untuk “dipanggil untuk menjadi orang bebas” (Galatia 5:13); kita juga perlu “pertahankanlah kebebasan” (Galatia 5:1) dengan bergantung pada KrIstus.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Galatia 1–5

Hukum-hukum Kristus membebaskan saya.

Paulus menulis kepada Orang suci Galatia ketika dia lihat mereka disesatkan oleh ajaran-ajaran palsu (lihat Galatia 1:6–9). Salah satu ajaran itu adalah, untuk diselamatkan, bangsa bukan Israel yang sudah menerima injil perlu disunat dan mematuhi tradisi-tradisi hukum Musa (lihat Galatia 2). Paulus memanggil tradisi-tradisi ini “perhambaan” (Galatia 5:1). Semasa anda membaca nasihat Paulus kepada orang Galatia, cari asas-asas yang dapat membantu anda fahami makna kebebasan benar. Anda juga boleh renungkan apakah tradisi palsu atau perhambaan lain yang wujud dalam hidup anda. Adakah terdapat perkara yang menghalang anda mengalami kebebasan yang injil bawakan? Bagaimana Kristus dan injil-Nya “membebaskan [anda]”? (Galatia 5:1).

Lihat juga 2 Nefi 2:27; 9:10–12.

Galatia 3

Saya seorang pewaris berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham.

Sesetengah Orang suci Galatia yang risau bahawa mereka bukan anak cucu sebenar (“keturunan”) Abraham, mereka tidak akan terima berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham, termasuk permuliaan. Menurut Galatia 3:7–9, 13–14, 27–29, apakah yang melayakkan seseorang menjadi “keturunan Abraham”?

Untuk belajar tentang berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham dan berkat-berkat yang kita boleh mewarisi sebagai keturunannya, lihat Panduan Tulisan Suci, “Perjanjian Abraham,” ChurchofJesusChrist.org. Mengapakah berkat-berkat yang dijanjikan kepada Abraham penting bagi anda?

Galatia 3:6–25

Abraham memiliki injil Yesus Kristus.

Nabi Joseph Smith jelaskan: “Kita tidak boleh percaya bahawa orang zaman purba tidak tahu tentang sistem syurga, kerana semua yang telah diselamatkan, diselamatkan melalui kuasa rancangan penebusan, sebelum kedatangan Kristus semenjak. … Abraham mempersembah korban, meskipun, injil dikhutbahkan kepada dia” (“The Elders of the Church in Kirtland to Their Brethren Abroad,” The Evening and the Morning Star, Mac 1834, 143, JosephSmithPapers.org). Mengapakah anda fikir ia penting bagi para Orang Suci pada zaman Paulus untuk tahu bahawa Abraham dan para nabi zaman dahulu mempunyai injil Yesus Kristus? Mengapakah ia penting untuk anda tahu ini? (Lihat Helaman 8:13–20; Musa 5:58–59; 6:50–66.)

Galatia 5:13–26; 6:7–10

Jika saya “biarlah Roh Tuhan memimpin hidup [saya],” saya akan menerima “hasil … Roh Tuhan.”

Mengkaji ayat-ayat ini boleh bantu anda menilai seberapa banyak anda dipimpin oleh Roh. Adakah anda sedang mengalami hasil Roh Tuhan yang disebut dalam ayat 22–23? Apakah hasil lain atau kehidupan rohani anda perhatikan? Renungkan apa yang anda perlu lakukan untuk sepenuhnya memupuk hasil ini. Bagaimanakah menuai hasil ini boleh memperbaiki perhubungan penting dalam kehidupan anda?

buah epal di pokok

Saya mesti cari “hasil … Roh Tuhan” dalam kehidupan saya.

Jika anda cuba berjalan dalam Roh tetapi usaha anda nampaknya tidak berbuah seperti yang dijanjikan, baca Galatia 6:7–10. Apakah pesanan yang anda rasa Tuhan ingin anda terima dalam ayat-ayat ini?

Lihat juga Alma 32:28, 41–43; Ajaran dan Perjanjian 64:32–34.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Galatia 3:11.Apakah maksud “percaya kepada Tuhan” (hidup menurut iman)? Bagaimanakah keluarga kita hidup menurut iman?

Galatia 4:1–7.Anda boleh memperkenalkan Galatia 4 dengan membincangkan perbezaan-perbezaan di antara hamba-hamba dan anak-anak seorang raja. Apakah peluang atau potensi yang anak-anak raja ada, yang tidak dimiliki oleh hambanya? Fikirkan ini semasa keluarga anda baca ayat 1–7. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang perhubungan kita dan Bapa Syurgawi?

Galatia 5:16–26.Pertimbangkan untuk bincangkan perbezaan antara “keinginan tabiat manusia” dan “[hasil] Roh Tuhan.” Untuk menambah keseronokan perbincangan anda, keluarga anda boleh labelkan buah-buahan yang berlain dengan kata-kata yang Paulus gunakan untuk menggambarkan “hasil Roh Tuhan.” Kemudian setiap ahli keluarga boleh pilih satu buah, jelaskan, dan bincang tentang seorang yang mewakili buah itu. Ini boleh membawa perbincangan tentang cara-cara keluarga anda boleh menjemput Roh ke dalam rumah anda dan menuai buah ini. Selepas perbincangan itu, anda boleh menikmati salad buah-buahan bersama.

Galatia 6:1–2.Mungkin ada masa apabila seorang ahli keluarga anda “melakukan sesuatu yang salah.” Apakah nasihat yang anda temui dalam Galatia 6:1–2 tentang apa yang perlu dilakukan dalam situasi tersebut?

Galatia 6:7–10.Jika keluarga anda pernah menanam bersama, anda boleh gunakan pengalaman itu untuk gambarkan asas “seseorang akan menuai apa yang ditanamnya” (ayat 7). Atau anda boleh tanya ahli keluarga apakah buah atau sayur kegemaran mereka dan berbincang tentang proses menanam tumbuhan yang menghasilkan makanan itu. (Lihat gambar di hujung panduan ini.) Anda boleh bercakap tentang berkat yang keluarga anda harap untuk terima dan bagaimana untuk “menuai” berkat-berkat itu.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Buku Nyanyian Anak-anak, 70.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu keluarga anda ibaratkan tulisan suci kepada diri sendiri. Nefi kata, “aku mengibaratkan semua tulisan suci kepada kami, agar ia boleh menjadi keuntungan dan pembelajaran” (1 Nefi 19:23). Untuk menolong keluarga anda lakukan demikian, anda boleh jemput mereka merenungkan masa mereka mengalami hasil Roh Tuhan yang digambarkan dalam Galatia 5:22–23. (Lihat Teaching in the Savior’s Way21.)

buah pear pada satu pokok

Paulus ajarkan apabila kita dipimpin oleh Roh Tuhan, kita akan mengalami “hasil (buah) Roh Tuhan” dalam hidup kita.