“18–24 September. 2 Korintus 8–13: ‘Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi Dengan Senang Hati,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“18–24 September. 2 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
18–24 September
2 Korintus 8–13
“Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi dengan Senang Hati”
Mencatat tanggapan boleh bantu anda mengingatkan semula apa yang anda pelajari semasa pengkajian tulisan suci. Anda boleh menulis dalam jurnal pelajaran, membuat nota dalam tulisan suci, tambah nota dalam aplikasi Gospel Library, atau buat rakaman audio untuk tanggapan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Apa yang anda akan buat jika anda mendengar sekumpulan umat Orang Suci di kawasan lain bergelut dengan kemiskinan? Inilah situasi yang Paulus jelaskan kepada Orang Suci Korintus dalam 2 Korintus 8–9. Dia berharap untuk memujuk Orang Suci Korintus untuk menderma sedikit kekayaan mereka kepada Orang Suci yang memerlukannya. Tetapi selain permintaan untuk derma, ayat Paulus turut mengandungi kebenaran yang mendalam tentang memberi: “Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Korintus 9:7). Pada zaman kita, masih terdapat ramai Orang Suci di serata dunia yang perlukan bantuan. Kadangkala apa yang kita boleh lakukan untuk mereka ialah berpuasa dan menderma sumbangan puasa. Dalam kes lain, pemberian kita boleh jadi secara langsung dan peribadi. Apa pun bentuk pengorbanan kita, kita perlu mengkaji tujuan kita untuk memberi. Adakah pengorbanan kita satu penyataan kasih? Kerana, kasih yang membuat seorang pemberi rasa senang hati.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Saya boleh dengan senang hati berkongsi milik saya untuk memberkati orang miskin dan yang memerlukannya.
Terdapat ramai orang yang memerlukan di seluruh dunia. Bagaimanakah kita boleh membuat sebuah perubahan? Elder Jeffrey R. Holland memberi nasihat ini: “Kaya atau miskin, kita harus “lakukan apa yang kita boleh” apabila orang lain dalam keperluan [lihat Markus 14:6,8]. … [Tuhan] akan menolong anda dan membimbing anda dalam perbuatan belas kasihan jika anda dengan penuh keinginan dan berdoa mencari cara untuk mengikut perintah yang Dia telah beri kita berkali-kali” (“Are We All Not Beggars?,” Liahona, Nov. 2014, 41).
Baca 2 Korintus 8:1–15; 9:6–15, dan buat nota tentang asas yang Paulus ajarkan tentang menjaga mereka yang miskin dan memerlukannya. Apakah yang anda diilhami tentang nasihat Paulus? Anda boleh berdoa untuk bimbingan tentang apa yang anda boleh buat untuk memberkati orang yang memerlukan. Pastikan anda mencatat tanggapan yang anda terima dan bertindak atasnya.
Lihat juga Mosia 4:16–27; Alma 34:27–29; Russell M. Nelson, “Perintah Utama Kedua,” Liahona, Nov. 2019, 96–100; Henry B. Eyring, “Bukankah Ini Sumbangan Puasa yang Sudah Aku Pilih?,” Liahona, Mei 2015, 22–25.
2 Korintus 11:1–6, 13–15; 13:5–9
“Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus.”
Hari ini, seperti pada zaman Paulus, terdapat orang-orang yang berusaha untuk menyesatkan kita “sehingga [kita] tidak lagi setia kepada Kristus” (2 Korintus 11:3). Untuk itu, ia adalah penting untuk melakukan apa yang Paulus cadangkan: “Ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus” (2 Korintus 13:5). Anda boleh mulakan proses ini dengan berfikir tentang apa yang dimaksudkan dengan “beriman.” Bagaimanakah anda tahu jika anda beriman? Carilah peluang untuk menguji diri anda.
Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan anda, anda juga boleh merenungkan frasa “setia [kesederhanaan] kepada Kristus” (2 Korintus 11:3). Bagaimanakah anda telah menemukan kesederhanaan dalam Kristus dan injil-Nya? Bagaimanakah fikiran anda “ditipu oleh kelicikan ular”? Apakah nasihat berguna yang anda temui dalam 2 Korintus 11:1–6, 13–15?
Pertimbangkan nasihat ini daripada Presiden Dieter F. Uchdorft: “Jika anda pernah berfikir bahawa injil tidak berfungsi dengan baik untuk anda, saya menjemput anda untuk langkah ke belakang, memeriksa kehidupan anda dari pandangan yang lebih tinggi, dan memudahkan pendekatan penganutan anda. Beri tumpuan kepada ajaran-ajaran, asas-asas, dan aplikasi-aplikasi injil. Saya berjanji bahawa Tuhan akan membimbing dan memberkati anda dalam perjalanan anda ke satu kehidupan yang memuaskan, dan injil akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda” (“Ia Berfungsi Dengan Baik,” Liahona, Nov. 2015, 22).
Rahmat Juruselamat cukup untuk menolong saya mencari kekuatan dalam kelemahan saya.
Kita tidak tahu “penyakit” Paulus, tetapi kita semua ada cabaran kita sendiri yang kita berharap Tuhan akan singkirkannya daripada hidup kita. Fikirkan tentang cabaran anda semasa anda baca 2 Korintus 12:5–10, dan renungkan apa yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dalam ayat-ayat ini. Apakah yang Paulus ajarkan dalam ayat-ayat ini tentang percubaan dan kelemahan? Bagi anda, apakah maksud “kuasa [rahmat Tuhan] nyata sekali” bagi anda?
Lihat juga Mosia 23:21–24; 24:10–15; Eter 12:27; Moroni 10:32–33.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
2 Korintus 8–9.Apakah yang kita temui dalam bab-bab ini yang mengilhami kita untuk menjangkau kepada orang miskin dan memerlukan? Ini mungkin satu masa yang bagus untuk merancang satu pelayanan sebagai satu keluarga untuk seseorang yang memerlukannya.
-
2 Korintus 9:6–7.Adakah keluarga anda kenal seseorang yang boleh digambarkan sebagai “orang yang memberi dengan senang hati”? Bagaimana kita boleh menjadikan pelayanan kita lebih senang hati? Ahli keluarga yang lebih muda boleh membuat lencana yang berkata “Saya memberi dengan senang hati.” Anda boleh anugerahkan lencana itu kepada ahli keluarga apabila anda nampak mereka melayani sesama dengan senang hati.
-
2 Korintus 10:3–7.Bagaimana anda boleh mengajar keluarga anda tentang “perjuangan” kita menentang kejahatan? Keluarga anda boleh membina satu kubu atau dinding dengan menggunakan kerusi dan selimut. Ini boleh membawa perbincangan tentang bagaimana untuk membuang perkara yang menjauhkan kita daripada Tuhan dan bagaimana “menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.” Apakah “senjata” rohani yang kita gunakan untuk mengawal fikiran kita? (lihat Efesus 6:11–18).
-
2 Korintus 11:3.Apa yang keluarga anda boleh lakukan untuk lebih fokus kepada “setia [kesederhanaan] kepada Kristus”?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “B’rilah,’ Kata Riam,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 116.